You are on page 1of 61

TINGKATAN 2

BAB 1: REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

Faktor Utama Reka Bentuk Keluli Lembut


Faktor Keterangan 1 Keluli lembut adalah sejenis logam besi (ferus)
Fungsi Produk berfungsi mengikut kehendak yang diperoleh daripada campuran besi dan
dan keperluan pengguna. karbon.
Rupa bentuk Sesuai dan menarik serta bertepatan 2 Keluli lembut boleh didapati dalam pelbagai
dengan fungsinya.
bentuk seperti bar, tiub, dan kepingan serta
Kesesuaian Bahan yang digunakan perlulah
bahan sesuai dengan penggunaan, mudah pelbagai ketebalan.
diperoleh, kos yang rendah, dan 3 Logam ini mudah dipotong dan dibentuk.
mesra pengguna. 4 Keluli lembut juga mudah dikerjakan, dibengkok,
Kaedah Mudah dihasilkan serta proses dan boleh dikimpal.
pembinaan pembuatannya tidak rumit. 5 Keluli lembut tidak sesuai dijadikan alat
Ketahanan Produk mempunyai ketahanan sama pemotong kerana lembut dan tidak tajam.
ada untuk menanggung beban atau
6 Saiz yang biasa didapati di pasaran adalah
penggunaan dalam jangka masa yang
berukuran 610 cm x 15. 3 cm dan 610 cm x 91.5
panjang.
Kos produk Kos sesuatu produk hendaklah cm.
berpatutan dan tidak membebankan 7 Keluli lembut digunakan untuk menghasilkan
pengguna. bahan kegunaan am seperti bol, nat, paku, dawai,
Kemasan Mempunyai kemasan yang menarik, pintu pagar, jeriji, dan lain-lain.
sesuai dengan bahan dan fungsinya
serta mesra alam. Perspek
Keselamatan Produk hendaklah selamat digunakan
1 Perspek adalah sejenis plastik keras dan tahan
dan mengambil kira faktor alam
sekitar. lasak yang dikenali sebagai acrylic atau poly
Nilai Produk perlulah berdaya maju dan methyl methacrylilate (PMMA).
komersial memenuhi citarasa terkini pengguna. 2 Perspek boleh didapati dalam bentuk lutsinar dan
pelbagai warna serta ketebalan.
Jenis Bahan dan Pengikat 3 Perspek terdapat dalam bentuk rod, tiub, dan
kepingan
Jenis Bahan 4 Sifat-sifat perspek ialah keras, tahan lama, mudah
Aluminium dibersihkan,tidak berkarat, mudah dipotong, dan
1 Aluminium adalah sejenis logam bukan ferus dibentuk dengan haba.
yang diperoleh daripada bijih bauksit. 5 Kelemahan perspek ialah tidak tahan haba dan
2 Aluminium boleh didapati dalam bentuk kerajang mudah calar.
dan batang dengan pelbagai bentuk. 6 Dua keping perspek dapat dicantumkan dengan
3 Logam ini lembut, mudah dibentuk, dan tidak menggunakan klorofom, simen pelarut atau glu
berkarat. PVC.
4 Aluminium merupakan pengalir haba dan elektrik 7 Saiz kepingan perspek yang biasa didapati di
yang balk. pasaran ialah 122 cm x 244 cm dan 61 cm x 122
5 Saiz yang biasa didapati di pasaran adalah cm.
berukuran 122 cm x 244 cm dan 91 cm x 183 cm. 8 Perspek digunakan de- ngan meluas dalam pem-
6 Biasanya aluminium digunakan untuk membuat buatan papan peragaan, lampu belakang kereta,
badan kapal terbang, kepala silinder enjin, bekas air, barangan cenderamata dan sebagainya.
kerangka pintu, dan tingkap.
7 Aluminium juga sesuai digunakan untuk
membuat peralatan memasak.
1
TINGKATAN 2

PVC (Polyvinyl Chloride) 3 Ribet dapat tahan karat.


1 PVC adalah sejenis plastik yang keras dan kukuh. 4 Ribet digunakan untuk mencantumkan logam
2 PVC boleh didapati dalam bentuk serbuk, pasta, secara kekal.
cecair, dan kepingan dalam pelbagai saiz dan 5 Ribet dipasang dengan menggunakan rivetter.
warna. 6 Terdapat pelbagai jenis ribet seperti ribet kepala
3 PVC bersifat ringan, keras dan kukuh, tahan lama, bulat, countersunk ribet, dan flat ribet.
mudah dipotong dan dibentuk tetapi tidak tahan 7 Rivetter digunakan bersama ribet aluminium
haba. dalam proses meribet kepingan logam.
4 Saiz PVC yang biasa didapati di pasaran 8 Muncung rivetter boleh ditukar bersesuaian
berdiameter 13 mm, 20 mm dan 25 mm. dengan saiz ribet aluminium yang digunakan.
5 PVC jenis keras digunakan untuk membuat paip
air, penyambung paip dan sesalur pendawaian Skru Benam Sendiri (Self-tapping Screw)
elektrik. 1 Skru benam sendiri diperbuat daripada keluli
6 PVC jenis lembut digunakan untuk membuat lembut dan boleh didapati dalam pelbagai saiz,
barang permainan, botol, dan penebat wayar jenis bahan,dan bentuk kepala.
elektrik. 2 Saiz yang biasa didapati adalah antara 6 mm
hingga 63 mm panjang.
Jenis-jenis Pengikat 3 Skru benam sendiri digunakan untuk cantuman
1 Pengikat digunakan untuk mencantumkan dua separa kekal dan sesuai digunakan untuk
atau lebih bahan secara kekal atau sementara. mencantum kayu, kepingan logam, dan perspek.
2 Antara jenis pengikat yang biasa digunakan ialah 4 Skru benam sendiri akan menghasilkan cantuman
(a) Glu panas - kayu, logam, dan plastik yang kuat tetapi boleh dibuka semula jika tidak
(b) Ribet - logam diperlukan.
(c) Skru benam sendiri (self-tapping screw) 5 Skru benam sendiri dipasang dengan meng-
- kayu, logam, dan plastik gunakan pemutar skru atau cordless screwdriver.
6 Skru benam sendiri yang biasa digunakan ialah
Glu Panas skru kepala bulat, skru kepala timbul, dan skru
1 Glu panas digunakan sebagai bahan pengikat kepala rata.
untuk mencantumkan dua bahan yang sama jenis
atau berlainan jenis. AlatanTangan dan Mesin
2 Glu panas boleh didapati dalam bentuk batang Alatan Tangan Gandin Getah
pelbagai saiz. 1 Gandin getah boleh didapati dalam pelbagai saiz.
3 Saiz yang biasa digunakan adalah 13 mm x 300 2 Gandin getah digunakan untuk kerja-kerja
mm panjang. membentuk, melipat, dan mengetuk kepingan
4 Glu panas dicairkan dengan menggunakan hot 3 Kepala gandin getah yang diperbuat daripada
glue gun. getah dapat menggelakkan permukaan kepingan
5 Hot glu gun menggunakan bekalan arus elektrik logam daripada tercalar atau rosak semasa
untuk memanaskan glu panas. melakukan kerja.

Ribet Pisau Pemotong Perspek


1 Ribet diperbuat daripada logam lembut seperti 1 Pisau pemotong perspek digunakan untuk
kuprum, keluli, dan aluminium. memotong kepingan perspek.
2 Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis pusat 2 Pisau pemotong perspek menggunakan mata
batangnya. pemotong khas yang boleh ditukar ganti.
2
TINGKATAN 2

Penebuk Pusat
1 Penebuk pusat digunakan untuk menanda pusat Nama dan Fungsi Mesin Mudah Alih
lubang pada kepingan logam sebelum kerja Mesin Gergaji Jig
menggerudi dilakukan. 1 Mesin gergaji jig digunakan untuk memotong
2 Hal ini bertujuan untuk menggelakkan mata
lengkung, bulat, dan lurus pada papan lapis, MDF,
gerudi daripada tergelincir ketika kerja meng-
gerudi dijalankan. dan papan.
2 Mesin gergaji jig juga boleh digunakan untuk
Rivetter memotong bahan seperti kayu, logam lembut,
1 Rivetter digunakan untuk memasang ribet secara dan perspek.
kekal pada kepingan logam. 3 Mata pemotong gergaji jig diperbuat daripada
2 Rivetter juga digunakan untuk memasang keluli berkarbon tinggi.
kepingan logam pada rangka projek yang 4 Mata pemotong perlu digantikan mengikut
diperbuat daripada keluli lembut. ketebalan dan jenis bahan yang hendak dipotong.
3 Sepana dibekalkan untuk memasang atau 5 Jadual di bawah ini menunjukkan bahagian
meninggalkan nozzle jika hendak menggunakan utama mesin gergaji jig dan fungsinya
ribet yang berlainan saiz. Bahagian
Fungsi
Utama
Suis Menghidupkan motor
Hot Glue Gun
Pemegang Menetapkan pegangan semasa
1 Hot glue gun digunakan untuk mencairkan glu
mengergaji
panas semasa proses mengglu. Pemegang Menetapkan mata gergaji jig mata
2 Elemen pemanasnya memerlukan masa lebih mata pada benda kerja
kurang lima minit untuk mencairkan glu. Mata Memotong bahan yang hendak
3 Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dipotong
dikeluarkan. Tapak Menahan benda kerja ketika
4 Rapatkan bahagian yang hendak dicantumkan memotong dan boleh
sehingga glu sejuk bagi mendapatkan hasil dicondongkan sehingga 45°
cantuman yang sempurna. Motor Menggerakkan mata gergaji jig

Stapler Gun Cordless Screw Driver


1 Stapler gun digunakan untuk merekat kepingan 1 Cordless screw driver digunakan untuk
yang nipis dan lembut seperti kain kanvas, kulit, melonggarkan atau mengetatkan skru.
PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan 2 Alat ini berfungsi dengan menggunakan kuasa
mounting board. bateri yang boleh dicas semula dan boleh dibawa
2 Jenis stapler gun yang sesuai digunakan ialah ke mana-mana tanpa menggunakan wayar.
heavy duty. 3 Cordless screw driver dipasangkan dengan mata
3 Stapler gun digunakan bersama dengan pelbagai pemutar skru mengikut bentuk alur atau kepala
saiz dawai kokot. pada skru tersebut.
4 Cantuman menggunakan stapler gun boleh 4 Cordless screw driver juga boleh digunakan untuk
dilakukan dengan tepat dan pantas. menebuk Iubang kecil pada kepingan kayu dan
5 Sebelum proses merekat dilakukan, bahagian kepingan logam dengan memasang mata gerudi
yang hendak dicantumkan hendaklah dirapatkan. pintal pada rahang bindu.

3
TINGKATAN 2

5 Soket penyambung boleh dipasang pada rahang 6 Kertas pelelas yang telah haus mesti ditukar bagi
cordless screw driver bagi mengetat atau mengelakkan motor sander rosak.
melonggarkan skru berbentuk kepala bersegi. 7 Jadual di bawah ini menunjukkan bahagian
6 Jadual di bawah ini menunjukkan bahagian utama sander dan kegunaannya.
utama cordless screwdriver dan kegunaannya.
Bahagian
Fungsi
Utama Bahagian
Bindu dan Memegang mata pemutar skru Fungsi
Utama
rahang Motor Menggerakkan sander
bindu Pemegang Memegang mesin semasa kerja
Motor Memutarkan bindu
merata dan melicinkan bahan
Suis Menghidup dan mematikan motor
Tapak Tempat pemasangan kertas pelelas
Mata Memutarkan skru
pemutar Tuil pelaras Melaraskan pergerakan tapak sander
skru Suis Menghidupkan motor sander
Pemegang Memegang mesin semasa proses Kekunci Mengunci suis semasa kerja melelas
menskru suis dilakukan
Pengunci Mengetatkan cengkaman pada Kabel Menyalurkan bekalan elektrik
bindu rahang bindu Penyepit Menyepit kertas las pada tapak
Pengecas Mengecas semula bateri mesin
bateri Proses Reka Bentuk
Tull pelaras Mengubah arah putaran bindu Proses reka bentuk adalah seperti yang berikut:
putaran apabila tuil berada di tengah-tengah, (a) Mengenal pasti masalah
(i) Menulis dengan jelas masalah atau
tuil bertindak sebagai suis iaitu
keperluan yang hendak diatasi
melaras putaran bindu sama ada
(ii) Mengumpulkan makiumat dan data untuk
tinggi atau rendah mencari beberapa kaedah penyelesaian
Bateri Membekalkan kuasa elektrik bagi masalah
menggerakkan motor (iii) Menghasilkan idea dalam bentuk lakaran
bebas
Mesin Pelelas Mudah Alih (Sander) (b) Memilih idea yang terbaik
(i) Menghasilkan beberapa idea reka bentuk
1 Sander digunakan untuk melelas permukaan
(ii) Memilih idea terbaik
projek dengan cepat. (c) Mereka bentuk projek berdasarkan idea
2 Sander digunakan untuk meratakan permukaan terbaik yang telah dipilih
projek kayu, meratakan permukaan projek yang (i) Lakaran reka bentuk yang dipilih dibuat
disapu tepung penyumbat atau membuang dalam bentuk dua dimensi (2 D) atau tiga
bahagian karat pada keluli sebelum melakukan dimensi (3 D)
kerja-kerja kemasan. (ii) Lakaran ini digunakan sebagai lukisan kerja
semasa pembinaan projek
3 Terdapat dua jenis sander iaitu belt sander dan
(d) Perancangan dan pembinaan projek
disc sander yang boleh digunakan untuk melelas (i) Semasa membuat perancangan, perkara
permukaan kasar pada hujung bahan dan tepi berikut perlu disediakan:
bahan.  Senarai bahan dan kosnya
4 Belt sander dan disc sander boleh digunakan  Senarai alatan tangan dan mesin
untuk melelas permukaan kayu atau plastik.  Menyediakan jadual kerja
 Mengetahui kaedah atau teknik
5 Bagi permukaan yang halus dan rata, finishing
pembinaan
sander digunakan.
4
TINGKATAN 2

