You are on page 1of 7

Rujukan Kami : JH/51.77.

1 (19)
Tarikh : Disember 2020

SEGERA DENGAN FAKS

SENARAI EDARAN
YBrs. Dr./Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN KESAN PEMBALAKAN


KURANG IMPAK (RIL) LOGFISHER TERHADAP HAKISAN TANAH DAN
ENAPAN AIR SUNGAI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL DI SEMENANJUNG
MALAYSIA BIL. 1/2021
Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hutan, Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan
Syarikat Asrama Raya Sdn. Bhd sedang menjalankan Kajian Kesan Pembalakan
Kurang Impak (RIL) Logfisher Terhadap Hakisan Tanah dan Enapan Air Sungai
dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia bagi tempoh dua (2) tahun
bermula Mei 2019 hingga Mei 2021 yang bertempat di Hutan Simpan Petuang,
Kuala Berang, Terengganu.

3. Sehubungan itu, Dr./tuan atau wakil adalah dijemput menghadiri Mesyuarat


Jawatankuasa Teknikal Kajian Kesan Pembalakan Kurang Impak (RIL) Logfisher
Terhadap Hakisan Tanah dan Enapan Air Sungai dalam Hutan Simpanan Kekal di
Semenanjung Malaysia Bil. 1/2021 seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 26 Januari 2021 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Instia,
Tingkat 2, Bangunan D3,
Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
Kepong, Selangor

Pengerusi : YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Puat bin Dahalan


Pengarah Kanan Pengurusan Hutan
Bahagian Pengurusan Hutan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Agenda : Seperti pada Lampiran I
4. Bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran Mesyuarat dan
Maklum Balas Minit Mesyuarat seperti pada Lampiran II dan Lampiran III.
Borang Pengesahan Kehadiran Mesyuarat dan Maklum Balas Minit Mesyuarat
hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan semula ke pejabat ini sebelum atau pada
18 Januari 2021 (Isnin) untuk tindakan lanjut. Sebarang pertanyaan berkenaan
perkara ini boleh berhubung dengan Urus setia mesyuarat iaitu Puan Yumarnis binti
Riasmi di talian 03-26164488 (sambungan 570) atau melalui
e-mel yumarnis@forestry.gov.my atau Encik Mohd Tarmizi bin Mohd Zaki di talian
03-26164488 (sambungan 807) atau melalui e-mel mohdtarmizi@forestry.gov.my.

Segala kerjasama dan perhatian Dr./tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai
dan dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO’ DR. HJ. MOHD PUAT BIN DAHALAN)


Pengarah Kanan Pengurusan Hutan
Bahagian Pengurusan Hutan
b.p Ketua Pengarah Perhutanan
Semenanjung Malaysia

s.k KPPSM
TKP (DP)
TKP (OT)

Pengarah Bahagian Perhutanan - Sukacita Dr. dapat memberi kebenaran


dan Alam Sekitar menggunakan kemudahan Bilik Mesyuarat dan
kemudahan berkaitan untuk tujuan mesyuarat
SENARAI EDARAN

Pengarah Perhutanan Negeri


Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
Tingkat 8, Wisma Negeri
20200 Kuala Terengganu
Terengganu

Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM
52109 Kepong
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
(u.p: Pengarah, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar)

Pengurus
Asrama Raya Sdn. Bhd
134 - B, Tingkat 1
Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 Kuala Terengganu
Terengganu

Pengarah
Bahagian Kejuruteraan Hutan
Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
LAMPIRAN I

AGENDA
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN KESAN PEMBALAKAN
KURANG IMPAK (RIL) LOGFISHER TERHADAP HAKISAN TANAH DAN
ENAPAN AIR SUNGAI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL
DI SEMENANJUNG MALAYSIA BIL. 1/2021

1. Ucapan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian Kesan


Pembalakan Kurang Impak (RIL) Logfisher Terhadap Hakisan Tanah dan
Enapan Air Sungai dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia
Bil. 2/2020

3. Perkara-perkara Berbangkit

4. Pembentangan Laporan Kemajuan Pelaksanaan Kajian Kesan Pembalakan


Kurang Impak (RIL) Logfisher Terhadap Hakisan Tanah dan Enapan Air
Sungai dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia oleh FRIM

5. Hal-hal lain

6. Penutup
Lampiran II

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

Pengarah Kanan
Bahagian Pengurusan Hutan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 KUALA LUMPUR
(u.p.: Puan Yumarnis binti Riasmi)

Dr./Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN KESAN PEMBALAKAN


KURANG IMPAK (RIL) LOGFISHER TERHADAP HAKISAN TANAH DAN
ENAPAN AIR SUNGAI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL DI SEMENANJUNG
MALAYSIA BIL. 1/2021

BIL. NAMA JAWATAN & BAHAGIAN / NO. TEL.


GRED AGENSI BIMBIT

1.

2.

3.

*Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum


atau pada 18 Januari 2021 (Isnin).
Lampiran III

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN


KESAN PEMBALAKAN KURANG IMPAK (RIL) LOGFISHER TERHADAP
HAKISAN TANAH DAN ENAPAN AIR SUNGAI DALAM HUTAN SIMPANAN
KEKAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA BIL. 2/2020

BIL. PERKARA MAKLUM BALAS

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa MAKLUM BALAS JPSM:
dokumen perjanjian berkaitan pelaksanaan
projek kajian ini telah disemak oleh Bahagian
Perundangan & Pendakwaan JPSM dan dalam
tindakan untuk ditandatangani oleh kedua-dua
pihak.

Tindakan: JPSM

3.2 Hasil semakan urusetia, mesyuarat telah MAKLUM BALAS ARSB:


dimaklumkan bahawa Majlis Perhutanan Negara
pada 24 Julai 2000 memutuskan untuk tidak
membenarkan pengusahasilan ke semua
kawasan hutan berada pada ketinggian kurang
daripada 1,000 meter a.p.l tetapi berkecerunan
40º dan ke atas. Selain itu bab 17 dan bab 20
Manual Perhutanan Jilid III juga menyatakan
larangan pengusahasilan di kawasan
berkecerunan 40º dan ke atas. Justeru itu,
mesyuarat telah bersetuju bahawa sekiranya
terdapat permohonan bagi mengkaji semula
perkara ini, ia hendaklah dilaksanakan mengikut
saluran dan peringkatnya. Oleh yang demikian,
pihak Asrama Raya Sdn Bhd disarankan
sekiranya ingin meneruskan permohonan bagi
membolehkan pengusahasilan menggunakan
logfisher dilaksanakan di kawasan
berkecerunan 40º dan ke atas untuk membuat
permohonan serta disokong dengan fakta dan
kajian yang pernah dilaksanakan.

Tindakan: ARSB
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput MAKLUM BALAS JPSM:
Bahagian Kejuruteraan Hutan JPSM bagi
menyertai mesyuarat yang seterusnya
memandangkan keperluan untuk mendapatkan
pandangan teknikal berhubung Pembalakan
Kurang Impak (RIL) Logfisher di dalam kajian
ini.

Tindakan: JPSM

5.2 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia MAKLUM BALAS FRIM & JPSM:
(FRIM) dipohon untuk mengemukakan laporan
kemajuan fizikal dan kewangan kepada
Bahagian Pengurusan Hutan, Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
bagi membolehkan perkara ini dibentangkan di
dalam Mesyuarat Pembangunan JPSM.

Tindakan: FRIM & JPSM

You might also like