You are on page 1of 13

HBEF2803EPIC

T1A1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 22803
KO-KURIKULUM

TAJUK :

AKTIVITI 1 ( T1A1)

PERKAHWINAN

NAMA : MOHD ISSAN BIN ISMAIL

NO. IC : 790812-11-5479

NO. MATRIK : 790812115479001

NO. TELEFON : 0198043219

ALAMAT EMEL : issan_79@yahoo.com.my

NAMA TUTOR : MOHD SENIN BIN KASSIM

1
HBEF2803EPIC
T1A1
KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 4

2.1 Merisik 4

2.2 Meminang 4

2.3 Bertunang 5

3.0 MAJLIS PERKAHWINAN 6

4.0 KELENGKAPAN PERKAHWINAN 7

4.1 Pakaian Pengantin 7

4.2 Kain Rentang 7

4.3 Lilin Naga dan Phoenix 8

4.4 Sampul Merah 8

5.0 HIDANGAN PERKAHWINAN 8

6.0 AMALAN-AMALAN PERKAHWINAN 9

6.1 Upacara Menghias Rambut Pengantin Perempuan 9

6.2 Upacara Menutup Kepala Pengantin Lelaki 10

6.3 Amalan Permainan Pintu 10

6.4 Upacara Minum Teh 10

6.5 Amalan Minum Arak pada Malam Perkahwinan 10

6.6 Amalan Sehari selepas Perkahwinan 11

6.7 Amalan Tiga Hari selepas Perkahwinan 11

7.0 PANTANG LARANG PERKAHWINAN 11

8.0 KESIMPULAN 11

RUJUKAN

2
HBEF2803EPIC
T1A1
ADAT RESAM PERKAHWINAN ORANG CINA

1.0 PENGENALAN

Kaum Cina di Malaysia merupakan antara tiga suku kaum terbesar yang terdapat di
negara ini selain Melayu dan India. Masyarakat Cina di Malaysia juga terbahagi kepada
beberapa jenis suku sepertinya Hakka, Fuzhou, Kantonis dan lain-lain lagi. Oleh itu,
mereka juga mengamalkan adat resam yang pelbagai dan pantang larang yang berbeza
dalam kehidupan seharian mereka. Seperti juga halnya dengan masyarakat Melayu dan
India di negara ini, masyarakat Cina juga mempunyai adat resam dan pantang larang
perkahwinan kaum mereka yang tersendiri. Mengikut sejarah, perkahwinan dalam
kalangan orang Cina telah menjadi adat resam antara tahun 402 sehingga 221 sebelum
masihi lagi. Masyarakat Cina juga percaya bahawa perkahwinan tanpa mengikut adat
resam juga adalah tidak sah.

Bagi masyarakat Cina perkahwinan ialah salah satu perkara penting dalam
mengekalkan sesebuah institusi keluarga. Ini kerana, dengan perkahwinan akan dapat
meneruskan keturunan nenek moyang mereka. Dari sudut pandangan keluarga yang
menganuti kepercayaan Konfiunisme pula, perkahwinan dapat merapatkan hubungan
kekeluargaan dengan keluarga yang mempunyai nama keluarga yang berlainan selain
dapat meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Oleh itu, kelahiran anak lelaki dalam
masyarakat Cina adalah lebih dinantikan berbanding dengan kelahiran anak perempuan.
Ini kerana, masyarakat Cina percaya bahawa penyambung keturunan adalah di bawa oleh
anak lelaki.

Perkahwinan dalam masyarakat Cina terbahagi kepada dua bentuk iaitu implisit dan
eksplisit. Perkahwinan eksplisit ialah perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga atau
ibu-bapa. Perkahwinan implisit pula ialah apabila anak-anak diberi kebebasan untuk
mencari pasangan masing-masing. Di Malaysia kini, perkahwinan secara eksplisit amat
jarang sekali berlaku kerana di anggap ketinggalan zaman. Namun demikian, walaupun
pemilihan calon dilakukan sendiri oleh anak-anak tetapi ibu-bapa masih berhak dalam
mengurus upacara perkahwinan dan peringkat untuk meramal nasib kedua bakal
pengantin juga di lakukan oleh ibu bapa untuk melihat keserasian pengantin.

