You are on page 1of 8

SULIT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI JPA BIL. 20/2008 Tarikh Masa Tempat : 4 Disember 2008 (Khamis) : 10.40 pagi 1.00 tengah hari : Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Blok C1, JPA Pengerusi : Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Senarai Kehadiran : Seperti Di Lampiran

UCAPAN ALUAN PENGERUSI Y.Bhg. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Mesyuarat.

KEPUTUSAN MESYUARAT JEMAAH MENTERI PADA 28 NOVEMBER 2008 Y.Bhg. Pengerusi memaklumkan: 2.1 Cadangan Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik Bagi Kesalahan Lalu Lintas Jemaah Menteri bersetuju menangguhkan pembentangan Memorandum daripada Menteri Pengangkutan ini kepada 5 Disember 2008. Makluman 2.2 Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBAP) Jemaah Menteri bersetuju supaya JBAP dikorporatkan dengan dikenali sebagai Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). Makluman 2.3 Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Status Badan Kehakiman Jemaah Menteri bersetuju supaya JPA menyusul cadangan supaya umur persaraan wajib hakim dinaikkan kepada 70 tahun dan cadangan supaya sistem saraan hakim turut dikaji supaya lebih menarik dan setimpal dengan beban tugas. Untuk tindakan : BP & BS

SULIT BILANGAN: MPT-20-2008 TARIKH: 4 Disember 2008 TARIKH EDARAN: 26 Disember 2008

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 19/2008 Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil. 19/2008 telah disahkan dengan beberapa pindaan seperti berikut: 3.1 3.2 3.2 Tajuk perkara 4.6, muka surat 3 dipinda kepada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA). Perkara 5.1, muka surat 4 Tarikh Mesyuarat JKK-MPGSA dipinda kepada Februari 2009. Perkara 5.4(vii), muka surat 5 Peratus peruntukan biasiswa dipinda dari 15% kepada 50%.

PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN Mesyuarat mengambil maklum perkara-perkara berikut: 4.1 Mendidik Pelanggan Y.Bhg. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau banyak menerima permohonan / rayuan melalui surat dan e-mel yang meminta pihak JPA mempertimbangkan pelbagai perkara, termasuk yang tidak termasuk di bawah bidang kuasa JPA. Penjelasan perlu dibuat kepada orang awam dan masyarakat perlu dididik tentang peranan sebenar JPA iaitu sebagai sebuah agensi pusat dari segi penyediaan dasar berkaitan pengurusan sumber manusia, manakala pelaksanaan dasar tersebut terletak di bawah agensi masing-masing perlu disebarluaskan. Perkara ini perlu diberi perhatian terutama sekali dalam menyediakan input jawapan kepada soalan-soalan Parlimen. Tindakan : Semua 4.2 Perjawatan di Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Y.Bhg. Pengerusi meminta agar perjawatan di KKR dan JKR diteliti semula dan dibezakan kerana kedua-dua agensi ini merupakan entiti yang berlainan dan bidang tugas yang dijalankan oleh pegawai di kedua-dua agensi ini adalah berbeza. Tindakan : BPO

SULIT

SULIT BILANGAN: MPT-20-2008 TARIKH: 4 Disember 2008 TARIKH EDARAN: 26 Disember 2008

4.3

Pendedahan Maklumat Pegawai Awam Y.Bhg. Pengerusi membangkitkan isu berkenaan terdapat permohonan daripada Yayasan Islam Hadhari yang ingin mengadakan perjumpaan antara bekas-bekas pegawai tinggi Kerajaan dengan mantan Perdana Menteri. Pihak Yayasan telah menghubungi JPA untuk mendapatkan maklumat berkaitan pegawai-pegawai berkenaan dan mempersoalkan tentang kewajaran dan etika dalam pemberian maklumat pegawai berkenaan. Y.Bhg. Pengerusi berpendapat adalah tidak wajar untuk pihak JPA mendedahkan maklumat berkenaan kerana ia berkemungkinan sulit bagi sesetengah orang dan boleh mengganggu privasi pegawai. Tindakan : Semua

4.4

Warga Baru JPA Y.Bhg. Pengerusi menyarankan agar pemilihan dan pelantikan pegawai / kakitangan ke JPA dibuat secara seimbang antara lelaki dengan perempuan dan Bumiputera dengan Bukan Bumiputera. Tindakan : BK

4.5

Tingkah Laku Pegawai Y.Bhg. Pengerusi menegur terdapat segelintir pegawai yang tidak menjaga tingkah laku sebagai seorang penjawat awam terutama apabila mereka terlibat dalam aktiviti luar pejabat. Justeru, beliau mengingatkan agar semua penjawat menjaga nama baik perkhidmatan awam walau di mana mereka berada dan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Makluman

