You are on page 1of 8

SISTEM PERLESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

(NATIONAL COACHING LICENSING SYSTEM)

1 Pengenalan

Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan


bidang kejurulatihan. Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga
Kejurulatihan Kebangsaaan (LKK), beberapa pelan tindakan telah
dikemukakan untuk pembangunan bidang kejurulatihan di negara ini.
Antaranya adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan
yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan berkuatkuasa
pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan elaun
yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang
kejurulatihan secara penuh masa ataupun sambilan.

Dalam masa yang sama Bahagian Kejurulatihan juga membangunkan


Sistem Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan bagi memastikan jurulatih
yang mempunyai kelulusan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan (SPKK) dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan pada
Skim Pekerjaan tersebut. Konsep Sistem Perlesenan Kejurulatihan
Kebangsaan ini telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan
Kebangsaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka tibalah
masanya dilaksanakan supaya semua jurulatih yang bertauliah di negara
ini dapat didaftarkan di bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih
Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi pengiktirafan yang
sewajarnya.

2 Apakah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)?

SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan


kejurulatihan. Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik
(Tahap I, II dan III) bagi keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-
kursus secara progresif dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran para jurulatih. SPKK mengandungi tiga komponen asas :

i) Kursus Sains Sukan

Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains


sukan yang dikendalikan oleh Bahagian Kejurulatihan, Institut
Sukan Negara (ISN)

1
ii) Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik

Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik,


teknik dan strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh
Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)

iii) Latihan Amali (Praktikum)

Selepas menghadiri kursus kejurulatihan sukan spesifik, calon


perlu menyerahkan laporan kejurulatihan setelah mengambil
bahagian dalam latihan amali kejurulatihan yang dikelolakan oleh
Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dalam tempoh masa 3
hingga 6 bulan.

2.1 Sijil Penuh SPKK

Kursus sains sukan dan kejurulatihan sukan spesifik SPKK mengandungi


tiga tahap pembelajaran. Sijil penuh SPKK yang diiktiraf dan lengkap
bagi setiap tahap akan diperolehi oleh jurulatih setelah beliau selesai
menyempurnakan kedua-dua kursus sains sukan dan sukan spesifik serta
telah melaksanakan latihan amali (Praktikum) di tahap yang berkaitan.
Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik PSK dan
Tahap I Sains Sukan MSN/ISN serta telah menjalani latihan amali
(praktikum) sukan spesifik akan di beri pengiktirafan Sijil Penuh SPKK
Tahap I. Oleh kerana SPKK melangkah secara progesif, maka para
jurulatih dikehendaki lulus Tahap I sebelum dibenarkan mengambil
kursus Tahap II dan seterusnya. Berikut adalah tajuk utama dalam silibus
kursus SPKK.

Sains Sukan Sukan Spesifik dan Praktikum


 Peranan Sains Sukan  Sejarah
 Perancangan Periodisasi Latihan  Organisasi Sukan
 Peranan Jurulatih  Peraturan/Undang-undang
 Komunikasi Berkesan Permainan
 Perkembangan Kemahiran  Peralatan
 Analisis Kemahiran  Falsafah Kejurulatihan
 Keselamatan & Kecederaan  Kod Etika Kejurulatihan
Sukan  Metodologi Pengajaran
 Perkembangan & Tumbesaran  Perancangan Latihan
 Fisiologi Senam Mengajar
 Persediaan Fizikal  Teknik / Kemahiran sukan
 Psikologi Kejurulatihan  Taktik & Strategi
 Pemakanan dalam Sukan  Kecergasan Sukan Spesifik
 Biomekanik dan lain-lain  Sains Sukan Gunaan

2
2.2 Yuran dan Jangkamasa Kursus Sains Sukan SPKK :

Sains Sukan Yuran Kursus Jangkamasa Kursus


Tahap I RM 75.00 28 Jam
Tahap II RM 150.00 32 Jam
Tahap III RM 250.00 40 jam

Dengan mempunyai Sijil Penuh bagi setiap tahap SPKK, seseorang


jurulatih akan meningkatkan diri sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih
bertauliah.

Cadangan : Para jurulatih dinasihatkan mengambil Kursus Sains Sukan


SPKK terlebih dahulu sebelum meneruskan ke Kursus Kejurulatihan Sukan
Spesifik PSK. Cara ini dapat membantu mereka memperolehi
pengetahuan secara meluas mengenai prinsip-prinsip asas kejurulatihan
dan sains sukan sebelum bergerak maju membentuk kemahiran-
kemahiran kejurulatihan sukan spesifik.

