You are on page 1of 9

PEJABAT DAERAH KUALA NERUS

TERENGGANU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bertarikh : 06.04.2022

PERINGATAN MESYUARAT PENGURUSAN


PEJABAT DAERAH KUALA NERUS
KALI KE 2/2022

Pada - 06.04.2022 (Rabu)


Hari / Jam - 09.00 Pagi
Tempat - Bilik Gerakan, Tingkat 1
Pejabat Daerah Kuala Nerus

HADIR :

01 Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak Pengerusi


. Pegawai Daerah

02 Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar


. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)

Encik Mohd Hanaffi bin Samsudin


03 Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan)
.
04 Encik Ahmad Feizal bin Haladin
. Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pentadbiran & Kewangan)

Puan Hidayatul Hanis binti Zulkifli


05 Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal)
.
Encik Muhd Azman Shukri bin Arrifin
Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat)
06
. Haji Juhari bin Mohamad
Penghulu Tinggi

07 Puan Hidayatul Hanis binti Zulkifli


. Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal)

Encik Wan Zainuddin bin Wan Awang


08 Penolong Jurutera
.

Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s1/9


Pejabat Daerah Kuala Nerus
08
.
09 Puan Noor Azalena binti Razali
. Penolong Jurutera

Puan Rasyidah binti Mohd Shafii


10 Setiausaha Pejabat
.
Encik Mohd Suriza bin Ismail
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
11
.

12 Cik Nabilah binti Zakaria


. Penolong Pegawai Tadbir –Pentadbiran dan Kewangan

13 Encik Muhammad Sirajudin bin Johari


. Penolong Pegawai Tadbir – Majlis dan Keraian

Puan Wan Wook Sabihah binti Wan Salleh


14 Ketua Pembantu Tadbir – Pembangunan Fizikal
.

15 Puan Asiah binti Othman


. Ketua Pembantu Tadbir - Kewangan

16 Encik Kassim bin Sidek


. Ketua Pembantu Tadbir –Pentadbiran II

17 Encik Mohd Ameran bin Mohd


. Pembantu Tadbir -Surat Menyurat

18. Encik Ahmad Muhaimin bin Mohamad@Ramly


Pembantu Tadbir – Stor

19. YM Tg. Ahmad Fareezie bin Tg. Aziz


Pembantu Tadbir – Aset

20. Cik Nadiah binti Roslan


Pembantu Tadbir HrMIS

TIDAK HADIR :

Encik Ahmad Murshidi bin Abdul Jalil Cuti


Ketua Pembantu Tadbir - Pentadbiran

Haji Izwan Fauzi bin Embong Cuti Kuarantin


Ketua Pembantu Tadbir – Kewangan

Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s2/9


Pejabat Daerah Kuala Nerus
1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah, seterusnya ucapan


salam dan terima kasih kepada semua yang hadir bagi Mesyuarat Pengurusan
Pejabat Daerah untuk kali 1/2022.

1.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan
kakitangan yang telah bertungkus lumus menjayakan Lawatan Kerja oleh YBM
Setiausaha Kerajaan.
Makluman

1.3 Pengerusi turut memaklumkan satu lawatan oleh DYTM Yang Dipertuan Muda
Terengganu akan berangkat ke Daerah Kuala Nerus pada 07 Ogos 2022.
Mesyuarat penyelarasan untuk program telah dilaksana dan akan diperhalusi
semula. Semua unit diingatkan untuk mengambil maklum akan perkara berkenaan.

Tindakan ; Semua Unit

1.4 Pengerusi menyentuh isu berhubung isu kutipan hasil negeri yang mana dewan-
dewan di bawah jagaan Pejabat Daerah sewaannya sepatutnya menjadi hasil
negeri sebagaimana dalam ucapan YBM SUK Terengganu.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT

Mesyuarat bersetuju Minit Mesyuarat kali 01/2022 disahkan tanpa pindaan.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 KERAKYATAN NEGERI TERENGGANU

Mesyuarat dimaklumkan sehingga kini permohonan yang diterima adalah


sebanyak 14 permohonan dan kesemua permohonan telah diangkat untuk
pengesahan polis. 5 permohonan telah dijawab manakala baki 9 permohonan
masih menunggu pengesahan. Mesyuarat turut memaklumkan bahawa masih
tiada maklumbalas yang diterima berkenaan status temuduga daripada pihak SUK
(Bahagian Khidmat Pengurusan).

