You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TAMAN DATO HARUN,

KAJIAN TINDAKAN 2020

KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF


TEKNIK“JIGSAW”
DALAM
SUBJEK PERNIAGAAN

NAMA : REENA IZZATI BT AB RAHIM

Mata Pelajaran : PERNIAGAAN

Tingkatan : 5 BUNGA RAYA


Laporan Kajian Tindakan

Nama Pengkaji Reena Izzati bt Ab. Rahim


Mata Pelajaran Perniagaan
Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Teknik ’Jigsaw’ dalam Subjek Perniagaan
Tajuk Kajian
Tarikh Kajian 01 Julai 2020(Rabu)

Pendahuluan
Mata pelajaran Perniagaan ialah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan empat dan
tingkatan lima dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di bawah Kumpulan Sastera
Ikhtisas. Mata pelajaran ini memperkembang dan memperluas lagi pengetahuan dan kemahiran asas
perniagaan dan keusahawanan (kecuali aspek simpan kira) yang telah dipelajari dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah. Melaluinya juga, nilai-nilai murni dan sikap positif yang
berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan lagi dalam kalangan pelajar.

Tujuan pendidikan Perniagaan ini adalah untuk memberi pendidikan perniagaan dan
keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan
amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang bersangkutan. Dengan ini
dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta
bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi
persaingan dalam apa jua bidang yang diceburi berlandaskan sikap amanah dan jujur, untuk
kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Kajian tindakan merupakan salah satu cara mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian ke
atas masalah yang dikenal pasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid sukar memahami
subjek perniagaan. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku pelajar dan keputusa
ujian di dalam kelas semasa saya mengajar sub-topik Penyata Kewangan Perniagaan. Analisis yang
didapati daripada soalan/jawapan pelajar adalah seperti berikut:

i. Tidak dapat mentafsir maklumat kewangan yang terdapat pada penyata kewangan

Berikut adalah analisis kesilapan yang dapat dikesan semasa sesi perbincangan bagi sub-topik ini:

i. Murid salah mengira Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira


FOKUS KAJIAN
- Daripada refleksi di atas, didapati palajar tidak dapat:
i. Pelajar keliru antara Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira
ii. Gagal mengukur kadar untung/pulangan yang diperoleh

- Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid kerana;


i. tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa sesi penerangan topik sebelum ini
ii. tidak mengulangkaji pelajaran sebelum sesi perbincangan sebelum ini
iii. kaedah P&P yang digunakan tidak berkesan.

- Jika perkara ini tidak ditangani, murid akan terus menghadapi masalah dalam pengiraan sub
topik ini.
- Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana tidak jelas dengan sub-
topik ini.
- Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menjalankan sesi penerangan semula dan lanjut dengan
kaedah jigsaw
- Tujuan kajian ini diharapkan akan mencapai peningkatan sebanyak 50%
- Kajian ini melibatkan 30 orang murid yang telah dikenal pasti daripada kelas 5 Bunga Raya.

Langkah 1: Merancang
Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut:

Rajah 1
Struktur jigsaw yang digunakan dalam kajian ini membabitkan strategi iaitu setiap murid yang
berada dalam kumpulan ‘Jigsaw’ akan mempunyai kepakaran masing-masing. Murid yang berada dalam
satu kumpulan kepakaran akan berbincang dan memahami topik yang diberi.
Murid berikut kemudiannya akan kembali kepada kumpulan Jigsaw untuk menerangkan topik
berkenaan. Kumpulan kepakaran ini diwujudkan mendorong murid agar dapat menguasai sesuatu
konsep yang dipertanggungjawab ke atas mereka disamping membolehkan mereka memikirkan strategi
untuk mengajar konsep tersebut kepada murid lain dalam kumpulan Jigsaw mereka. Struktur Jigsaw
adalah kompleks kerana ia memerlukan komitmen dari murid dan guru.

Perlaksanaan teknik Jigsaw memerlukan perancangan rapi (Felder & Brent,2004) dan seperti
kaedah pembelajaran kooperatif yang lain. Kumpulan murid yang dibentuk untuk teknik Jigsaw perlulah
memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu kepelbagaian dalam kumpulan, sasaran kumpulan atau
kesalingbergantungan positif, interaksi sokongan, kebertanggungjawapan individu, kemahiran
interpersonal, peluang kejayaan sama rata dan saingan kumpulan.