SPKK adalah penting sebagai langkah pertama ke arah mendaftarkan diri


dalam senarai pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat
Kebangsaan yang dikendalikan oleh Bahagian Kejurulatihan. Hanya
jurulatih yang mempunyai sijil penuh SPKK sahaja layak untuk memohon
lesen kejurulatihan.

3 Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK)

Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) adalah pengkalan


data bagi jurulatih SPKK yang bertauliah dan telah memperolehi sijil
penuh sekurang kurangnya Tahap I Sains Sukan SPKK dan Tahap I Sukan
Spesifik dengan praktikumnya. Jurulatih yang merupakan ahli PJPK
hendaklah sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang
kejurulatihan serta kemahiran sukan tertentu menerusi Program
Pembelajaran Berterusan Jurulatih (PPBJ). Melalui program PPBJ ini,
jurulatih dapat memperbaiki diri mereka dengan menyertai pelbagai
aktiviti peningkatan ilmu yang dapat membantu mereka memperolehi
teknik dan kaedah terkini dalam bidang kejurulatihan.

Maka PJPK merupakan tempat himpunan semua jurulatih yang bertauliah


dan berwibawa. Lebih penting lagi, PJPK adalah mercu jaminan kualiti
jurulatih di mata masyarakat.

3
3.1 Bagaimana Caranya Memohon Jurulatih Berlesen (Prosedur) ?

Permohonan mestilah melalui Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) masing-


masing untuk tujuan pengesahan. Setelah itu PSK akan menghantar
permohonan tersebut ke Sekretariat Lembaga Kejurulatihan
Kebangsaan di Bahagian Kejurulatihan dalam masa dua minggu. Borang
permohonan (Lampiran II) boleh didapati di Bahagian Kejurulatihan atau
layari laman web di http://www.nsc.gov.my/nsc/coaching. Kemasukan
dalam senarai Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan diperolehi
dengan memenuhi keperluan-keperluan tersebut:

i) Memperolehi Sijil Penuh SPKK


ii) Bagi sukan air, jurulatih wajib mempunyai Sijil Bantu Mula
(dengan CPR) yang masih sah.
iii) Umur permohonan ialah 18 tahun ke atas.
iv) Pas kerja atau permit kerja sebagai jurulatih asing yang sah.

Kad Keahlian akan dikeluarkan kepada jurulatih yang layak dalam masa
dua minggu selepas permohonan diterima dari PSK. Surat rasmi akan
dihantar kepada jurulatih yang berjaya dan kad keahlian ini hendaklah
diambil sendiri di Bahagian Kejurulatihan dalam tempoh masa tiga bulan.

3.2 Memperbaharui Keahlian

Keahlian boleh diperbaharui dengan syarat-syarat berikut :

I. Telah memenuhi keperluan Program Pendidikan Berterusan


Jurulatih (PPBJ) (Sila rujuk penerangan tentang PPBJ)
II. Mematuhi Kod Etika Jurulatih (Lampiran I)
III. Wajib bagi jurulatih Sukan Air : Mempunyai Sijil Bantu Mula
(dengan CPR) yang sah (Optional kepada sukan lain).
IV. Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih
yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar
negara sahaja)

Setelah mematuhi syarat-syarat di atas jurulatih hendaklah menghantar


borang permohonan bersama dengan Buku Log Sistem Perlesenan
Kejurulatihan Kebangsaan dan Sijil-sijil Kehadiran yang disahkan untuk
memperbaharui keahlian dengan PJPK sekurang-kurangnya tiga bulan
sebelum tarikh tamat tempoh keahliannya. Bahagian Kejurulatihan
bertanggungjawab menilai dokumen-dokumen yang dihantar bagi tujuan
memperbaharui permohonan tersebut.

Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00. sekiranya


kad keahlian tidak dituntut dalam tempoh masa yang diberikan,
surcaj sebanyak RM 10.00 akan dikenakan.

4
4. Program Pendidikan Berterusan Jurulatih (PPBJ)

Tujuan PPBJ adalah untuk menggalakkan jurulatih sentiasa


meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang kejurulatihan.
Melalui peningkatan ilmu pengetahuan yang terkini, jurulatih dapat
menyampaikan cara latihan yang bermutu tinggi mengikut tahap-tahap
tertentu.

Untuk membaharui keahlian jurulatih di dalam Pendaftaran Jurulatih


Peringkat Kebangsaan (PJPK), jurulatih hendaklah mengumpul jumlah
bilangan jam/hari pembelajaran dengan menghadiri aktiviti-aktiviti
peningkatan ilmu kejurulatihan. ISN, MSN dan PSK akan membantu,
mengenalpasti dan mengelolakan aktiviti-aktiviti tersebut untuk
jurulatih serta memuat naik ke dalam takwim kejurulatihan supaya
senang dirujuk dan mudah dilayari dalam laman web Bahagian
Kejurulatihan.

