You are on page 1of 20

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN - LAPORAN(T1A1)

KAJIAN DOKUMEN T1A1 Berdasarkan adat resam perkahwinan yang dipilih. Lakukan kajian dokumen melalui pembacaan, jurnal, makalah atau pencarian internet.

Name : NORHAYATI BT. MURAD Matric number : : 660520075676001 NRIC : 660520-07-5676 Telephone number : 012-4847405 E-mail address : yati_290@yahoo.com Tutors name: Encik Zaini b. Abdul Ghani Learning Centre: OUM Ipoh, Perak Semester Mei 2013

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

BIL.

ISI KANDUNGAN
TAJUK Sejarah perkahwinan masyarakat Cina 3-4

HALAMAN

1.

2.

Adat resam perkahwinan masyarakat Cina 2.1 -Adat merisik 2.2 -Adat meminang 2.3 -Adat bertunang 2.4 -Majlis perkahwinan

4-11

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pakaian Pengantin Juadah dan kuih-muih utama / khas Amalan-amalan dalam perkahwinan Pantang larang dalam perkahwinan Lain-lain kreativiti Kesimpulan Rujukan

12 - 13 13 - 14 15 15 - 16 17-18 19 20

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

1.Sejarah perkahwinan masyarakat Cina Sebagai sebuah negara majmuk yang penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, kita akan berpeluang menyaksikan atau menyertai pelbagai jenis adat-istiadat perkahwinan di Malaysia. Adat-istiadat perkahwinan bagi masyarakat Melayu, Cina atau India amat berbeza. Walaubagaimana pun, tanpa mengira apa bangsanya apabila dijalankan upacara perkahwinan untuk anggota keluarga, semua sanak-saudara dan jiran tetangga dengan tangan terbuka menyambut dan meraikannya bersama-sama serta menikmati jamuan makan dengan berselera. Kaum Cina merupakan kaum kedua yang terbesar di Malaysia. Sejak berabad, Malaysia mempunyai hubungan politik dan perdagangan dengan negara China. Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, Negara Chinalah yang menjadi pelindung Melaka dari ancaman Siam. Oleh itu, pada abad ke 19 (1644-1911) rakyat negara China telah berpindah ke Malaysia yang juga dikenali sebagai Tanah Melayu kerana desakan hidup. Dinasti Manchulah yang memerintah Negara China pada ketika itu. Semasa pemerintahannya, timbul rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya dalam kalangan beberapa rakyat negeri China. Oleh itu, mereka berpindah ke Malaysia untuk
3

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

meneruskan hidup. Di situlah bermulanya pelbagai pengaruh adat-istiadat dalam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia. Perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buah keluarga. Ia berlaku setelah bakal pengantin lelaki dan perempuan mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan. Upacara perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia, mengikut kebiasaannya adalah tidak banyak berbeza dengan istiadat perkahwinan penduduk Hong Kong atau Taiwan. Sebagaimana perkahwinan bagi masyarakat lain, kemuncak acara perkahwinan ialah majlis kenduri besar-besaran pada malam hari. Majlis ini selalunya diadakan di restoran yang masyhur atau di dewan besar. Nukilan ini telah menggariskan adat perkahwinan masyarakat Cina yang masih dianuti oleh kebanyakan penduduk kaum Cina di negara kita. Semoga dengan paparan ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada masyarakat umum tentang adat-istiadat perkahwinan masyarakat Cina. Namun, dewasa ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat-istiadat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya bagi mereka yang beragama Kristian. Walauapapun, diharap rencana ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat lain tentang budaya Malaysia yang terdiri daripada pelabagai budaya mengikut pelbagai bangsa. 2. Adat-Resam Perkahwinan Masyarakat Cina Tahun 402 221 sebelum Masehi, merupakan tahun permulaan adat-istiadat perkahwinan masyarakat Cina. Ketika itu, si gadis tidak dibenarkan memilih pasangannya untuk menjadi calon suami. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan bertanggungjawab memilih bakal suaminya. Pasangan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan atau zuriat, menjaga nama baik keluarga serta kehendak ibu bapanya. Sebenarnya masyarakat Cina mempunyai sejarah kunonya berdasarkan kawasankawasan geografi yang berbeza, namun terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket. Pada dasarnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, membandingkan tarikh lahir, penyampaian hadiah perkahwinan, pemilihan hari
4