(ii) Pembinaan hendaklah berpandukan lukisan


kerja dan perancangan yang telah Proses Memotong
disediakan. 1 Proses memotong bahan dilakukan setelah
(e) Pengujian dan pengubahsuaian projek proses mengukur dan menanda selesai.
(i) Melakukan pengujian berpandukan kriteria 2 Penggunaan alatan tangan dan mesin bergantung
utama reka bentuk pada jenis bahan yang hendak dipotong.
(ii) Membuat pengubahsuaian jika perlu 3 Antara alatan tangan dan mesin yang boleh
(f) Membuat pendokumentasian digunakan ialah gergaji tangan, gergaji puting,
gergaji lengkung halus, gergaji besi, pisau
Lukisan Projek pemotong perspek, dan mesin gergaji jig.
1 Setelah mendapat pelbagai idea penyelesaian 4 Panduan penggunaan pisau pemotong perspek:
masalah, lakaran projek hendaklah dibuat. (a) Elakkan menekan pisau terlalu kuat semasa
2 Lakaran projek boleh dibuat dalam bentuk dua membuat surihan.
dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). (b) Gunakan pembaris keluli untuk memandu
3 Menilai dan memilih lakaran paling sesuai. mata pisau semasa digunakan.
4 Pemilhan lakaran terbaik dengan mengambilkira (c) Surihan perlulah dibuat beberapa kali
faktor utama reka bentuk sebelum perspek dipisahkan.
5 Buat lukisan projek yang lebih tepat, mempunyai 5 Panduan menggunakan mesin gergaji jig:
ukuran atau dimensi dan catatan jenis bahan dan (a) Pilih dan pasang mata yang sesuai dengan
kaedah pembinaan dalam lukisan tersebut. bahan yang hendak dipotong.
(b) Jangan menolak mata gergaji terlalu kuat
Pembinaan Projek kerana hal ini boleh menyebabkan mata
gergaji menjadi terlalu panas dan patah.
Proses Mengukur dan Menanda (c) Semasa mesin gergaji sedang bergerak
Mengukur jangan mengangkat mata gergaji bagi
1 Proses mengukur dilakukan untuk mendapatkan mengelakkan mata gergaji patah.
saiz atau ukuran yang tepat dan mengikut (d) Gunakan kelajuan yang betul dan sesuai
spesifikasi yang ditetapkan pada bahan sebelum dengan bahan yang dipotong.
proses memotong dilakukan. (e) Jika memotong bahan yang kecil, apitkan
2 Ukuran bahan yang dibuat adalah berpandukan bahan dengan sempurna.
lukisan projek. 6 Terdapat juga kaedah pembinaan projek yang
3 Ukuran yang dibuat semasa proses mengukur memerlukan bahan ditebuk.
mesti tepat bagi memastikan projek yang 7 Mesin seperti mesin gerudi mudah alih dan mesin
sempurna dapat dihasilkan. gerudi Iantai digunakan untuk menebuk lubang
4 Alatan yang digunakan untuk mengukur adalah pada kayu, plastik, perspek, kepingan logam, dan
seperti pembaris keluli, pita pengukur, dan sesiku keluli lembut.
L.
Proses Membentuk dan Mencantum Bahan
Menanda
1 Setelah bahan diukur, proses menanda dilakukan Membentuk
sebelum bahan dipotong, digerudi, diribet, 1 Proses membentuk ialah proses mengubah rupa
dibentuk atau diglu. bentuk permukaan sesuatu bahan daripada
2 Proses menanda dilakukan bersama-sama berkeadaan rata atau persegi kepada Iengkuk
dengan proses mengukur. dan sebagainya.
3 Penandaan yang dilakukan dengan tepat akan 2 Proses membentuk dilakukan sebelum
memudahkan kerja-kerja pemotongan. memasang bahagian projek.
4 Alatan yang digunakan dalam proses menanda 3 Kerja membentuk adalah seperti melipat,
terdiri daripada sesiku L, pensel, pisau penanda, membengkok, dan membuat lengkung pada
penggarit, penebuk pusat, tolok serong, dan tolok bahan.
penanda.

5
TINGKATAN 2

4 Permukaan penjuru bahan dibentuk dengan 4 Kemasan yang dipilih mestilah sesuai dengan
menggunakan kikir parut. bahan projek yang digunakan.
5 Kertas las digunakan untuk membersihkan,
Mencantum melicinkan, dan menghilangkan kesan calar serta
1 Proses mencantum dilakukan dengan tanda pada permukaan kayu.
menggunakan bahan atau pengikat yang sesuai 6 Kertas las khas pula digunakan untuk mem-
serta kaedah yang betul. bersihkan karat pada keluli sebelum disapu
2 Pelbagai jenis bahan seperti kayu, logam, dan dengan bahan kemasan.
plastik dan pengikat seperti glu, paku, ribet, dan 7 Kertas las jenis silicon carbide paper digunakan
skru boleh digunakan untuk membina projek. untuk kemasan logam dan plastik.
3 Tanggam dapat dibentuk dengan mencantumkan
dua bahagian kepingan kayu dan diperkukuh 8 Jadual di bawah ini menunjukkan bahan-bahan
dengan penetap, paku, atau dawai kokot. kemasan yang biasa digunakan dalam pembinaan
4 Jenis tanggam yang biasa terdapat ialah tanggam projek.
temu, tanggam lekap T, tanggam parit terus,
tanggam parit buntu,dan tanggam lekap palang. Bahan Bahan
Pelarut Keterangan
kemasan Projek
5 Kepingan logam boleh dicantumkan secara kekal Tepung Air, Digunakan untuk
Kayu
dengan menggunakan ribet. Penyumbat pewarna menutup liang kayu atau
6 Kaedah meribetyang paling sesuai adalah dengan kayu kecacatan pada kayu
Cat Licau Kayu, keluli Turpentin - Cat licau kalis air dan
menggunakan rivetter. lembut, haba
7 Berikut adalah langkah-langkah meribet dengan perspek, - Memberikan
menggunakan rivetter. PVC, MDF, perlindungan dan
papan lapis mencegah logam
(a) Gerudi lubang di kedua-dua kepingan logam daripada berkarat
(b) Masukkan ribet ke dalam lubang - Terdapat dalam pelbagai
warna
(c) Gunakan rivetter untuk menarik keluar pin - Disapu menggunakan
atau stem ribet berus atau semburan
(d) Apabila pin atau stem ribet putus, cantuman Cat Sembur Kayu, keluli Thinner - Cat sembur sesuai untuk
lembut, kemasan permukaan
ribet dihasilkan perspek, yang kecil
8 Bahan plastik seperti perspek dan PVC pula PVC, MDF, - Terdapat dalam pelbagai
dicantum dengan menggunakan klorofom dan papan lapis warna, cepat
kering, dan
simen pelarut. mudah digunakan
9 Perspek biasanya dicantumkan dengan meng-
gunakan klorofom, manakala PVC pula meng-
Syelek Kayu, MDF, Spirit - Syelek terdapat dalam
gunakan simen pelarut. papan lapis methil bentuk
10 Bahan kimia seperti klorofom dan simen pelarut kepingan dan siap
dibancuh
akan bertindak balas pada permukaan bahan - Syelek tidak kalis air dan
plastik. Hasil tindak balas kimia akan mencantum- haba
kan bahan plastik secara kekal. - Disapu menggunakan
berus syelek atau
semburan
Kemasan - Digunakan pada perabot
1 Kemasan ialah proses terakhir dalam pembinaan kayu (hiasan
dalaman)
projek. Tona Layu Kayu,MDF Turpentin - Digunakan untuk
2 Tujuan membuat kemasan adalah supaya projek memberikan warna asli
kayu yang dipilih
yang telah dibina kelihatan cantik dan menarik, - Disapu dengan
tahan lama, berkualiti tinggi, bersih, kemas, dan menggunakan berus dan
selamat digunakan. semburan
- Bersifat kalis air dan
3 Antara alat kemasan yang boleh digunakan dalam haba serta berkilat
pembinaan projek ialah pengikis, berus cat, berus
syelek, dan kertas las atau sander. Lekar Jernih Kayu,keluli Thinner - Digunakan untuk
lembut, memberi kemasan
MDF terakhir pada kayu

6
TINGKATAN 2

- Disapu menggunakan (c) Bagaimana dengan saiz dan ukurannya?


berus atau semburan
- Bersifat kalis haba dan (d) Bagaimana dengan tahap kesukaran untuk
berkilat membina projek?
- Lapisan lekar dapat (e) Berapa Iamakah masa yang akan diambil
melindungi permukaan
bahan daripada untuk membina projek?
lembapan (f) Adakah projek ini selamat digunakan?
Pelekat Kayu, keluli Tiada - Terdapat dalam bentuk
(g) Apakah bahan kemasan yang sesuai diguna-
(Sticker) lembut, bahan berglu dan tidak berglu
MDF, pelarut - Pelekat hiasan boleh kan?
perspek, didapati dalam pelbagai (h) Berapakah kos untuk membina dan
PVC, MDF warna, bentuk, dan
corak
menyiapkan projek?
7 Antara kriteria tempat penyimpanan dan
Jadual di bawah ini menunjukkan gred bagi setiap penyusunan alat tulis dan buku yang dicadangkan
jenis kertas las. adalah seperti berikut:
Gred Jenis (a) Boleh menyimpan dan menyusun sekurang-
00 Paling halus kurangnya sepuluh buah buku
0, 1 Halus (b) Selamat digunakan

1½,2 Sederhana kasar (c) Kukuh dan stabil

2½,3 Kasar (d) Mudah dibina s


(e) Kos yang berpatutan
(f) Bahan yang digunakan sesuai dan mudah
Reka Bentuk Projek
Pernyataan Masalah atau Keperluan diperoleh
(g) Kemasan yang sesuai dengan bahan
(h) Menarik dan mempunyai nilai komersial
Mengenal Pasti Masalah dan Keperluan
1 Idea untuk menghasilkan projek reka bentuk
timbul apabila terdapat masalah atau keperluan Mengumpulkan Maklumat dan Data
dalam kehidupan. 1 Pengumpulan maklumat dan data boleh dibuat
2 Pelbagai idea akan tercetus sebagai alternatif dengan kaedah yang berikut:
(a) Pengalaman sendiri - Membuat kajian dan
pada penyelesaian masalah.
3 Sesuatu masalah yang dikenal pasti hendaklah perbandingan produk yang sedia ada di
dinyatakan dengan jelas dan menjurus kepada pasaran
(b) Pemerhatian - Memerhati penggunaan
penyelesaian masalah yang wujud.
4 Berikut ialah contoh satu pernyataan masalah alatan seperti di kilang dan pusat
dalam kehidupan seharian: penyelidikan untuk mendapatkan maklumat
Pernyataan masalah: Alat tulis sentiasa tentang teknologi, reka bentuk, dan proses
berselerak di atas meja dan sukar untuk mencari pembuatan
(c) Lawatan - Mengadakan lawatan ke bengkel
alat tulis apabila diperlukan.
5 Masalah yang telah dikenal pasti akan menjadi atau kilang untuk mengetahui tentang
tema dan matlamat dalam pembinaan satu reka proses pembuatan, teknologi pembuatan
bentuk projek. dan sumber bahan
(d) Pembacaan dan rujukan - Maklumat
Penyelesaian masalah: Mereka bentuk tempat
menyimpan dan menyusun alat tulis dan buku berkaitan dengan kesesuaian penggunaan
yang sesuai. produk kepada pengguna akan diperoleh
6 Cetusan idea penyelesaian masalah ini melalui pembacaan
(e) Soal selidik - Maklumat tentang penggunaan
membuatkan minda berfikir tentang projek yang
akan dibuat berpandukan kriteria utama reka bahan, keperluan, masalah, dan fungsi boleh
bentuk seperti berikut: didapati daripada pihak tertentu
(f) Melayari Internet - Mendapatkan maklumat
(a) Apakah rupa bentuk projek yang akan
dibuat? terkini tentang reka bentuk dan teknologi
(b) Apakah bahan yang sesuai untuk
membuatnya?
7
TINGKATAN 2

(g) Sumbang saran - Mengadakan perbincangan 2 Jadual ini juga bertujuan untuk memantau
dengan rakan-rakan, guru, dan orang ramai kemajuan kerja dan membuat perubahan jika
atau pengguna perlu.
2 Maklumat dan data yang ada kaitan dengan 3 Penyediaan jadual kerja dapat menjimatkan masa,
projek yang bakal dibina hendaklah direkodkan wang, dan tenaga.
untuk semakan dan rujukan.
Menyenaraikan Bohan dan Alatan Tangan
Menyenaraikan Pelbagai Alternatif Penyelesaian 1 Senarai bahan dan alatan tangan atau mesin yang
dalam Bentuk Lakaran akan digunakan perlu disediakan.
1 Maklumat dan data yang telah dikumpulkan akan 2 Hal ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan
dapat membantu kita menjana idea-idea reka mengelakkan sebarang gangguan ketika projek
bentuk projek yang akan dibina. sedang dibina.
2 Segala idea yang tercetus perlu diterjemahkan ke 3 Senarai bahan dan alatan tangan atau mesin yang
dalam bentuk lakaran bebas. disediakan bergantung kepada jenis dan
3 Lakaran yang dibuat dapat menggambarkan rupa kesesuaian dengan projek yang direka bentuk.
bentuk projek yang hendak dibina. 4 Berikut adalah contoh bahan, alat, dan kuantiti
4 Berikut adalah contoh lakaran daripada pelbagai bahan yang akan digunakan untuk membina
idea alternatif projek bekas alat tulis dan buku. bekas alat tulis dan buku.
Semua lakaran dibuat dalam bentuk 3D. 5 Alatan tangan yang diperlukan untuk menyiapkan
5 Hasil daripada pelbagai lakaran idea alternatif projek:
yang dibuat, hanya satu idea pilihan akan (a) Pembaris keluli
ditentukan. (b) Sesiku L
6 Bagi mendapatkan satu idea pilihan yang terbaik, (c) Pahat tepi serong
aktiviti sumbangsaran atau perbincangan dalam (d) Gandin kayu dan gandin getah
kumpulan boleh dilakukan. (e) Pisau pemotong perspek
7 Lakaran idea yang dipilih perlu dilengkapkan (f) Tukul warrington
dengan ukuran (g) Berus syelek
. (h) Pisau penanda
Perancangan, Pembinaan, dan Pengubahsuaian (i) Hot glue gun
Projek 6 Mesin yang diperlukan pula adalah seperti:
(a) Mesin gergaji jig
Perancangan Projek (b) Cordless screw driver
1 Idea yang telah dipilih perlu dirancang dengan
sistematik untuk pembinaan reka bentuk projek. Membina Projek
2 Beberapa Iangkah perlu diikuti secara sistematik 1 Projek yang dibina hendaklah berdasarkan
dalam proses merancang dan membina projek. lukisan kerja yang dipilih.
Antaranya adalah seperti berikut: 2 Kaedah pembinaan projek dijelaskan secara
(a) Menyediakan jadual kerja sistematik yang merangkumi segala aspek dalam
(b) Menyenaraikan bahan dan alatan/mesin lukisan kerja seperti rupa bentuk projek, jenis
yang diperlukan bahan, saiz, dan sebagainya.
(c) Membina projek berdasarkan lukisan kerja 3 Langkah-langkah pembinaan boleh dibuat
atau lukisan projek yang dipilih menggunakan ayat yang pendek atau
(d) Menguji dan menilai projek menggunakan gambar rajah.
(e) Mengubah suai projekjika perlu 4 Berikut adalah contoh langkah-langkah
menghasilkan bekas alat tulis dan buku:
Menyediakan Jadual Kerja (a) Rancang tanda pada kayu, perspek, dan
1 Jadual kerja penting bagi memastikan projek kepingan aluminium.
yang dirancang dapat disiapkan mengikut (b) Potong kayu menggunakan gergaji atau
tempoh yang ditetapkan. mesin gergaji jig.

