You are on page 1of 21

TIPS & TRICK

Ukuran design banner & bunting di Adobe


Photoshop & Illustrator
MAY 01 · 10.8K VIEWS
  

Yang paling baik tentunya design pada saiz asal mengikut saiz yang diperlukan. Tapi pada
kepadatan densiti piksel 300 (DPI) pada saiz 20 x 8 kaki, sudah cukup membuatkan komputer
anda merangkak untuk render dari satu foto bitmap ke foto bitmap lain.

Jadi penyelesaiannya adalah menetapkan saiz yang optimum; bukanlah yang terbaik tetapi cukup
baik untuk mendapatkan hasil cetakan yang cantik bagi kerja ringkas seperti banner & bunting ini.

Info: banner & bunting biasanya menggunakan material yang sama (outdoor/indoor) cuma
orientasinya sahaja berbeza. Banner melintang & bunting menegak.
Mengurangkan saiz ukuran design banner/bunting ini adalah disebabkan beberapa faktor.

1. Design pada ukuran asal (original) akan membuatkan fail jadi berat & lambat untuk spooling.

2. Penghantaran fail melalui storan awan (cloud storage) bermasalah kerana fail yang berat.

3. Komputer atau laptop anda akan terbeban & sangkut (lag) kerana fail besar & kompleks.

Tiada masalah jika design 100% vektor (Illustrator).

Sekiranya keseluruhan design anda adalah dalam bentuk vektor di Illustrator, ia tidak menjadi
masalah. Kalau anda hantar kepada pencetak banner sekalipun, mereka boleh ubahsuai kembali
kepada saiz yang betul tanpa merosakkan kualiti design.

Tapi saya masih masukkan dalam senarai juga kerana mungkin ada yang menggunakan
bitmap ketika design di Illustrator.
×

Masalahnya apabila anda berhadapan dengan design bitmap (piksel design) yang biasanya
  
diuruskan menggunakan Adobe Photoshop.

Formula kira-kira design banner & bunting.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu adalah.

1. Kira-kira ukuran design adalah di dalam unit inci.

2. Anda hanya perlu design 1/4 daripada saiz asal sahaja.

3. Design pada resolusi 300 DPI (dot per inch).

4. Design menggunakan mode warna  CMYK dan bukan RGB (paparan skrin monitor).

Senangkan? Kuasai formula ini & anda boleh design banner & bunting pada bila-bila masa.
Nak formula yang lebih mudah?

1. Tukar unit ukuran kepada inci.

2. Darab 3 ukuran yang anda peroleh.

3. Kekal menggunakan mode CMYK & 300 DPI.

Contoh – cara menggunakan formula.

Saya akan menggunakan contoh banner 10 x 5 kaki.

Contoh – Banner 10×5 kaki (ft)

×
Menjadi praktis menggunakan unit kaki (feet) apabila berbincang hal banner & bunting bersama
klien. Tapi apabila anda mula design, anda akan menggunakan unit inci (inch).

    

Step 1 – Tukar unit kaki kepada unit inci (inch).

Maka banner 10×5 kaki (ft) akan menjadi 120×60 inci (in). 10×12 (inci) & 5×12 (inci).

Dalam inci (in) ia menjadi 120×60 inci (in)

Step 2 – Bahagi 4 atau darab 1/4 unit inci tersebut.


Step 2 – Bahagi 4 atau darab 1/4 unit inci tersebut.

Maka banner 120×60 inci (in) akan menjadi 30×15 inci (in) sahaja. Inilah ukuran canvas di Adobe
Photoshop.

1/4 daripada saiz itu adalah 30×15 inci (in)

Step 3 – Bina canvas di Photoshop; pastikan 300 DPI & CMYK.

×
Apabila sudah muktamad, anda boleh bina canvas baru Adobe Photoshop anda.

  

Bagaimana cara menggunakan formula mudah ‘Darab 3’?


Bagaimana cara menggunakan formula mudah ‘Darab 3’?

Wah. Belajar matematik pula kita hari ini. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan 1/4
daripada 10 kaki (ft) di dalam unit inci (in), maka kira-kira yang betulnya adalah seperti berikut.

10 kaki (ft) x 12 inci (in) x 1/4 (daripada design) = Jawapan.

Di bawah adalah persamaannya jika anda ingin lebih mudah faham.

Jadi, apa yang hanya perlu anda ingat sekarang? ×

Hanya darabkan nilai (nombor) dalam unit kaki (ft) dengan 3 = anda akan mendapat saiz dalam
  
unit inci (in); ukuran yang diperlukan untuk design banner anda dalam Adobe Photoshop.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0


International License.