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

perkahwinan, pertunangan , majlis perkahwinan, perarakan pengantin , penyambutan pengantin perempuan, upacara perkahwinan sebenar dan jamuan perkahwinan. Selain itu, perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan jejaka dan dara. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Oleh itu, masyarakat Cina akan merancang sesuatu perkahwinan itu dengan teratur dan meriah. Perkahwinan bagi pasangan yang tidak mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Dalam perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Cina, terdapat dalam dua bentuk iaitu eksplisit. Di mana perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Bermulalah tanggungjawab yang berat Si Suami kepada isteri dan seterusnya kepada keluarganya. Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat adat merisik, adat meminang, adat pertunangan, majlis perkahwinan dan seterusnya upacara minum teh. Upacara perkahwinan perlu diatur dengan teliti dan ia memerlukan waktu yang lama. Usaha-usaha yang dijalankan perlulah dengan kerjasama semua pihak bagi menjayakan majlis. Antara upacara-upacara yang dijalankan ialah:2.1 Adat Merisik Adat Merisik merupakan adat pertama dalam menjalankan adatistiadat perkahwinan masyarakat Cina. Ramai pasangan muda masa kini cuba menentukan teman hidupnya sendiri. Namun, masih ada yang memberi laluan kepada ibu bapa mereka untuk menentukannya dalam mencari bakal menantu perempuannya melalui tukang risik. Tukang risik ini akan bertanya-tanya tentang hal keluarga Si Gadis bagi mengurangkan masalah sebelum bertunang. Ia dilakukan bertujuan mengetahui latar belakang gadis yang dihajatinya. Masyarakat Cina juga mengambil berat tentang personaliti Si gadis dari segi nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah lakunya. Ciriciri ini penting untuk mewujudkan persefahaman dalam perkahwinan yang berkekalan.
5

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Adat merisik juga terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga Si gadis. Kebanyakan masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Perbincangan tersebut disertai dengan tradisi makan bersama. Ini penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua pihak keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara yang umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan masing-masing.

Makan bersama dalam adat merisik 2.2 Adat Meminang Pada peringkat kedua pula, adat meminang akan dijalankan. Adat ini akan dilangsungkan setelah kedua-dua pihak berasa berpuas hati dengan latar belakang keluarga dan persepakatan yang dibincangkan. Dewasa ini, adat meminang biasanya dilakukan oleh pasangan sendiri. Namun, seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah Si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan hantaran mas kahwin, tempahan meja dalam jamuan makan malam dan memilih hari yang paling sesuai. Kaum keluarga pihak lelaki tidak akan tawar-menawar dari segi hantaran kerana bimbang akan menjatuhkan martabat keluarganya. Segala ketetapan yang telah dipersetujui akan dimaklumkan kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa bagi pihak lelaki akan berbincang tentang penyediaan segala permintaan
6

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

daripada pihak perempuan dengan anaknya. Setelah kedua-dua pihak mendapat kesepakatan dan saling kenal-mengenal serta bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dilangsungkan.

Barang hantaran

2.3 Adat Bertunang

Adat bertunang Peringkat akhir pula, iaitu adat pertunangan akan dilangsungkan berdasarkan kalendar Cina. Pemilihan tarikh mestilah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Tukang tilik diperlukan untuk menilik tarikh yang
7

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

sesuai sebelum dibuat penetapan tarikh. Tarikh tersebut mestilah berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilangsungkan perkahwinannya pada waktu yang tidak sesuai, ia dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah pengantin perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dijalankan pada masa yang dijanjikan. Cincinpun disarung ke jari manis kiri oleh kedua-dua bakal mempelai. Ini menandakan bahawa si pengantin sudah berpunya dan terikat dengan janji. Hantaran mas kahwin juga disediakan. Kebiasaannya, hantaran mas kahwin tersebut terdiri daripada duit penanda yang disimpan dalam ang pau, manisan, gula dan wain. Sebagai balasan ibu pengantin perempuan akan menghadiahkan dompet dan juga seluar kepada bakal menantunya. Setelah upacara dijalankan, bagi membukitkan persetujuan si gadis berkenaan ia akan menyerahkan sekeping kertas merah atau Nyen-sang yang tertulis nama Si Gadis beserta umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah Nyen-sang diperolehi oleh tukang tilik, persediaan akan dilakukan oleh pihak lelaki bagi mengadakan keperluan perkahwinan. Nyen-sang kepunyaan Si Gadis pula akan dsampaikan kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua Nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah iaitu Nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, penilikan oleh tukang tilik berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan akan diramal. Tukang tilik akan menyediakan dua keping Nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai. Nyik-kor ialah peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh keduadua bakal pengantin mengikut adat-adat tertentu dalam perkahwinan masyarakat Cina. Hantaran dan mas kahwin lazimnya disampaikan semasa upacara bertukar cincin perkahwinan antara pengantin atau pada hari istiadat perkahwinan yang dijalankan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Hantaran utamanya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, sepasang kain dan wang tunai. Andai kata, pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan ianya boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai untuk disampaikan.Tarikh perkahwinan
8

