You are on page 1of 7

PERJANJIAN PENGURUSAN TANAH-TANAH PEKEBUN KECIL

MENGIKUT KAEDAH PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

Pada tarikh yang dinyatakan pada seksyen 1 JADUAL

DIANTARA

TUAN TANAH
Yang butirannya seperti yang dinyatakan menurut seksyen 5 JADUAL

DAN

MEOR SULAIMAN BIN MEOR ZAKARIA (ORANG KAYA JAJAHAN LUBUK JAWANG) NO
KP. 350913-08-6633
di alamat Lot 65, Kampung Jawang, 31050 Salak Utara, Perak Darul Ridzuan
1.0 MUKADDIMAH

1.1 Tuan Tanah telah bersetuju melantik Meor Sulaiman Bin Meor
Zakaria sebagai Pengurus untuk menguruskan tanah pekebun kecil
tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung
dalam Perjanjian ini.

1.2 Pengurus akan membangunkan dan menguruskan tanah yang disebut


pada perenggan 1.1 berdasarkan kepada kepakaran Pengurus dan
tertakluk kepada tahap pengurusan yang secara munasabah
diperlukan untuk kerja pengurusan sedemikian.
TAFSIRAN
Melainkan konteks ayat memerlukan maksud yang lain, bagi maksud Perjanjian ini:

“Pengurus” bermaksud Meor Sulaiman Bin Meor Zakaria atau wakilnya yang sah;

“JADUAL” bermaksud dan merujuk kepada jadual pada Perenggan 7 yang menjadi
bahagian yang mustahak pada perjanjian ini;

“Skim” bermaksud projek yang diuruskan oleh Pengurus berlandaskan prinsip


komersil yang dinyatakan pada seksyen 3 JADUAL;

“Tanah” bermaksud definisi tanah yang diperuntukkan menurut seksyen 5 Kanun


Tanah Negara, 1965 atau mana-mana peruntukan undang-undang di Malaysia;

“Milik Tanah” bermaksud milik tanah dibawah hakmilik sah menurut peruntukkan
Kanun Tanah Negara, 1965 atau mana-mana peruntukan/undang-undang di
Malaysia;

1/7
“Tanah Tersebut” bermaksud tanah yang butirannya dinyatakan pada seksyen 4
JADUAL;

“Tuan Tanah” bermaksud tuan tanah yang dibawah hakmilik sah menurut peruntukan
Kanun Tanah Negara, 1965 atau mana-mana peruntukan/undang-undang di
Malaysia dan yang butirannya dinyatakan pada seksyen 5 JADUAL.

“Penghuni Sah” bermaksud penghuni sah menurut peruntukkan Kanun Tanah


Negara 1965 atau mana-mana peruntukan/undang-undang Malaysia.

“Peringkat Pembangunan” bermaksud tempoh yang dinyatakan pada seksyen 2


JADUAL;

“Peringkat Hasil” bermaksud tempoh selepas peringkat pembangunan sehingga


tamat perjanjian;

“Pendapatan” bermaksud segala hasil dari Skim;

“Perbelanjaan mengurus” bermaksud termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa


jumlah wang yang dibelanjakan untuk pengurusan kerja di ladang termasuk bayaran
upah kerja ladang, kos operasi, kos pembiayaan, komisen, apa-apa perbelanjaan
pemulihan kebun yang disebabkan oleh bencana alam, kerosakan dan
perbelanjaan-perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke
semasa;

“Perbelanjaan pengeluaran” bermaksud kos bagi mengeluarkan hasil termasuk kos


memotong, memindah, mengangkut dan menghantar buah ke pusat jualan.

“Keuntungan bersih” bermaksud lebihan pendapatan setelah ditolak semua


perbelanjaan pengeluaran;

“Menghalang” bermaksud apa-apa perbuatan oleh Tuan Tanah atau mana-mana


individu, pihak, kumpulan atau binatang ternakan yang berada di dalam kawalan
Tuan Tanah sama ada secara langsung atau tidak langsung atau sama ada secara
berniat atau tidak yang menyebabkan Pengurus tidak dapat menguruskan tanah
tersebut secara munasabahnya;

“Mengurus” bermaksud termasuk tetapi tidak terhad kepada menjaga dan mengatur
kerja ladang seperti membersih kawasan , menanam pokok tanaman, menyenggara
ladang, mengutip dan memasarkan hasil, pembelian input dan kerja lain yang
bersangkutan yang difikirkan wajar dan perlu oleh Pengurus;

“Tempoh” bermaksud jangka masa penyertaan tuan tanah dalam skim tersebut
yang dinyatakan pada seksyen 7 JADUAL;

Perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah disifatkan dan


dikira termasuk gender feminin dan neuter dan bilangan tunggal termasuklah
bilangan banyak dan sebaliknya.

2/7
2.0 BALASAN
Sebagai balasan kepada perkhidmatan mengurus ladang oleh Pengurus ke
atas tanah tersebut, maka Tuan Tanah dengan ini bersetuju membayar dan
Pengurus bersetuju menerima habuan sebanyak kadar peratus keatas
keuntungan bersih yang dinyatakan pada seksyen 6 JADUAL.