3
HBEF2803EPIC
T1A1
Adat resam dalam perkahwinan masyarakat Cina juga adalah sedikit sebanyak seperti
yang terdapat dalam adat resam Melayu iaitu juga merangkumi adat merisik, meminang,
bertunang dan juga majlis perkahwinan. Masyarakat Cina yang menganuti agama
Kristian terlebih dahulu mendaftarkan perkahwinan mereka di Mahkamah untuk bergelar
suami isteri yang sah dari segi undang-undang. Setelah itu, upacara perkahwinan
diteruskan mengikut adat resam perkahwinan kebiasaan masyarakat Cina juga perlu
diadakan untuk mengiktiraf perkahwinan tersebut.

2.0 SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Sebelum sesebuah majlis perkahwinan dalam masyarakat Cina dilangsungkan,


terdapat tiga peringkat penting yang perlu dilalui terlebih dahulu iaitu risikan, meminang
dan juga bertunang.

2.1 Merisik

Upacara merisik dijalankan terlebih dahulu untuk mengetahui latar belakang


keluarga dan gadis yang ingin dikahwini. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat
tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting
untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik pula adalah terpulang
kepada ibu bapa kerana kebiasaanya ibu bapa dari pihak lelaki akan bertanyakan kepada
keluarga dan juga kenalan gadis yang diingini. Perbincangan atau risikan ini kebiasaanya
akan diadakan di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan
bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah
berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang dan asal keturunan
keluarga si gadis. Sekiranya kedua-dua belah pihak telah bersetuju, mereka akan
kemudiannya meneruskan kepada peringkat atau adat meminang.

2.2 Meminang

Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan


perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan
berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar

4
HBEF2803EPIC
T1A1
menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah
dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan
berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak
perempuan.. Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan setiap syarat untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan. Majlis pertunangan yang akan dijalankan adalah
berdasarkan kalendar Cina yang telah ditentukan melalui khidmat tukang tilik yang
berpandukan sebuah buku iaitu Toong-Su.

2.3 Bertunang

Pada hari yang ditetapkan, pihak lelaki akan datang ke rumah si gadis untuk
menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin kemudiannya dijalankan iaitu dengan
cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari
perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, bakal pengantin perempuan akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan
tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak
lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang bakal pengantin perempuan kemudiannya
akan diberikan kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.

Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua
nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika
menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran
kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan
menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada bakal pengantin lelaki dan bakal
pengantin perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-
peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-
adat tertentu.

Selain daripada itu, pada hari pertunangan juga, pihak keluarga bakal pengantin
lelaki akan memberikan “Hadiah Besar” kepada keluarga bakal pengantin perempuan.
Antara hadiah yang diberikan ialah duit penanda yang dibalut dengan sampul merah, teh,
kek “menambah kebahagiaan”, sepasang binatang ternakan, manisan dan gula, arak dan
juga tembakau. Hantaran dan mas kahwin juga lazimnya diberikan semasa upacara
bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang

5
HBEF2803EPIC
T1A1
diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan
barang hantaran yang mencukupi kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang
tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin
perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin
perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin
tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

3.0 MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan akan dilangsungkan kebiasaaanya selepas setahun calon


pengantin bertunang ataupun berdasarkan keputusan keluarga masing-masing semasa
proses pertunangan. Sebelum tiba hari perkahwinan, sekiranya terjadinya kematian dalam
kalangan ahli keluarga bakal pengantin, tarikh perkahwinan akan ditangguhkan pada
tahun hadapan ataupun selepas seratus hari dari hari kematian. Ini adalah untuk
menghormati keluarga dan berkabung atas kematian yang menimpa. Beberapa hari
sebelum perkahwinan juga, pihak bakal pengantin perempuan juga akan menghantar
hantaran kepada pihak keluarga pengantin lelaki ataupun di hantar ke rumah baru bakal
pasangan pengantin.

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan.
Pasangan pengantin kemudiannya akan didudukkan di atas sebuah pelamin yang terlebih
dahulu disediakan di ruang tamu rumah pengantin perempuan. Setelah itu, kedua-dua
pengantin akan dibawa untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing sebagai tanda
meminta restu dari kedua-dua belah keluarga. Setelah itu, upacara meminum teh
dijalankan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang
tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri
dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan
kepada saudara mara pihak lelaki.