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan semasa penghantaran mas kahwin dijalankan. Dalam masyarkat Cina, martabat atau maruah dipandang tinggi dimana semakin besar mas kahwin yang dihantar, semakin tinggilah martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Cincin emas

2.4 Majlis Perkahwinan Majlis perkahwinan akan dilangsungkan setelah cukup tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan, sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin maka perkahwinan itu mesti ditunda pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari menunggu. Ini adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berada dalam kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Kemudian pengantin akan diarak dari rumah pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Kebiasaanya tandu digunakan untuk berarak.

Tandu untuk berarak

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Tandu untuk berarak Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Pengantin akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Kemudian pasangan pengantin akan disandingkan di atas pelamin yang telah disediakan pada ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan kepada keluarga dan saudara maranya akan isterinya dan begitulah sebaliknya. Seterusnya, kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina, amalan yang masih diamalkan ialah upacara meminum teh. Ia merupakan tradisi dalam masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini menentukan bahawa pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami telah diterima. Di samping itu, ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan pengantin dengan tertibnya akan menuangkan teh yang disediakan kepada saudara mara dari pihak lelaki. Walau bagaimanapun upacara minum teh dan adat bersanding kurang diamalkan oleh masyarakat Cina pada hari ini.

Jamuan makan
10

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Kemuncak upacara perkahwinan dalam masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Majlis jamuan makan ini akan diadakan secara besar-besaran samada di dewan, rumah atau di restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Ketika itu juga, kedua-dua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga bagi kedua-dua belah pihak. Akhir sekali, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti mereka sudah menjadi suami-isteri.

Ang-pau

3.Pakaian Pengantin Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam dengan benang emas. Busana klasik Cina ini asalnya adalah berlapis-lapis dan sarat dengan sulaman emas dan sutera. Kebanyakan dihasilkan menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori yang cantik. Sebaik-baiknya baju pengantin hendaklah berwarna putih, merah atau kuning. Pantang larang dalam adat pakaian pengantin ialah ditegah memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana warna-warna tersebut dipercayai melambangkan kematian dan kesedihan. Warna merah dalam masyarakat Cina menandakan baik dan
11

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

gembira. Sekiranya tetamu ingin memberi hadiah kepada pengantin, eloklah dibungkus atau dibalut dengan kertas berwarna merah. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina juga, lilin yang berwarna merah dan diukir dengan bentuk naga atau burung yang digunakan pada hari perkahwinan adalah melambangkan penyatuan tehadap keluarga baharu. Gambar-gambar pada pakaian juga lebih kepada bunga-bungaan dan naga. Sejenis pakaian pengantin iaitu Qi Pao. Qi Pao ialah nama pakaian pengantin tradisional bagi penduduk di Utara Negeri China. Pakaian ini berbentuk jubah dan disulam dengan benang emas dan perak. Manakala pakaian pengantin perempuan di Selatan Negeri China dikenali sebagai Qun Gua, Kwa atau Cheongsam. Ia juga disulam dengan jahitan berupa naga dan burung Pheonix. Tudung muka berwarna merah digunakan oleh pengantin dahulu untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.

Pakaian asal pengantin cina

12

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Pakaian moden pengantin cina 4.Juadah dan kuih-muih utama / khas Secara tradisinya, masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai jenis makanan dan kuih-muih utama pada hari majlis perkahwinan. Para tetamu yang hadir akan disajikan dengan hidangan istimewa tersebut. Dari makanan yang berat sehinggalah kepada makanan pencuci mulut. Tujuan jamuan ini diadakan untuk merapatkan ikatan antara kedua-dua belah pihak pengantin serta sanak-saudara dan jiran tetangga. Antara juadah yang sering disajikan ialah Yee Sang. Ia merupakan campuran pelbagai sayur-sayuran dengan warna-warni dan tekstur yang berbeza. Yee Sang adalah membawa maksud kemakmuran bagi masyarakat Cina. Seterusnya, makan malam juga disediakan dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang lazat untuk keluarga dan tetamu yang hadir. Selain itu, kuih-muih ringan juga disajikan seperti kuih kapit, kuih bakul, kuih bangkit, kuih bulan dan buah limau mandrin kepada tetamu.