4.6

Pembentangan Kertas Mengenai Upah dan Kerja (Rate For The Job) Y.Bhg. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada BS di atas penyediaan input ucapan Perhimpunan Bulanan yang bernas. Beliau bercadang untuk membentangkan perkara-perkara berkaitan upah dan kerja di dalam Mesyuarat KSU akan datang. BS diminta memperkemaskan slaid pembentangan Perhimpunan Bulanan tersebut. Tindakan : BS

SULIT

SULIT BILANGAN: MPT-20-2008 TARIKH: 4 Disember 2008 TARIKH EDARAN: 26 Disember 2008

5.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.1 Sambutan 75 Tahun JPA Mesyuarat mengambil maklum bahawa pelancaran Sambutan 75 tahun JPA akan diadakan pada bulan Februari 2009. Tindakan: BS & BKP 5.2 Mesyuarat JKK-MPGSA Mesyuarat JKK-MPGSA dirancang pada Februari 2009. Tindakan: BS 5.3 Penyediaan KPI Bagi KSU/Ketua Perkhidmatan Agensi Pusat Bagi penjawat di Lapisan Kedua, 67 KPI daripada 88 penyandang jawatan telah dimuktamadkan (76%). Tindakan: BPP 5.4 Data e-GL Bagi Anggota Pentadbiran Masalah kerahsiaan maklumat menyebabkan terdapat kekangan untuk pelaksanaan e-GL bagi Anggota Pentadbiran. Mesyuarat mengambil maklum pandangan PUU agar perkara ini dipanjangkan untuk ulasan Ketua Pegawai Keselamatan Negara, JPM. Mesyuarat dengan Ketua Pegawai Keselamatan Negara akan diadakan pada 5 Disember 2008. Tindakan: BPM 5.5 Program Penajaan Pelajar Ke Luar Negara i) Tajaan Pelajar ke Kursk University Y.Bhg. Pengerusi mengambil maklum terdapatnya aduan mengenai prestasi pelajar di Kursk University. Beliau meminta perkara ini diteliti. PBI memaklumkan bahawa penghantaran terakhir pelajar ke Universiti ini adalah pada 2004. ii) Pembayaran Balik Pinjaman Pelaksanaan pembayaran balik pinjaman JPA dilaksanakan secara tegas. Permohonan doktor-doktor perubatan yang ingin menukar status pinjaman kepada biasiswa perlu diteliti agar tiada kes yang disalah erti. Tindakan: BMI

SULIT

SULIT BILANGAN: MPT-20-2008 TARIKH: 4 Disember 2008 TARIKH EDARAN: 26 Disember 2008

5.6

Pengisian Jawatan Di Pejabat Menteri Dan Timbalan Menteri Semua Kementerian telah diberikan tempoh sehingga 7 November 2008 untuk membuat pengesahan berhubung status pengisian jawatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri. Mesyuarat dimaklumkan bahawa sehingga kini hanya terdapat 11 kekosongan. Tindakan: BK

5.7

Kajian Semula Bayaran Insentif Wilayah Kajian Semula Bayaran Insentif Wilayah telah dikemukakan kepada pihak Perbendaharaan. Perbendaharaan secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan untuk mengubah kadar kepada kuantum. Tindakan: BS

5.8

INTAN Premier Talk Perbincangan dengan pejabat KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah masih berjalan. Y.Bhg. Pengerusi mencadangkan agar pihak INTAN menjemput Encik Nizar Idris, Pengerusi CDC Consulting Sdn. Bhd. untuk memberi ceramah yang berkaitan Scenario Planning dalam slot yang akan datang. Tindakan: INTAN

5.9

Tempoh Pengajian Peringkat Ph.D Kajian mengenai tempoh tajaan pengajian berbanding yang ditawarkan oleh penaja-penaja lain sedang dalam peringkat akhir penyediaan. Tindakan: BMI

5.10

Penyeragaman Gred Bagi KSU dan KP Agensi Pusat Cadangan penyeragaman gred bagi semua KSU Kementerian, Ketua Pengarah ICU dan MAMPU telah dibentangkan di dalam Mesyuarat JKTT pada 6 November 2008 dan keputusannya dikekalkan seperti sedia ada. Tindakan: BPO

5.11

Isu Kumpulan Sokongan Kertas cadangan kenaikan pangkat fleksi bagi gred 17/22 sedang disediakan supaya penjawat tidak bersara atas gred lantikan.

