You are on page 1of 3

PERSETUJUAN / PERJANJIAN

SEWA RUANG/ TAPAK NIAGA


KAMPUNG SUNDOU,KEPAYAN
JALAN CYBER CITY,
OFF JALAN LINTAS
KOTA KINABALU
DI ANTARA :
PEDDY VAN HOUTEN @ PEDDIE
PETI SURAT 12708
KAMPUNG KEPAYAN
88830 KOTA KINABALU
( K/P : 520828-12-5219)
PEMILIK

DENGAN :
SUTARNI CHUMING FAUZIAH BINTI SUDIMAN
P-11-0 CYBER CITY PHASE 2
JALAN CYBER CITY
OFF JALAN LINTAS
KOTA KINABALU
( K/P : 531204-12-5214 )
PENYEWA

BERTARIKH PADA ___/___/____


PERSETUJUAN / PERJANJIAN
SEWA RUANG/ TAPAK NIAGA
KAMPUNG SUNDOU,KEPAYAN
JALAN CYBER CITY,
OFF JALAN LINTAS
KOTA KINABALU
Perjanjian ini diperbuat pada ___/___/_____, diantara PEDDY VAN HOUTEN @ PEDDIE
( K/P : 520828-12-5219 ). ( Kemudian daripada ini disebut sebagai pihak pertama ) .dengan
SUTARNI CHUMING FAUZIAH BINTI SUDIMAN ( K/P : 531204-12-5524 ). ( Kemudian
daripada ini disebut pihak kedua ).
Bahawasanya :
a) Pihak pertama adalah pemilik sebenar sebuah ruang/tapak niaga beralamat di
KAMPUNG SUNDOU,KEPAYAN,JALAN CYBER CITY,OFF JALAN LINTAS, KOTA
KINABALU
b) Pihak pertama telah bersetuju menyewakan bangunan ruang/tapak niaga kepada pihak kedua
menurut terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang berikut :

MAKA DENGAN INI DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA PIHAK SEPERTI


BERIKUT :
1. Kadar Sewa yang dipersetujui ialah RM 20 sebulan . Sewa ini hendaklah dibayar oleh pihak
kedua kepada pihak pertama tidak lewat daripada 07hb setiap bulan secara wang tunai atau
apa-apa cara yang dipersetujui bersama .
2. Deposit :
Tiada
3. Tempoh Penyewaan :
Tempoh penyewaan perjanjian ini adalah selama 3 tahun mulai 20 April 2015 dan selepas
tamat tempoh nya kedua-dua pihak akan menyambung semula perjanjian ini mulai 20 APRIL
2017 dengan terma dan syarat-syarat yang baharu .
4. Notis penamatan :
Sekiranya pihak kedua tidak lagi berminat menyewa ruang/tapak niaga disewa , maka pihak
kedua hendaklah memberitahu terlebih dahulu kepada pihak pertama ( pemilik ) dengan cara
bertulis satu bulan terlebih dahulu kepada pihak pertama.
5. Kerosakan bangunan :
Apa-apa kos pembaikkan kerosakan tapak/ruang niaga disebabkan oleh penyewa hendaklah
dibaiki oleh penyewa dan perbelanjaan ditanggung oleh penyewa .
6. Pengubahsuaian :
Pihak kedua tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa pengubahsuaian tapak/ruang niaga
kecuali dengan keizinan pihak pertama.
7. Penyewaan Sebahagian :
Pihak kedua tidak dibenarkan menyewa mana-mana bahagian kepada pihak lain melainkan
dipersetujui oleh pihak pertama .
8. Penamatan sewaan :
8.1 : Penyewa akan menyerahkan semula bangunan tapak/ruang niaga yang disewa kepada
pihak pertama jika tidak membayar sewa selama dua bulan berturut-turut tanpa sebab .
8.2 : Penyewa harus mengosongkan bangunan tapak/ruang niaga yang disewa apabila pihak
pertama menghantar notis 2 bulan terlebih awal atas seba-sebab tertentu tanpa membawa apaapa hal .

8.3 : Pihak pertama juga akan menghantar notis penamatan sewaan sekiranya pihak kedua
didapati bersalah dalam perlanggaran undang-undang sivil/syariah oleh pihak makhamah.
9. Bayaran Bil-bil :
Bil-bil seperti elektrik , air dan telefon yang digunakan oleh pihak penyewa hendaklah
dijelaskan oleh pihak penyewa dengan sempurna sepanjang perjanjian ini dilaksanakan .
10. Cukai Pintu / Cukai Tanah :
Cukai tanah dan cukai pintu akan dijelaskan oleh pemilik ( pihak pertama ) kepada pihak
berkuasa .
11. Kos perjanjian setemping :
Kos bayaran setemping perjanjian ini ditanggung oleh penyewa .

BAGI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI , KEDUA-DUA PIHAK DENGAN INI


MENURUNKAN TANDATANGAN MASING-MASING DENGAN SEORANG SAKSI
PADA HARI DAN TARIKH DIATAS .
1. DITANDATANGANI OLEH PIHAK PERTAMA :

.
( PEDDY VAN HOUTEN @ PEDDIE K/P : 520828-12-5219 )
2. DITANDATANGANI OLEH PIHAK KEDUA :

..
( SUTARNI CHUMING FAUZIAH K/P : 531204-12-5214 )
3. TANDATANGAN SAKSI :
.
(

You might also like