You are on page 1of 11

SULIT

MINIT MESYUARAT EXCO


MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

BIL 1/2011

TARIKH : 22 Februari 2011

MASA : 3.00 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat


Tingkat 20, Menara Aqabah
KEHADIRAN :

PENGERUSI

1. Tn. Hj. A Rahim Bin Hj. Nin (ARN)

AHLI JAWATANKUASA

2. Encik Md. Za’nal Bin Haji Misran (MZHM)


3. Puan Mariaton Binti Ibrahim (MI)
4. Puan Rahamah Binti Mahmood (RM)
5. Tuan Haji Mohd Yusof Bin Abd. Wahab (MYAW)
6. Encik Abd. Majid Bin Sapihe (AMS)
8. Puan Zanariah Binti Kadir (ZK)
9. Tuan Haji Ismail Bin Haji Mat Taib (IMT
10. Tuan Haji Mohamed Ali Bin Mohamed Abu Backer (MAMAB)
11. Encik Abdul Malek Bin Mohamed (AMM)
12. Encik Nurazam Bin Razali (NR)
13. Puan Zuraine Binti Mahmood (ZM)
14. Puan Noorhayati Binti Sarmoen (NS)

SETIAUSAHA

15. Puan Zanariah Binti Haji Mohd Basri (ZMB)

1|Exco 1-2011
22 Februari 2011
TURUT HADIR

16. Puan Faridah Binti Abd. Hamid (FAH)


17. Encik Hamidon Bin Abd. Majid (HAM)
18. Encik Sharif Bin Idros (SI)
19. Encik Kassim Mohd Yusof (KMY)
20. Encik Nazarul Jaafar (NJ)

TIDAK HADIR DENGAN MAAF ( TUGAS RASMI)

21. Encik Abd. Ghapar Dahalan (AGD)


22. Tuan Haji Adnan Abd. Ghani (AAG)

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada


semua Jawatankuasa yang hadir.

1.2 Tuan Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah


kepada warga kerja dan semua Jawatankuasa Kerja Festival Layang-
Layang Sedunia yang telah bertungkus lumus menjayakan festival
tersebut.

1.3 Majlis Pelancaran Pelan Strategik dan APC akan diadakan pada 23
Februari 2011 jam 7.45 malam di The Zon Regency Hotel, Johor
Bahru.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

KEPUTUSAN : Minit Mesyuarat EXCO bil 18/2010 bertarikh 2


November 2010 dipersetujui untuk diterima dan
disahkan.

TINDAKAN : Setiausaha Mesyuarat

2|Exco 1-2011
22 Februari 2011
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
MINIT MESYUARAT BIL 18/2010 PADA 2 NOVEMBER 2010

3.1 Penurunan Logo Lama MPPG (3.2)

Telahpun dilaksanakan.

KEPUTUSAN : Mesyuarat mengambil maklum.

TINDAKAN : Makluman

3.2 Lawatan Kerja Ke Luar Negara Untuk Ahli Majlis (3.3)

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam diminta untuk


merangka jadual lawatan tersebut bersamaan dengan tarikh
menandatangani MOU antara Weifang dengan Kerajaan Negeri
berhubung dengan Layang-Layang. Bajet RM20ribu daripada KFC
akan digunakan untuk membawa pihak TV3 bersama-sama untuk
membuat liputan mengenai majlis MOU ini.

KEPUTUSAN : Tuan Haji Ismail diminta untuk mengambil


maklum isi MOU tersebut dan seterusnya
dirujuk kepada Encik Nur Azam untuk
semakan.

TINDAKAN : Tuan Haji Ismail & Unit


Undang-Undang

3.3 Tanah di Tanjung Langsat (3.5)

Proses pindaan masih belum selesai.

KEPUTUSAN : Mesyuarat mengambil maklum.

TINDAKAN : Jbt. Perancang Bandar

3|Exco 1-2011
22 Februari 2011
3.4 Permohonan Warta Kawasan Lapang
Dan Kemudahan Awam (3.6)

Kemajuan kerja dalam 50 peratus siap. Akan diteruskan dan


dirancang untuk disiapkan lebih awal daripada tarikh yang
ditetapkan.

KEPUTUSAN : Mesyuarat mengambil maklum.

TINDAKAN : Jbt. Perancang Bandar

3.5 Rumah Kedai Di Kampung Pasir Putih (3.7)

Pemunya Tuan Haji Bahrom telah memohon untuk pelepasan


sementara bagi tujuan perniagaan. Kertas siasatan akan dibawa
kepada pegawai Pendakwaraya.

KEPUTUSAN : Pihak Pengurusan akan membuat keputusan


berdasarkan komen dan pandangan daripada
Pegawai Undang-Undang bagi kes ini.

TINDAKAN : Unit Undang-Undang

3.6 Pembinaan Oleh Pemunya Patrick K.C. Lim,


PSP – JYP Arkitek Di Perjiranan 10 (3.8)

Lawatan tapak telah dibuat dan pihak pemaju memohon supaya


syarat untuk mengadakan pejalan kaki 2 meter dikecilkan ke 1.5
meter.