Yee Sang
13

Pulut pemanis

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Kuih Angku

Tang Yuan

Kuih Bakul, Kuih Bangkit, Kuih Kapit dan limau mandrin

Kuih Bulan

5.Amalan Yang Dilakukan Dalam Masyarakat Cina juga mempunyai amalan-amalan baik yang patut dilakukan bagi mendapat manafaat dari perlakuan tersebut. Antaranya ialah ketika ibu bapa mencari seorang bakal menantunya, mereka akan menggunakan khidmat tukang risik yang kerjanya ialah untuk mengurangkan masalah demi kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung tidak dikenali.

14

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Di samping itu, Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan menilik dengan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Sekiranya pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan adat peminangan ke langkah yang seterusnya. Selain itu, keluarga lelaki akan meminta tukang risik untuk membincangkan hantaran pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat bertunang kepada keluarga bakal pengantin perempuan. Ia bertujuan untuk melancarkan perjalanan atau perbincangan dengan keluarga pengantin perempuan. Seterusnya, hadiah perkahwinan juga berbeza-berbeza. Ianya bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga pihak Si lelaki. Makanan yang istimewa merupakan hadiah yang biasa. Sekiranya makan besar mempunyai banyak meja ia menunjukkan keluarganya dari orang berada. 6.Pantang Larang Perkahwian

Walaupun kehidupan masyarakat Cina dewasa ini sudah berubah menjadi kehidupan moden, tetapi adat resam masih dikekalkan dan diamalkan lagi sehingga kini. Remaja Cina percaya bahawa dengan mengamalkan adat resam yang betul maka akan dapat dipertahankan kehidupan alam rumahtangganya. Seperti bangsa-bangsa lain, masyarakat Cina juga mempunyai pantang-larangnya dalam majlis perkahwinan iaitu semasa pertunangan, keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Tetapi keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan. Sekiranya angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan, ia menandakan bahawa pengantin lelaki mempunyai personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya pula, ia akan menandakan bahawa pengantin berkenaan mempunyai personaliti yang kurang baik. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut hidup sendiri tanpa dipelihara oleh mereka. . Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-kawannya akan cuba bermain olok-olok bagi menghalang pihak
15

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

lelaki daripada masuk ke bilik pengantin pada pagi hari perkahwinan. Permainan ini digelar sebagai Permainan Pintu Perkahwinan. Masa yang diperuntukan juga kepada pihak pengantin perempuan dalam permainan ini adalah terhad kerana bagi mengelak upacara di rumah pengantin lelaki tidak diabaikan. Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pengantin lelaki maka dia harus memakai kasut biasa yang dipakainya selalu kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan sudah mempunyai tanggungjawabnya sendiri. Begitu juga pengantin lelaki sudah mula mempunyai tanggungjawab terhadap isterinya. Manakala apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, ibu mertuanya dan kakak ipar tidak boleh berada dalam keadaan mengadap pintu di mana pengantin perempuan sedang melangkah masuk. Kepercayaan masyarakat Cina dalam hal ini ialah bertujuan bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada hari muka. Selain itu, perempuan yang mengandung serta ahli keluarga yang baru kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan majlis perkahwinan. Ia juga tidak dibenarkan menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di rumah baharu pengantin. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

7. Kreativiti dalam adat perkahwinan Cina

16

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Hantaran

bertandu

Kemeriahan Majlis Makan Malam

Penghias kepala

Peralatan pengantin perempuan

Seni kreatvititi dalam adat-istiadat perkahwinan masyarakat Cina juga menampakkannya serinya. Seni adalah sesuatu yang kreatif, begitu jugalah dengan kreativiti dalam sesuatu perkara. Adat perkahwinan Cina mempunyai seribu satu macam kreativiti di dalamnya contohnya pada hantaran perkahwinan, perarakan dengan menggunakan tandu dan kemeriahan di majlis makan malam. Warna merah yang melambangkan keberanian juga mempunyai ciri-ciri kreatif kerana warna ini tidak mudah luntur dan menarik. Setiap peralatan, pakaiaan dan pelbagai keperluan majlis perkahwinan menggunakan warna merah. Warna yang terang ini juga dikatakan dapat menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Qi Pao ialah nama pakaian pengantin tradisional bagi penduduk di Utara Negeri
17