3.0 BAYARAN HABUAN

3.1 Bayaran habuan yang disebut pada klausa 2.0 hanya dibayar kepada
Pengurus apabila skim memasuki peringkat hasil dan memperolehi
keuntungan bersih bulanan.

3.2 Adalah menjadi tanggungjawab Pengurus untuk membayar baki


keuntungan bersih bulanan kepada Tuan Tanah setelah ditolak
bayaran habuan kepada Pengurus.

4.0 DENGAN PERJANJIAN INI PENGURUS BERSETUJU:

4.1 Mengurus tanah tersebut dengan jayanya mengikut amalan biasa


pertanian;

4.2 Membelanjakan apa-apa bantuan yang sama ada daripada RISDA,


MPOB atau agensi-agensi lain untuk kepentingan dan kebaikan tanah
tersebut;

4.3 Menguruskan tanah tersebut dengan mematuhi syarat, larangan,


sekatan dan jenis penggunaan tanah yang dinyatakan atau
difahamkan dikaitkan atau dilibatkan kepada tanah tersebut atau apa-
apa yang menaklukkan Tanah tersebut dan juga peruntukan mana-
mana Akta Parlimen, Ordinan atau Enakmen yang berkuatkuasa pada
masa itu atau mana-mana peraturan atau perintah dibuat dibawahnya
yang menyentuhnya;

4.4 Mendapatkan apa-apa pembayaran tambahan bagi keperluan skim


tersebut dan akan memasukira pembiayaan ini sebagai kos kepada
skim tersebut.

5.0 DENGAN PERJANJIAN INI TUAN TANAH BERSETUJU:

5.1 Menyertai dalam skim yang dinyatakan pada seksyen 2 JADUAL ( jika
berkaitan );

5.2 Menyerahkan pengurusan tanah tersebut kepada Pengurus selama


tempoh yang dinyatakan pada seksyen 7 JADUAL;

3/7
5.3 Memberi kuasa kepada Pengurus untuk menerima bagi pihak Tuan
Tanah dan membelanjakan apa-apa bantuan berkaitan tanah tersebut
yang diterima daripada RISDA, MPOB atau agensi-agensi lain untuk
kepentingan dan kebaikan tanah tersebut;

5.4 Membenarkan hak lalu lalang dan penggunaan yang munasabah ke


atas mana-mana bahagian tanah sama ada hak lalu lalang atau
penggunaan itu oleh Pengurus atau Pekerjanya yang sah atau mana-
mana kontraktor yang secara sah dilantik oleh Pengurus bagi tujuan
menguruskan tanah tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada kerja
bangunan, pengairan, penjagaan, pengeluaran hasil dan apa jua
urusan lain yang berkaitan dengan pembangunan dan perniagaan skim
tersebut;

5.5 Memaklumkan dengan seberapa segera kepada Pengurus sekiranya


Tuan Tanah menerima apa-apa notis daripada tetapi tidak terhad
kepada mana-mana individu atau mana-mana pihak yang menuntut
kepentingan keatas tanah tersebut atau notis daripada kerajaan negeri
atau kerajaan persekutuan berhubungan dengan pengambilan tanah
tersebut;

5.6 Memberi hak kepada Pengurus atau wakilnya yang sah untuk
mendapat tawaran pertama (the right of first refusal) bagi tujuan
membeli sekiranya tuan tanah berhasrat untuk menjual tanah tersebut;

5.7 Tuan Tanah atau mana-mana indvidu atau badan yang berada di
dalam kawalan Tuan Tanah tidak walau dengan apa cara sekalipn,
sama ada secara positif atau negatif, berniat atau tidak, menghalang
Pengurus atau menyebabkan Pengurus sukar menjalankan kerja
pengurusan tanah tersebut.

6.0 DENGAN PERJANJIAN INI ADALAH DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA


PIHAK

6.1 MENGELUARKAN TANAH DARIPADA URUSAN


Tanpa menyentuh mana-mana hak Pengurusan dan Tuan Tanah yang
secara jelas diperuntukkan di dalam perjanjian ini, Pengurus berhak
untuk mengeluarkan Tanah tersebut atau sebahagian daripada tanah
tersebut dari skim ini menurut budi bicara Pengurus sekiranya
Pengurus secara munasabah berpendapat bahawa tanah tersebut
atau sebahagian tanah tersebut atau apa-apa perbuatan menghalang
atau menyebabkan terhalang Pengurusan daripada menjalankan kerja
pengurusan sewajarnya. Apabila tindakan pembuangan disebabkan
perbuatan menghalang diputuskan oleh Pengurus. Tuan Tanah
hendaklah membayar ganti rugi seperti yang tersebut di seksyen 8
JADUAL.

4/7
6.2 DENDA KE ATAS PENGURUS
Jika dan apabila Pengurusan gagal disebabkan kelemahannya sendiri,
baki nilai bantuan tanam semula dalam Skim (jika berkaitan) yang telah
digunakan oleh Pengurus hendaklah dikembalikan tanpa faedah
kepada Tuan Tanah.