8
TINGKATAN 2

(c) Tandakan bentuk lengkung pada kayu dan (a) Pernyataan masalah atau keperluan
potong menggunakan mesin gergaji jig. (b) Lakaran-lakaran projek
(d) Potong dan sediakan perspek mengikut (c) Lakaran projek yang dipilih
bentuk yang dikehendaki. (d) Senarai bahan, alatan, dan mesin
(e) Sediakan PVC. (e) Jadual kerja
(f) Potong dan sediakan kepingan aluminium (f) Data-data tentang pengujian
mengikut bentk yang diperlukan. (g) Maklumat pengubahsuaian jika ada
(g) Pasangkan bahagian-bahagian projek seperti
yang ditunjukkan dalam rajah. Kos penghasilan projek
(h) Buat kemasan.
(i) Tampalkan pelekat atau stiker jika perlu. Mengira Kos Penghasilan Projek
1 Pengiraan kos perlu dibuat untuk mengetahui
jumlah perbelanjaan bagi menghasilkan projek
dan seterusnya menentukan harga jualan.
Menguji dan menilai projek
1 Projek yang telah siap perlu diuji dan dinilai. 2 Kos-kos yang terlibat dalam penghasilan projek
2 Tujuan pengujian dan penilaian projek: termasuklah kos bahan, kos upah, dan kos
(a) Mengetahui setakat mana produk yang overhed.
dibuat dapat menyelesaikan masalah 3 Kos pengeluaran ialah jumlah wang yang
(b) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dibelanjakan untuk menghasilkan sesuatu projek.
projek yang dibina
(c) Membantu membuat pengubahsuaian jika
Kos pengeluaran = Kos bahan + Kos upah +
perlu Kos overhed
3 Berikut adalah beberapa soalan yang boleh
digunakan semasa membuat pengujian atau 4 Kos bahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan
penilaian: untuk membeli bahan-bahan untuk membuat
(a) Adakah projek yang dibuat berfungsi dengan projek.
baik? 5 Kos upah ialah perbelanjaan yang dikeluarkan
(b) Adakah projek itu mudah digunakan? untuk membayar tenaga kerja bagi menyiapkan
(c) Adakah projek tersebut selamat digunakan? projek.
(d) Adakah bahan yang digunakan untuk
membina projek tersebut sesuai? Kos upah = Jumlah pekerja x Masa (jam) x
(e) Bolehkah projek itu ditambah nilai? Kadar upah sejam

Pengubahsuaian Projek 6 Kos overhed ialah kos sampingan yang


1 Pengujian dan penilaian projek dapat membantu ditanggung ketika menyiapkan projek seperti
mengesan kelemahan atau kecacatan yang telah perbelanjaan penggunaan air, elektrik, dan
dibuat semasa pembinaan projek. telefon.
2 Jika terdapat kelemahan atau kekurangan pada
projek, pengubahsuaian perlu dilakukan. Membuat Persembahan Projek
3 Hal ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan 1 Tujuan membuat persembahan projek adalah
dan mempertingkatkan mutu projek. untuk:
(a) Memperkenalkan idea
Pendokumentasian (b) Mendapatkan komen dan idea orang lain
(c) Memperbaiki kualiti projek
Mengumpulkan dan Merekod Maklumat Projek 2 Semasa membuat persembahan, perkara yang
1 Semua makiumat yang telah dikumpulkan perlu dinyatakan adalah seperti:
berkaitan dengan penghasilan projek hendaklah (a) Nama projek
disimpan atau dibukukan. (c) Lakaran reka bentuk
2 Maklumat yang dikumpulkan termasuklah: (c) Fungsi projek

9
TINGKATAN 2

(d) Bahan dan alatan yang digunakan


(e) Anggaran kos projek
(f) Masa untuk menyiapkan projek
(g) Teknologi dan rujukan yang digunakan

10
TINGKATAN 2

BAB 2 : ELEKTRONIK

Nama, Simbol Dan Fungsi Komponen Elektronik

Diod Pemancar Cahaya


Ciri-ciri
Diod pemancar cahaya dibuat daripada bahan
semi konduktor. Cahaya yang dihasilkan
berbeza warnanya mengikut jenis diod
pemancar cahaya, misalnya warna merah,
hijau, kuning, dan jingga. Diod pemancar
cahaya tidak berfilamen serta membenarkan
arus mengalir satu arah saja. Diod pemancar
cahaya mempunyai kaki katod dan kaki anod
dengan ciri-ciri yang berikut.

Diod Pemancar Cahaya

Kaki Anod (+) Kaki katod (-)


 Kaki yang panjang  Kaki yang pendek
 Cas positif  Cas negatif
 Permukaan tidak rata  Permukaan rata
 Bersambung dengan bahagian  bersambung dengan bahagian bentuk
berbentuk bendera kecil

Fungsi
Diod pemancar cahaya berfungsi menukarkan arus elektrik kepada cahaya. Cahaya yang
terhasil digunakan sebagai penunjuk isyarat dalam peralatan elektronik seperti radio,
televisyen, papan peragaan berkomputer, dan sebagainya.

Kebaikan Diod Pemancar Cahaya


• Isyarat cahayanya terang danjelas
• Menggunakan arus elektrik yang rendah
• Tahan lama

Perintang
Ciri-ciri
Setiap litar elektronik perlu menggunakan perintang. Perintang yang biasanya digunakan
ialah perintang tetap dan perintang boleh laras. Perintang tidak mempunyai kekutuban dan
boleh dipasang tanpa mengikut kekutuban kaki positif atau kaki negatif.

Fungsi
Perintang berfungsi untuk mengawal atau mengehadkan aliran arus elektrik di dalam litar
dan untuk mendapatkan susutan voltan di dalam litar. Perintang lazimnya digunakan dalam
pembinaan kebanyakan litar elektronik seperti litar radio, televisyen, dan komputer.

11
TINGKATAN 2

Jenis-jenis Perintang
Perintang terbahagi kepada dua jenis yang berbeza, iaitu perintang tetap dan perintang
boleh laras. Kedua-dua jenis perintang ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

(a) Perintang tetap


Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tetap dan tidak boleh diubah. Ada dua jenis
perintang tetap, iaitu perintang karbon dan perintang lilitan dawai. Perintang karbon dibuat
daripada serbuk karbon yang bersalut bahan penebat di luarnya. Perintang lilitan dawai pula
dibuat daripada lilitan dawai halus.

(b) Perintang boleh laras


Perintang boleh laras mempunyai rintangan yang boleh diubah dan dilaraskan. Ada dua jenis
perintang boleh laras, iaitu reostat dan meter upaya (potentiometer). Reostat dibuat
daripada lilitan dawai. Meter upaya pula dibuat daripada serbuk karbon. Contoh
penggunaan perintang boleh laras ialah pada radio atau televisyen. Terdapat perintang
boleh laras yang digunakan untuk mengawal suara yang dihasilkan oleh radio atau
televisyen.

Nilai rintangan sesuatu perintang disukat dalam unit ohm. Simbol bagi unit sukatan ohm
ialah Ω. Unit sukatan nilai rintangan ditunjukkan di bawah.

Kod Warna Perintang


Warna Nombor
Hitam 0
Perang (coklat) 1
Merah 2
Jingga (oren) 3
Kuning 4
Hijau 5
Biru 6
Ungu 7
Kelabu 8
Putih 9

Warna jalur keempat Peratus had terima


Emas 5%
Perak 10%
Tiada jalur 20%

Perintang yang mempunyai nilai rintangan yang rendah akan membenarkan arus
elektrik yang tinggi mengalir di dalam litar. Sebaliknya, perintang yang bernilai tinggi akan
menyebabkan arus elektrik yang lebih rendah mengalir melaluinya.

12
TINGKATAN 2

Membaca Nilai Perintang Tetap


Nilai rintangan sesuatu perintang tetap dapat diketahui dengan melihat jalur berwarna pada badan
perintang. Jalur-jalur berwarna ini mewakili nombor tertentu yang perlu diterjemahkan dengan kaedah
yang tertentu untuk mengenal pasti nilai rintangan. Itulah sebabnya jalur-jalur berwarna ini dianggap
sebagai kod warna perintang.

Warna Warna Jalur Warna Jalur Warna Jalur Warna Jalur


Jalur Pertama Kedua Ketiga Keempat
Bilangan Had
Fungsi Nombor Nombor
Sifar Terima

Suis

Ciri-ciri
Suis adalah komponen utama dalam sesebuah litar. Sekiranya litar dibina tanpa suis, peralatan
elektronik sukar dihidupkan atau dimatikan. Bahagian luar suis biasanya dibuat daripada bahan penebat
seperti plastik atau bakelit.
Fungsi
Suis berfungsi untuk menyambung atau memutuskan aliran arus elektrik di dalam litar. Apabila suis
ditutup (ON), litar akan bersambung dan membolehkan arus elektrik mengalir. Apabila suis dibuka (OFF),
sambungan litar akan terputus menyebabkan arus elektrik tidak dapat mengalir.

Jenis-jenis suis
Ada tiga jenis suis yang biasanya digunakan, iaitu suis togel, suis tekan buka, dan suis tekan tutup. Ciri-
ciri suis tersebut adalah seperti yang berikut.

(a) Suis togel


Apabila punat suis ditekan atau ditolak, arus elektrik dapat mengalir di dalam litar.
Apabila punat suis ditekan atau ditolak ke arah yang berlawanan, aliran arus elektrik
akan terputus. Suis togel digunakan dengan meluas untuk menghidupkan (ON) atau Simbol
mematikan (OFF) litar dalam peralatan elektronik. Suis togel
(b) Suis tekan buka
Arus elektrik dapat mengalir di dalam litar apabila punat suis tekan buka tidak ditekan.
Sebaliknya, apabila punat suis ditekan, arus elektrik tidak dapat mengalir. Suis tekan
buka digunakan untuk mengawal aliran arus elektrik di dalam litar seperti litar mentol Simbol Suis
pada peti sejuk dan litar mentol di dalam kenderaan. tekan buka

(c) Suis tekan tutup


Arus elektrik dapat mengalir di dalam litar, apabila punat suis ditekan. Sebaliknya,
apabila punat suis dilepaskan, aliran arus elektrik di dalam litar terputus. Suis tekan
tutup digunakan untuk mengawal aliran arus elektrik di dalam litar.
Simbol Suis
Kapasitor tekan tutup

Ciri-ciri
Kapasitor dikenali juga sebagai pemuat. Kapasitor digunakan dengan meluas dalam pembinaan litar
untuk peralatan elektronik seperti radio, televisyen, komputer, dan sebagainya. Kapasitor dibuat
daripada dua jenis plat yang berlainan, iaitu plat pengalir dan plat penebat. Bahan penebat yang
digunakan untuk menyimpan cas elektrik dinamakan dielektrik. Bahan-bahan seperti mika, kertas,
seramik, dan udara boleh dijadikan sebagai dielektrik di dalam kapasitor.

Fungsi
Kapasitor berfungsi untuk menyimpan dan membuang cas elektrik. Keupayaan kapasitor untuk
menyimpan cas elektrik ini disebut kapasitan.

Jenis-jenis kapasitor
Kapasitor yang digunakan di dalam litar elektronik terbahagi kepada dua jenis yang utama, iaitu
kapasitor berkutub dan kapasitor tanpa kutub. Ciri-ciri kapasitor berkutub dan kapasitor tanpa kutub
adalah seperti yang berikut:
13
TINGKATAN 2

(a) Kapasitor berkutub


Kapasitor berkutub mempunyai dua kaki yang berlainan kutub. Kaki yang panjang
adalah kaki positif. Kaki yang pendek adalah kaki negatif. Oleh itu, sambungan Simbol Kapasitor
kapasitor berkutub perlu dibuat mengikut kekutuban yang betul. Badan kapasitor tanpa kutub
berkutub bersaiz besar dan boleh menyimpan lebih banyak cas elektrik.

(b) Kapasitor tanpa kutub


Kapasitor tanpa kutub pula mempunyai dua kaki yang sama panjangnya dan tidak
berkutub. Oleh itu, sambungan kapasitor tanpa kutub tidak perlu dibuat
mengikut kekutuban. Badan kapasitor tanpa kutub bersaiz kecil dan hanya dapat Simbol
menyimpan cas elektrik yang sedikit. Kapasitor
berkutub

Unit Asas Nilai Kapasitan


Nilai kapasitan ialah keupayaan sesuatu kapasitor menyimpan cas elektrik. Nilai kapasitan ditandakan
pada bahagian badan kapasitor. Nilai kapasitan sesuatu kapasitor disukat dalam unit Farad dengan
simbol F. Unit kapasitan yang lazim digunakan ialah unit mikro Farad (μF). Semakin tinggi nilai kapasitan
sesuatu kapasitor, semakin banyak cas yang boleh disimpan. Selain itu, kapasitor yang bernilai tinggi
mengambil masa yang lebih lama untuk menyimpan dan membuang cas.
Unit asas = 1 mikro Farad (μF)
1 000 000 μF = 1 Farad
1 000 000 000 nano Farad (nf) = 1 Farad
Kapasitor yang nilai kapasitannya rendah pula hanya boleh menyimpan cas elektrik yang sedikit. Masa
yang diambil oleh kapasitor bernilai rendah untuk menyimpan dan membuang cas adalah singkat.

