You are on page 1of 4

Formula kira-kira design banner & bunting.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu adalah.

1. Kira-kira ukuran design adalah di dalam unit inci.


2. Anda hanya perlu design 1/4 daripada saiz asal sahaja.
3. Design pada resolusi 300 DPI (dot per inch).
4. Design menggunakan mode warna CMYK dan bukan RGB (paparan
skrin monitor).

Senangkan? Kuasai formula ini & anda boleh design banner & bunting pada
bila-bila masa.

Nak formula yang lebih mudah?

1. Tukar unit ukuran kepada inci.


2. Darab 3 ukuran yang anda peroleh.
3. Kekal menggunakan mode CMYK & 300 DPI.

Contoh – cara menggunakan formula.


Saya akan menggunakan contoh banner 10 x 5 kaki.

Contoh – Banner 10×5 kaki (ft)


RELATED POSTS

Berbaloikah melanggan laman koleksi tutorial Learn Photo Editing?


May 15, 2014

Gradient Map – Panduan penggunaan terperinci – Photoshop


Oct 4, 2013

RELATED POSTS
Chrome Extension untuk mengelak terbaca Spoiler Avengers:…
Apr 24, 2019
Perbezaan Check list dan Asset list serta kepentingannya
Sep 24, 2013
How to overcome working late night
Nov 26, 2012

Menjadi praktis menggunakan unit kaki (feet) apabila berbincang hal banner
& bunting bersama klien. Tapi apabila anda mula design, anda akan
menggunakan unit inci (inch).
Step 1 – Tukar unit kaki kepada unit inci (inch).
Maka banner 10×5 kaki (ft) akan menjadi 120×60 inci (in). 10×12 (inci) &
5×12 (inci).

Dalam inci (in) ia menjadi 120×60 inci (in)

Step 2 – Bahagi 4 atau darab 1/4 unit inci tersebut.


Maka banner 120×60 inci (in) akan menjadi 30×15 inci (in) sahaja. Inilah
ukuran canvas di Adobe Photoshop.

1/4 daripada saiz itu adalah 30×15 inci (in)

Step 3 – Bina canvas di Photoshop; pastikan 300 DPI & CMYK.


Apabila sudah muktamad, anda boleh bina canvas baru Adobe
Photoshop anda. 😉
Bagaimana cara menggunakan formula mudah
‘Darab 3’?
Wah. Belajar matematik pula kita hari ini. Sebagai contoh, sekiranya anda
ingin mendapatkan 1/4 daripada 10 kaki (ft) di dalam unit inci (in), maka
kira-kira yang betulnya adalah seperti berikut.

10 kaki (ft) x 12 inci (in) x 1/4 (daripada design) = Jawapan.


Di bawah adalah persamaannya jika anda ingin lebih mudah faham.

Jadi, apa yang hanya perlu anda ingat sekarang?

Hanya darabkan nilai (nombor) dalam unit kaki (ft) dengan 3 = anda akan
mendapat saiz dalam unit inci (in); ukuran yang diperlukan untuk design
banner anda dalam Adobe Photoshop.

You might also like