Tindakan ; Ketua Pembantu Tadbir


(Pentadbiran)
Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s3/9
Pejabat Daerah Kuala Nerus
3.2 AKAUN PEJABAT DAERAH

Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran & Kewangan) memaklumkan


penyelenggaraan akaun Pegawai Daerah sedang dikemaskini bagi bulan Februari
dan Mac memandangkan penyata bulanan tidak diterima.

Tindakan ; Penolong Pegawai Tadbir


(Pentadbiran & Kewangan)

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN

4.1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

4.1.1 Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HrMIS)

Mesyuarat dimaklumkan KPI bagi modul Sasaran Kerja Tahunan masih belum
mencapai 100% kerana terdapat lagi pegawai dan kakitangan (PYD) belum
mengisi dan belum mendapat pengesahan Pegawai Penilai Pertama (PPP).

Pengerusi mengingatkan kepada semua Pegawai dan Ketua Bahagian mengambil


maklum dan menyelesaikan perkara berkenaan.
Tindakan ; PT HrMIS &
Semua Ketua Bahagian

4.1.2 Pemantauan Kakitangan (Kehadiran/Displin)

Mesyuarat dimaklumkan bahawa laporan pemantauan kakitangan bagi Bulan Mac


2022 sedang disemak oleh Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran). Mesyuarat juga
dimaklumkan bahawa status kehadiran Penghulu tidak dapat dipantau dan
meminta Penghulu Tinggi dapat mengemukakan Jadual Bertugas Penghulu
kepada pentadbiran untuk tujuan semakan.
Tindakan ; Penghulu Tinggi &
Ketua Pembantu Tadbir
(Pentadbiran)
4.1.3 Kursus Kakitangan

Mesyuarat dimaklumkan penglibatan kakitangan dalam setiap kursus yang


dijalankan oleh jabatan adalah rendah menyebabkan kerugian kepada jabatan.
Mesyuarat juga dimaklumkan perancangan terdekat adalah Kursus Pengurusan
Stress dan Bengkel Pelan Pembangunan Pelan Strategik PDTKN.

Tindakan ; Ketua Pembantu Tadbir


(Pentadbiran)
4.1.4 Laporan dan Tindakan Tatatertib

Mesyuarat dimaklumkan sehingga kini tiada lagi laporan tindakan tatatertib atau
tunjuk sebab dikeluarkan.
Makluman

4.1.5 Pakaian Seragam dan Peralatan Pejabat

Mesyuarat dimaklumkan bagi kemudahan peralatan pejabat, bekalan pejabat dan


Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s4/9
Pejabat Daerah Kuala Nerus
alat tulis adalah mencukupi kerana penyelarasan stok penggunaan sentiasa
dikemaskini.

Mesyuarat juga dimaklumkan perbekalan pakaian seragam bagi tahun 2022 telah
selesai diukur.

Tindakan ; Penolong Pegawai Tadbir


(Pentadbiran & Kewangan)

4.1.6 Pekeliling-Pekeliling

4.1.6 i) Penguatkuasaan Pemakaian Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan


Terengganu Bil 8 Tahun 2004 Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai
Awam Semasa Bekerja Pada Hari Khamis.

Penolong Pegawai Tadbir memaklumkan Pentadbiran Negeri memutuskan untuk


mengekalkan pakaian batik sebagai pakaian rasmi semasa bekerja pada setiap
hari khamis. Mesyuarat juga dimaklumkan arahan pemakaian baju batik tidak
tepakai kepada pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam atau
pegawai yang mengahdiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian
yang lain.