KEPUTUSAN : Akan dibawa ke Mesyuarat OSC.

TINDAKAN : Jbt. Landskap

3.7 Perlaksanaan Kerja-Kerja Tambahan


Untuk Aras 18 & 12 (3.10)

Aras 18 dijangkakan akan siap pada awal bulan Mac 2011.

KEPUTUSAN : Mesyuarat mengambil maklum.

TINDAKAN : Jbt. Bangunan

4|Exco 1-2011
22 Februari 2011
3.8 Kemas Kini Maklumat Laman Web MPPG (3.11)

Sedang dalam tindakan Bahagian Teknologi Maklumat.

KEPUTUSAN : Reka bentuk hadapan Laman Web MPPG


ditukar kepada reka bentuk baru. Gambar di
dalam panduan telefon dalaman dimasukkan.
Masalah pengodam perlu diatasi.

TINDAKAN : Bhg. Teknologi Maklumat

3.9 Proses Pembayaran MPPG ( 4.1)

Proses pembayaran baru akan berkuatkuasa pada bulan Februari


2011. Memo kepada semua Ketua Jabatan akan dikeluarkan.

KEPUTUSAN : Mesyuarat mengambil maklum.

TINDAKAN : Jbt. Kewangan

3.10 Penetapan Hadiah Kemenangan


Bagi Pertandingan Yang Disertai Oleh Warga Kerja MPPG
dan Dibiayai Sepenuhnya Oleh MPPG (4.3)

Telah dipersetujui penetapan hadiah kemenangan bagi


pertandingan yang disertai oleh warga kerja MPPG dan dibiayai
sepenuhnya oleh MPPG sebagaimana ketetapan Mesyuarat Panel
Pembangunan Sumber Manusia pada bil 2/2010 bertarikh 25 Mei
2010.

i. Elaun Makan melebihi 24 jam ialah RM30 seorang.


ii. Elaun Makan melebihi 8 jam tidak melebihi 24 jam ialah
RM20 seorang.
iii. Kadar sewa hotel ialah RM50 seorang
iv. Kelulusan penggunaan kenderaan
pejabat/sewaan/persendirian perlu dimaklumkan di dalam
kertas cadangan kelulusan.
v. Hadiah kemenangan diserahkan kepada MPPG dan
tertakluk kepada keputusan YDP.

5|Exco 1-2011
22 Februari 2011
KEPUTUSAN : Dipersetujui dibuat penetapan sebagaimana
berikut :-

i. Pembahagian hadiah adalah mengikut


peringkat pertandingan diwakili samada
Negeri atau Kebangsaan atau Jabatan.

ii. Sekiranya pekerja mewakili Jabatan


selain peringkat Kebangsaan, hadiah
akan dibahagikan dengan nisbah 50 :
50.

iii. Sekiranya pekerja mewakili Jabatan di


peringkat Kebangsaan, hadiah
kemenangan diserahkan sepenuhnya
kepada pekerja yang mewakili
Jabatan.

TINDAKAN : Semua

3.11 KPI Jabatan (4.4)

KPI Jabatan untuk tahun 2011 masih belum dibuat.

KEPUTUSAN : Perlu disiapkan segera. Tarikh tamat 1 Mac


2011.

TINDAKAN : Semua Ketua Jabatan

3.12 Keperluan Tempat Mengambil Wuduk


& `Shower’ Mandi Di Menara Aqabah (5.1.1)

Masih menunggu keputusan Pengurusan untuk penetapan


keperluan yang dipohon.

KEPUTUSAN : Dipersetujui dibuat di setiap aras.

TINDAKAN : Jbt. Bangunan

6|Exco 1-2011
22 Februari 2011
3.13 Cadangan Pembayaran Kepada
Kumpulan Keroncong MPPG (5.1.3)

Kadar pembayaran telah di`review’ semula dan akan dibawa


kepada YDP untuk kelulusan.

KEPUTUSAN : Kadar baru perlu dibentangkan di dalam


Mesyuarat EXCO akan datang.

TINDAKAN : Jbt. Kemasyarakatan

3.14 Bengkel Seramik Di Muzium Layang-Layang (5.1.5)

Dari segi persekitaran adalah tidak bersesuaian bengkel seramik


ditempatkan di Muzium Layang-Layang selain daripada
kesukaran pekerja apabila ruang tersebut dimasuki air.

KEPUTUSAN : Kaji secara keseluruhan dan dibentangkan


semula.

TINDAKAN : Jbt. Kemasyarakatan

3.15 Pintu Masuk Ke Setiap Aras Di Menara Aqabah (5.1.6)

Bahagain IT diminta untuk mengambil tindakan menyiapkan


Sistem Keselamatan Pintu (Access Door System) sementara
Jabatan Bangunan mengambil tindakan agar pintu tersebut
diperbaiki segera.

KEPUTUSAN : Tindakan segera.