Transistor

Ciri-ciri
Transistor dibuat daripada bahan semikonduktor (separa pengalir). Bahan semikonduktor yang lazimnya
digunakan untuk membuat transistor ialah silikon atau germanium. Transistor mempunyai tiga kaki yang
berlainan. Setiap kaki dikenal sebagai kaki C, kaki B, dan kaki E.

Fungsi
Transistor berfungsi dalam litar elektronik untuk meninggikan arus, voltan, kuasa, dan menjadi suis
kawalan.
Jenis-jenis transistor
(a) Transistor NPN
Transistor NPN mempunyai kod pengenalan yang ditandakan di bahagian badannya seperti CS 9013, CS
9018, BC 107, BC 108 2SC945, dan BC 109. Arah anak panah pada kaki simbol transistor NPN (kaki
pemancar) mengarah ke luar. Transistor NPN dibina daripada susunan bahan seperti yang berikut.

Simbol Transistor NPN

b) Transistor PNP
Transistor PNP turut mempunyai kod pengenalan yang ditandakan pada bahagian badannya seperti CS
9012 TIP 30 dan 2 SA 671. Arah anak panah pada simbol transistor PNP (kaki pemancar) mengarah ke
dalam. Transistor PNP dibina daripada susunan bahan seperti yang berikut.

Simbol Transistor PNP


14
TINGKATAN 2

Ciri-ciri
Buzer banyak digunakan untuk mengeluarkan isyarat bunyi penggera. Buzer biasanya dipasang pada jam
elektronik dan kenderaan seperti kereta dan motosikal. Buzer berkuasa rendah dan menggunakan arus
elektrik yang rendah. Ada dua jenis buzer yang biasanya digunakan, iaitu buzer elektromagnet dan buzer
piezo.
Simbol

Perbezaan antara buzer piezo dengan buzer elektromagnet adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.
Buzer Piezo Buzer Elektromagnet
• menghasilkan nada bunyi yang nyaring • menghasilkan nada bunyi yang rendah
• mempunyai kutub positif dan negatif • tidak mempunyai kutub
• memerlukan voltan antara 1.5 V -12 V untuk • memerlukan voltan antara 6 V -12 V untuk
berfungsi berfungsi

Fungsi
Buzer berfungsi menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Buzer elektromagnet
menghasilkan bunyi bernada rendah manakala buzer piezo menghasilkan bunyi bernada tinggi.

Komponen Aktif dan Komponen Pasif


Komponen-komponen elektronik yang digunakan di dalam litar elektronik boleh dikategorikan kepada
dua kumpulan utama. Kedua-dua kumpulan itu ialah komponen aktif dan komponen pasif. Kedua-dua
kumpulan komponen ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Perbezaan antara komponen aktif dengan
komponen pasif adalah seperti berikut.

Komponen Aktif Komponen Pasif

• Komponen aktif adalah komponen yang • Komponen pasif adalah komponen yang
boleh menghasilkan tindak balas apabila tidak boleh menghasilkan tindak balas
menerima arus elektrik. Komponen aktif apabila menerima arus elektrik.
boleh bertindak balas membentuk, • Komponen pasif digunakan di dalam litar
mengawal, dan memproses isyarat elektrik. sebagai pembantu untuk membolehkan
• Kebanyakan komponen aktif digunakan komponen aktif berfungsi.
untuk menghasilkan produk utama sesuatu • Komponen dibuat daripada bahan-bahan
litar seperti cahaya atau bunyi. pengalir dan penebat seperti karbon dan
• Komponen aktif dibuat daripada bahan mika.
semikonduktor seperti silikon atau
germanium.

ALATAN TANGAN
Mengenalpasti Nama dan Fungsi Alatan Tangan

A. Playar muncung tirus


Playar muncung tirus digunakan untuk membentuk kaki komponen,
memotong wayar, dan memegang benda kecil. Selain itu, playar muncung tirus
amat sesuai digunakan untuk melakukan kerja-kerja di ruang yang sempit.

15
TINGKATAN 2

B. Pemotong sisi
Pemotong sisi dikenal juga sebagai playar kacip. Pemotong sisi digunakan
untuk memotong wayar dan kaki komponen setelah dipateri.

C. Penjalur wayar
Penjalur wayar digunakan untuk menanggalkan penebat wayar dan memotong wayar. Ada dua jenis
penjalur wayar, iaitu penjalur wayar mudah dan penjalur wayar berspring.

Penjalur wayar mudah Penjalur wayar automatik

D. Alat pemateri elektrik


Alat pemateri elektrik digunakan untuk mencairkan bahan pateri ketika kerja-kerja pematerian
dijalankan. Alat ini dikelaskan mengikut kadaran kuasa. Alat pemateri elektrik yang biasanya digunakan
untuk kerja elektronik ialah yang kadar kuasanya antara 15 hingga 30 watt.

Pemateri elektrik

Bahagian-bahagian alat pemateri elektrik dan fungsinya adalah:


(a) kabel bekalan untuk membekalkan tenaga elektrik ke elemen pemanas;
(b) pemegang untuk memegang alat pemateri semasa kerja pematerian;
(c) elemen pemanas untuk memanaskan bit;
(d) bit untuk mencairkan bahan pateri semasa kerja memateri dan memanaskan bod litar dan kaki
komponen.

E. Penyedut bahan
Penyedut bahan pateri digunakan untuk menyedut bahan pemateri ketika kerja-kerja pembaikan atau
pembetulan litar dilakukan.

F. Set pemutar skru


Set pemutar skru digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru beralur yang
bersaiz kecil. Satu set pemutar skru mengandungi enam batang pemutar skru yang
berlainan saiz.

MEMATERI
Memateri adalah proses sambungan atau cantuman secara kekal dengan menggunakan bahan pateri
yang telah dicairkan oleh alat pemateri elektrik. Proses memateri boleh dilakukan untuk menyambung
wayar atau mencantumkan kaki komponen pada bod litar.

Mengenal Pasti Kelengkapan dan Bahan Pematerian


Kerja-kerja memateri dapat dilakukan dengan sempurna sekiranya ada alat-alat kelengkapan dan bahan
16
TINGKATAN 2

yang diperlukan. Antara kelengkapan dan bahan tersebut termasuklah pemegang alat pemateri,
pemegang bod litar, bahan pateri, fluks, kertas las, dan span.

A. Kelengkapan Pematerian
Pemegang alat pemateri
Pemegang alat pemateri digunakan untuk memegang alat pemateri elektrik yang
panas. Alat pemateri elektrik yang panas hendaklah sentiasa diletakkan di dalam
pemegang alat emateri jika tidak digunakan.

Pemegang bod litar


Pemegang bod litar digunakan untuk memegang bod litar yang mengandungi
komponen untuk dipateri. Pada pemegang bod litar, terdapat sepasang klip
buaya untuk mengapit bod litar.

B. Bahan Pematerian Bahan Pateri


Bahan pateri adalah sejenis aloi yang dibuat daripada campuran logam timah dan plumbum. Bahan
pateri mudah cair apabila dipanaskan. Bahan pateri yang cair mudah mencantumkan kaki komponen
pada bod litar. Apabila sejuk, pateri akan mengeras dan melekatkan cantuman secara kekal.
Bahan pateri mempunyai saiz tertentu yang ditetapkan oleh diameternya. Bahan pateri yang biasanya
digunakan bersaiz 0.8 mm dan 1.0 mm. Pateri mengandungi komposisi timah dan plumbum yang
berbeza seperti berkut:
Jenis Bahan Pateri Timah Plumbum Ciri
Gred 60/40 60 40 Lembut
Gred 50/50 50 50 Sederhana
Gred 40/60 40 60 Keras
Bahan pateri gred 60/40 adalah jenis yang biasanya digunakan untuk memateri komponen elektronik,
kerana bahan pateri gred ini lembut dan mudah dicairkan.

Fluks (bahan lakur)


Fluks ialah sejenis bahan kimia yang diisikan ke dalam bahan pateri. Fluks akan mencair bersama-sama
dengan bahan pateri apabila dipanaskan. Fluks berfungsi untuk mencegah terjadinya oksida pada
permukaan logam bod litar yang dipateri, membersihkan permukaan logam bod litar yang hendak
dipateri, dan memudahkan pateri yang cair mengalir.

Kertas las
Kertas las boleh digunakan untuk membersihkan hujung bit yang dikotori oksida atau karat. Kertas las
juga digunakan untuk membersihkan permukaan bod litar dan kaki komponen sebelum kerja-kerja
memateri dilaksanakan. Kertas las yang sesuai adalah dari jenis yang halus.
Span

Span diletakkan bersama-sama dengan pemegang alat pemateri. Sebelum memulakan kerja-kerja
pematerian, span hendaklah dilembapkan. Spanlembap digunakai untuk membersihkan hujung bit.
Memateri dengan Tepat, Kemas, Kukuh, dan Selamat
Proses pematerian yang tepat perlu dibuat dengan teliti dan cermat untuk mendapatkan hasil
pematerian yang sempurna. Hasil pematerian yang sempurna dapat diperoleh dengan cara pematerian
yang tepat, kemas, kukuh, dan selamat. Panduan yang berikut boleh anda amalkan ketika menjalankan
kerja-kerja pematerian.
(a) Pastikan alat pemateri telah cukup panas sebelum memulakan kerja-kerja pematerian. Uji
kepanasan bit alat pemateri dengan melekapkannya pada span lembap.
(b) Panaskan kaki komponen beberapa saat. Pegang alat pemateri dalam keadaan condong 30°
dengan permukaan bod litar.
(c) Rapatkan bahan pateri pada bit dan kaki komponen yang sedang dipanaskan. Biarkan bahan
pateri mencair secukupnya.
(d) Alihkan bahan pateri dan biarkan alat pemateri pada kaki komponen untuk memastikan pateri
yang telah mencair masuk ke dalam lubang bod litar. Kemudian, alihkan alat pemateri dari bod litar
dan biarkan pateri menjadi sejuk.
(e) Perhatikan hasil pematerian yang telah anda hasilkan. Hasil pematerian yang sempurna harus
mempunyai ciri-ciri yang berikut.

17
TINGKATAN 2

Bahan pateri yang mencair masuk ke dalam Bahan pateri yang mencantumkan kaki
lubang bod litar dan mencantumkannya dengan komponen dengan bod litar adalah kemas,
kukuh. licin, bersih, berkilat, dan membentuk kon.

18
TINGKATAN 2

Membuat Projek Elektronik


Sesudah mengenal pasti jenis-jenis komponen, peralatan tangan, lukisan skematik, dan lukisan bergambar, anda
hendaklah mempraktikkan pengetahuan tersebut ketika membuat projek elektronik. Selain itu, anda perlu juga
menerapkan nilai-nilai murni ketika membina sesuatu projek elektronik. Langkah-langkah membina projek adalah
seperti berikut:

Langkah • Membentuk kaki komponen  Bentuk kaki kaki komponen untuk


1 memudahkan pemasangan
 Kerja-kerja membentuk kaki komponen
termasuk dalam kerja membengkok
Langkah • Memasang komponen berpandukan  Baca, fahami dan terjemahkan lukisan
2 lukisan skematik atau lukisan skematik atau lukisan bergambar
bergambar  Pasang komponen dengan betul
mengikut lukisan tersebut
Langkah • Menyemak semula kedudukan  Semak semula kedudkan komponen
3 komponen berpandukan lukisan yang telah dipasang dengan litar
skematik atau lukisan bergambar skematik atau lukisan bergambar
 Betulkan kedudukan komponen yang
tersalah pasang
Langkah • Memateri kaki komponen atau tamatan  Pateri komponen pasif terlebih dahulu
4 komponen sebelum memateri komponen aktif
 Pateri dengan cermat dan teliti
Langkah • Memotong kaki komponen yang  Potong kaki komponen dengan cermat
5 berlebihan dengan kemas  Gunakan pemotong sisi yang tajam
Langkah • Menguji projek dan membuat  Uji projek dengan menggunakan sumber
6 pembaikan arus terus (bateri)
 Lakukan pembaikan sekiranya projek
gagal berfungsi
Langkah • Membersihkan serta menyimpan alatan  Bersihkan alatan tangan dan simpan di
7 dan bahan rak atau bekas tertera
 Simpan bahan-bahan di tempat
yangselamat mengikut jenisnya

19
TINGKATAN 2

BAB 3 : LUKISAN TEKNIK

PERALATAN DAN BAHAN LUKISAN TEKNIK


Mengenal Pasti Penggunaan Alatan Lukisan Teknik
A. Pensel
Pensel adalah alat yang paling asas dan paling utama dalam lukisan teknik. Semua garisan dilukis dengan
menggunakan pensel.
Ada pelbagai gred pensel yang digunakan dalam lukisan teknik. Setiap pensel itu ditandai dengan huruf
pengenalan untuk menentukan grednya. Penggredan pensel dibuat berdasarkan 3 jenis gred iaitu:

i) gred keras
Pensel gred keras
• bermata keras
• sesuai untuk membuat garisan ringan, misalnya garisan binaan, garisan panduan, dan
penghurufan
• Contoh: 4H, 3H, 2H

ii) gred sederhana


Pensel gred sederhana
• bermata sederhana lembut
• sesuai untuk membuat iakaran, penghurufan, tanda anak panah, garisan objek, dan garisan
tengah
• Contoh: H, HB

ii) gred lembut.


Pensel gred lembut
• bermata sederhana lembut
• sesuai untuk membuat garisan tebal dan hitam

B. Pembaris
Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak. Pembaris biasanya diperbuat dari plastik atau
keluli.

C. Pemadam
Pemadam digunakan untuk menghilangkan tanda goresan pensel di atas kertas. Pemadam
dibuat daripada getah. Getah pemadam yang berkualiti dapat memadamkan lukisan pensel tanpa
meninggalkan sebarang kesan comot.

D. Papan Lukisan
Papan lukisan biasanya dibuat daripada kayu lembut. Permukaannya rata. Kegunaannya adalah
sebagai pengalas dan pemegang kertas lukisan ketika aktiviti membuat lukisan teknik dijalankan.
Papan lukisan yang biasanya digunakan berukuran 60 cm x 80 cm.

