You are on page 1of 1

SOALAN MINGGU 2

Soalan struktur
1) Berikan pengertian Islam dari segi istilah.

Dari segi istilah, agama terakhir yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad
SAW sebagai nabi dan utusan Allah (Rasulullah) terakhir untuk umat manusia, berlaku
sepanjang zaman, bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma’ Ulama.

Soalan esei
1) Bincangkan pengertian Islam dari segi istilah berdasarkan bukti-bukti yang kukuh.
Menurut istilah, Islam sebagai wahyu Ilahi merupakan perintah atau kata-kata
Allah ( ‫ )كالم هللا‬yang disampaikan kepada para rasul-Nya. Nabi Muhammad sebagai salah
seorang rasul (pesuruh) Allah Ta'ala juga menerima wahyu yang disampaikan melalui
perantaraan malaikat Jibril. Seterusnya, Islam merupakan agama yang diturunkan kepada
nabi dan rasul (khususnya Rasulullah SAW). Berdasarkan Surah Ali ‘Imran, ayat 84 yang
bermaksud:

“Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan
kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma`il, Ishaq, Ya`qub, dan anak-
anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, `Isa dan para nabi dari Tuhan mereka.
Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah
kami menyerahkan diri.”

Selain itu, Islam merupakan pedoman hidup atau “Islam is the way of life”. Dalam
konteks ini, Islam dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seseorang Islam bagi
memastikan seseorang individu itu sentiasa berada di landasan yang betul dan menepati
syariat Islam. Islam juga mencakupi hukum-hukum Allah dalam Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW. Ini bermakna Islam merupakan satu-satunya agama yang benar dan
dapat membimbing umatnya ke jalan yang benar. Hal ini selaras dengan surah Al-Fatihah,
ayat 4 yang bermaksud "Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus". Menurut Imam Ibnul
Jauzi rahimahullah menjelaskan, ada empat perkataan ulama tentang makna jalan lurus
(shiratal mustaqim) iaitu Al-Quran, agama Islam, jalan petunjuk menuju agama Allah dan
jalan syurga. Akhir sekali, Islam adalah agama yang membawa kepada kebahagiaan di
dunia dan di akhirat bagi sesiapa yang mengamalkan syariat dan tuntutannya.

You might also like