You are on page 1of 18

CPR (CARDIO PULMONARY RESUSCITATION)

CPR penting untuk mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang
yang jantungnya terhenti

CPR terhadap mangsa boleh diberhentikan sekiranya:


 Mangsa telah pulih iaitu bernafas dan ada nadi.
 Tempat anda telah diambil alih oleh orang lain yang ada kemahiran CPR.
 Bantuan perubatan /ambulan tiba
 Anda kepenatan dan tidak dapat melakukannya lagi

Terdaat 21% oksigen di dalam persekitaran kita.


1/4 oksigen sahaja yang diserap oleh darah
16% oksigen akan dihembus keluar

Acute Coronary Syndrome (ACS).

a) cengkaman yang kuat pada dada


b) Berat pada dada
c) Sukar bernafas : sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa
aktiviti fizikal atau tekanan emosi.
d)Berpeluh
e) Rasa lemah badan
f) Sakit pada hulu hati
g) Pening kepala
h) Pengsan

KEMATIAN MENGEJUT KARDIAK (SUDDEN CARDIAC DEATH- SCA)

Renjatan elektrik
2. Lemas Air/asap
3. Keracunan / Drug Overdose
4. Kesesakan (suffocation)
5. Reaksi alergi
6. Trauma
7. Strok

1
KOMPONEN CPR

KOMPONEN MAKSUD

D DANGER (BAHAYA) Pastikan penyelamat dan mangsa berada dalam keadaan selamat dari
bahaya seperti kemalangan jalan raya, punca elektrik, letupan dan
sebagainya.
R RESPONSE (TAHAP Tentukan tahap kesedaran mangsa dengan cara:
KESEDARAN Dewasa - dengan menepuk bahu mangsa dan memanggil mangsa “Hello!
MANGSA) are you ok?”.
Bayi - dengan menepuk tapak kaki dan memanggil bayi “Baby, are you
ok?”.

S SHOUT (MINTA Minta bantuan orang yang ada di sekeliling atau buat panggilan kecemasan
BANTUAN) 999.
“Encik tolong buat panggilan 999, minta bawa AED dan kembali semula ke
sini”.
C CIRCULATION Jantung yang terhenti menyebabkan tiada pengaliran darah. Tekanan dada
(PEREDARAN membantu menyalurkan darah ke organ-organ penting seperti otak dan
DARAH) jantung. Tekanan dada yang efektif dengan kadar dan kedalaman yang tepat
serta memastikan dada kembali ke keadaan asal (complete chest recoil)
akan menghasilkan lebih banyak aliran darah. Gangguan semasa CPR akan
menyebabkan peredaran darah terhenti.
A AIRWAY (BUKA Buka salur pernafasan dan kekalkan kedudukan salur pernafasan dengan
SALUR cara dongak kepala dan angkat dagu (head tilt chin lift).
PERNAFASAN)
B BREATHING
(PERNAFASAN) Periksa pernafasan tidak lebih dari 10 saat.
Lihat pergerakan dada atau perut mangsa.
Jika mangsa bernafas dan tiada trauma letakkan mangsa dalam posisi
pemulihan (recovery position).
Jika mangsa tidak bernafas - mulakan CPR.

2
ADULT CPR

DANGER – Pastikan tempat selamat

RESPON – Tepuk bahu mangsa

SHOUT – Panggil ambulan & minta


bawa AED

AIRWAY – head tilt chin lift

BREATHING- Lihat mangsa bernafas

CHEST COMPRESSION- 30 tekanan


dada & 2 hembusan
TIADA NADI

SELEPAS 5 PUSINGAN- periksa nadi

ADA NADI

TIADA PERNAFASAN
PERIKSA PERNAFASAN

ADA PERNAFASAN
Beri Pernafasan
12 kali seminit
( satu RECOVERY POSITION
hembusansetiap 3 (POSISI PEMULIHAN)
saat)
& Tunggu bantuan tiba
-Periksa nadi setiap
2 minit

3
TEKNIK CPR

Figure 1D – DANGER
Pastikan keadaan sekeliling selamat untuk mangsa serta penyelamat.
Letakkan mangsa di tempat yang rata dan kerasa

Figure 2R – RESPONSE
Tentukan keadaan mangsa samada sedar atau tidak. Tepuk bahu mangsa
mangsa “Hello, hello are you o.k?”

Figure 3S - SHOUT
Jika tiada tindakbalas, minta bantuan , Call 999
“Encik, telefon 999 suruh bawa AED dan kembali semula ke sini.”
Jika bersendirian, hubungi talian kecemasan 999.

