You are on page 1of 1

NAMA: Davie Christie Ansunal

NO MATRIK: D20171078284
KUMPULAN: S
PENSYARAH : En. Mohamad Basri Bin Jamal
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Perkahwinan campur cukup sinonim dengan masyarakat di negara kita sehinggakan wujud
nama seperti mamak iaitu bagi orang Melayu yang berkahwin dengan orang India. Oleh kerana
negara kita mempunyai pelbagai kaum iaitu 3 yang utama Melayu, Cina dan India manakala di
Sabah dan Sarawak terdapat kira-kira 80 etnik. Perkara ini menyebabkan kebarangkalian untuk
seseorang itu berkahwin dengan orang yang berlainan kaum dengannya adalah tinggi.
Pada pendapat saya, perkahwinan campur banyak memberi manfaat. Salah satunya ialah dapat
memupuk sikap hormat-meghormati antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana apabila
seseorang itu berkahwin dengan seseorang yang berlainan kaum dengannya maka secara tidak
langsung ia akan mempelajari budaya kaum tersebut dan akan memahaminya. Pemahaman yang
benar tentang sesuatu budaya akan menimbulkan sikap hormat. Perkara ini boleh dikaitkan
dengan video tersebut dimana mereka mencampurkan Yee sang semasa tahun baru cina.
Keluarga Zaitun turut serta dalam jamuan itu kerana mereka memahami konsep perbuatan
tersebut iaitu untuk menandakan bermulanya tahun baru yang makmur.
Selain itu, perkahwinan campur juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Hal ini
demikian kerana apabila melibatkan perkahwinan, sanak-saudara juga akan terlibat sama dalam
merayakan majlis-majlis tertentu. Misalnya keluarga zaitun semestinya akan menjemput
keluarga Aloysius untuk menyambut hari raya dan begitu juga sebaliknya apabila tiba hari tahun
baru cina. Melalui perayaan inilah impak besar perpaduan dapat dilihat kerana dalam majlis
tersebut semua tetamu akan bertegur sapa dan makan bersama sebagai satu keluarga besar yang
harmoni.
Seterusnya, perkahwinan campur dapat membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka.
Apabila seseorang berkahwin dengan yang berlainan kaum dengannya semestinya ada budaya
baru yang diprlajari dan harus dihormati walaupun perkara tersebut mungkin bercanggah dengan
kebiasaan kita. Misalnya, apabila seorang Melayu berkunjung ke rumah mereka yang
berketurunan cina semasa tahun baru cina mungkin ada di kalangan keluarga tuan rumah yang
berpakaian agak menjolok mata dan perkara itu tidak boleh dimarahi kerana itu mungkin sudah
menjadi kebiasaan bagi mereka. Pengunjung seharusnya masih boleh bergaul dengan mereka
yang berketurunan cina walaupun terdapat perbezaan dalam cara pemakaian.
Kesimpulannya, perkahwinan campur dapat memberi banyak kebaikan dalam kehidupan
seharian kita. Perkara yang paling ketara adalah dalam mengeratkan hubungan antara dua kaum
yang berbeza. Dalam kata lain perkahwinan dapat menjadi satu medium untuk mengeratkan
perpaduan di negara kita.

You might also like