You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA BUKIT SELAMBAU SUNGAI PETANI KEDAH

1.0 RASIONAL

Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka
lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar
yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.

2.0 MATLAMAT

Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan
membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya
dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.

3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat
berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.

3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.

3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri
supaya dapat membina sikap positif.

3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan
untuk membina matlamat hidup yang positif.

3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra
antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.
4.0 KUMPULAN SASAR

Pelajar yang berminat:

Kumpulan Perintis - Tahun 3, 4 ,5 dan 6 seramai 8 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun 2017 di
bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Guru Besar

Penyelaras : Guru Bimbingan

Pengerusi : Murid Tahun 6

Naib. Pengerusi : Murid Tahun 6

Setiausaha : Murid Tahun 5

Bendahari : Murid Tahun 5

AJK : Murid Tahun 4

6.0 PROSES

Pelan Tindakan Penubuhan PRS

(Rujuk Lampiran 1)

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat dalaman sahaja iaitu
dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas dalam bidang
Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Selain itu, PRS akan memiliki identity diri
dengan memakai ‘Vest’ yang akan digunakan setiap hari bila hadir ke sekolah. Anggaran
perbelanjaan untuk ‘Vest’ itu adalah seperti berikut:

i. Vest PRS – RM 32.00 sepasang X 10 pasang = RM 320.00

9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )

Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1

Kaedah 1

Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS baru.

Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari tarikh iklan.

Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari Unit
Bimbingan dan Kaunseling.

Kaedah 2

Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan mencatatkan nama pelajar
lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang tentang sebarang masalah / persoalan.

Kaedah 3

Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai dilantik sebagai PRS.

LANGKAH 2

Kaedah 1

Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling akan membuat satu
pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk calon-calon PRS mengikuti ujian personaliti.

ATAU

Kaedah 2

Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi temuduga akan dijalankan
untuk memilih calon-calon yang layak dilantik sebagai PRS.
Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan dimaklumkan.

10.0 PENUTUP

Membina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula untuk
memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan yang dapat
memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan, kerjasama serta
komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SK St. Martin Merdang agar potensi
dan daya yang ada pada PRS dapat memberi banyak kebaikan melalui moto ‘bantu diri untuk
membantu orang lain’. Janganlah dibiarkan PRS hidup segan mati tak mahu atau mereka akan
memikul bahu tiada, akan menjunjung kepada luncung bermakna tidak berdaya mengerjakan tugas
kerana tiada ilmu. Akronim keramat PRS nanti terus diperolok-olokkan dengan pelbagai jolokan dan
gelaran yang menyakitkan telinga seperti perosak rakan sebaya ataupun pengedar rokok sekolah.

Disediakan oleh,

………………………..

(Zaiton Hamid)

Guru Bimbingan Dan Kaunseling

SK Seri Wangsa, Sg Petani Kedah

Diluluskan oleh,

…………………………

(Wan Nor Ashikhin Wan Yahaya)

Guru Besar

SK Seri Wangsa,Sg Petani Kedah

You might also like