You are on page 1of 6

KURSUS:

ASIA SELATAN ABAD KE-20


(HSS3013)

TUGASAN INDIVIDU

TERJEMAHAN TEKS:
PERSPEKTIF
(A HISTORY OF INDIA)

(KUMPULAN A)

NAMA PHILLA LAI

NO. MATRIK D20141067562

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEJARAH

SEMESTER SEMESTER 8

PENSYARAH DR. SAHUL HAMID MOHAMED MAIDDIN


PERSPEKTIF

Negara India terbentuk daripada tradisi yang hebat. Ini dibuktikan daripada kemunculan

kerajaan-kerajaan kecil di dataran Gangetik, empayar-empayar besar zaman dahulu, kerajaan-

kerajaan serantau zaman pertengahan, empayar Mughal, kerajaan India British dan akhirnya

Kesatuan India menandakan perkembangan dalam politik. Perkembangan ini merangkumi

semua bahagian negara yang besar. Malahan, kerajaan-kerajaan pada zaman pertengahan ini

sejarah mereka dianggap sebagai satu langkah berani untuk keluar daripada kecenderungan

kebiasaan dan berkhidmat dengan tujuan menghasilkan kerajaan yang seragam. Pembentukan

keadaan awal ini tidak diandaikan sebagai negara-negara moden. Mereka terdiri daripada

rangkaian bandar-bandar dan kuil-kuil, pahlawan-pahlawan, para pendeta dan kampung.

Terdapat banyak hak-hak kuasa tempatan, namun hanya raja sahaja yang dapat menguasai,

menyelesaikan masalah dan campur tangan dalam konflik setempat kerana raja dianggap

daulat.

Wilayah negara moden di India diperkenalkan ketika pemerintahan empayar Mughal,

yang mana sistem politik, ketenteraan dan kewangan turut ditiru oleh musuh dan pengganti

mereka. Mughal telah mengubah sistem ketenteraan feudal yang pada masa itu menjadi sistem

birokrasi, walaupun mereka tidak mengasingkan fungsi ketenteraan dan pentadbiran awam

dengan jelas. Pegawai-pegawai monarki kesemuanya memiliki pangkat ketenteraan dan

memegang jawatan dalam pentadbiran pada satu masa yang sama. Kebanyakan mereka

mewakilkan tugas awam dan pentadbiran kepada orang bawahan mereka.

Apabila British telah mengambil alih pemerintahan Mughal, British telah bertindak

‘mentamadunkan’ struktur pentadbiran dengan menggantikan pegawai tentera kepada

penjawat awam. Penjawat awam ini kemudiannya muncul sebagai 'tulang belakang' kepada

empayar British India. Pada masa yang sama British telah memperkenalkan undang-undang

1
dan mahkamah mereka sehingga ke kawasan pedalaman India. Hak kuasa tempatan serta

penasihat kerajaan telah digantikan oleh hakim. Undang-undang dan bidang kuasa British ini

telah memberikan impak terhadap kehidupan orang India. Perubahan arus pergolakan

kebangsaan dan pembaharuan perlembagaan telah menimbulkan komitmen kepada bentuk

kerajaan berparlimen. Namun, proses penyerahan kuasa oleh British sering kali ditangguhkan

dan penangguhan untuk demokrasi berparlimen sepenuhnya telah mendorong kaum nasionalis

India untuk berusaha mencapai matlamat kerajaan parlimen negara yang lebih kuat.

Federalisme yang diperkenalkan oleh British sebagai alat untuk penyebaran kuasa dari segi hak

kuasa wilayah adalah bertentangan dengan kehendak nasionalis, namun begitu ia tetap

dikekalkan setelah kemerdekaan.

Memandangkan kedua-dua tradisi politik Mughal dan British India adalah sangat

sentralis, sentralisme ini kemudian ditiru oleh kaum nasionalis India. Ia memuncak ekoran

daripada Pemisahan India, yang menunjukkan bahawa ia adalah perlu untuk integrasi negara.

Sentralisme ini menyumbang kepada tradisi dalam perkhidmatan awam yang mengambil alih

jawatan dan pemindahan kuasa berdasarkan rundingan. Keperluan pembangunan negara-

negara persekutuan tidak disedari sebagai akibat dari sentralisme yang meluas ini, dan baru-

baru ini kesedaran tentang nilai federalisme untuk negara yang luas seperti Kesatuan India jelas

terbukti.

