You are on page 1of 1

Rujukan Kami : 200 UiTMKD(BPF.

17/1)
Tarikh : 12 Mac 2018

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Dungun
Jalan Yahya Ahmad
23000 Kuala Dungun
Terengganu Darul Iman.

Yang Dipertua,

MEMOHON MEMBAIKI PAGAR UITM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS


DUNGUN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Dipertua pada 27 November 2017 pekerja MPD (Lanskap) telah
melakukan kerja – kerja memotong, membuang serta membersihkan sepohon pokok rhu yang
tumbang disebabkan angin dan hujan yang lebat. Semasa kerja – kerja tersebut dijalankan tanpa
disedari, sisa dahan pokok telah terkena pagar UiTM.
3. Justeru itu, kami ingin memohon kerjasama daripada pihak Yang Dipertua agar membaiki
kerosakan pagar berkenaan memandangkan majlis Konvokesyen UiTM yang ke 88 akan diadakan
pada 23 dan 24 April 2018. Dilampirkan gambar pagar berkenaan untuk makluman.
4. Pihak Yang Dipertua boleh menghubungi Pn. Maizatul Akmar Binti Mohammud
(Penolong Arkitek Landskap) di talian 09-8400158 untuk sebarang pertanyaan.
5. Semoga pihak Yang Dipertua dapat mengambil tindakan segera berkenaan hal ini.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

NURUL DAHLYA BINT ALIAS


Jurutera Kanan

Nurul Dahlya Binti Alias – JuruteraKanan, (09) 8400140, Zainorlam Haji Ideris – Penolong Jurutera Kanan (Awam), (09) 8400141, Badely
Aizan Mustapha - Penolong Jurutera (M & E) (09) 8400142, , Rudy Arman - Penolong Jurukur Bahan (09) 8400513, Pejabat Am, (09) 8400146,
(09) 8400144, (09) 8400512

You might also like