SULIT

SULIT BILANGAN: MPT-20-2008 TARIKH: 4 Disember 2008 TARIKH EDARAN: 26 Disember 2008

Tindakan: BK 5.12 Perjanjian Penajaan Draf lampiran mengenai senarai kesalahan serta penalti yang berkaitan penajaan telah disediakan dan telah dipanjangkan kepada PUU untuk ulasan pada 18 November 2008. Y.Bhg. Pengerusi menyarankan agar satu garis panduan mengenai perkara ini di naik muatkan dalam Portal JPA untuk makluman orang ramai. Tindakan: BMI 5.13 Persidangan Kemuncak Pengurusan Sumber Manusia Persidangan ini ditangguhkan ke tahun 2009 memandangkan tiada tarikh yang sesuai untuk dilaksanakan pada tahun ini. Tindakan: BPP 5.14 Seminar ECER Y.Bhg. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada pihak INTAN di atas penganjuran Seminar ECER yang telah diadakan pada 2-3 Disember 2008 di INTIM. Makluman 5.15 Isu Kewangan JPA Y.Bhg. Pengerusi mengingatkan semua agar mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa seperti pengiraan tempoh 14 hari pemprosesan bil perlu bermula dari tarikh bil diterima oleh Pusat Kos sehingga tarikh bayaran dibuat oleh Pejabat Pembayar. Tindakan: Semua 5.16 Pembentangan Kertas Pada Mesyuarat Pengurusan JPM Y.Bhg. Pengerusi telah bersetuju agar Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat (PBM) membentangkan kertas mengenai e-GL pada Mesyuarat Pengurusan JPM pada 16 Disember 2008. Tindakan: PBM

SULIT

SULIT BILANGAN: MPT-20-2008 TARIKH: 4 Disember 2008 TARIKH EDARAN: 26 Disember 2008

HAL-HAL LAIN 6.1 Majlis Penyerahan Surat Pelantikan JUSA Mesyuarat mengambil maklum satu majlis penyerahan pelantikan JUSA akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri KSN pada 4 Disember 2008. Tindakan: BK 6.2 Penulisan Buku Sempena 75 tahun JPA Mesyuarat dimaklumkan bahawa draf buku sedang dalam peringkat semakan terakhir. Tindakan: BK 6.3 Pembentangan Kertas Makluman: Status Pelaksanaan Program Pembangunan Diri Untuk Pegawai PTD Dalam Jawatan Kumpulan JPA oleh PBPs Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan oleh PBPs mengenai kertas di atas. Makluman 6.4 Kes Bekas Ketua Pengarah Eimas Permohonan semakan kehakiman (judicial review) telah diserahkan oleh plaintif kepada Jabatan Peguam Negara pada 1 Disember 2008. Kes dalam tindakan Jabatan Peguam Negara. Tindakan: PUU 6.5 Kes Chan Khai Wan Plaintif Chan Khai Wan telah membawa kes ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang dan saman diterima oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP) pada pertengahan November 2008. Pejabat PUU dan BP sedang menyediakan laporan kes kepada Jabatan Peguam Negara. Tindakan: BP & PUU PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dengan ucapan terima kasih daripada Y.Bhg. Pengerusi.
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Disember 2008

SULIT

SULIT BILANGAN: MPT-20-2008 TARIKH: 4 Disember 2008 TARIKH EDARAN: 26 Disember 2008

Senarai Kehadiran Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Nama Tan Sri Ismail Adam Datuk Ab Khalil Ab Hamid Dato Dr. Ismail Alias Dr. Muhamad Hamzah Dr. John Antony Xavier Dato Dr. Hj. Mohd Azhar Hj. Yahaya En. Yap Kin Sian Dato Yeow Chin Kiong Datuk Farida Mohd. Ali En. Mohd. Tajudin Don En. Kamarudin Tahir En. Amir Hj. Abd. Hamid Dr. Aris Kasan En. Nik Azhan Hakim Nik Mahmood Pn. Holesoh Saibon Turut Hadir En. Basaruddin Sadali Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ihsan Cik Fatimah Zainiyah Salleh Urus Setia Cik Noor Azima Ahmad Pn. Nor Azlin Mohd Shamsudin En. Khairul Anuar Mohd Nordin Jawatan KPPA TKPPA(P) TKPPA(O) PI PBPP PBK PBS PBP PBO PBI PBM PBU PBPs PUU KUAD H TH

16. 17. 18.

TPBK(S)D TPI (K) PP (Khas)

19. 20. 21.

TPB (PP) K KPP(PP) K2 PP(PP) K1

SULIT

You might also like