#ADOBE #BANNER #BUNTING #ILLUSTRATOR #PHOTOSHOP #SAIZ #UKURAN


Akhi Joe

Pereka gra k & multimedia dari aliran sains tulen. Drawing tablet, mouse, keyboard & PC untuk
bekerja. Seorang lulusan BA (Hons) in Creative Multimedia dari Limkokwing University. — FB •
Blog • Tweet

FACEBOOK

×
TIPS & TRICK

Bayaran pembatalan kerja / projek


  

VIEW POST

TIPS & TRICK

Berbaloikah melanggan laman koleksi tutorial Learn Photo


Editing?

VIEW POST
You May also Like

Format Fail Y
How to overcome working late night

Perbezaan Check list dan Asset list


× serta kepentingannya

  

47 comments

SyaraFi KamaRuzzaman
MAY 01 AT 6:44 AM

ada satu lagi soalan, kalau saiz makin besar, adakah photoshop makin 'lag'?

R EPLY

safarez
JAN 06 AT 5:26 PM

ya. semakin besar size semakin berat proses editing.

R EPLY
Genevieve Ana
MAY 28 AT 6:48 AM

tq nice info….

R EPLY

Akhi Joe II
JUN 08 AT 3:36 AM

YA. dan bergantung pada elemen di dlm nya jg. Kalau byk layer & lbh kompleks, makin
beratlah. Kalau pakai vektor lagilah.

R EPLY

Ed Nissom
×
DEC 02 AT 9:45 PM

  
extremely informative… thanks man!

R EPLY

Rahman
DEC 19 AT 6:28 AM

“Masalahnya apabila anda berurusan dengan gambar yang menggunakan bitmap yang
biasanya diuruskan oleh photoshop”

Boleh huraikan lagi apa masalahnya?

R EPLY

Akhi Joe
DEC 21 AT 10:32 PM
Ps (Photoshop) tidak boleh di-resize; dibesarkan dengan mengekalkan kualiti
nya. Contoh mudah sekiranya design bitmap (dlm Ps) saiz A5 dan ingin dicetak
pd saiz A1 atau A0. Pasti imej akan pecah (sekiranya menggunakan gambar).

Ia mesti disediakan dlm saiz A1 sekiranya ingin mendapatkan kualiti cetakan A1


jg. Dan pastinya fail yang akan menjadi sangat berat mencecah 1Gb; bergantung
kpd kompleksiti design.

..

Berbeza dgn Ai (Illustrator). Jika tuan design dlm saiz A5 sekalipun, jika dicetak
pd saiz A1 atau A0, kualitinya tetap sama. Dengan syarat tiada objek bitmap
digunakan. 100% vektor.

..

Kelebihan ini, membolehkan designer sediakan design hanya dlm canvas saiz A5
dan beritahu printer utk cetak pd saiz A1/A0. Jadi, malahan saiz fail utk dihantar
jg sangat kecil & ringan.

R EPLY

×
liana
DEC 23 AT 4:38 PM
  

apabila hendak hantar kepada pencetak banner, apakah format yang paling sesuai untuk
diberikan? jpeg? png? pdf?

R EPLY

Akhi Joe
DEC 23 AT 4:43 PM

Paling sesuai kalau boleh disediakan dlm AI & disimpan dlm format .ai atau .pdf.
Sekiranya terpaksa menggunakan perisian PS, blh simpan dlm format JPEG.
Hanya perlu pastikan ia disimpan dlm kualiti terbaik (12 – Max) & pada resolusi
300 DPI.

R EPLY
zul
JAN 14 AT 12:57 AM

salam…saya ada soalan

adakah ukuran di atas sama jika saya nak design bunting menggunakan ilustrator??

thanks…

R EPLY

Akhi Joe
JAN 14 AT 9:26 AM

Wassalam.

Tidak perlu KECUALI tuan Zul menggunakan bitmap/imej/foto di dalamnya.

×
Sediakan dalam saiz di atas MINIMUM. Lebih besar lebih baik. Tapi seperti yang
diberitahu, ia akan menyebabkan saiz fail lebih berat.

R EPLY

  

Kerro Shinobi
MAR 06 AT 9:22 PM

Terima kasih atas info. Sebelum ni mmg sy ambil dan design banner dalam saiz asal. PC
jadi hang dan lag. Saya hantar pd printing pon pada saiz asal. Beso giler saiz smpai 1gb.
Perosalannya,

Kalau dah design dengan 1/4 daripada saiz asal, lalu save as jpeg dan hantar pada
printing person, nanti dia boleh dibesarkan ajdi saiz asal semula ke?. Tidak pecah?.