Tindakan ; PPT (Pentadbiran & Kewangan)

4.1.7 Keselamatan Pejabat & Dokumen

Mesyuarat dimaklumkan bahawa perkhidmatan kawalan keselamatan di Kompleks


Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus diteruskan di bawah MRA
Security. Mesyuarat juga dimaklumkan kunci jam telah dipasang.

Makluman

4.2 KEWANGAN DAN BAJET

4.2.1 Laporan Kedudukan Kewangan Semasa

Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) memaklumkan laporan kedudukan kewangan


berakhir 31 Mac 2022 adalah sebagaimana lampiran. Mesyuarat mengambil
maklum dan bersetuju dengan pembentangan tersebut.

Mesyuarat turut memaklumkan berhubung peruntukan di bawah osol 42000 yang


mana setiap perbelanjaan yang dibuat hendaklah mengikut peraturan kewangan
semasa.

Makluman

4.2.2 Proses Pindah/Tambah Peruntukan

Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) juga memaklumkan proses pindah


peruntukan yang telah dibuat adalah melibatkan emolumen.

Pengerusi juga mengingatkan pindah peruntukan yang perlu disegerakan dan


Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s5/9
Pejabat Daerah Kuala Nerus
proses yang hendak dibuat perlulah mengikut keperluan.

Tindakan ; Ketua Pembantu Tadbir


(Kewangan)

4.2.3 Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan

4.2.3 i) Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Terengganu Bilangan 1 Tahun


2022

Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) memaklumkan terdapat pindaan di bawah


Para 5.5.10 menetapkan berhubung Kerja Lebih Masa dan Kerja Diluar Waktu
Berkerja Biasa.

Tindakan ; Ketua Pembantu Tadbir


(Kewangan)

4.2.4 Tuntutan Bayaran Yang Belum Selesai

Pengerusi mengingatkan tuntutan bayaran yang belum selesai ini hendaklah diteliti
termasuklah bayaran-bayaran melibatkan projek. Pematuhan tempoh juga perlu
diteliti oleh semua pelulus untuk mengelakkan bayaran melebihi tempoh.

Tindakan ; Unit Kewangan

4.2.5 Indeks Akauntabiliti / Pengauditan

Pengerusi mengingatkan supaya pelaksanaan pengauditan ini dapat dijalankan


bagi pematuhan pekeliling oleh semua kakitangan.

Tindakan ; Ketua Pembantu Tadbir


(Pentadbiran)

4.3 PENGURUSAN ADUAN DAN PELANGGAN

Mesyuarat dimaklumkan aduan yang direkodkan sehingga kini sebanyak 6 aduan.


Daripada 6 aduan yang direkodkan, 2 daripadanya telah dipanjangkan ke agensi
lain (MBKT) dan 4 aduan lagi adalah di bawah Pembangunan Fizikal. Kesemua
aduan telah selesai diambil tindakan.

Tindakan ; Pegawai Aduan &


Semua Bahagian

4.4 PENGURUSAN FAIL DAN REKOD

4.4.1 Pengurusan Fail


Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s6/9
Pejabat Daerah Kuala Nerus
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) meminta supaya unit
Pembangunan Fizikal meneliti semula fail-fail lama yang disimpan di stor pejabat
lama dan sekiranya tiada keperluan, fail hendaklah dilupus mengikut tatacara di
bawah arkib.

Tindakan ; Ketua Pembantu Tadbir


(Pembangunan Fizikal)

4.5 MAJLIS DAN KERAIAN

4.5.1 Program Terkini

Mesyuarat dimaklumkan program terdekat yang akan diadakan adalah Program


Madinah Ramadhan dimana program ini diadakan sepanjang bulan Ramadhan.

4.6 PEMBANGUNAN MASYARAKAT

4.6.1 Pengurusan JPKK

Mesyuarat dimaklumkan Bantuan kewangan i-Fitri yang diumumkan oleh kerajaan


Terengganu khas untuk golongan isi rumah B40 & M40 dijangka akan
dilaksanakan pertengahan April. i-Fitri merupakan bantuan kewangan bernilai
RM400 kepada 31,500 isi rumah miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah
berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang disalurkan menjelang Hari
Raya Aidil Fitri 2022.