4
Figure 4C- CIRCULATION
Lakukan tekanan dada (push hard and fast) sebanyak 30 kali.
NOTA:
Tekan di bahagian tengah dada (atas tulang sternum). Kedalaman tekanan adalah sekurang-kurangnya 2 inci (5 cm).
Pastikan dada kembali pada kedudukan asal (complete chest recoil).
Kadar tekanan dada sekurang-kurangnya 100 tekanan /min

TEKNIK TEKANAN DADA

Kedudukan tangan : di tengah dada,


atas tulang sternum Gunakan `heel of the palm`

5
Figure 5A – AIRWAY
Buka saluran pernafasan dengan cara dongak kepala dan angkat dagu mangsa (head tilt chin lift).

Figure 4 B – BREATHING
Lihat pernafasan mangsa (pergerakan dada) kurang dari 10 saat, Sekiranya mangsa tidak bernafas, mulakan CPR

Figure 6D Beri 2 hembusan.


 Picit hidung mangsa dan mulut penyelamat mencakupi mulut mangsa.
 1 hembusan dalam 1 saat.
 Jika dada tidak naik, betulkan kedudukan kepala (reposition), dan beri hembusan kedua.
 30 tekanan : 2 hembusan
 Selepas kitaran ke-5(atau 2 minit), periksa nadi.
 Jika tiada nadi teruskan kitaran 30:2 dan periksa nadi setiap 5 kitaran atau 2 minit.

6
BARINGAN PEMULIHAN (RECOVERY OSITION)

Figure 7Sekiranya mangsa sedar, letakkan pada posisi pemulihan. (Recovery Position)
Periksa pernafasan mangsa setiap 2 minit .

7
SALURAN PERNAFASAN DEWASA TERSEKAT (CHOKING)

Faktor-faktor risiko tercekik


Ketulan makanan besar yang tidak dikunyah dengan betul.
Paras alkohol yang tinggi dalam darah.
Gigi palsu.
Bermain, menangis, ketawa atau bercakap semasa makanan berada di dalam mulut.

Tanda-tanda mangsa tercekik


1. Mangsa tidak boleh bercakap, bernafas atau batuk
2. Bunyi pernafasan berderih dan batuk-batuk - separa tersekat.

Tanda universal mangsa tercekik

“Meletakkan Ke Dua Belah Tangan Di Leher

K
Kaedah merawat orang dewasa tercekik yang SEDAR

a) Pastikan samada mangsa boleh batuk atau bercakap. Tanya mangsa “Anda tercekik? Boleh saya bantu?”
b) Sekiranya mangsa boleh batuk atau bercakap dan ada tanda kemasukan udara, GALAKKAN MANGSA UNTUK BATUK.
NOTA:
Jangan tepuk belakang mangsa
Biarkan benda asing itu keluar dengan sendiri atau ditelan masuk ke perut mangsa

8
a) Sekiranya mangsa tidak boleh bercakap atau batuk, lakukan tekanan abdomen (Heimlich
maneuver)
b) Sekiranya mangsa gemuk atau wanita mengandung , lakukan tekanan dada (chest thrust).
c) Heimlich maneuver atau tekanan dada dilakukan sehingga benda asing keluar atau mangsa tidak
sedarkan diri.

-
Tekanan ke dalam dan ke atas
-Bagi wanita mengandung lakukan tekanan dada

9
Kaedah merawat orang dewasa tercekik YANG TIDAK SEDAR

D - DANGER
Pastikan keadaan persekitaran selamat untuk mangsa dan penyelamat.
Baringkan mangsa di tempat yang selamat dan rata

S - SHOUT
Jika tiada tindakbalas, minta bantuan bagi menggerakkan sistem rawatan kecemasan

C- COMPRESSION
Lakukan tekanan dada (push hard and fast) sebanyak 30 kali.
NOTA:
Tekan di bahagian tengah dada (atas tulang sternum). Kedalaman tekanan adalah sekurang-
kurangnya 2 inci (5 cm). Pastikan dada kembali pada kedudukan asal (complete chest recoil).
Kadar tekanan dada sekurang-kurangnya 100 tekanan /min

10
A - AIRWAY
Buka salur pernafasan dengan cara dongak kepala dan angkat dagu (head tilt chin lift).

Lihat di dalam rongga mulut, keluarkan benda asing menggunakan jari jika ianya kelihatan. Jika
benda asing tidak kelihatan, jangan masukkan jari (do not blind sweep).

B- BRETHING

Beri 2 hembusan. Jika dada tidak naik betulkan posisi kepala (reposition) dan beri hembusan kedua.
Ulang 30 tekanan dada dan 2 hembusan (lihat bendasing didalam mulut mangsa setiap kali sebelum
beri 2 hembusan).
Teruskan 30 tekanan dada dan 2 hembusan sehingga
a. Bantuan tiba.
b. Bendasing keluar/tiada sekatan pada saluran pernafasan (berjaya memberi 2 hembusan yang
efektif)

Sekiranya mangsa sedar, letakkan mangsa pada posisi pemulihan (recovery position)
Periksa pernafasan mangsa setiap 2 mini

CPR UNTUK BAYI


Langkah-langkah yang perlu dalam melakukan CPR

D - DANGER
Pastikan keadaan persekitaran selamat untuk mangsa dan penyelamat.
Letakkan bayi di tempat yang selamat dan rata

R - RESPONSE
Pastikan mangsa tiada tindakbalas.
Periksa tindak balas dengan menepuk tapak kaki bayi.