R EPLY

Akhi Joe
APR 07 AT 11:41 AM
asanya ia akan pecah. tetapi tergantung kpd penggunaan. ukuran yang diberikan
di sini merujuk kepada penggunaan outdoor. Sebab ia akan digantung & dilihat
dari jauh. jadi sekiranya pecah sedikit pun tiada masalah.

R EPLY

Aidilx
APR 21 AT 7:34 PM

Terima kasih untuk informasi ini. Sangat bermanfaat untuk aku yang masih merangkak
dalam photoshop.

R EPLY

GM Staff
MAY 16 AT 7:37 PM

×
Kami gembira ia bermanfaat untuk anda.

R EPLY

  

Razzy
APR 22 AT 5:46 PM

dimana saya boleh mendownload template saiz utk adobe Illustrator ?

R EPLY

GM Staff
MAY 16 AT 7:37 PM

Tiada template saiz untuk AI tuan. Tiada saiz banner yang khusus.

R EPLY

azmi
APR 27 AT 1:41 PM

as salam
sedikit soalan macam mana sekiranya unit kaki tersebut bukan genap, maksudnya ada
lebih inci contoh 3 kaki 5 inci, bagaimana untuk menukarnya

R EPLY

GM Staff
MAY 16 AT 7:36 PM

Wasalam. Tiada masalah. Tuan hanya perlu tukarkan semuanya kepada inci &
meneruskan kira-kira menggunakan formula di atas.

(3 ft x 12) + 5 inch = 41 inch. Dan seterusnya. Selamat mencuba~

R EPLY

×
SHUTTERHOLIC STUDIO
JUN 13 AT 5:23 PM
  

salam nk tanya kalau buat dlm Banting dlm Ai xpe kan >?? ke ade masalah dkt
gambar/vector nnti ke mcm ne ??
adakah lagi prefer guna photoshop utk gmbar/vector tapi dkt Ai just utk tulisan je ..just
nk pendapat

R EPLY

GM Staff
JUN 14 AT 1:10 AM

Wassalam,

Sekiranya vektor, maka tiada masalah. Tetapi sekiranya tuan menggunakan


bitmap image (foto) di dalam Ai, ia tetap sama. Akan pecah sekiranya
diperbesarkan.
Apa yang membuatkannya menjadi vektor adalah kerana “ia adalah vektor”
bukan kerana “ia berada di dalam perisian Ai”. Bitmap (foto) tetap bitmap di
dalam perisian Ai.

R EPLY

Jaiki
AUG 25 AT 6:04 AM

macammana dengan bleed area??? perlukah ditambah saiznya…

R EPLY

GM Staff
MAR 05 AT 3:28 PM

×
Utk cetakan bunting, biasanya tak memerlukan bleed area.

R EPLY

  
nisa masrom
NOV 17 AT 7:09 AM

panduan yang sngat berguna… terima kasih

R EPLY

yusof hazli
DEC 11 AT 3:35 PM

Saya bahagi kepada 10 resolusi kepada 1000


Untuk bunting atau backdrop bersize lebih besar ini cara saya

Contoh popular size bunting 6 x 2

6 x 12 ( sebab 1 kaki bersamaan 12 inci)= 72

2 x 12= 24
Jadi 72/10 = 7.2
24/10 = 2.4
Resolusi dalam inci detetapkan pada 1000.

Pada skala ini computer lebih Tenang utk memproses

Dan pencetak akan mencetak dengan 10 Kali lebih besar – sila rujuk dengan pencetak
anda berurusan.

R EPLY

Hafiz
MAY 10 AT 10:00 AM

Resolusi 1000 dpi?

R EPLY

nabil
×
MAY 18 AT 8:08 AM

7.2dan 2.4
 itudlm inch jugak ke?

R EPLY

Amirul Hadi
MAR 04 AT 4:16 PM

Salam, nak tanya, knp guna CMYK dan bukan RGB ?

R EPLY

GM Staff
MAR 05 AT 3:29 PM

Kerana ukuran ni kita nak guna utk cetakan. Utk cetakan kita gunakan CMYK.

R EPLY
azarul izham
APR 01 AT 10:42 PM

what if kalau saya pakai COREL DRAW X5..sb friendly user sikit..saiz sama eh?