Mesyuarat juga bersetuju program amanat Pegawai Daerah bersama JPKK akan
diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri jabatan.

Tindakan ; Semua Penghulu

4.6.2 Karnival Car Free Hour Kuala Nerus

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) memaklumkan karnival ini


akan diteruskan untuk masa akan datang dan akan dimaklumkan kemudian
mengikut keadaan semasa.

4.7 Makluman
PEMBANGUNAN FIZIKAL

4.7.1 Peruntukan Projek Pembangunan

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) memaklumkan senarai perbelanjaan


adalah sebagaimana lampiran. Mesyuarat mengambil maklum senarai
perbelanjaan tersebut.
Tindakan ; Penolong Pegawai Daerah
(Pembangunan)

4.7.2 Laporan Projek Pembangunan

Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s7/9


Pejabat Daerah Kuala Nerus
Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) juga memaklumkan senarai
projek adalah sebagaimana lampiran. Mesyuarat mengambil maklum senarai
perbelanjaan tersebut.
Tindakan ; Penolong Pegawai Daerah
(Pembangunan Fizikal)

4.7.3 Isu, Masalah & Halangan Pelaksanaan Projek Pembangunan

Mesyuarat dimaklumkan pelaksanaan untuk setiap projek dipantau mengikut


jadual yang ditetapkan.
Tindakan ; Ketua Penolong Pegawai Daerah
(Pembangunan)

4.7.4 Permohonan Projek Baru Pembangunan

Mesyuarat dimaklumkan semua cadangan perancangan projek-projek baru dan


permohonan baru bagi tahun 2022 akan diambil kira untuk pelaksanaan.

Tindakan ; Penolong Pegawai Daerah


(Pembangunan Fizikal)
4.8
KUALITI DAN INOVASI

4.8.1 Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Mesyuarat dimaklumkan pelantikan semula jawatankuasa perlu dibuat di dalam


Mesyuarat Jawatankuasa Induk. Cadangan pembahagian zon juga akan
diselaraskan semula.
Tindakan; Urusetia EKSA

4.8.2 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Mesyuarat dimaklumkan pencalonan bagi tahun ini tiada.

4.8.3 MS ISO 9001:2015

Mesyuarat dimaklumkan pengauditan dijangka akan diadakan pada 22 hingga 26


Meis 2022 sebelum pengauditan oleh pihak AJA pada 20 hingga 22 Jun 2022.
Semua unit diingatkan untuk meneliti dan mempersiapkan dokumen-dokumen
yang perl;u diaudit.

Tindakan; Urusetia MS ISO 9001:2015 &


Semua Ketua Bahagian

4.8.4 Pelan Strategik

Mesyuarat dimaklumkan bahawa visi dan misi telah tamat tempoh dan perlu dikaji
semula berdasarkan pelan tindakan yang telah dipersetujui.

Tindakan : Penolong Pegawai Daerah


(Khidmat Pengurusan)

Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s8/9


Pejabat Daerah Kuala Nerus
4.8.5 Pelan Antirasuah OACP

Mesyuarat dimaklumkan bahawa buku pelan OACP telah siap dan sedang dalam
proses pengeditan semula sebelum dihantar sesalinan ke SUK (Khidmat
Pengurusan) dan Institut Integriti Malaysia (IIM).
Tindakan; Jawatankuasa OACP

5.0 HAL-HAL LAIN

6.0 UCAPAN TANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini. Mesyuarat
ditangguhkan jam 11.30 pagi dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

Nabilah binti Zakaria


Penolong Pegawai Tadbir
(Pentadbiran & Kewangan)
Pejabat Daerah Kuala Nerus

Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2022 m/s9/9


Pejabat Daerah Kuala Nerus

You might also like