You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YBhg Prof. Dr. Ahmad Mazli Bin Muhammad


Dekan Fakulti Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih saudari pengerusi majlis.
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Yang berusaha Dr.Janudin bin Sardi Timbalan Dekan Akademik Akademi


Pengajian Bahasa ,
Yang berbahagia En.Azhar Abdul Wahab , Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar
(HEP)
Dr.Noor Anis Othman , Timbalan Dekan Kajian Industri dan Komuniti,
Dr. NorHayuza Mohamad , Ketua Penyelaras Program Bahasa Arab Komunikasi
Professional Akademi Pengajian Bahasa.

Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT,


kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka kita dapat berkumpul bersama-
sama pada majlis ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
penganjur kerana sudi menjemput saya untuk perasmian Majlis Arabic Night
Persatuan Bahasa Arab Komunikasi anjuran Persatuan Bahasa Arab
Komunikasi Professional (PEBAKOM) Akademi Pengajian Bahasa ini. Tahniah
diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan program pada
malam ini.

Program ini julung kalinya diadakan diinspirasikan daripada Program Arabic


Night pada semester – semester yang lepas. Fokus utama program ini diadakan
adalah untuk melakukan penelusuran dan penjelajahan yang lebih mendalam
tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan bahasa Arab . Selain itu,
memperkenalkan Bahasa Arab kepada seluruh warga UiTM melalui
persembahan dan pertandingan yang menunjukkan keunikan bahasa tersebut
itu sendiri. Melalui program seperti ini peluang untuk mempelajari sesuatu ilmu
secara tidak langsung akan membentuk satu transformasi gerak kerja yang
berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan kesungguhan dalam menjayakan
program ini. Saya mengucapkan tahniah dan rasa syukur kerana program yang
sedemikian ini berjaya dilaksanakan .
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis Arabic Night ini adalah satu program terbaik yang wajar diberikan pujian
kerana bukan mudah untuk jawatankuasa program bekerjasama dalam
membuat persiapan untuk menjayakan program ini. Saya sebagai perasmi pada
malam ini berasa berbangga dan mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi
kerana berjaya melaksanakan program sebesar ini. Kejayaan ini membuktikan
bahawa mahasiswa sekalian mempunyai satu ikatan ukhuwah yang sangat utuh
dan kebijaksanaan serta pengalaman yang diperoleh semasa persiapan ini
berlangsung sedikit sebanyak memberikan satu ilmu baru dan bermanfaat untuk
digunakan pada masa akan datang.

Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dan menjadi satu asas atau
elemen penyatuan dalam semangat berpasukan serta suatu keraian yang akan
mengeratkan lagi silaturahim sesama pelajar, pensyarah dan seluruh warga
Universiti Teknologi Mara.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita
yang ikhlas dan berterusan ini akan membawa kepada kemajuan, kesejahteraan
dan keharmonian negara yang boleh kita kecapi bersama-sama untuk generasi
akan datang.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim , saya merasmikan majlis Arabic Night


Persatuan Bahasa Arab Komunikasi Akademi Pengajian Bahasa 2018.

Sekian.
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like