TINDAKAN : Jbt. Bangunan/


Bhg. Teknologi Maklumat

7|Exco 1-2011
22 Februari 2011
3.16 Mesyuarat Jabatan (5.3)

Tiada Jabatan yang menghantar minit mesyuarat Jabatan pada


tahun 2010.

KEPUTUSAN : Setiap Jabatan perlu mengadakan sekurang-


kurangnya sebulan sekali mesyuarat dan
menyerahkan kepada Pejabat Yang Dipertua
pada setiap bulan.

TINDAKAN : Semua Ketua Jabatan

3.17 Laporan Skuad Tinjau (5.4)

Sistem yang ada tidak berfungsi sebaiknya yang menyebabkan


banyak aduan yang disalurkan tidak diambil tindakan
sewajarnya.

KEPUTUSAN : Bahagian Teknologi Maklumat diminta untuk


mengadakan sesi taklimat penjelasan
mengenai sistem e-aduan supaya masalah
yang timbul dapat diatasi sebaiknya. Borang
berkarbon boleh difikirkan untuk dilaksanakan
sepertimana yang telah dipraktiskan di Majlis
Bandaraya Johor Bahru.

TINDAKAN : Bhg. Teknologi Maklumat

3.18 Tuntutan Oleh Pihak Kontraktor (5.6)

Masih terdapat tuntutan tahun 2010 yang masih belum


diselesaikan.

KEPUTUSAN : Bagi tahun 2011, perlu dipastikan sokongan


bayaran dibuat untuk bulan semasa.
Sokongan bayaran yang tidak mengikut pada
tarikh yang dibenarkan perlu ada rujukan dan
kebenaran daripada Yang Dipertua.

TINDAKAN : Semua Ketua Jabatan

8|Exco 1-2011
22 Februari 2011
3.19 Berita Pasir Gudang Dan Laporan Tahunan Edisi Khas

Laporan Tahunan akan dicantumkan untuk tahun 2008 dan


tahun 2009. Keluaran Berita Pasir Gudang masih lagi dalam
tindakan.

KEPUTUSAN : Perlu diambil tindakan sewajarnya dan


dipastikan dikeluarkan mengikut
perancangan.

TINDAKAN : Bhg. Korporat &


Perhubungan Awam

4.0 PEMBENTANGAN

4.1 Penganjuran Hari Keluarga MPPG

Telah diputuskan akan diadakan pada 12 dan 13 Mac 2011 di


Summerset Resort, Kuala Rompin, Pahang. Anggaran kasar
perbelanjaan adalah RM198,994.00. Sebahagian perbelanjaan
akan ditanggung oleh MPPG manakala KSK dan pekerja akan
menanggung sebahagian daripadanya.

KEPUTUSAN : Dipersetujui.

TINDAKAN : En. Md. Za’nal


/Setiausaha EXCO

9|Exco 1-2011
22 Februari 2011
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Cadangan KIK Untuk Kelulusan EXCO

Dibentangkan 34 cadangan KIK yang telah ditolak oleh Majlis


Kualiti untuk pandangan dan kelulusan AJK EXCO.

KEPUTUSAN : Dipersetujui 2 cadangan diterima iaitu


cadangan ke 22 (dijadikan aktiviti Kelab
dibawah Biro Sosial dan Rekreasi) dan 26
(bagi yang perlu sahaja). Cadangan 2 perlu
diberikan keterangan lanjut.

TINDAKAN : Bhg. Korporat & Perhubungan


Awam

5.2 Lawatan Penanda Arasan

KEPUTUSAN : Laporan lawatan perlu dimajukan kepada


Yang Dipertua.

TINDAKAN : Unit Kualiti

5.3 Pertukaran Jabatan/Bahagian

Pihak Pengurusan telah bersetuju untuk membuat pertukaran


pegawai sebagaimana berikut :-

i. Puan Noorhayati Sarmoen ditukarkan daripada Bahagian


Korporat & Perhubungan Awam ke Bahagian Sumber
Manusia.

ii. Encik Nazarul Jaafar ditukarkan dari Bahagian


Pembangunan Komuniti ke Bahagian Korporat &
Perhubungan Awam dan mengetuai Bahagian Korporat &
Perhubungan Awam.

iii. Puan Faridah Abd. Hamid daripada Bahagian Sumebr


Manusia ditukarkan ke Bahagian Pelesenan.

10 | E x c o 1 - 2 0 1 1
22 Februari 2011
KEPUTUSAN : Mesyuarat mengambil maklum.

TINDAKAN : Makluman

5.4 Keahlian Jawatankuasa EXCO

KEPUTUSAN : Keahlian Jawatankuasa EXCO adalah


dikekalkan sepertimana sebelum ini.

TINDAKAN : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.40 petang.

Tarikh : ...............

Disediakan Oleh ; Disemak Oleh ;

( ZANARIAH BINTI HAJI MOHD BASRI ) (RAHAMAH BINTI MAHMOOD)


Setiausaha

Disahkan Oleh ;

( HJ. A RAHIM BIN HJ. NIN )


Pengerusi

11 | E x c o 1 - 2 0 1 1
22 Februari 2011

You might also like