Professional Documents
Culture Documents
KP(BPSH-SPDK)201/005/02(38)
Tarikh : 19 Februari 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat sekolah – sekolah yang
telah dan sedang melaksanakan program / aktiviti sukan tahunan / kejohanan olahraga sekolah
pada awal tahun. Pelaksanaan ini jelas bercanggah dengan jadual dan garis panduan yang
terkandung di dalam Surat Siaran Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan
Sekolah Sepanjang Tahun yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
(KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010.
2. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 3/2010 bertarikh 3 Februari 2010
telah memutuskan bahawa semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah akur dan patuh kepada
Surat Siaran tersebut supaya menganjurkan program sukan tahunan / kejohanan olahraga
mulai bulan Jun 2010. Walaubagaimanapun, aktiviti latihan dan pemilihan murid boleh
dilaksanakan di peringkat awal bagi memastikan sukan dan permainan dilaksanakan secara
efektif dan efisien. Dalam hal ini, pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dipohon agar
mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran Y.Bhg. Datuk /
Dato’ / Yuan / Puansupaya akur dan mematuhi keputusan tersebut.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah
kawalan pentadbiran Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan.
KP.BSSK.302-02/03/002(17)
14 Januari 2010
3. Sehubungan itu, pihak sekolah diingatkan bahawa semua aktiviti sukan dan permainan
antara rumah – rumah sukan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Bersesuaian
dengan itu, kementerian telah menyediakan JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM SUKAN
DAN PERMAINAN SEKOLAH SEPANJANG TAHUN sebagai rujukan untuk memastikan sukan
dan permainan dilaksanakan secara efektif dan efisien ( Lampiran A ).
4. Bagi memeriahkan lagi sukan d peringkat sekolah, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG), masyarakat setempat serta pihak swasta hendaklah dilibatkan secara aktif seperti
mana yang telah disarankan melalui Surat Siaran KP.BSSK.302/03/003(13), Penubuhan
Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Peringkat Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
dan Sekolah, bertarikh 27 Ogos 2009 dan KP.BSSK.302-02/03/002 (16), Strategi
Pelaksanaan Pembangunan Sukan Sekolah, bertarikh 30 Oktober 2009 adalah berkaitan.
5. Semua Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memaklumkan kandungan surat
pekeliling ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan semua Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg.
Datuk / Dato’ / Tuan / Puan.