4.1 Apakah Program Pendidikan Berterusan Jurulatih (PPBJ)?

PPBJ merupakan platform bagi jurulatih meningkatkan diri mereka


dengan ilmu pengetahuan dalam bidang Kejurulatihan supaya mereka
menjadi jurulatih yang lebih cekap, mahir dan berpengetahuan. Program
ini diperkenalkan kerana ISN yakin dengan adanya pengetahuan dan
kaedah-kaedah latihan terbaru yang diperolehi, jurulatih dapat
menyampaikan aktiviti kejurulatihannya dengan baik dan berkesan.

Di bawah penubuhan baru Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan


(PJPK), semua jurulatih yang berdaftar dengannya dikehendaki
mengumpulkan bilangan jumlah jam ataupun hari pembelajaran dengan
menghadiri aktiviti-aktiviti pendidikan kejurulatihan secara berterusan.

Peranan utama ISN dalam PPBJ adalah mengenalpasti dan mengelola


aktiviti-aktiviti yang berguna seperti kursus, konferen, seminar, klinik
dan lain-lain lagi aktiviti pendidikan untuk peningkatan pengetahuan dan
kemahiran jurulatih. ISN akan bekerjasama dengan MSN, PSK serta
pertubuhan yang lain untuk mengendalikan PPBJ yang komprehensif
untuk jurulatih. Objektif utama program ini ialah memastikan jurulatih
mendapat peluang-peluang pembelajaran bagi meningkatkan kepakaran
mereka.

4.2 Pengumpulan Bilangan Jam / Hari Pembelajaran

PPBJ merupakan satu elemen utama bagi Pendaftaran Jurulatih


Peringkat Kebangsaan kerana ianya memerlukan jurulatih untuk
meningkatkan keupayaan mereka secara berterusan bagi menjamin dan
mengawal mutu kejurulatihan yang tinggi.

5
Keahlian Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) ialah
selama tiga tahun. Semasa menjadi ahli, seseorang jurulatih dikehendaki
memenuhi syarat PPBJ. Terdapat empat jenis status ahli di dalam PJPK:

Aktif Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat


serta kriteria yang ditetapkan oleh PJPK dan pembaharuan
keahlian diperlukan dalam masa tiga tahun.
Tidak Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat
Aktif dan kriteria yang ditetapkan oleh PJPK, tetapi tidak
memenuhi syarat keperluan membaharui keahlian, iaitu
gagal memperolehi himpunan bilangan jam/hari
pembelajaran yang minima.
Keluar Merujuk kepada jurulatih yang gagal memenuhi syarat-syarat
dari dan kriteria membaharui keahlian yang ditetapkan oleh PJPK
Senarai setelah setahun dari tempoh luput keahliannya. Namanya
akan dikeluarkan dari senarai PJPK
Gantung Merujuk kepada jurulatih yang telah melanggar Kod Etika
Jurulatih atau pun dalam penyiasatan, bergantung kepada
Badan Penyiasat Lembaga Disiplin. Kemasukan semula
menjadi ahli berdaftar bergantung kepada kes demi kes.

Untuk memastikan status “AKTIF” dalam PJPK, jurulatih hendaklah


mempunyai himpunan bilangan jam ataupun hari pembelajaran
(bergantung kepada tahap persijilan) dalam jangkamasa tiga tahun
seperti beikut :-

Tahap Masa Pembelajaran Hari Pembelajaran


Dikehendaki Dikehendaki
1 60 jam 10 hari
2 90 jam 15 hari
3 120 jam 20 hari

Himpunan jumlah bilangan jam atau hari pembelajaran yang boleh


diambil kira dalam pendidikan kejurulatihan

4.3 Pendidikan Jurulatih

Pendidikan jurulatih merujuk kepada aktiviti–aktiviti pendidikan atau


pembelajaran yang mempunyai hubungkait dengan kejurulatihan.
Pendidikan ini juga merangkumi penyebaran pengetahuan dan kemahiran
dari seorang jurulatih kepada jurulatih-jurulatih lain melalui bengkel,
symposium, seminar dan konferen atau persidangan. Berikut adalah
contoh-contoh aktiviti pembelajaran dan pengajaran pendidikan
kejurulatihan seperti :-