6.3 LANJUT TEMPOH PERJANJIAN


Perjanjian ini boleh dilanjutkan tempohnya atas persetujuan kedua-dua
pihak.

6.4 KEROSAKAN SEBAB BENCANA ALAM


Pengurusan tidak bertanggungjawab keatas kerugian yang dialami jika
berlaku bencana alam seperti ribut, kebakaran, banjir, kemarau dan
serangan binatang atau kerosakan-kerosakan lain yang bukan
disebabkan kecuaian Pengurus.

6.5 PERJANJIAN MENGIKAT


Perjanjian ini adalah dimaksudkan dan diniatkan mengikut kepada
Tuan Tanah termasuk warisnya, pengganti dalam hakmilikannya, wakil
peribadinya dan penerima serahaknya.

6.6 AKUJANJI
Kedua-dua pihak yang menandatangani Perjanjian ini berakujanji
bahawa mereka mampu dan berkuasa di sisi undang-undang Malaysia
untuk mengikat diri mereka dalam Perjanjian ini.

6.7 PINDAAN
Bahawa apa-apa pindaan, tambahan atau pengurangan kepada
perjanjian ini boleh dipertimbangkan dengan syarat satu bulan notis
bertulis hendaklah terlebih dahulu diberi kepada mana-mana pihak
yang terlibat. Apa-apa pindaan, tambahan atau pengurangan kepada
Perjanjian ini hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

6.8 INGKAR JANJI


Sekiranya Tuan Tanah mengingkari mana-mana terma di dalam
perjanjian ini Pengurus berhak menamatkan keseluruhan perjanjian ini
dan tuan tanah hendaklah membayar ganti rugi dinyatakan pada
seksyen 8 JADUAL.

6.9 PENGISYTIHARAAN TERMA TIDAK SAH


Sekiraya mana-mana terma dalam perjanjian ini diisytiharkan tidak sah
atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang di Malaysia,
maka terma tersebut dianggap terbatal dan diasingkan tanpa
menjejaskan keseluruhan Perjanjian ini.

5/7
6.10 SERAHAK
Perjanjian ini boleh diserahakkan kepada pihak ketiga.

6.11 PENAMATAN PERJANJIAN


Perjanjian ini boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak.
(a) Tuan Tanah memberi tiga (3) bulan notis bertulis dan hendaklah
membayar kesemua ganti rugi yang dinyatakan pada seksyen 8
JADUAL; atau

(b) Pengurus memberi tiga (3) bulan notis bertulis dan hendaklah
membayar kesemua baki nilai bantuan tanam semula dalam Skim
(jika berkaitan) yang telah digunakan.

6.12 BENCANA ALAM DAN LAIN-LAIN


Sekiranya terjadi apa-apa keadaan yang termasuk tetapi tidak terhad
kepada bencana alam, peperangan sama ada diisytiharkan atau tidak,
mogok pekerja, kacau bilau atau apa-apa yang lain yang
menyebabkan atau boleh menyebabkan Pengurus sukar untuk
menjalankan kerja pengurusan, maka Pengurus hendaklah secara
bertulis memaklumkan kepada Tuan Tanah mengenainya dan
6.12.1 Jika difikirkan patut olehnya, Pengurus boleh memberhentikan
sementara kerja pengurusan dan Pengurus hendaklah
mengambil langkah-langkah perlu untuk memperbetulkannya;
atau
6.12.2 Sekiranya Pengurus berpendapat bahawa kerosakan akibat
daripada bencana di atas adalah sukar untuk diperbetulkan
maka Pengurus berhak untuk menggantung Perjanjian ini
sehingga satu penyelesaian dipersetujui oleh kedua-dua pihak;
atau
6.12.3 Sekiranya di dalam tempoh masa yang munasabah, keadaan
dan kejadian masih berterusan atau adalah mustahil sama
sekali bagi Pengurus untuk meneruskan sebarang kerja
pengurusan maka Pengurus secara bertulis berhak
menamatkan perjanjian di mana penamatan penjanjian ini
berkuatkuasa serta merta dari tarikh notis pengurus dan,
waulaupun sedemikian, Pengurus adalah masih
bertanggungjawab untuk membayar kepada Tuan Tanah apa-
apa bayaran yang sepatutnya dibayar sebelum daripada
kejadian tersebut.

6.13 STATUS PERJANJIAN


Tanpa menyentuh mana-mana hak Pengurus dan Tuan Tanah yang
sedia termaktub di dalam Perjanjian ini, Perjanjian ini tidak bermaksud
untuk mengwujudkan apa-apa usahasama atau perkongsian atau
hubungan prinsipal dan agen di antara Pengurus dan Tuan tanah.

6/7
PIHAK-PIHAK KEPADA PERJANJIAN INI MENURUNKAN TANDATANGAN
SEPERTI BERIKUT:

Bagi pihak dan untuk


Meor Sulaiman Bin Meor Zakaria ………………………………..
(Orang Kaya Jajahan Lubuk Jawang)

Di hadapan ………………………………..
Nama :
No Kad Pengenalan :

Tuan Tanah
…………………………………

Di hadapan ………………………………….
Nama :
No Kad Pengenalan :

7/7

You might also like