20
TINGKATAN 2

Ada juga papan lukisan model terkini yang berlapik bahan bermagnet. Papan lukisan jenis ini
mempunyai kepingan logam yang nipis sebagai pemegang kertas lukisan.
E. Sesiku T
Sesiku T digunakan bersama-sama dengan papan lukisan untuk membuat garisan mengufok atau
garisan mendatar di atas permukaan kertas lukisan. Sesiku T biasanya dibuat daripada bahan plastik
lutsinar.
Sesiku T mempunyai bahagian kepala dan bahagian bilah yang bersudut 90°. Sesiku T boleh
digelangsarkan ke bahagian atas atau ke bahagian bawah kertas lukisan untuk memudahkan garisan
mengufuk dibina.

F. Sesiku Set
Sesiku set digunakan untuk melukis garisan menegak atau garisan condong yang berlainan
sudutnya. Contohnya, garisan yang bersudut 90°, 60°, 45°, dan 30° boleh dilukis dengan
menggunakan sesiku set.
Selain itu, dua sesiku set boleh digunakan secara bersamaan. Tujuannya adalah untuk melukis
garisan condong yang berlainan sudut seperti 15°, 75°, 105°, 135°, 150°, dan sebagainya.

Sesiku 45⁰ Sesiku 30⁰/60⁰

G. Jangka Lukis
Jangka lukis digunakan untuk membina garisan bulatan atau garisan lengkok.
Jangka lukis digunakan untuk membina garisan bulatan atau garisan lengkok. Jangka
lukis biasanya dibuat daripada keluli, tetapi ada juga yang dibuat daripada plastik

H. Jangka Tolok
Jangka tolok digunakan untuk memindahkan ukuran jarak dari
pembaris kepada garisan yang dilukis. Jangka tolok mempunyai sepasang
kaki yang berjarum tajam. Jangka tolok dibuat daripada keluli atau plastik.

I. Kertas Lukisan
Kertas lukisan boleh didapati dalam jenis dan saiz yang berbeza. Kertas lukisan yang
biasanya digunakan di bengkel adalah yang bersaiz A3.

21
TINGKATAN 2

J. Kertas Grid
Selain kertas lukisan, kertas grid ada juga digunakan ketika membuat lukisan teknik. Kertas grid
yang biasanya digunakan ialah yang mempunyai petak segi empat sama, 5 mm x 10 mm yang sesuai
untuk membuat garisan lintang, garisan tegak, dan garisan condong 45° dalam lukisan objek.

K. Kertas Isogrid
Sejenis kertas lagi yang ada digunakan dalam lukisan teknik ialah kertas isogrid. Kertas isogrid
yang biasanya digunakan ialah yang mempunyai petak bersudut 30°, 5 mm x 10 mm. Kertas isogrid
ini sesuai digunakan untuk membuat garisan tegak yang bersudut 30° dan lukisan isometrik.

JENIS GARISAN
Dalam lukisan teknik, ada pelbagai jenis garisan yang berbeza-beza dari segi bentuk dan tujuan
penggunaannya. Oleh itu, anda harus dapat mengenal pasti dan menguasai kemahiran melukis
setiap garisan yang berkenaan. Antara jenis-jenis garisan itu termasuklah
• garisan mendatar;
• garisan menegak;
• garisan condong bersudut 30°, 45°, dan 60°;
• garisan binaan;
• garisan objek;
• garisan tersembunyi;
• garisan penengah.

Jenis Garisan Bentuk Garisan Fungsi Gred Pensel


Merupakan garisan
asas untuk memulakan
Halus dan nipis
Garisan binaan lukisan dan mudah di 2H
padam.

Digunakan untuk
Hitam dan tebal menunjukkan rupa
Garisan objek HB
bentuk sesuatu objek.

Digunakan untuk
menunjukkan bahagian
Garisan tersembunyi Halus dan nipis yang terlindung dalam HB
lukisan sesuatu objek.

Digunakan untuk
menunjukkan pusat
Halus dan nipis
Garisan penengah atau tetengah bagi H
bulatan atau lengkok.

Digunakan untuk
membuat garis di luar
Garisan sempadan Hitam dan tebal HB
lukisan.

22
TINGKATAN 2

MELUKIS BULATAN, SEGI TIGA DAN SEGI EMPAT

Prosedur
1. Pasangkan kertas lukisan pada papan lukisan. Kemudian, bina garisan sempadan dan ruangan
tajuk.
2. Bahagikan garisan sempadan kepada tiga bahagian yang sama panjangnya. Kemudian,
tandakan dengan garisan.
3. Lukis bentuk-bentuk bulatan, segi empat, dan segi tiga dalam bahagian berkenaan. (Ukuran
adalah bebas.)

Melukis Bulatan

(a) Tandakan titik pusat.


Titik pusat
(b) Ukur jarak jejari bulatan. Pilih jarak yang sesuai.

(c) Berpaksikan titik pusat, bina lengkok bulatan


dengan menggunakan jangka lukis.

Melukis Segi Tiga


(a) Bina garisan mendatar dan tandakan ukuran jarak PQ. Pilih jarak yang sesuai.

(b) Bahagikan jarak PQ kepada dua bahagian yang sama panjangnya dengan
menggunakan jangka lukis.

(c) Tandakan titik R sebagai pembahagi kepada jarak PQ.

(d) Gunakan RQ sebagai jejari dan R sebagai titik pusat. Kemudian,


bina lengkok yang menghubungkan Q dan P.

(e) Gunakan jarak jejari RQ untuk menandakan titik S pada lengkok


PQ.
23
TINGKATAN 2

f) Bina garisan menghubungkan titik P dengan titik S dan titik Q hingga


terbentuk segi tiga bersudut tepat. Hitamkan garisan binaan segi
tiga.

Melukis Segi Empat

(a) Bina garisan mendatar.

(b) Tandakan jarak ukuran AB.

(c) Tandakan jarak AC dan BD sebagai tinggi segi empat.

(d) Bina garisan yang menghubungkan titik A dengan titik C dan titik B dengan titik D.

(e) Bina garisan yang menghubungkan titik C dengan titik D hingga terbentuk segi empat. Hitamkan
garisan binaan segi empat.

UNJURAN ORTOGRAFIK

Melukis Unjuran Ortografik


Lukisan unjuran ortografik menjadi sumber utama untuk membina sesuatu objek atau projek.
Unjuran ortografik adalah kaedah melukis rupa bentuk objek yang dirakamkan dari tiga pandangan
yang berlainan. Pandangan-pandangan ini dibuat secara lurus dan bersudut tepat dengan
permukaan objek (satah). pandangan atas (pelan)

24
pandangan sisi
pandangan
hadapan
TINGKATAN 2

Pandangan-pandangan yang terdapat dalam unjuran ortografik ialah pandangan atas (pelan),
pandangan hadapan, dan pandangan sisi.

Anggaplah bahawa objek yang akan dilukis diletakkan dalam sebuah kotak plastik lutsinar yang
mempunyai tiga permukaan, iaitu A, B, dan C. Pandanglah objek tersebut dari tiga sudut yang
berlainan menerusi plat plastik. Lakarkan rupa pandangan yang kelihatan pada permukaan plastik A,
B, dan C seperti yang ditunjukkan dalam gambar di tasa.
Sekiranya ketiga-tiga permukaan plastik itu dihamparkan, anda akan mendapati ketiga-tiga
pandangan itu tersusun seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Hasil pandangan yang
terpapar pada plat plastik boleh dibayangkan, dirakamkan, dan dilukis semula di atas kertas lukisan.
Dalam unjuran ortografik, ukuran panjang objek boleh ditentukan oleh panjang pelan dan
panjang pandangan hadapan. Lebar objek pula ditentukan oleh lebar pelan dan pandangan sisi.

25
TINGKATAN 2

BAB 4: MASAKAN

Pengenalan

Kemahiran mengurus makanan boleh membantu dalam merancang, menyedia, memasak,


menghias dan menyaji makanan yang seimbang, berkhasiat dan menarik.

Hidangan Sepinggan Lengkap


Hidangan sepinggan lengkap ialah hidangan seimbang yang mempunyai kandungan nutrien
yang lengkap. Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan sebagai sajian utama dan snek. Ia
mudah disediakan, dimasak dan boleh disaji secara peranggu meja atau secara berpek.

Contoh hidangan sepinggan lengkap

Masakan Cara Timur

Nasi Goreng Kuetiau Goreng

Masakan Cara Barat

Roti Kebab Burger Burger

26
TINGKATAN 2

Alatan Dapur

Alatan untuk penyediaan memasak

1. Mangkuk adunan 5. Landas cincang 9. Garpu


2. Mangkuk cina 6. Camca besar 10. Tapis
3. Jag penyukat 7. Camca sedang 11. Pisau roti
4. Pisau 8. Camca teh 12. Pinggan

Alatan untuk memasak

1. Penunu 5. Pengukus 8. Senduk kayu


2. Periuk 6. Senduk 9. Peti tin
3. Kuali 7. Sudip 10. Loyang
4. Pan penggoreng

27
TINGKATAN 2

Alatan untuk menghidang dan menyediakan peranggu meja

1. Pinggan hidang 7. Teko kopi 13. Pisau meja


2. Mangkuk hidang 8. Jag susu 14. Pisau mentega
3. Rak roti 9. Mangkuk gula 15. Camca teh
4. Bekas mentega 10. Pinggan 16. Cawan dan piring
5. Bekas jem 11. Camca sedang 17. Gelas
6. Teko teh 12. Garpu sedang 18. Mangkuk telur

Kelengkapan dapur
a. Jenis kain dapur
Jenis kain dapur Kegunaan Penjagaan
Kain pengelap  Mengeringkan pinggan  Sidai selepas
pinggan mangkuk mangkuk dan kutleri yang digunakan jika ia
Biasanya dibuat bersih. masih bersih.
daripada kain kapas  Mengeringkan sayur-  Cuci setiap hari dalam
atau kain linen yang sayuran selepas dicuci air panas bersabun
menyerap air  Mengesat pinggan mangkuk selepas digunakan.
sebelum digunakan untuk  Bilas hingga bersih
menghidang makanan dan jemur di bawah
 Menutup makanan yang cahaya matahari.
belum dimasak  Anginkan dan lipat
dengan kemas
sebelum disimpan.
Kain pencuci  Membasuh pinggan  Cuci dalam air panas
Ia diperbuat mangkuk dan perkakas bersabun sebaik
daripada kain kapas dapur. sahaja selepas
lembut yang  Mengelap meja, dapur dan digunakan.
menyerap air seperti bod pengetus.  Bilas hingga bersih
kain net atau kain  Mengeringkan perkakas dan jemur di bawah
tuala yang diperbuat daripada cahaya matahari.
timah, aluminium dan kayu.  Rebuskan kain
pencuci seminggu
sekali untuk
memutihkannya dan
membunuh kuman.

28
TINGKATAN 2

Jenis kain dapur Kegunaan Penjagaan


Kain tuala tangan
Ia diperbuat dari  Mengesat dan  Gantung atau
pada kain kapas yang mengeringkan tangan yang sidai di tempat
menyerap air seperti basah dan bersih. berangin selepas
kain tuala atau kain digunakan jika
linen masih bersih
 Cuci setiap kali
selepas digunakan
dalam air panas
bersabun
 Bilas bersih dan
jemur di bawah
cahaya matahari.
 Rebus seminggu sekali
untuk membunuh
kuman.
Kain muslin
Ia diperbuat daripada  Menutup makanan yang  Rendam dalam air
kain kapas halus yang telah atau belum dimasak. panas sebaik sahaja
bertenun  Menapis cecair seperti selesai digunakan
longgar.Biasanya sirap, santan, jus buah- supaya kesan tanda
berwarna putih. buahan dan agar-agar cair. mudah dibersihkan.
 Cuci dalam air panas
bersabun setiap kali
selepas digunakan.
 Bilas hingga bersih
dan jemur di bawah
cahaya matahari.
 Rebus kain muslin bila
perlu.

Kain lapik periuk dan


sarung tangan  Pastikan ia selalu
ketuhar  Mengangkat atau kering dan
Ia diperbuat daripada mengalihkan alat yang gantungkan di
kain kapas tebal atau panas dari atas dapur atau tempat yang mudah
daripada beberapa ketuhar. dicapai.
lapis kain kapas  Memegang atau membuka  Apabila kotor cuci
yang dijahit . pintu ketuhar yang panas. dalam air sabun
panas dan rebus bila
perlu.
 Bilas dan jemur di
bawah cahaya
matahari.

29
TINGKATAN 2

a b

a. Gubahan bunga
b. Kad menu
c. Alas meja

30
TINGKATAN 2

CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA TIMUR

Nasi Goreng

Bahan

200 gm nasi (gebu dan berderai)

4 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dicincang)

2 camb udang kering (direndam dan ditumbuk)

150 gm udang segar

50 gm sayur campuran dingin beku

1 keping tauhu (di potong dadu)

2 camb minyak masak

1 camb kicap cair

1 camt kicap pekat

Garam dan lada sulah

Hiasan

1 biji telur (dadar)

2 tangkai daun bawang (dihiris)

1 biji cili merah (dimayang)

Peraturan memasak

1. Telur dadar digulung dan dihiris halus.


2. Panaskan minyak, goreng bawang merah dan angkat.
3. Goreng tauhu yang telah dipotong dadu.
4. Goreng bawang putih hingga kuning, masukkan udang dan sayur campur dingin beku.
5. Masukkan nasi, kicap cair, kicap pekat, garam dan lada sulah. Kacau rata.
6. Angkat dan hias dengan bawang goreng, daun bawang dan telur dadar.

31
TINGKATAN 2

Kuetiau / Mee Goreng

Bahan
200 gm kuetiau / mee kuning (basuh dan toskan)
150 gm tauge (dibuang ekor)
2 camt kicap pekat (untuk perap udang)
75 gm udang hidup (buangpotong
kulit dan
2 cmperap dengan kicap pekat)
panjang
50 gm daging / isi ayam (hiris nipis)
50 gm isi kerang
1 biji telur (pukul sedikit)
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah tumbuk halus
2 ulas bawang putih dimayang
1 pokok sawi
4 pokok kucai
Garam dan serbuk perasa

Hiasan
1 biji cili merah
2 helai daun bawang
2 camb cili jeruk

Peraturan memasak

1. Tumis bahan tumbuk. Goreng hingga wangi. Masukkan batang sawi.


2. Masukkan udang, daging / ayam dan kerang. Goreng hingga masak.
3. Masukkan kuetiau / mee kuning, garam dan kacau rata.
4. Masukkan tauge, daun sawi, kucai dan gaul rata.
5. Masukkan telur dan kicap. Gaul lagi hingga rata.
6. Hidangkan semasa panas dan hias dengan cili, daun bawang dan cili jeruk.

