You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

KEMENTERIAN UTILITI SARAWAK


(No. MBJ: 9000001)
BIL. 2/2018 (SUKUAN KEDUA 2018)

Tarikh : 03 Ogos 2018 (Jumaat)

Masa : 3.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat


Tingkat 8, LCDA Tower

Kehadiran:

(A) Pihak Pegawai:

1. Dato Ir Alice Jawan - Pengerusi


2. Syed Mohamad Fauzi Shahab - Ahli Pengurusan
3. Cho Kwong Ming - Ahli Pengurusan
4. Kiddney Enau - Ahli Pengurusan

5. Pele Peter Tinggom - Ahli Pengurusan

6 Wan Madehi bin Wan Iskandar - Ahli Pengurusan/Setiausaha

7. Moraini Binti Zaini - Ahli Pengurusan

(B) Wakil Pekerja:

8. Robert Anak Engkiau - Wakil Gred 41 - 48


9. Nurulizati Binti Johor (Wakil) - Wakil Gred 27 - 32
10. Peter Ling Jih Ik - Wakil Gred 17 – 22
11. Abdul Baki Bin Razali - Wakil Gred 1 – 11

(c) Tidak Hadir Dengan Sebab:

1. Ir. Liaw Sung Guan - Cuti Rehat

1
1.0 Kata-Kata Aluan

1.1 Dato Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang atas kehadiran
semua ahli-ahli pada mesyuarat MBJ Sukuan Kedua tahun 2018.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Sukuan Pertama tahun 2018 yang telah diadakan pada 19.02.2018
telah disahkan sebulat suara tanpa pindaan.

3.0 Perkara-Perkara Berbangkit

3.1 Memohon Elaun Kritikal

Mesyuarat dimaklumkan bahawa perbincangan harus diadakan dengan Bahagian


Elektrik bagi mendapat ‘detail’ mengenai statistic, jumlah yang perlu dibayar dan
seban-sebab mengapa pembayaran tersebut dilakukan. Mesyuarat dimaklumkan
bahawa jumlah pembayaran ada 5% berdasarkan ‘secular by federal’. Walau
bagaimanapun semasa Taklimat, jumlah elaun disarankan adalah RM100-200
seorang.

Dato Pengerusi menyarankan agar jumlah pembayaran elaun ialah RM50 atau
RM100 dan dinamakan ‘Special Allowance” kerana ia berdasarkan persembahan
yang diberikan oleh pekerja.

Dato Pengerusi juga menetapkan Disember merupakan ‘dateline’ bagi


membincangkan isu ini.

Tindakan: Pengarah Bahagian Elektrik

Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Sumber Manusia)

4.0 Hal- Hal Lain

4.1 Perkara- perkara yang dibangkitan oleh En. Afka Bin Kamaron

4.1.1 Kelayakan Perubatan

Mesyuarat dimaklumkan bahawa daripada perbincangan Gred 41, kebanyakan


mencadangkan agar kelayakan RM500 untuk perubatan di Pusat Perubatan Normah
dinaikkan.

Permohonan juga dibuat agar kelayakan tersebut dapat digunakan di klinik luar selain
daripada Pusat Perubatan Normah.

Ahli-ahli mesyuarat bersetuju untuk menaikkan kelayakan perubatan ke RM1000

Tindakan: Makluman

2
4.2 Perkara- perkara yang dibangkitan oleh En. Peter Ling Jih Ik

4.2.1 Pekerja JVC dinaikkan pangkat setiap 13 tahun??

Mesyuarat dimaklumkan bahawa setakat ini, tiada keistimewaan tersebut diberikan.


Isu akan dipanjangkan ke JKM.

Countercheck: ?? continue until new J29 report duty

Tindakan: Makluman

5.0 Penangguhan Mesyuarat

5.1 Memandangkan tiada perkara- perkara lain yang timbul, maka mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4.37 petang dengan ucapan terima kasih dan selamat
dihujung minggu dari Dato Pengerusi.

…........................................................... …..................................................
(WAN MADEHI BIN WAN ISKANDAR) (NURULIZATI BINTI JOHOR)
Setiausaha /Pihak Pengurusan W+akil Pihak Pekerja

You might also like