Kemuncak kepada majlis perkahwinan dalam masyarakat Cina ini ialah jamuan
makan yang diadakan secara besar-besaran pada sebelah malamnya. Jamuan ini
kebiasaannya diadakan di hotel-hotel, restoran atau dewan. Para tetamu yang hadir akan
membawa hadiah dan juga wang tunai iaitu Ang-pau untuk diberikan kepada pengantin

6
HBEF2803EPIC
T1A1
sebagai tanda ucapan tahniah di atas perkahwinan mereka. Pengantin juga akan
mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan memperkenalkan pasangan masing-
masing kepada keluarga dan rakan taulan kepada kedua-dua pasangan. Akhir sekali,
sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

4.0 KELENGKAPAN PERKAHWINAN

Dalam perkahwinan masyarakat Cina, terdapat beberapa kelengkapan yang perlu di


sediakan dalam melangsungkan perkahwinan. Antara kelengkapan yang perlu ada ialah
seperti pakaian pengantin, kain rentang bewarna merah, lilin naga dan phoenix, tanda
kebahagiaan dan juga sampul merah.

4.1 Pakaian Pengantin

Untuk pengantin perempuan, mereka akan memakai pakaian tradisional Cheongsam.


Pada kebiasaannya warna merah akan dipilih untuk menggambarkan nasib yang baik.
Cheongsam ataupun Kwa juga akan disulam dengan corak berbentuk naga ataupun
burung phoenix. Pakaian ini akan disulam menggunakan benang emas dan perak. Adalah
menjadi larangan untuk memakai baju yang bewarna hitam, biru dan kelabu kerana
dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Pelbagai
aksesori juga dikenakan untuk menaikkan lagi seri pengantin perempuan terutamanya
aksesori pada bahagian rambut dan juga pemakaian barang kemas atau jade.

Pengantin lelaki pula akan memakai Samfoo iaitu pakaian tradisional lelaki bagi
majlis perkahwinan masyarakat Cina. Samfoo diperbuat daripada kain yang lembut
seperti kain sutera. Samfoo membawa maksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis.
Selalunya, baju yang dipakai akan sedikit longgar dan mempunyai kolar yang tinggi.
Selain itu, baju Samfoo juga mempunyai belahan di hadapan dan dipakai dengan seluar
ataupun kain yang longgar.

4.2 Kain Rentang

Secara tradisionalnya, kain rentang yang digunakan ialah berwarna merah dan
disulam dengan perkataan yang membawa maksud baik-baik kepada perkahwinan kedua-

7
HBEF2803EPIC
T1A1
dua pasangan. Kain ini kebiasaanya akan dibentangkan di atas meja di dekat pintu masuk,
di mana para tetamu akan menandatangan nama dan menulis restu mereka kepada kedua-
dua pasangan pengantin.

Kain ini kemudiannya akan disimpan oleh pasangan pengantin sebagai tanda
kenangan perkahwinan mereka.

4.3 Lilin Naga dan Phoenix

Dalam adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina, mereka akan menggunakan


lilin berwarna merah yang diukir dengan corak naga ataupun Phoenix. Lilin ini
merupakan tanda penyatuan terhadap keluarga baru. Ianya juga digunakan pada malam
perkahwinan, kerana dipercayai dapat menghalau roh-roh jahat dengan cahayanya dan
juga sekaligus dapat menambahkan suasana romantic bagi pasangan pengantin.

4.4 Sampul Merah

Sampul merah ataupun Ang-pau banyak digunakan atau pun dilihat dalam
perkahwinan masyarakat Cina. Ini kerana, salah satu konsep pemberian Ang-pau dikenali
sebagai Yasul Qian ataupun duit ditekan atau duit menahan umur. Warna merah
digunakan pada sampul kerana dipercayai melambangkan tuah. Jumlah wang yang
diisikan pada sampul kebiasannya ialah bermula dengan angka genap kerana wang yang
bermula dengan angka ganjil kebiasaanya digunakan atau diberikan semasa majlis
pengebumian.

Jumlah wang yang akan diberikan pada majlis perkahwinan adalah bergantung
kepada tempat jamuan makan dilangsungkan dengan kemeriahan majlis perkahwinan
tersebut. Ini keran jumlah wang yang diberikan itu akan meliputi perbelanjaan keluarga
pasangan pengantin baru.

5.0 HIDANGAN PERKAHWINAN

Lazimnya, dalam perkahwinan masyarakat Cina, beberapa hidangan utama akan


disediakan dan setiap hidangan mempunyai simboliknya yang tersendiri. Antara hidangan
yang selalunya dihidangkan ialah ikan. Hidangan ikan dalam masyarakat Cina

8
HBEF2803EPIC
T1A1
melambangkan kekayaan, oleh itu hidangan ini menjadi hidangan wajib yang perlu ada
dalam setiap majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Ini sebagai doa keluarga agar
pasangan pengantin akan dilimpahi dengan kekayaan sepanjang meayari perkahwinan
mereka.