32
TINGKATAN 2

Minuman Berkhasiat
Minuman berkhasiat adalah minuman bersusu atau bercoklat. Susu segar atau susu tepung
sangat baik untuk kesihatan terutama bagi bayi, kanak-kanak yang sedang membesar dan pesakit.

Bancuhan susu tepung

Bahan
2 camb penuh susu tepung
500 ml air masak yang telah disejukkan

Peraturan memasak

1. Masukkan susu tepung ke dalam air.


2. Bancuh susu dan air dengan garpu atau pengenjut hingga susu larut.
3. Tuang ke dalam jag susu.

Minuman koko

Bahan
4 camt penuh koko
1 liter susu (100 ml untuk membancuh koko)
1 mangkuk gula halus

Peraturan memasak

1. Bancuh koko dengan 100 ml susu.


2. Didihkan susu yang selebihnya. Tuangkan ke dalam bancuhan koko dan
kacau.
3. Masukkan bancuhan koko tersebut ke dalam periuk dan jerang semula.
4. Apabila mendidih, perlahankan api dan renihkan di antara 1 – 2 minit.
5. Tuang bancuhan koko ke dalam jag tembikar yang telah dipanaskan dan
hidang bersama gula halus dalam bekas berasingan.

33
TINGKATAN 2

Vanila Milk Shake

Bahan
300 ml susu UHT
1 camb gula pasir
¼ camt esen vanilla

Peraturan memasak
1. Masukkan semua bahan ke dalam jag dan pukul hingga gula hancur dan susu
berbuih.
2. Hidangkan sejuk dalam gelas yang sesuai.

Minuman Yang Menyegarkan


Minuman yang menyegarkan adalah minuman yang dapat melegakan atau menyegarkan badan
ketika berasa dahaga. Minuman ini hendaklah dihidang sejuk.

Jus Belimbing

Bahan
1 biji buah belimbing
30 gm gula pasir
250 ml air
4 ketul ais kiub
1 tangkai daun pudina
1 biji ceri merah

Peraturan menyedia
1. Cuci belimbing dan potong kecil.
2. Kisar belimbing bersama gula pasir dan air.
3. Tuang jus belimbing ke dalam gelas yang berisi ketulan ais.
4. Hias dengan buah ceri merah dan daun pudina.

34
TINGKATAN 2

Air Tembikai

Bahan
¼ biji buah tembikai yang sederhana besar
100 gm gula pasir
250 ml air panas mendidih
1 biji limau nipis
1 liter air sejuk
Hiasan
1 tangkai daun pudina
100 gm isi tembikai (dipotong kiub)
2 biji ceri merah
Ketulan ais

Peraturan menyedia
1. Sediakan sirap dan sejukkan.
2. Kisar isi tembikai yang telah dibuang biji dengan 1 liter air sejuk .
3. Perah air limau dan masukkan sirap ke dalam jus tembikai. Kacau rata.
4. Hidang dan hias dengan kiub tembikai, daun pudina, ceri merah dan ketulan ais.

Air Karot Bersusu

Bahan
30 gm lobak merah
1 liter air masak sejuk
100 gm gula pasir
100 ml susu segar
150 gm ketulan ais

Hiasan
1 tangkai daun pudina
4 biji ceri merah
4 batang straw

35
TINGKATAN 2

Peraturan menyedia
1. Basuh, kikis kulit lobak merah dan potong kecil.
2. Kisar lobak merah bersama 1 liter air, gula pasir dan ketulan ais.
3. Masukkan susu dan jus lobak merah ke dalam jag. Kacau rata.
4. Hidang dalam gelas dan hiaskan dengan daun pudina dan ceri merah.

36
TINGKATAN 2

CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA BARAT

Roti Kebab Burger

Bahan
4 buku roti (hot dog)
2 keping daging burger (digoreng / dibakar)
100 gm sayur campur
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 camb sos cili
2 camb majerin
3 camb mayonis
Peraturan memasak

1. Goreng atau bakar daging burger. Angkat dan potong dadu.


2. Sediakan inti. Panaskan kuali, masukkan majerin dan tumis bawang besar hingga layu.
3. Masukkan sos cili dan 1 camb mayonis. Kacau rata dan biarkan sekejap.
4. Masukkan sayur campur, daging burger yang telah digoreng dan kacau hingga sebati
sebelum diangkat.
5. Belah dua roti memanjang (jangan putus), sapu majerin dan bakar sekejap.
6. Masukkan inti ke dalam roti dan paipkan mayonis di atasnya.

Burger

Bahan

4 buku roti burger (belah dua)


4 keping daging atau ayam burger
50 gm kobis (mayang)
1 biji bawang besar (mayang bulat)
2 camb majerin
2 camb cili sos
2 camb mayonis
4 keping kertas pembungkus burger

Peraturan memasak

1. Mayang bawang dan sayur kobis.


2. Goreng daging atau ayam burger dan toskan dengan kertas penyerap
minyak.
3. Belah roti dan sapu majerin. Panaskan di antara 1 hingga 2 minit.
4. Sapu mayonis pada permukaan roti yang telah dibelah. Letakkan sayur-
sayuran dan daging burger. Paipkan sos cili di atas daging dan tangkupkan
sebelah lagi roti di atasnya.
5. Bungkus burger dengan kertas pembungkus.

37
TINGKATAN 2

CONTOH RESEPI
HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP MENGIKUT BUDAYA SETEMPAT
Lontong

Bahan
1 paket nasi impit segera (direbus)
1 keping tauhu
1 keping tempe dipotong dadu
1 keping pucuk
1 paket kecil soo hoon rendam dan potong
1 batang serai (dititik)
2 helai daun kobis (dipotong)
½ batang lobak merah (dipotong dadu)
2 batang kacang panjang (dipotong 2 cm panjang)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 biji cili merah (dihiris)
400 ml santan
½ camt garam
½ camt serbuk kunyit
1 camb. udang kering (rendam dan tumbuk)
3 camb. minyak

Peraturan memasak

1. Panaskan minyak tumis bahan kisar dan serai.


2. Masukkan serbuk kunyit, santan , pucuk dan udang. Biarkan merenih.
3. Masukkan lobak merah dan tauhu . Biarkan mendidih.
4. Masukkan kobis, kacang panjang, soo hoon dan santan pekat. Renihkan sekejap dan angkat.
5. Potong nasi impit 2.5 cm persegi.
6. Hidang lontong bersama sambal bilis atau kuah kacang.

38
TINGKATAN 2

Nasi Kerabu

Bahan

4 cawan nasi
2 camb kerisik (kelapa yang digoreng dan di tumbuk)
4 batang kacang panjang
2 biji cili merah (ditumbuk)
¼ biji timun
1 biji limau nipis atau 4 biji limau kasturi
3 ulas bawang merah
1 camb udang kering (ditumbuk)
Serbuk lada sulah dan garam

Hiasan
¼ biji timun
½ biji cili merah
1 biji telur rebus

Peraturan memasak

1. Kupas dan hiris bawang merah.


2. Basuh kacang panjang dan hiris nipis.
3. Basuh timun, buang biji dan dimayang halus.
4. Perah limau nipis atau limau kasturi.
5. Masukkan nasi, kerisik, bawang, udang kering, cili tumbuk, kacang panjang, jus
limau dan timun ke dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga rata.
6. Sesuaikan rasa.

Cara menghidang
Hidang nasi kerabu dalam pinggan bujur. Hias dengan hirisan timun, telur dan cili. Nasi kerabu
juga boleh disaji berasingan dengan semua ramuan dan sayur - sayuran.

39
TINGKATAN 2

Bubur Nasi

Bahan
½ cawan beras
1 liter air
½ batang lobak merah
2 camb minyak masak
2 camb ikan bilis
½ cm halia
2 batang kacang panjang
½ camt serbuk lada sulah
½ camt garam

Hiasan
2 batang daun saderi
2 helai daun bawang dimayang
2 camb bawang goreng

Peraturan memasak

1. Basuh dan rebus beras bersama halia.


2. Potong dadu lobak merah dan kacang panjang.
3. Basuh dan toskan ikan bilis.
4. Goreng ikan bilis hingga garing.
5. Masukkan lobak merah dan kacang panjang ke dalam bubur pekat. Kacau
dan tambahkan air sekiranya bubur terlalu pekat. Masukkan serbuk lada
sulah dan garam.

Cara Menghidang Perhatian


Ikan bilis boleh digantikan dengan
Hidangkan bubur nasi ke dalam mangkuk cina.
udang hidup, ikan, telur atau daging.
Taburkan bawang goreng, ikan bilis, daun saderi
dan daun bawang . Kacang panjang boleh digantikan
dengan kacang pis atau sayur-
sayuran lain. Bubur ini boleh dimakan
dengan telur masin, lobak asin,
minyak bijan dan kicap.

40
TINGKATAN 2

Makaroni Bakar

Bahan

60 gm makaroni siku
100 gm daging rebus
250 ml stok daging
100 gm sayur campur
30 gm majerin
30 gm bawang besar
2 biji telur ayam
2 helai daun sup
2 helai daun bawang
50 gm keju parut
½ camt garam
½ camt serbuk lada sulah

Hiasan
2 hiris tomato

Peraturan memasak

1. Rebus makaroni dalam air mendidih yang bercampur dengan sedikit


minyak. Toskan.
2. Panaskan ketuhar kepada 150 º C.
3. Gris mangkuk pai atau kaserol.
4. Siatkan daging yang telah direbus.
5. Mayang daun bawang dan daun sup.
6. Panaskan sedikit majerin dan saute bawang besar.
7. Masukkan makaroni yang telah direbus ke dalam mangkuk adunan,
campurkan majerin dan bawang yang telah di saute.
8. Masukkan daging yang telah disiat, lebihan majerin, sayur campur, stok
daging, separuh daripada keju parut, daun sup, daun bawang dan telur.
9. Masukkan campuran makaroni ke dalam mangkuk pai atau kaserol dan
taburkan lebihan keju. Bakar 30 - 40 minit atau hingga masak.

41
TINGKATAN 2

Jus Oren

Bahan

500 ml air
2 biji oren
30 gm gula pasir
250 ml air mendidih

Hiasan
2 biji ceri
2 hirisan oren
2 batang straw
1 pucuk daun pudina

Peraturan memasak

1. Larutkan gula dalam air mendidih dan sejukkan.


2. Belah dua oren. Ketepikan dua hirisan untuk hiasan. Perah untuk dapatkan jus
limau.
3. Masukkan jus oren, sirap sejuk dan air ke dalam jag.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Hias dan hidang jus oren dengan hirisan oren, ceri dan daun pudina.

42
TINGKATAN 2

PENGIRAAN KOS

Makaroni Bakar dan Jus oren

Kos bahan

Bil. Bahan Kuantiti RM Jumlah kos


Kos Seunit RM
1. Makaroni siku 60 gm 5.00/ kg 0.30
2. Daging 100 gm 14.00/ kg 1.40
3. Telur 2 biji 0.30 /kg 0.60
4. Bawang besar 30 gm 1.20/ kg 0.04
5. Majerin 30 gm 4.00/ kg 0.12
6. Keju 50 gm 40.00/ kg 2.00
7. Tomato kecil 1 biji 3.00 / kg 0.30
8. Sayur campur 100 gm 12.00 / kg 1.20
9. Buah oren 2 biji 0.50/ biji 1.00
10. Ceri merah 2 biji 0.15 / biji 0.30
11. Gula pasir 30 gm 1.50 / kg 0.05
12. Daun pudina 1 pucuk 0.50 / ikat 0.02
Jumlah 7.33

Kos upah
1 orang x 1 jam x RM 2.00 = RM 2.00

Kos overhed
Bahan api (gas) RM 0.50
Air 0.15
Elektrik 0.10

Jumlah RM 0.75

Kos projek
Kos bahan + kos upah + kos overhed
RM 7.33 + RM 2.00 + RM 0.75
Jumlah = RM 10.08

43
TINGKATAN 2

c. Etika makan

Hasil Pembelajaran

 Menerangkan pengertian etika makan


 Mengenal pasti adab dan sopan semasa makan
 Mengamalkan etika makan yang sopan

44
TINGKATAN 2

Pengenalan

Semua perbuatan yang dilakukan mestilah dengan sopan- santun. Begitu juga kita harus
beradab semasa makan, sama ada bersama keluarga atau di khalayak ramai.

Tahukah anda maksud etika


makan?

Etika makan adalah adab dan sopan semasa makan.

Adab dan sopan semasa makan

Semasa makan bersopan santun

Halusnya budaya turun temurun.

Adab semasa di meja makan

1. Duduk dengan postur yang betul semasa di meja makan.


2. Rapatkan kaki.
3. Letakkan napkin di atas riba.
4. Tunggu sehingga semua orang berada di meja sebelum mula makan.
5. Bongkokkan badan sedikit semasa menyuap makanan.
6. Gunakan sudu-garpu atau pisau-garpu dengan betul dan senyap.

45
TINGKATAN 2

7.

Cara menggunakan sudu -garpu Cara menggunakan pisau-garpu

dengan betul dengan betul

7. Ambil sajian dengan cermat.


8. Suap makanan sedikit demi sedikit ke
dalam mulut.
9. Kunyah makanan dengan perlahan
dan senyap tanpa membuka mulut.

10. Minum dengan perlahan

tanpa berbunyi.

11. Berbual perkara yang baik


12. Biarkan makanan sejuk dahulu
sahaja semasa makan. sebelum dimakan dan jangan tiup
makanan di hadapan orang.
13. Ambil makanan secukupnya sahaja
supaya orang lain juga boleh
merasainya.

14. Minta orang yang .


berhampiran menghulurkan makanan jika makanan itu
jauh daripada kita
15. Kumpulkan sisa makanan di tepi pinggan atau piring layan.
16. Rapatkan kutleri setelah selesai makan.

17. Kacau kopi dengan senyap dan letakkan


camca di piring.
18. Beredar bersama dari meja setelah
selesai makan. Minta izin sekiranya perlu
meninggalkan meja makan lebih awal.