R EPLY

GM Staff
APR 24 AT 9:05 PM

Kami jarang menggunakan Corel Draw, masih lg menggunakan Photoshop &


Illustrator. ^_^

R EPLY

Hazimah Hanafiah
×
APR 10 AT 11:48 AM

  
Kenapa bila pakai CYMK, warna imej yang disimpan berbeza dari dalam Photoshop?

R EPLY

GM Staff
APR 24 AT 9:06 PM

Berbeza berbanding apa? Sekiranya simpan dlm mode CMYK, sepatutnya


paparan tetap CMYK. Adakah cik Hazimah maksud kan berbeza dgn warna
RGB?

R EPLY

SYAZANA ABDULLAH
APR 20 AT 3:11 PM
terima kasih info yang diberikan, sangat mudah dipahami

R EPLY

GM Staff
APR 24 AT 9:04 PM

Gembira dpt membantu. ^_^

R EPLY

Anonymous
MAY 09 AT 11:09 PM

R EPLY

×
Anonymous
MAY 19 AT 4:40 PM
  
4

R EPLY

MUSANGBERJANGGUT
MAY 20 AT 11:28 AM

SAYA NAK TYA.KLU KITA DAH CREATE OUTLINES..BLEH KA KITA REMOVE BLIK

R EPLY

Akhi Joe
MAY 22 AT 10:15 PM
Once go black, you never go back. >.< Sentiasa buat backup (Copy Front @ Copy
Back) sebelum outline. Sbb ia takkan jd line semula melainkan anda klik Undo
byk kali sampai ke keadaan asal.

R EPLY

Amir
MAY 22 AT 4:22 PM

Salam. Saya nak tanya tentang kalau kita guna format CMYK, memang bila kita save
nanti dia akan menjadi warna lain ke?

R EPLY

Akhi Joe
MAY 22 AT 10:21 PM

×
Wassalam. TIDAK, jika anda design dalam mode CMYK. Kalau anda design dlm
RGB dan nak outpout kpd CMYK, mmg akan berubah.

Praktis saya, kalau nak design dlm RGB (sebab lebih selesa), Design everything
  
dlm RGB sampai siap >> Import sebagai JPEG ( nal output) juga dlm RGB >>
Bawa masuk ke dalam Adobe Photoshop utk tukar mode warna kepada CMYK.

Praktis ni meminimalkan perubahan warna. Sebab bertukar daripada mode RGB


kepada CMYK ketika proses editing akan menyebabkan beberapa jenis
adjustment layer akan dinyahaktif/tak berfungsi/hilang.

Wallahualam.

R EPLY

amir
MAY 23 AT 6:24 AM

Saya design dalam mode CMYK, tapi bila saya nak save dalam JPEG
(output), berubah warna design saya. Huhu. Pening sekejap. Selalunya
saya design dalam mode RGB, dan bila nak save ke JPEG (output)
memang tak berubah warnanya.
R EPLY

Akhi Joe
MAY 23 AT 1:20 PM

View menggunakan apa? Kalau boleh, view semula gunakan


perisian yg sama. Sy rasa, view guna default photo viewer pn
xblh. sbb dia view RGB. Terbaik, spt sy katakan, view JPEG tu
guna perisian yg sama, spt Adobe Photoshop.

R EPLY

kakmin
JUL 30 AT 10:28 AM

terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna.

R EPLY ×

  
afifa
SEP 19 AT 3:50 PM

alhamdulillah banyak membantu syukron2

R EPLY

Idzyan
SEP 27 AT 7:26 PM

Sy nk tnya kalau saya nak lukis pola baju guna Ai mcm ukuran bdn mcm tuh..mcm mn nk
kira bila kita print dpt exact number ukuran badan org tuh?

Contoh dada 40 so bila nk buat pola baju sy kena bahagi 4 tmbh kelonggaran akan dpt
10.75 inci mcm tuh..jd bila nk lukis sy kena kira mcm mn? Bila print akn dpt dak ukuran
10.75 inci tuh?

R EPLY
anepz
NOV 04 AT 5:57 PM

Tuan…tumpang tanya kalau kita nk buat banner saiz 23 x 3 kaki dalam adobe illustrator
mcm mana ek…sebab sy try tamplet tak cukup panjang 23 kaki tu dlm ai..bolehkah saya
kecilkan dengan bahagi 1/4..tkut nanti gambar pecah plak…tq

R EPLY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required elds are marked *

YOUR COMMENT *

  

NAME *

EMAIL *

WEBSITE

SIGN UP TO OUR NEWSLETTER

POST COMMENT
×

  

Grafik Malaya

You might also like