You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO’ HAJI ABBAS

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)


21060 KUALA TERENGGANU

TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PROJEK KECEMERLANGAN SPM KALI KETIGA 2016


TARIKH : 28 SEPTEMBER 2016
HARI : RABU
MASA : 3.00- 4.30 PETANG
TEMPAT : BILIK SYURA

KEHADIRAN:

1. En. Abd. Aziz Bin Ibrahim (KP) GC (Sejarah)


2. En. Mohd. Rafi Bin Iman Kaunselor
3. Pn. Raina Bt. Ahmad B. Melayu
4. Pn. Noor Aini Binti A Rahman B. Melayu
5. Pn. Sarina Bt Sulong (KP) B. Inggeris
6. Cik Salmi Bt Harun B. Inggeris
7. Pn. Saminah Bt Musthafa (KP) B. Arab
8. YM Engku Hasan B. Engku Wook Zin B. Arab
9. En. Khairul Apandi B. Anang B. Arab
10. Pn.Puteh Bt Awang B. Arab
11. Pn. Zawaiyah Bt Mat Yatim Sejarah
12. Pn. Rahimah Bt Yusoff (KP) Matematik
13. Pn. Azlina Bt Ambak Matematik / Matematik Tambahan
14. Pn. Zaimas Bt Mat Yatim Matematik
15. Pn. Zainomal Bt Ngah Matematik Tambahan
16. Pn Fauziah Binti Mohamad Matematik Tambahan
17. Pn. Normala Bt Sulaiman Matematik Tambahan
18 Pn. Syarifah Mayula Syed Kamaruddin Kimia
19. Pn. Noor Aini Bt Nik (KP) Fizik
20 En.Mohamad B.Ab.Rahman Fizik
21. Pn. Norhayati Bt Abd Ghaffar (KP) Biologi
22. Pn. Maimunah Bt Yaacob Pendidikan Syariah Islamiah
23. Pn. Kembang Bt Ismail (KP) Pendidikan Al Quran Dan As Sunnah
24. Pn. Akma Bt Mohamad Pendidikan Al Quran Dan As Sunnah
25. En. Mohd. Asri B. Hassan Pendidikan Al Quran Dan As Sunnah
26. Pn. Suriyani Bt Md. Sukor (KP) Prinsip Perakaunan
27. YM Tengku Rugayah Bt Tengku Sembok Prinsip Perakaunan
28. Pn. Noraida Bt Abdullah Sains
Tidak Hadir :
1. Cik Wan Rosilawati Wan Hashim - Karnival Sukan dan Balapan
2. En. Azhan Hadi bin Mohamad - Karnival Sukan dan Balapan
3. En. Zulkifli bin Abdullah - Kursus
4. Naimah bt Ismail - Bersalin
5. Pn. Wan Norazyati bt Wan Ngah - Kursus
6. Pn. Wan Samiah bt Wan Sulong - Mesyuarat
Agenda 1: Perutusan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul-Kitab Al-fatihah.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
dalam mesyuarat ini.

Agenda 2: Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Minit mesyuarat kali ketiga tahun 2016 disahkan oleh Pn. Raina Binti
Ahmad dan disokong oleh Pn Norhayati Binti Ghafar.

Agenda 3: Perkara berbangkit/Status Tindakan

3.1 Agenda 4.2, Bagi mata pelajaran PSI, Ustazah Wan Samiah menyatakan
bahawa 9 pelajar gagal dan 5 daripadanya adalah dari 5 Al Mukmin. Pengerusi
menyarankan bahawa perlu membuat kelas tambahan sebelum peperiksaan.

Respon: Semua pelajar lulus subjek PSI.

3.2 Cg. Normala Sulaiman membentangkan aktiviti projek SPM.

Respon: Cg. Harun meminta supaya diadakan kem di luar sekolah untuk
memberi kelainan kepada pelajar.

Agenda 4: Analisis Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2016

4.1 Pengurus projek mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa projek


dan guru-guru tingkatan 5 yang bekerjasama dalam menjayakan setiap
aktiviti projek kecemerlangan SPM.

4.2 - Min gred peperiksaan percubaan ialah 3.58, manakala pada tahun 2015
3.91.
- Dalam analisis m/s 3,secara keseluruhan ialah aliran agama Sains
Tulen,,Sains Kejuruteraan, Agama Perakaunan, Agama Ikhtisas . Pelajar
terbaik kelas Sains Kejuruteraan ialah Tuan Irfan mendapat 10 A
manakala Sh. Nurul Afiah mendapat 9 A dari kelas Agama Ikhtisas.
- Dalam analisis m/s 4, dapat dilihata bahawa kelas % Al Ikhlas lebih
meningkat berbanding 5 Al Furqan.
- Dalam analisis m/s 7, dapat dilihat keputusan calon-calon dalam
peperiksaan percubaan SPM 2016.
- Calon no 1-6 adalah pelajar terbaik .
- Calon no 26 iaitu Mohd Haziq mencapai peningkatan dari 3A meningkat
kepada 9 A.
- Calon no 24, Mohd Afif Mokhtar meningkat dari 4A kepada 9A.
- Calon no 66, Ahmad Solihin meningkat dari 2A kepada 7A.
Agenda 5: Post mortem dan Tindakan Susulan Panitia.

5.1 -Pengerusi menyatakan bahawa post mortem dan tindakan susulan


panitia perlu dilaksanakan dalam mesyuarat panitia agar kekuatan dan
kelenahan pelajar dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak.

5.2 -Pengerusi meminta setiap panitia menyatakan langkah-langkah


dengan lebih terperinci lagi untuk meningkatkan pencapaian.

Agenda 6: Aktiviti Projek Kecemerlangan SPM

6.1 - Cikgu Normala Sulaiman telah membentangkan aktiviti projek


kecemerlangan SPM 2016.Beliau menyatakan bahawa projek
telah menyelaraskan jadual untuk kelas tambahan.

- Kepada mana-mana guru yang mempunyai masalah mengenai


jadual tambahan bolehlah merujuk cikgu Normala Sulaiman
untuk tindakan selanjutnya.

- Jadual yang diedarkan hanyalah rangka dan akan berubah dari


semasa ke semasa menikut kesesuaian subjek dan guru.
( rujuk lampiran m/s 24-25)

- Pengerusi menyatakan bahawa guru-guru perlu memecahkan


pelajar kepada kumpulan yang lebih kecil agar dapat menjamin
kefahaman pelajar.

- Pengerusi melihat guru-guru ADHA mempunyai kelebihan


masing-masing.

- Setiap guru dan kelas perlu membuat auditan hasilan


berdasarkan SPPMA.

- Pengerusi berharap agar dalam masa 40 hari yang ada ini


dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menempa kejayaan.
Agenda 7: Hal-hal lain

- Cikgu Fauziah Mohamad memohon supaya subjek Matematik


Tambahan dberikan 2 slot seminggu.

- Ustazah Saminah memohon agar subjek Bahasa Arab kekal 6


masa.

Tindakan: Pengurus Projek Kecemerlangan SPM

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan bacaan tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan Oleh:

…………………………………………..
( NOOR AINI BT A RAHMAN)
Setiausaha Projek Kecemerlangan SPM

Disahkan Oleh:

…………………………………………………………………
( TENGKU RUGAYAH BT TENGKU SEMBOK)
Pengurus Projek Kecemerlangan SPM
SMKA Dato’ Hj Abbas, Kuala Terengganu

You might also like