You are on page 1of 2

Ruj kami : ASB/ (000158)/PPNJ/2010

Tarikh : 02 Januari 2010

Pengarah
Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ)
Aras 1, Parcel C3S
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor
79000 Nusajaya, Johor

Tuan,

Ruj : Penswastaan Ladang Hutan Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor


Per : Memajukan Pelan Cadangan Tambahan Ladang Hutan Getah/Akasia di
Kawasan Tadahan Air, Ladang Hutan Ulu Sedili

Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat UPENJ (J) 5/14/4716 (68) bertarikh 26 Ogos 2009
dan mesyuarat pada 24 Ogos (isnin),jam 9.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat Menteri Besar
Johor, Aras 1, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor.

02. Lanjutan daripada perkara 2.3 yang telah dipersetujui oleh Y.A.B Menteri Besar Johor,
pihak kami memajukan Pelan Cadangan Tambahan Ladang Hutan Getah/Akasia di Kawasan
Tadahan Air, Ladang Hutan Ulu Sedili (rujuk kawasan bertanda) telah dikenalpasti sesuai
untuk dikekalkan sebagai kawasan tanaman akasia mangium yang dianggarkan seluas 5,000
hektar. Mengikut latar belakang, jumlah keseluruhan kawasan tadahan air ini merangkumi seluas
10,000 hektar yang ditumbuhi dengan akasia mangium sejak awal penswastaan Ladang Hutan Ulu
Sedili.

03. Selaras dengan visi syarikat untuk meminimakan implikasi terhadap persekitaran hutan
terutamanya di kawasan tadahan air, pihak kami akan mengambil langkah-langkah berikut;

1) Mengamalkan Konsep keberkekalan dengan beroperasi dalam kawasan seluas 715 hektar
setiap tahun untuk memastikan aktiviti pengusahasilan kawasan dengan pengurusan sistem
hutan dapat diseimbangkan.
2) Polisi bakar sifar digunakan untuk mengelakkan pembakaran hutan secara terbuka yang boleh
merosakkan khazanah hutan dan menyumbang ke arah peningkatan suhu dunia.
3) Tidak menggunakan jentolak (bulldozer) memandangkan tidak ada aktiviti pembersihan penuh
(total clearing) dilakukan untuk memastikan permukaan atas dan bawah tanah tidak terjejas dan
mengalami hakisan .
4) Menjalankan aktiviti penebangan secara berperingkat (selective harvesting) untuk memastikan
sumber air daripada kawasan tadahan air dapat mengalir secara perlahan-lahan menuju ke
tempat penakungan air (water bodies), sekiranya penebangan dilakukan secara menyeluruh
sumber air yang terkumpul dalam kawasan tadahan air berkenaan akan mengalir deras dan
berkemungkinan besar tempat penakungan air tidak dapat menampung isipadu air tersebut dan
berlakunya banjir. Selain itu, pihak kami hanya akan menggunakan jenkaut (excavator) untuk
aktiviti penebangan pokok.
Ruj kami : ASB/ (000158)/PPNJ/2010
Tarikh : 02 Januari 2010
Ms : 2/2

5) Mengamalkan konsep penanaman semulajadi dengan membiarkan pokok-pokok akasia tumbuh


dengan sendirinya.
6) Melakukan proses penjarangan iaitu proses penjarangan tahun pertama (1) dilakukan selepas
tebangan, penjarangan ke-2 dilakukan pada tahun ke-3, penjarangan ke-3 dilakukan pada
tahun ke-5 dan penjarangan terakhir akan dilakukan sebelum tebangan akhir iaitu pada tahun
ke 7. Penjarangan ini bertujuan untuk merawat dirian ladang dan memudahkan proses
pertumbuhan pokok akasia.
7) Pihak kami juga akan memberikan penekanan ke atas pemuliharaan dan perlindungan
biodiversiti dan hidupan liar dalam kawasan tadahan air berkenaan.

04. Pihak kami amat peka dan menitikberat akan sensitifnya kawasan tadahan air, keadaan ini
terbukti nyata walaupun tebangan sudah dilakukan di 10,000 hektar kawasan tadahan air di Ladang
Hutan Ulu Sedili, dimana keadaan permukaan tanah di kawasan tadahan air tersebut sehingga kini
masih baik dan utuh. Ini adalah usaha pihak kami yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan
bagaimana mengurus dan memulihara dengan baik ke atas kawasan berkenaan dari semasa ke
semasa agar selaras dengan visi syarikat. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan
cadangan kertas kerja serta pelan cadangan kawasan untuk kelulusan dan tindakan lanjut pihak
tuan.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar,
ARAMIJAYA SDN BHD

___________________
Lee Hun Kheng
Ketua Pengarah Eksekutif

Sk : Pengarah
Perhutanan Negeri Johor
Aras 3, Barat
Kompleks Kerajaan Negeri C2S
Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri JOhor

: Pegawai Hutan Daerah


Aras 9, Bangunan Sultan Ibrahim
Jalan Bukit timbalan

: Pengarah
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor
Aras 4, Kompleks Menteri Besar

: Ng Tong Loon (Forester)

You might also like