Langkah 2: Bertindak
Tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti berikut:

Aktiviti 1
Sesi Penerangan Pertama Berasaskan Perbincangan berbantukan ICT
Langkah 1 Pemerhatian Refleksi
Guru memberi penerangan secara terperinci Berdasarkan kepada tingkah laku Satu tindakan perlu dibuat untuk
tentang topik pengiraan Penyata Pendapatan murid, murid keliru dan tidak kurangkan kekeliruan dan
dan kunci kira-kira memahami isi kandungan pemahaman murid.
Langkah 2 pembelajaran ini berdasarkan
Sesi soal jawab secara lisan dilakukan kepada mimik muka dan daya tumpuan
semua murid. mereka.
Guru mengenal pasti 10 orang murid yang
tidak dapat menjawab dengan tepat.

Aktiviti 2
Sesi Penerangan Ke-II Berasaskan Perbincangan berbantukan ICT dan teknik Jigsaw
Langkah 1 Pemerhatian Refleksi
Guru memberi penerangan secara terperinci Kaedah peta minda yang ringkas Kaedah Jigsaw dapat
tentang cara pengiraan Penyata Pendapatan membantu murid dan meningkatkan kefahaman murid
dan kunci kira-kira memudahkan kefahaman tentang sub-topik ini.
Langkah 2 mereka.
Sesi soal jawab secara lisan dilakukan kepada
10 orang responden.

Aktiviti 3
Sesi Ujian secara Bertulis
Langkah 1 Pemerhatian Refleksi
Soalan yang sama diajukan kepada 30 orang Murid mudah menjawab soalan Kaedah Jigsaw dapat
responden semasa soal jawab secara lisan yang dikemukan selepas sesi meningkatkan kefahaman murid
Keputusan direkod dan dianalisis penerangan. tentang sub-topik ini.
Aktiviti 4
Sesi Temu Bual bersama Responden
Langkah 1 Pemerhatian Refleksi
Sebelum temu bual, kenal pasti responden Kenal pasti faktor-faktor Responden lebih mudah
yang bermasalah. kekeliruan dan ketidakfahaman memahami sub-topik ini dengan
Langkah 2 murid. kaedah jigsaw.
Rekod isi kandung temu bual.
Langkah 3
Analisis isi kandungan temu bual.

Langkah 3: Memerhati

Berdasarkan kepada keputusan ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati
bahawa kaedah jigsaw yang dilakukan kepada pelajar 5 Bunga Raya merupakan kaedah yang berkesan
untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang Mata Pelajaran Perniagaan terutamanya aspek
pengiraan. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa 21 orang pelajar daripada 30 orang murid
berjaya mendapat markah 6 dan ke atas. Markah penuh ialah 10 markah

Berdasarkan kesedaran dan keyakinan yang saya perolehi daripada kajian tindakan ini, saya
merasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengenalpasti kaedah P&P yang berkesan
terutamanya bagi tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk
mempelbagaikan penggunaan teknik Jigsaw secara menyeluruh bagi mata pelajaran Perniagaan

Markah pencapaian murid

Tahap Pencapaian Markah


Sangat bagus 12 – 15
Bagus 8 – 11
Sederhana 4–7
Rendah 0–3
LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik ini disediakan bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang tahap minat pelajar terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran subjek Perniagaan

Arahan : Sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda
sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 6, sila
tandakan () pada satu jawapan sahaja.
TINGKATAN : __________________ JANTINA : L / P

Sangat tidak setuju Sangat setuju


1 2 3 4 5 6

Bil Pernyataan 1 2 3 4 5 6
Saya sangat meminati mata pelajaran Perniagaan menggunakan
1
teknik Jigsaw
Pembelajaran mata pelajaran Perniagaan menggalakkan saya
2
berfikir.
Pembelajaran mata pelajaran Perniagaan memberi kesan dalam
3
kehidupan saya seharian.
4 Mata pelajaran Perniagaan subjek yang sukar.
5 Penglibatan saya di dalam aktiviti kelas adalah 60-100%.
Saya suka menjalankan aktiviti berkumpulan semasa proses
6
pembelajaran Perniagaan dijalankan
Teknik “JIGSAW” menjadikan saya lebih berminat dalam sesi
7
pembelajaran subjek Perniagaan.
8 Teknik “JIGSAW” membolehkan saya mengingat konsep Perniagaan.
Guru mata pelajaran Perniagaan saya berjaya menghidupkan
9
suasana pembelajaran melalui teknik “JIGSAW”.
10 Kaedah pengajaran yang dapat menarik minat saya
a. Kaedah biasa
b. Kaedah berkumpulan

---------------------------------------Soal selidik tamat. Terima kasih di atas kerjasama anda.------------------------------------


LAMPIRAN 2

Carta Gan dibawah menujukkan progres kajian

BULAN / TOPIK / MINGGU JULY SEPT OCT

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mesyuarat Panitia

Pre-Test

Perlaksanaan Jigsaw

Post – Test & Survey

Data Analisis

Menulis Laporan & Dokumentasi

You might also like