46
TINGKATAN 2

Adab semasa makan bersimpuh atau bersila


Duduk bersimpuh atau bersila ketika makan sudah menjadi kebiasaan beberapa bangsa di
negara kita. Wanita bersimpuh sementara lelaki bersila ketika makan.
Berikut adalah adab yang perlu diikuti semasa duduk bersimpuh atau bersila.

1. Duduk dalam keadaan yang selesa.


2. Basuh tangan sebelum makan.
3. Gaul nasi dan lauk dengan cermat menggunakan
hujung jari. Jangan mengetuk hujung jari ke pinggan.

 Jangan bercakap semasa mulut penuh.


 Jangan sendawa di meja makan.
 Jangan mencungkil gigi di hadapan orang.
 Jangan meletakkan siku di atas meja.

47
TINGKATAN 2

BAB 5: TANAMAN HIASAN

PEMASUAN SEMULA

Tujuan Pemasuan Semula


Tujuan tanaman hiasan ditanam di dalam pasu adalah:
• supaya mudah dijaga serta dapat menerima nutrien, air, dan cahaya matahari yang secukupnya;
• supaya dapat dialihkan dengan mudah ke tempat-tempat yang dikehendaki dan bersesuaian
dengan pertumbuhannya.

Ciri-ciri Tanaman Hiasan yang Memerlukan Pemasuan Semula


Pemasuan semula memang perlu dilakukan untuk tanaman hiasan bila tanda yang berikut wujud.
• medium kelihatan padat;
• air bertakung di permukaan medium;
• pasu menjadi retak atau pecah;
• pertumbuhan pokok yang kurang subur;
• akar keluar melalui lubang saliran di bawah pasu.

Memilih Pasu atau Bekas


Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam pelbagai jenis bekas seperti pasu, tayar lama, bekas
yang terbuang, sabut kelapa, dan sebagainya tetapi lebih banyak tanaman hiasan yang ditanam
dalam pasu kerana sifatnya yang lebih praktikal.
Terdapat pelbagai jenis pasu seperti pasu tanah liat, pasu plastik, pasu seramik, dan pasu
tembikar. Sebelum memilih pasu yang sesuai untuk tanaman hiasan, ciri-ciri yang berikut perlu
diambil kira.
• saiz pasu haruslah bersesuaian dengan saiz pokok;
• .pasu mempunyai lubang saliran bagi mengalirkan air yang berlebihan supaya akar tidak reput;
• pasu mudah dibersihkan bagi menjauhi serangga perosak dan penyakit;
• pasu kelihatan menarik bagi menambah seri tempat yang dihiasi;
• harga pasu berpatutan, sesuai dengan kemampuan pembeli;
• pasu haruslah ringan supaya mudah dialihkan;
• lokasi untuk meletakkan pasu tanaman hiasan.
Pasu tanah liat yang baru perlu direndam di dalam air semalaman supaya air meresap di dalam
pasu bagi mengelakkan pasu daripada menyerapkan air medium tanaman dan mengekalkan
kelembapan pada medium berkenaan.
Pasu tanah liat yang lama pula perlu direndam di dalam larutan formalin cair semalaman bagi
membunuh kuman supaya pertumbuhan tanaman hiasan tidak akan terjejas.

Menyediakan Medium Memasu


Medium memasu seharusnya terdiri daripada tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai.
Sebabnya ialah:
• tanah loam mengandungi butir liat yang dapat berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan
tanaman hiasan;
• Bahan organik dapat memperbaik struktur tanah dan berupaya menyimpan air untuk keperluan
tanaman hiasan;
• pasir sungai mempunyai liang-liang makro yang membolehkan udara dan air melaluinya serta
berfungsi memperbaik pengudaraan dan saliran.

48
TINGKATAN 2

Sukatan untuk medium memasu ialah tujuh bahagian tanah loam, tiga bahagian bahan organik,
dan dua bahagian pasir sungai, iaitu nisbah 7:3:2.
Bagi tanah loam yang mengandungi kadar tanah liat yang tinggi, sukatannya ialah tiga bahagian
tanah loam, dua bahagian bahan organik, dan satu bahagian pasir sungai, iaitu nisbah 3:2:1.

Penyediakan medium memasu.


1. Sediakan bahan-bahan medium memasu yang terdiri daripada tanah loam, bahan organik,
dan pasir sungai.
2. Sukat bahan-bahan medium dengan menggunakan baldi kecil menglkut kaedah J.I.P. iaitu
dalam nisbah 7:3:2.
3. Tapis ketiga-tiga medium secara berasingan.
4. Gaul bahan-bahan medium hingga rata.

Memasu Semula Tanaman Hiasan


1. Pilih pasu yang bersaiz lebih besar daripada saiz pasu lama. Tutup lubang saliran pasu baru
dengan serpihan pasu, batu-batu kecil, atau pecahan batu-bata.
2. Masukkan medium memasu sehingga 1/3 bahagian pasu.
3. Keluarkan pokok dari pasu asal dengan mengetuk dinding pasu secara perlahan-lahan
supaya medium memasu tidak melekat pada dinding pasu. Potong akar yang terkeluar
darilubang saliran dl dasar pasu.
4. Pegang pangkal tanaman hiasan dan tarik secara periahan-lahan untuk mengeluarkannya
atau terbalikkan pasu. Kemudian, ketuk secara perlahan-lahan sehingga medium asal
terkeluar bersama-sama dengan tanaman hiasan.
5. Pangkas akarnya bersama-sama dengan 1/3 bahagian medium lama derigari pisau atau
parang.
6. Letakkan tanaman hiasan serta medium lama yang telah dipangkas di tengah-tengah
medium memasu.
7. Tambahkan medium memasu sehingga ketinggiannya 2.5 cm dari bibir pasu.
8. Siram medium setelah selesai memasu semula.
9. Kejapkan medium memasu di bahagian pangkal tanaman hiasan.
10. Letakkan pasu di tempat teduh selama beberapa hari.

Penjagaan
Penjagaan yang perlu diberi keutamaan adalah menyiram. Tujuan menyiram adalah:
• untuk melarutkan nutrien serta membantu proses fotosintesis dan transpirasi;
• untuk memudahkan akar menyerap nutrien yang larut.

49
TINGKATAN 2

BAB 1 : LUKISAN TEKNIK (ELEKTIF)

Pengenalan

Lukisan keratan penuh ialah lukisan yang menunjukkan sesuatu objek apabila objek tersebut
dipotong penuh.
Pandangan keratan biasanya dilukis dalam unjuran ortografik.
Pemotongan objek dibuat sama ada secara menegak atau merentas objek tersebut.

Tujuan membuat lukisan keratan:


a) menunjukkan bahagian-bahagian objek yang terlindung.
b) mengelakkan terlalu banyak garisan terlindung yang boleh mengelirukan.
c) membolehkan pembinaan sesuatu objek dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan
tepat.

50
TINGKATAN 2

BAB 2: ELEKTRONIK

NAMA, SIMBOL, DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

Mengenal Pasti Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik

Diod
Selain mengenal pasti namanya, anda perlu juga mengetahui simbol dan fungsi komponen-
komponen tersebut.

51
TINGKATAN 2

Simbol diod Binaan diod


Ciri-ciri
Diod adalah sejenis komponen aktif yang dibuat daripada bahan separa pengalir. Bahan
separa pengalir yang lazimnya digunakan ialah silikon, germanium, dan selenium. Bahan separa
pengalir ini terdiri daripada bahan jenis positif (P) dan bahan jenis negatif (N).
Diod mempunyai dua kekutuban iaitu kaki anod (positif) dan kaki katod (negatif). Kaki katod
(negatif) merupakan bahagian kaki yang paling hampir dengan bahagian badan diod yang
bertanda gelang.

Fungsi
Diod membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dalam satu arah sahaja, iaitu dari anod
ke katod. Diod berfungsi untuk mengesan isyarat radio, menukar arus ulang alik (A.U) kepada
arus terus serta melindungi komponen elektronik yang lain.

Jenis-jenis Diod
Diod terdiri daripada pelbagai jenis. Antara jenis-jenis diod yang lazimnya digunakan termasuklah
diod pemancar cahaya (L.E.D), diod kuasa, dan diod isyarat. Anda telah memperoleh maklumat
tentang diod pemancar cahaya (L.E.D.) di bahagian teras. Dalam bab ini pula, anda akan
memperoleh maklumat tentang diod isyarat, diod kuasa, dan diod zener. Lihat Jadual 2.1.

Diod isyarat
• digunakan untuk mengesan gelombang isyarat dan melindungi
komponen elektronik yang lain.
• badan diod dibuat daripada kaca.

Diod kuasa
• digunakan untuk menukarkan arus ulang-alik (A.U.) kepada arus
terus (A.T.),
• badan diod kuasa bewama hitam dan dibuat daripada plastik

• badan diod dibuat


daripada kaca

Perintang Peka Cahaya

Ciri-ciri
Perintang peka
cahaya atau light
dependent resistor (L.D.R.)
dibuat daripada bahan
separa pengalir seperti
germanium atau
selenium. Apabila cahaya
mengenai permukaan
perintang peka cahaya,
Diod zener nilai rintangannya akan
• digunakan untuk menstabilkan voltan bagi sesuatu bekalan kuasa berubah. Semakin terang

52
TINGKATAN 2

cahaya, semakin rendah nilai rintangannya.

53
TINGKATAN 2

Perintang peka cahaya mempunyai dua kaki yang tidak mempunyai kekutuban. Oleh itu,
penyambungan komponen ini dalam litar boleh dilakukan secara bebas.

Binaan
Perintang Peka Cahaya

Fungsi

Dalam litar, perintang peka cahaya berfungsi sebagai perintang boleh laras. Apabila perintang
peka cahaya didedahkan pada cahaya terang, nilai rintangannya rendah dan begitulah sebaliknya.

MEMBACA DAN MENTERJEMAHKAN LUKISAN SKEMATIK

Membaca dan Menterjemahkan Lukisan Skematik kepada Lukisan Bergambar


Langkah-langkah untuk membaca dan menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan
bergambar adalah seperti berikut:

Langkah Tindakan
a. Membaca lukisan skematik • Kenal pasti nama dan jenis komponen yang digunakan
dan mengenal pasti nama serta berpandukan simbol.
jenis komponen yang • Kenal pasti nilai komponen yang digunakan.
digunakan.
b. Mengenal pasti kaedah • Kenal pasti cara komponen disambung dengan komponen
sambungan antara sesuatu yang lain dalam litar.
komponen dengan komponen • Tentukan kekutuban kaki komponen pada sambungan
yang lain. yang ditunjukkan dalam lukisan skematik.
c. Menterjemahkan lukisan • Sediakan gambar rajah papan litar atau bod litar.
skematik kepada lukisan • Lukis gambar rajah tentang rupa bentuk komponen-
bergambar. komponen yang telah dikenal pasti pada rajah bod litar.
• Pastikan bahawa sambungan antara komponen-
komponen dan kekutuban kakinya adalah betul.
d. Menyemak dan • Bandingkan lukisan bergambar yang telah disediakan
membandingkan lukisan dengan lukisan skematik.
bergambar dengan lukisan • Pastikan bahawa kedudukan komponen yang dilukis pada
skematik. rajah bod litar adalah betul seperti yang ditunjukkan dalam
lukisan skematik.

54
TINGKATAN 2

PENGHASILAN PROJEK

Penghasilan projek adalah bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan tentang


komponen elektronik dan mempraktikkan kemahiran memasang serta memateri komponen
berkenaan hingga membentuk litar yang sempurna.
Proses penghasilan projek haruslah berpandukan lukisan isometrik dan lukisan bergambar. Projek
yang dipilih haruslah berkaitan dengan salah satu tema yang berikut:

(a) sensor;
(b) kombinasi sensor dan cahaya;
(c) kombinasi sensor dan bunyi;
(d) kombinasi sensor, cahaya, dan bunyi.
Langkah-langkah Menghasilkan Projek Elektronik.

Langkah-langkah Aktiviti Alatan Tangan/Bahan


Komponen-komponen yang • komponen elektronik
1. Membentuk kaki
akan digunakan di dalam litar • playarmuncung tirus
mengikut jarak pemasangan
komponen
pada bod litar. AktMti
membentuk ini turut
melibatkan kerja-kerja
membengkok kaki atau
tamatan komponen untuk
memudahkan pemasangan
dilakukan pada bod litar.

2. Memasang komponen Pasang komponen-komponen • komponen elektronik


berpandukan lukisan yang telah dibentuk kaki atau • bod litar
tamatannya pada bod litar • playarmuncung tirus
berdasarkan susunan yang • lukisan skematik
terdapat dalam lukisan • lukisan bergambar
skematik atau lukisan
bergambar. Pastikan
pemasangan dibuat dengan
betul dari aspek kedudukan
skematik komponen dan kekutubannya.
3. Menyemak kedudukan Semak pemasangan setiap • bod litar
komponen berpandukan komponen pada bod litar • lukisan skematik
lukisan skematik berulang kali, terutamanya dari • lukisan bergambar
aspek kedudukan dan
kekutubannya. Pastikan
bahawa pemasangan yang
telah dibuat adalah betul dan
tepat seperti yang terdapat
dalam lukisan skematik atau
lukisan bergambar.

55
TINGKATAN 2

4. Memateri kaki dan Pateri komponen-komponen • bod litar berkomponen


tamatan komponen yang betul pemasangannya • alatpemateri elektrik
pada bod litar dengan cermat, • pemegangalat pernateri
tepat, kemas, dan selamat. • pemegangbod litar
Paterilah komponen- • pateri
komponen pasif terlebih
dahulu sebelum memateri
komponen aktif

5. Memotong kaki Potong lebihan kaki atau • bod litar


komponen yang berlebihan tamatan komponen setelah • pemotong sisi
dengan kemas dipateri. Caranya yang kemas
ialah dengan memotong
lebihan kaki atau tamatan
rapat ke permukaan bod litar
menggunakan pemotong sisi
yang tajam.