6
I.Menghadiri program mengenalpasti bakat (TID)
II.Menghadiri program kejurulatihan pembangunan sukan.
III.Menghadiri kursus-kursus kejurulatihan prestasi tinggi.
IV. Menghadiri kursus pendek / klinik / seminar / ceramah Sains Sukan.
V. Menghadiri kursus kepegawaian / pengadil dan lain-lain.
VI. Menghadiri kursus “Sports Trainer”, perubatan sukan dan lain-lain.
VII. Mengendalikan kursus-kursus berkaitan bidang kejurulatihan.
VIII.Memberi ceramah di seminar dan bengkel kejurulatihan.
IX. Pembentangan kertas kerja di persidangan dan seminar.
X. Penyumbang artikel dalam jurnal, berita atau buku penerbitan yang
relevan (imbuhannya 1-2 hari).
XI. Menghadiri mana-mana persidangan sukan antarabangsa,
simposium, seminar, bengkel dan kursus-kursus kejurulatihan dan
lain-lain di luar negara.

Aktiviti-aktiviti di atas merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti


pembelajaran dan pengajaran pendidikan kejurulatihan, ianya tidak
berakhir di situ sahaja malah banyak lagi aktiviti lain boleh diterokai.
Untuk sebarang keterangan lanjut, jurulatih hendaklah menghubungi
pihak ISN atau PSK untuk mendapat kepastian.

5. Kenapa Jurulatih Perlu Berdaftar di bawah PJPK ?

Sebagai seorang jurulatih yang berdaftar, anda lebih diutamakan kerana


mempunyai syarat yang diperlukan seperti bertauliah, berkemahiran,
berketrampilan dan telah memenuhi keperluan pemilihan yang ketat.
Yang paling penting, anda telah menunjukkan sikap profesionalisma
dalam kejurulatihan, ini telah membezakan anda dengan jurulatih lain
yang tidak berdaftar dengan PJPK.

5.1 Keistimewaan Yang Diperolehi oleh Ahli Berdaftar PJPK :

I. Sebagai jurulatih yang berdaftar dengan PJPK, anda akan diiktiraf


sebagai jurulatih kebangsaan yang berdaftar. Ini akan meningkatkan
kredibiliti anda sebagai seorang jurulatih bertauliah.
II. Anda berpeluang mendapat maklumat dan menambahkan
pengetahuan serta kemahiran sukan melalui kursus jangka pendek,
ceramah, seminar dan bahan-bahan ilmiah anjuran ISN & MSN.
III. Anda akan diberi potongan yuran penyertaan (20-50%) atau kadar
yuran penyertaan istimewa untuk menghadiri seminar dan konferen
kelolaan ISN & MSN.
IV. Anda akan mendapat potongan yuran penyertaan (5-20 %) bagi
kursus jangka pendek, seminar dan konferen yang dikelolakan oleh
institusi gabungan ISN & MSN.

7
V. Anda juga akan menikmati potongan harga untuk menjadi ahli
Perpustakaan ISN & MSN.
VI. Anda boleh mempamerkan pengalaman dan kelulusan anda di
bidang kejurulatihan di laman web Bahagian Kejurulatihan, ini akan
membuka ruang yang lebih luas mengenai diri anda untuk diketahui
oleh orang ramai.
VII. Anda akan menikmati publisiti melalui ISN di samping meningkatkan
imej dan status jurulatih di bawah Pendaftaran Jurulatih Peringkat
Kebangsaan.
VIII. ………… dan banyak lagi akan menyusul.

Anda boleh mencetak di kad perniagaan atau memasukkan ke laman web


yang anda adalah seorang jurulatih berdaftar dengan PJPK dan
seterusnya anda diiktiraf sebagai jurulatih yang bertauliah dan
berwibawa.

5.2 Keistimewaan bagi Majikan yang Mempunyai Jurulatih yang berdaftar


dengan PJPK:

I. Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan memberi khidmat


panduan yang penting dengan menyediakan senarai jurulatih yang
berdaftar dalam pelbagai sukan bagi memudahkan orang ramai
memilih jurulatih yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti
Kejurulatihan.
II. Jurulatih berlesen perlu mematuhi Kod Etika Jurulatih untuk
memastikan mereka mengamalkan budaya kerja dan tingkahlaku
positif dalam sukan.
III. Masyarakat akan lebih yakin dengan jurulatih berdaftar dengan
PJPK kerana mereka semua telah diperakui oleh ISN.
IV. Masyarakat dapat mengetahui tentang jurulatih PJPK yang
berdaftar dengan melayari lawan web kejurulatihan ISN.

Disediakan oleh :

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

Untuk keterangan lajut, sila hubungi


Bahagian Kejurulatihan
Institut Sukan Negara
Komplek Sukan Negara
Bukit Jalil, Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-89929701
Faks : 03-89966203

You might also like