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

China. Pakaian ini disulam dengan benang emas dan perak dan dijahit dalam bentuk jubah. Manakala pakaian pengantin perempuan di Selatan Negeri China dikenali sebagai Qun Gua, Kwa atau Cheongsam. Ia juga disulam dengan jahitan berupa naga dan burung Pheonix. Tudung muka berwarna merah digunakan oleh pengantin dahulu untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Masyarakat Cina juga menggunakan lilin pada malam perkahwinan. Tujuannya ialah untuk menghalaau roh-roh jahat dengan cahayanya. Lilin yang berwarna merah ini diukir dengan bentuk naga dan burung Phoenix. Di samping itu terdapat juga adat tandatangan kain. Kain yang bersulam ini akan dibentangkan di atas meja di pintu masuk. Setiap tetamu yang masuk akan menandatangan nama mereka dan menulis restu mereka. Kain ini akan disimpan oleh pengantin sebagai kenangan. Dalam masyarakat Cina juga terdapat satu lagi adat iaitu Hadiah Besar. Hadiah Besar ini diberikan oleh pihak lelaki kepada pengantin perempuan. Hadiah Besar ini merupakan duit penanda yang dibalut dengan sampul berwarna merah beserta barang-barang hantaran. Kebiasaannya duit penanda ini bernilai RM99 atau RM999. Nombor sembilan menandakan hidup yang berpanjangan.

8. Kesimpulan Perkahwinan merupakan peralihan tanggungjawab seseorang lelaki dari membujang kepada seorang suami. Ia juga menjadi suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Majlis perkahwinan masyarakat Cina mempunyai pelbagai adat turun-temurun yang menjadi budaya masyarakatnya. Hilanglah budaya sekiranya ia diabaikan oleh masyarakat Cina di zaman yang serba mewah dan metropolitan. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing bagi memartabatkan warisan budaya kita supaya Tak lekang dek hujan dan tak lapuk dek panas. Biar zaman berubah, tetapi adat tidak berubah.
18

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Keindahan seni pada adat istiadat perkahwinan Cina itu sendiri mempamerkan masyarakat kita yang sukakan keindahan dan suasana yang aman dan tenteram. Kehalusan dan kelembutan dalam adat istiadat Cina, baik dari segi pertuturan maupun seni persembahan atau kelengkapan perkahwinan amat dititikberatkan. Majlis perkahwinan itu juga boleh dijadikan sebagai tontonan umum dari awal majlis hinggalah ke akhir majlis terutamanya kepada pelancong-pelancong asing. Kita seharusnya berasa bangga dengan budaya Cina dalam adat istiadat perkahwinannya. Bersama-samalah kita memeliharanya. Adat-istiadat perkahwinan pelbagai etnik di Malaysia perlulah dipelihara bagi mewujudkan perpaduan kaum. Di samping itu, ia akan menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong asing untuk ke Malaysia. Secara tidak langsung, senario budaya adat perkahwinan pelbagai kaum ini akan menjadi simbolik rakyat 1 Malaysia. Seterusnya, ia akan mendorong kepada daya tarikan pelancong asing kepada peningkatan kamasukkannya. Ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan. Hal ini seterusnya akan memberi impak yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan budaya, seharusnya berbangga dengan keunikan tradisi perkahwinan yang wujud di Malaysia.

(3042 patah perkataan)

9.Rujukan: A.Aziz Deraman, Wan Ramli Wan Mohamad.(1995). Adat dan Pantang Larang Orang Melayu. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://kamiltri.tripod.com/adat_kahwin.htm http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-dimalaysia-18/
19

HBEF 2803 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/189-adat-danpakaian/1424.. http://site4daie.blogspot.com/2008/01/adat-resam-pantang-larang-kaum-cina.html http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=501%3Aper kahwinan-masyarakat- &catid=65%3Adokumen&Itemid=130&lang=bm http://www.scribd.com/doc/26242153/Adat-Resam-Dan-Pantang-Larang-MasyarakatCina Muhammad bin Harun. (2007). Siri Adat dan Budaya Masyarakat Malaysia, Adat dan Budaya Masyarakat Melayu. Kuantan ,Pahang Darul Makmur. Mutiara Ilmu Enterprise. Roslan bin Yatim , Sivarajan A/L Ponniah, A. Rahman bin T. Ahmad (2010). Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Buku Teks Tahun 5 .Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

You might also like