S - SHOUT
Jika tiada tindakbalas, minta bantuan. Jika ada penyelamat kedua, minta beliau gerakkan sistem
rawatan kecemasan.
NOTA: Jika anda berseorangan , berikan bantuan pemulihan sebanyak 5 kitaran (atau 2 minit)
sebelum menggerakkan sistem rawatan kecemasan

A - AIRWAY
Buka salur pernafasan dengan cara dongak kepala angkat dagu (head tilt chin lift).

B-BREATHING
Lihat pernafasan mangsa (pergerakan dada) kurang dari 10 saat.

C-CIRCULATION
Jika bayi tidak bernafas, mulakan 30 tekanan dada.
Nota:
Tekan dengan 2 jari di bahagian tengah dada (atas tulang sternum) di bawah garisan nipple.
Kedalaman tekanan sekurang-kurangnya 1/3 diameter dada (1 ½ inci).
Benarkan dada kembali pada kedudukan asal.
Tangan sebelah lagi memegang di bahagian kepala bagi membuka saluran pernafasan.
Kadar tekanan dada sekurang-kurangnya 100 tekanan /min.

Diikuti dengan 2 hembusan


Mulut penyelamat mencakupi hidung dan mulut bayi.
1 hembusan dalam masa 1 saat.
jika dada tidak naik betulkan posisi kepala (reposition) dan beri hembusan kedua.

30 tekanan : 2 hembusan
Selepas kitaran ke-5(atau 2 minit), periksa nadi.
Jika tiada nadi teruskan kitaran 30:2 dan periksa nadi setiap 5 kitaran atau 2 minit.
Ulangi CPR sehingga 1. Bantuan tiba. 2. Bayi mula bergerak atau sedar.
Sekiranya bayi mula bergerak atau sedar, letakkan pada posisi pemulihan (recovery position) atau
berikan kepada penjaganya.
Periksa pernafasan bayi setiap 2 minit .
NOTA:
Kadar pernafasan normal bagi bayi adalah 20 kali/minit
SALURAN PERNAFASAN BAYI TERSEKAT (CHOKING)
1 Bayi Yang Sedar

Tanda-tanda bayi tercekik:


1. Batuk yang tidak efektif
2. Tangisan yang lemah
3. Kesukaran bernafas
4. Perubahan pada warna kulit (kebiruan).

Teknik Sandwich :
Pegang rahang bayi dan apit sebelah tangan lagi di bahagian belakangnya
Terbalikkan bayi (pusingkan dengan keadaan muka di bawah)
Letakkan bayi di atas lengan anda.
Rehatkan lengan di atas kaki sebagai penyokong dengan memasang kekuda (kaki kanan untuk
menyokong tangan kanan yang memegang bayi dan sebaliknya)
Rendahkan kepala bayi daripada dadanya, tepuk belakang bayi diantara tulang belikat sebanyak
5 kali menggunakan tapak tangan (heel of the palm

Apitkan sebelah tangan di belakang kepala bayi dan pusingkannya ke depan.


Beri tekanan dada sebanyak 5 kali, (gunakan 2 jari, di bawah garisan nipple di atas tulang sternum).
Ulang 5 tepukan belakang dan 5 tekanan dada sehingga benda asing berjaya dikelurkan atau
sehingga mangsa menjadi tidak sedar.
Jika bayi tidak sedarkan diri, lakukan CPR.

2. Bayi Yang Tidak Sedar

D-DANGER
Pastikan keadaan persekitaran selamat untuk mangsa dan penyelamat.
Letakkan bayi di tempat yang selamat dan rata.

S- SHOUT
Jika tiada tindakbalas, minta bantuan. Jika ada penyelamat kedua, minta beliau gerakkan sistem
rawatan kecemasan.
NOTA: Jika anda berseorangan , berikan bantuan pemulihan sebanyak 5 kitaran (atau 2 minit)
sebelum menggerakkan sistem rawatan kecemasan.

C-CIRCULATION
Mulakan 30 tekanan dada.
Buka salur pernafasan dengan cara dongak kepala angkat dagu (head tilt chin lift).

Lihat di dalam rongga mulut. Keluarkan benda asing jika kelihatan dengan menggunakan jari
kelingking.
Jika benda asing tidak kelihatan, jangan masukkan jari (do not blind sweep)

Beri 2 hembusan, jika dada tidak naik betulkan posisi kepala (reposition) dan beri hembusan kedua.
Ulang 30 tekanan dada dan 2 hembusan (lihat bendasing didalam mulut mangsa setiap kali sebelum
beri 2 hembusan) sehingga
Bantuan tiba.
Bendasing keluar/tiada sekatan pada saluran pernafasan (berjaya memberi 2 hembusan yang
efektif).

Sekiranya bayi mula bergerak atau sedar, letakkan pada posisi pemulihan (recovery position) atau
berikan kepada penjaganya.
NOTA:
Periksa pernafasan bayi setiap 2 minit (pernafasan normal bagi bayi adalah 20 kali/minit)

You might also like