Hidangan seterusnya yang mesti ada dalam perkahwinan masyarakat kaum Cina
ialah makanan ayam masak merah. Hidangan ini menurut kepercayaan orang-orang Cina
ialah hidangan yang menggambarkan kebahagiaan. Dengan adanya hidangan ini,
diharapkan pasangan pengantin akan mendapat kebahagiaan yang berpanjangan dalam
perkahwinan mereka.

Makanan seterusnya yang perlu ada dalam majlis perkahwinan masyarakat kaum
Cina ialah udang galah. Selain melambangkan kemewahan, udang galah juga disediakan
sebagai simbolik keserasian antara kedua-dua pengantin. Selain daripada itu, terdapat
juga hidangan seperti pau dan juga “kek kebahagian” yang juga dikenali sebagai kek naga
dan burung Phoenix sebagai lambang kekuatan dan kebahagiaan berpanjangan.

6.0 AMALAN-AMALAN PERKAHWINAN

Terdapat beberapa amalan-amalan perkahwinan yang masih dilakukan di dalam


majlis perkahwinan masyarakat Cina seperti budak lelaki yang belum berkahwin akan
dijemput untuk tidur di atas katil pasangan pengantin pada malam sebelum hari
perkahwinan. Amalan ini mengikut kepercayaan masyarakat kaum Cina adalah supaya
pasangan pengantin akan mendapat anak lelaki dalam perkahwinan mereka. Antara
amalan-amalan lain yang masih diamalkan ialah:

6.1 Upacara Menghias Rambut Pengantin Perempuan

Upacara ini dilakukan oleh perempuan yang dianggap mempunyai nasib yang
baik agar pengantin perempuan turut mengalami nasib yang baik di dalam
perkahwinannya. Semasa upacara ini dijalankan juga, perempuan-perempuan yang
bertanggungjawab menghias rambut pengantin perempuan juga perlu mengucapkan kata-
kata yang baik sahaja ketika mengikat sanggul pengantin perempuan. Ini untuk
mengelakkan nasib buruk dari menimpa pengantin perempuan dan dipercayai boleh
membawa tuah.

9
HBEF2803EPIC
T1A1
6.2 Upacara Menutup Kepala Pengantin Lelaki

Upacara ini dilakukan di rumah pengantin lelaki. Bapa kepada pengantin lelaki
akan menutup kepala pengantin lelaki dengan memakaikannya topi yang dihias dengan
daun pokok Saru di atas kepala pengantin lelaki. Pengantin lelaki kemudiannya akan
membawa tandu untuk di bawa ke rumah pengantin perempuan.

6.3 Amalan Permainan Pintu

Amalan ini akan dijalankan apabila pengantin lelaki di bawa berjumpa pengantin
perempuan buat pertama kalinya pada hari perkahwinan. Amalan ini telah dijalankan dari
zaman nenek moyang masyarakat Cina dahulu kala dengan beranggapan bahawa
pengantin perempuan ialh perempuan yang paling cantik dan keluarga serta kawan-
kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Oleh yang demikian, pada upacar ini pihak
lelaki akan membayar wang kepada keluarga dan kawan-kawannya yang bertindak
sebagai pagar atau pintu sebelum boleh masuk ke dalam bilik pengantin perempuan.
Bayaran itu dipanggil Li Shi.

6.4 Upacara Minum Teh

Upacara ini lazimnya dijalankan di rumah pengantin lelaki. Kedua-dua pasangan


pengantin akan berlutut sebanyak tiga kali sebelum pengantin perempuan menghidangkan
teh kepada saudara mara pengantin lelaki mengikut pangkat di dalam keluarga. Ahli
keluarga yang menerima minuman teh dari pengantin perempuan akan memberikan
barangan kemas ataupun Li Shi kepada pengantin perempuan.

6.5 Amalan Minum Arak pada Malam Perkahwinan

Dua cawan diikat bersama dengan menggunakan tali merah. Pasangan pengantin
akan menyilangkan tangan mereka sebelum meminum arak yang disediakan di dalam
cawan yang diikat dengan tali merah. Perbuatan ini merupakan tanda ikatan janji
perkahwinan yang dilakukan semasa hari perkahwinan.