56
TINGKATAN 2

Langkah-langkah Aktiviti Alatan Tangan/Bahan


6. Menguji projek yang Uji kefungsian projek yang • projek elektronik
telah siap dan membuat sudah siap dibina dengan • bateri 9 V
pembaikan mengalirkan arus terus dari
sumber bateri 9 V. Sebelum
projek diuji, pastikan
bahawa semua sambunga
dan pematerian adalah betul
dan tepat.
Sekiranya projek yang diuji
gagal berfungsi, semak
semula pematerian atau
pemasangan yang telah
dibuat. Jika terdapat
kesalahan, buatlah
pembetulan dan kemudian
uji semula projek berkenaan
7. Membersihkan serta Bersihkanlah peralatan dan • berus tangan
menyimpan semua alatan meja kerja yang telah • kain
dan bahan digunakan setelah projek • rak alatan
elektronik siap dibina • panel alatan
dengan sempurna. Simpan rak komponen
semua peralatan ke rak atau
panel peralatan. Simpan
lebihan bahan di
tempatyang dikhaskan.

57
TINGKATAN 2

BAB 3 : ASAS KEUSAHAWANAN

Pengertian Keusahawanan
Maksud usahawan ialah seseorang yang memulakan atau mengusahakan sesuatu perniagaan atau
perusahaan. Usahawan ialah seseorang yang berkemampuan dalam mereka cipta sesuatu produk baru
atau mengubahsuaikan produk sedia ada hingga memperoleh keuntungan serta produk ciptaannya
dapat memenuhi kehendak serta cita rasa orang ramai.
Dalam erti kata lain, usahawan sememangnya peniaga. Sebaliknya, peniaga tidak semestinya
usahawan. Hal ini dapat digambarkan melalui rajah seperti yang berikut.
Peniaga Usahawan
(a) Membeli dan menjual barangan atau (a) Berusaha mereka cipta dan
perkhidmatan sedia ada. mengubahsuaikan barangan serta
perkhidmatan baru yang lebih bernilai.
(b) Menceburi perniagaan dalam pasaran b) Merancang dan berusaha untuk
sedia ada. mewujudkan pasaran baru.
(c) Mementingkan keuntungan jangka (c) Mementingkan keuntungan jangka
pendek. panjang selain mengutamakan
sumbangan dan bakti kepada masyarakat
dan negara.
(d) Hanya sanggup menghadapi risiko yang (d) Sanggup menghadapi risiko yang besar.
terhad
(e) Berpuas hati dengan pencapaian sedia (e) Sentiasa berusaha mengembangkan
ada. perniagaan t sedia ada.
(f) Skala operasi lebih kecil dengan (f) Skala operasi mungkin kecil pada
pengendalian pengurusan yang statik. peringkat awal tetapi berpotensi untuk
berkembang pada masa hadapan.

CIRI UTAMA USAHAWAN


Mengenal Pasti Ciri Utama Usahawan
Usahawan merupakan antara penggerak ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, usahawan harus memiliki ciri-ciri
tertentu. Antaranya termasuklah kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak mengambil peluang, dan
mempunyai daya usaha yang berterusan.

Kreatif
Kreatif bermaksud kebolehan mengilhamkan dan mereka cipta sesuatu produk atau perkhidmatan yang baru dan
belum ada di pasaran.

Inovatif
Inovatif bermaksud kemampuan mengubahsuaikan nilai dan kualiti sesuatu produk di pasaran hingga menjadi lebih
baik dan sempurna.

Sanggup Menghadapi Risiko


Risiko yang mungkin dihadapi oleh usahawan termasnklah produknya tidak laku di pasaran, persaingan yang sengit,
kerugian, dan sebagainya.

Bijak Mengambil Peluang


Usahawan haruslah bijak mengambil peluang dengan tindakan yang pantas dan berkesan. Dia mestilah bijak memilih
dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baru yang dapat memberikan keuntungan

Mempunyai Daya Usaha yang Berterusan


Usahawan perlu berusaha terus untuk memajukan dan mengembangkan perniagaannya. Usahawan juga tidak
mudah berputus asa jika menghadapi masalah dalam bidang yang diceburinya.
Kelebihan Menjadi Usahawan berbanding dengan Makan Gaji
Kriteria Usahawan Makan Gaji
a) Pendapatan semakin kuat besar pulangan atau Menerima gaji bulann dan
daya usaha, semakin pendapatannya. pertambahan pendapatan
menerima gaji tetap berdasarkan pada prestasi
pada setiap buian kerja
b) Tugas/Tanggungjawab bidang tugas meliputi semua bidang tugas terhad,
aspek berdasarkan jawatan yang
disandang

58
TINGKATAN 2

c) Waktu bekerja fleksibel mengikut masa yang


ditetapkan
d) Membuat keputusan sendiri majikan
e) Kreativiti bebas berkreativiti untuk kreativiti tersekat oleh pelbagai
memastikan kejayaan peraturan yang ditetapkan
perniagaan
f) Risiko sanggup menghadapi risiko tidak sanggup menghadapi
(risiko tinggi) risiko (risiko rendah)

BIDANG KEGIATAN USAHAWAN


Terdapat pelbagai bidang perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan. Bidang-bidang ini terbahagi kepada tiga,
iaitu pengeluaran, perkhidmatan, dan pemasaran atau agihan.

Bidang Pengeluaran
Bidang pengeluaran yang diceburi oleh usahawan ialah yang berkaitan dengan aktiviti menghasilkan bahan mentah,
barang separuh siap, dan barang siap. Usahawan berperanan mengurus faktor-faktor pengeluaran seperti modal,
bahan, dan buruh.
Bidang pengeluaran terbahagi kepada kegiatan ekstraktif, pertanian, perkilangan, dan pembinaan.

A. Bidang Pengelauaran
1. Ekstraktif
Ekstraktif ialah kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada alam semula jadi seperti aktiviti-aktiviti
perlombongan, pembalakan, dan perikanan.
2. Pertanian
Pertanian merupakan kegiatan mengeluarkan bahan mentah dengan cara bercucuk tanam dan berternak.
3. Perkilangan
Bahan mentah yang diperoleh melalui kegiatan ekstraktif dan pertanian dapat diproses menjadi barang
separuh siap dan barang siap. Pemprosesan bahan mentah ini dilakukan di tempat yang khusus, iaitu di kilang.
4. Pembinaan
Pembinaan adalah kegiatan membina, memasang, atau membangunkan hasil perkilangan menjadi satu
produk siap dan boleh terus digunakan.

B. Bidang Perkhidmatan
Bidang perkhidmatan merujuk kepada kegiatan menawarkan perkhidmatan secara langsung kepada
pengguna. Perkhidmatan yang ditawarkan boleh dalam bentuk kepakaran, pengetahuan, kemahiran, dan tenaga
kepada pelanggan. Antara contoh perkhidmatan termasuklah perkhidmatan kewangan, perubatan, pelancongan,
pendidikan, dan sebagainya.

C, Bidang Pemasaran atau Agihan


Pemasaran atau agihan adalah kegiatan menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar
hinggalah kepada pengguna terakhir, iaiti orang ramai. Dalam bidang pemasaran, usahawan boleh menceburi aktiviti
perniagaan sebagai pengeluar, pemborong, dan peruncit atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sokongan atau
bantuan agihan seperti komunikasi, pengangkutan, pergudangan, dan sebagainya.

Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan


Ada pelbagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu j bakal usahawan. Agensi-agensi ini diberi
tanggungjawab untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Antara agensi-agensi kerajaan
tersebut termasuklah:

(a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)


MARA ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. MARA banyak
memberikan sumbangan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada dengan cara:
(1) memberikan latihan dan bimbingan secara teori dan amali;
(2) menyediakan prasarana seperti ruang niaga, kedai, kompleks perniagaan dan
pejabat, arked, serta bengkel perusahaan;
(3) membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal.

(b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC);


MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara yang kini dikenal
sebagai Universiti Teknologi Mara. Fungsinya ialah memberikan latihan dan pendidikan,
membuat penyelidikan keusahawanan, dan memberikan khidmat perundingan serta nasihat
kepada usahawan.
59
TINGKATAN 2

(c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA);


MIDA berperanan memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan dengan
pembangunan perindustrian. Selain itu, MIDA turut memberikan khidmat nasihat kepada
kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi pembangunan perindustrian. Badan
ini juga bertanggungjawab mengurus permohonan lesen, perlindungan tarif, pemberian taraf
perintis, dan pelepasan cukai import.

(d) UDA Holdings Berhad (UDA);


Fungsi UDA Holdings Berhad ialah merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan
di kawasan bandar dan pinggir bandar. Untuk itu, UDA turut menyediakan infrastruktur,
kawasan petempatan, kawasan perdagangan, serta kawasan perindustrian untuk kemudahan
usahawan.

(e) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI);


MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian negara. Tujuannya
adalah untuk membantu meningkatkan produktiviti pertanian. Selain itu, MARDI mengadakan
kursus-kursus tentang teknologi pertanian dan produk baru pertanian kepada usahawan.

(f) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD);


SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang
mula beroperasi pada 1 September 1996. Antara fungsinya termasuklah menentukan dan
memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi serta
memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti serta menjalankan penyelidikan dan
menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi.
(g) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB ditubuhkan dengan matlamat untuk menggalakkan, membangunkan, dan memajukan
industri kelapa sawit negara. Berfungsi menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
biologi, kejuruteraar dan pemprosesan, serta pembangunan produk

(h) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)


MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi ini
berperanan mengurus dan mengawal kualiti kemahiran negara. Beberapa skim latihan ditawarkan
kepada orang ramai untuk melahirkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi yang
dapat menyumbang kepada pembangunan industri negara.

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN


Bimbingan dan Latihan
Pelbagai kementerian terlibat dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan perniagaan dan
keusahawanan. Malah usaha ini telah dilakukan sejak peringkat sekolah rendah hingga peringkat sekolah menengah
lagi melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan, Ekonomi, dan Prinsip Akaun. Di institusi-
institusi pengajian tinggi awam dan swasta pula, pelbagai kursus dalam bidang perniagaan dan keusahawanan di
peringkat sijil, diploma, ijazah, dan sebagainya turut ditawarkan.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah
a) Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) - Pengetahuan perniagaan
b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) - Pengurusan perniagaan
c) Pusat Giat Mara (PGM) - Merekodkan simpan kira dan perakaunan
d) Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Motivasi
e) Institut Latihan Perindustrian (ILP) - Latihan semasa bekerja
f) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) - Latihan kemahiran dan persijilan

Prasarana
Prasarana atau kemudahan asas amat penting disediakan, bukan saja di kawasan petempatan tetapi juga di kawasan
yang dibangunkan sebagai pusat perdagangan dan perindustrian. Antara prasarana tersebut termasuklah
kemudahan bekalan elektrik, air, jalan raya, komunikasi, premis perniagaan, dan sebagainya. Agensi kerajaan yang
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan prasarana yang berkaitan ialah
a) UDA Holdings Berhad (UDA) • Premis perniagaan (MARA, UDA, PKEN)
b) Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Kawasan perindustrian (MARA, UDA, PKEN)
c) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) • Bekalan air, elektrik, komunikasi, (JBA,
d) Jabatan Bekalan Air (JBA) TNB,TELEKOM)
e) Jabatan Kerja Raya (JKR) • Rangkaian jalan raya (Lembaga Lebuhraya
60
TINGKATAN 2

f) Agensi kerajaan yang diswastakan tetapi Malaysia, JKR, Pihak Berkuasa Tempatan)
kerajaan masih mempunyai kepentingan
seperti:
• Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TELEKOM)
Kajian dan Penyelidikan
Aspek kajian dan penyelidikan amat penting kerana inputnya dapat meningkatkan kualiti dan daya saing sesuatu
produk. Agensi kerajaan yang berkaitan serta jenis kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah seperti yang
berikut.
a) Institut Piawaian dan Penyelidikan • mengawal dan menetapkan mutu keluaran industri
Perindustrian Malaysia (SIRIM) mengikut standard piawaian yang ditetapkan
b) Lembaga Minyak Sawit Malaysia • membuat kajian serta membangunkan dan
(MPOB) memajukan keluaran industri kelapa sawit
c) Institut Penyelidikan Getah Malaysia • membuat kajian tentang produk yang berkaitan
(RRIM) dengan getah
d) Institut Penyelidikan dan • membuat kajian tentang produk pelbagai hasil
Pembangunan Pertanian pertanian
Malaysia (MARDI)
e) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia • membuat kajian tentang hasil-hasil laut dan air tawar (LKIM)
(sungai, kolam, dan tasik)
f) Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) • mewakili kerajaan dalam pengurusan dan pemberian
subsidi kepada penanam padi, mengurus Skim
Pengilang Padi Bumiputera, dan membeli padi
daripada petani pada harga yang berpatutan
Pinjaman Kewangan i
Kewangan memang merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh bakal usahawan dan usahawan sedia ada.
Masalah kewangan menyebabkan usahawan kekurangan modal untuk meneroka bidang perniagaan baru dan
mengembangkan perniagaannya. Agensi kerajaan yang terlibat serta jenis bantuan yang disalurkan adalah seperti
yang berikut.
a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Skim pinjaman MARA
b) Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan • Pinjaman berpenggal MIDF
Malaysia Berhad (MIDF)
c) Bank Pertanian Malaysia Berhad (BPM) • skim Rancangan Berniaga Kecil-kecilan.
d) Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB)
e) Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (SJKM) • Skim menjadi penjamin kepada usahawan yang ingin
membuat pinjaman daripada institusi kewangan

Galakan dan Insentif


Kerajaan turut memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan mereka mempunyai
daya saing dan terus kekal dalam pasaran. Antara galakan dan insentif yang diberikan termasuklah seperti yang
berikut.

Taraf Perintis • Bermaksud memberikan pengecualian cukai perniagaan selama beberapa


tahun kepada syarikat yang baru sehingga perniagaannya maju dan stabil.
Duti Import • bermaksud mengenakan cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negeri.
• Bertujuan menaikkan harga barang import di pasaran tempatan dan
memberikan peluang kepada barang tempatan untuk bersaing.
Kuota • Bermaksud mengehadkan jumlah pembelian barang dari luar negeri yang
hendak dijual di pasaran tempatan.
• Bertujuan melindungi barang dalam negeri daripada persaingan dengan barang
import.
Galakan Eksport • Memberikan bantuan kepada usahawan tempatan supaya dapat meluaskan
pasaran produk mereka di luar negara.
• Contoh galakan yang diberikan ialah mengurangkan cukai eksport supaya
barang dalam negara dapat bersaing dengan barang luar negara serta
menganjurkan pameran dan lawatan.
Embargo • Bermaksud dasar pemulauan terhadap barang dan perkhidmatan dari negara
tertentu.

61

You might also like