You are on page 1of 6

RUMAH TUANKU SYED PUTRA

Tenacite, Supreme, Puissance


Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor.

Laporan Program

Program Kursus Kepemimpinan Nurturing Future Leaders bersama Yayasan Tenaga Nasional
SBP 2018

Tarikh 15 – 18 Januari 2018

Masa
Tempat RHR Hotel @UNITEN, Bangi, Selangor

Penyertaan/ penglibatan Guru


Tiada guru terlibat
Murid
1. Muhammad Naqeeb Amir bin Mohd Anuwar (TSP)
2. Putera Muhammad Danial bin Abdul Halim (TAR)
3. Nurul Fatini binti Annuar (TH)
4. Siti Nur Aisyah binti Mohamed Laile (TI)

Objektif program 1. Melatih bidang kepemimpinan kepada para pelajar SBP yang terpilih.
2. Mendedahkan kepada para pelajar mengenai biasiswa Yayasan Tenaga
Nasional (YTN) yang ditubuhkan oleh Tenaga Nasional BERHAD.
3. Menambah kenalan antara para pelajar SBP.
4. Meningkatkan lagi minat para pelajar terhadap bidang kejuruteraan
terutamanya kejuruteraan elektrik.

Butiran aktiviti 1. Peserta dari Zon Selatan pergi menaiki bas dari Sekolah Menengah Sains
Sultan Iskandar,Mersing.
2. Seramai 138 pelajar sahaja yang terpilih ke kursus ini.
3. Terdapat pelbagai program berdasarkan kepimpinan yang dijalankan
contohnya pembentangan berkumpulan mengenai TNB,YTN dan UNITEN.
4. Para pelajar juga dibawa ke Stesen Janakuasa Putrajaya bagi melihat sendiri
bidang tugas sebagai seorang jurutera TNB dan kawasan kerja di stesen
janakuasa.
5. Para pelajar juga telah dibawa melawat sekitar UNITEN dan ILSAS(Institut
Latihan Sultan Haji Ahmad Shah).
6. Pada hari terakhir,para pelajar dapat bertemu YBhg. Dato’ Dr. Shaari Md.Nor
dan Tan Sri Dato’ Academician Ir. Dr.Ahmad Zaidee Laidin.
7. Para pelajar berangkat pulang dalam jam 3 petang.

Penilaian program Kekuatan program


1. Melatih para pelajar dari SASEM khususnya agar menjadi pemimpin yang
lebih berkaliber dan berkarisma.
2. Dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai biasiswa YTN dan mengetahui
kaedah-kaedah untuk melayakkan diri berpeluang mendapatkan biasiswa
tersebut.
3. Menambah kenalan.

Kelemahan program
1. Pelajar SASEM kurang aktif dari segi mengajukan soalan .
2. Pelajar SASEM kurang mesra sedikit dengan rakan-rakan SBP yang lain.

Cadangan penambahbaikan
1. Memperbanyakkan lagi aktiviti kepemimpinan di sekolah.
2. Mengadakan sesi ‘smart sharing’ bersama semua pelajar SM Sains
Sembrong.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

--------------------- ---------------------- ----------------------

You might also like