10
HBEF2803EPIC
T1A1
6.6 Amalan Sehari selepas Perkahwinan

Secara tradisionalnya amalan ini dilakukan oleh pengantin perempuan pada pagi
selepas hari perkahwinan. Pengantin perempuan akan bangun awal pagi untuk
menyediakan makanan atau sarapan kepada keluarga pengantin lelaki. Amalan ini juga
untuk menunjukkan bahawa pengantin perempuan yang dikahwini diasuh dengan baik
dan layak menjadi isteri kepada suaminya.

6.7 Amalan Tiga Hari selepas Perkahwinan

Pengantin perempuan bersama-sama dengan suaminya akan pulang melawat ke


rumah keluarga pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan mempersembahkan anak
Khinzir panggang kepada keluarga mertuanya sebagai tanda kesucian. Makanan
kemudiannya diberikan dan diagih-agihkan kepada saudara mara dan jiran tetangganya.

7.0 PANTANG LARANG PERKAHWINAN

Di dalam perkahwinan masyarakat kaum Cina, terdapat beberapa pantang larang


yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan nasib buruk dari menimpa kedua-dua pengantin
lelaki dan pengantin perempuan. Antaranya ialah, semasa pertunangan keluarga lelaki
harus mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan.
Selain daripada itu juga, terdapat pantang larang apabila pengantin perempuan mula-mula
sekali melangkah masuk ke dalam rumah keluarga pengantin lelaki.

Apabila pengantin perempuan memasuki rumah keluarga pengantin lelaki, ibu


mertua dan juga kakak ipar tidak seharusnya menghadap pintu untuk melihat pengantin
perempuan masuk ke dalam rumah. Ini untuk mngelakkan dari berlakunya nasib buruk
menimpa pengantin menurut kepercayaan mereka.

8.0 KESIMPULAN

Seperti juga halnya dengan perkahwinan kaum Melayu, kaum India dan juga
beberapa kaum lain yang terdapat di Malaysia, kaum Cina juga mempunyai adat resam
dan perkahwinan mereka yang tersendiri yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Walaupun masyarakat Cina pada zaman ini terdiri daripada pelabagai anutan agama

11
HBEF2803EPIC
T1A1
seperti Kristian dan Buddha, namun ini tidak menghalang mereka untuk masih mengikuti
beberapa adat resam perkahwinan masyarakat Cina yang dahulu yang dirasakan masih
relevan seperti acara meminum teh dan sebagainya.

Selain daripada itu, terdapat juga peringkat-peringkat dalam perkahwinan masyarakat


kaum Cina yang mempunyai persamaan dengan masyarakat lain seperti dalam
perkahwinan kaum Melayu. Persamaan yang dapat dilihat ialah dalam perkahwinan
masyarakat Cina juga terdapat peringkat merisik, meminang dan bertunang sama seperti
dalam perkahwinan kaum Melayu sebelum majlis perkahwinan utama dilangsungkan.

Oleh yang demikian, sebagai seorang warganegara yang tinggal di sebuah negara
yang mempunyai latar belakang budaya yang pelbagai, kita seharusnya berbangga kerana
dapat mengalami atau melihat pelbagai jenis adat resam yang dilakukan oleh pelbagai
jenis kaum terutamanya dalam upacara perkahwinan tanpa perlu ke luar negara untuk
mengalaminya di negara sendiri. Selain daripada itu, kepelbagaian adat resam dan
kebudayaan ini juga kan membantu kita untuk saling menghormati antara satu sama lain
seterusnya dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini.

RUJUKAN:

A.Aziz Deraman, (2001). Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia (Edisi Baharu). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

Florence James, (2010). Adat Perkahwinan Masyarakat Cina. Diperolehi pada Julai 12,
2013 daripada http://florencejawai.blogspot.com/2010/08/adat-perkahwinan-
masyarakat-cina.html

JKKN, (2013). Masyarakat Cina. Diperolehi pada Jun 27, 2013 daripada
http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-cina

Perpustakaan Negara Malaysia, (2000). Adat Resam. Diperolehi pada Julai 10, 2013
daripada http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (2005). Adat Perkahwinan Masyarakat

12
HBEF2803EPIC
T1A1
Malaysia. Diperolehi pada Julai 10, 2013 daripada
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/index.php?bahan=viewbudaya.php?
id=720&PHPSESSID=ad5d3fceb02eeeaae98e58d2aa06d8e1

13

You might also like