Satu lagi elemen penting dalam tradisi politik India ialah sekularisme India. Banyak

aliran keagamaan India yang berada di bawah rubrik umum Hindu sentiasa diberikan hak kuasa

yang besar dalam bidang politik. Apabila pemimpin Islam menakluki sebahagian besar India,

mereka membawa idea yang berbeza iaitu kerajaan sebagai sebuah perbadanan umat Islam

yang paling banyak memberi perlindungan kepada orang-orang yang tidak percaya. Tetapi

dalam amalan politik sebenar mereka perlu mengambil perhatian bahawa hakikatnya majoriti

rakyat India adalah orang yang tidak percaya. Ketika British menakluki India mereka tidak

2
menjadikannya sebuah kerajaan Kristian. Begitu juga ketika Kongres Nasional India mencabar

pemerintahan British, organisasi ini sangat berhati-hati untuk mengekalkan corak sekular. Ini

bukan sekadar ideologi tetapi ia juga kepentingan politik, hal ini kerana sesiapa yang ingin

membina perpaduan dalam platform sektarian sudah pasti terasing daripada arus kehidupan

politik. Dasar British 'membahagikan dan memerintah', merupakan pengenalan kepada

pengasingan pemilih untuk Muslim India yang akhirnya membawa kepada pemisahan India.

Keadaan ini membuktikan Kongres Nasional India lebih patuh kepada sekularisme, yang

kemudiannya menjadi prinsip panduan Kesatuan India. Jawaharlal Nehru melihat republik

sekular ini merupakan ajaran yang benar dari negara India di mana ia akan berkembang dari

segi perpaduan negara moden. Dalam hal ini pandangannya sependapat dengan para nasionalis

liberal terdahulu seperti Ranade dan Gokhale, yang mengharapkan transformasi masyarakat

India menjadi negara moden. Proses ini masih berlaku dan terdapat banyak halangan yang perlu

diatasi dengan tindakan bersepadu.

Salah satu masalah yang membasmi negara India adalah kewujudan percanggahan

serantau yang hebat. Negeri-negeri di bahagian barat India, termasuk Tamil Nadu, setanding

dengan Amerika Latin jika dilihat pada perkara umum dalam kehidupan, mereka merupakan

negeri-negeri timur yang berada pada tahap keadaan termiskin di Afrika. Dinamika

pembangunan ekonomi biasanya tidak berkurangan, malah meningkat. Oleh itu, kawasan-

kawasan yang terlalu ramai dan tidak berpotensi di timur tetap mundur, sementara di bahagian

barat terus melangkah ke hadapan. Di bahagian barat wilayah India, iaitu pertumbuhan bandar

besar dengan perbelanjaan bandar-bandar yang lebih kecil, turut menimbulkan masalah.

Masalah sedemikian perlu ditangani. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, daerah desa

yang terpencil dan padat penduduk di utara Varanasi dan Patna, diduduki oleh empat puluh

juta orang, yang kebanyakannya miskin dan dieksploitasi juga turut menuntut perhatian segera.

Tugas tersebut memerlukan banyak stamina dan kekuatan dalam sistem politik. Rekod yang

3
telah diperiksa di sini telah menunjukkan kekuatan ini; ia juga telah memberikan bukti bahawa

banyak masalah yang masih belum dapat diselesaikan. Ini merupakan cabaran-cabaran masa

depan.

ULASAN TEKS

Perkembangan politik di India berlaku secara berperingkat mengikut kerajaan yang

memerintah. Sebelum pembentukan India moden, sistem raja berdaulat membolehkan raja

berkuasa mutlak dalam hak-hak kuasa tempatan dan campur tangan dalam pentadbiran negara

sekaligus membenarkan raja menjadi hakim kepada masalah yang dihadapi oleh orang India.

Pembentukan wilayah moden di India bermula ketika pemerintahan empayar Mughal.

Empayar Mughal memperkenalkan sistem yang lebih moden dan telah diikuti oleh musuh dan

juga pengganti mereka yang baharu. Perubahan dilakukan dengan menggantikan sistem

ketenteraan feudal kepada sistem birokrasi tetapi sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh

empayar Mughal ini hanya memberikan jawatan kepada pegawai-pegawai yang berpangkat

tentera tetapi urusan pentadbiran dilaksanakan oleh orang bawahan. Oleh itu, apabila British

telah menguasai India setelah kemerosotan kerajaan Mughal, pihak British telah mengubah

struktur pentadbiran tersebut dengan menggantikan pegawai tentera kepada penjawat awam

sekaligus memperkenalkan undang-undang dan mahkamah-mahkamah. Proses pembahagian

kuasa yang dilakukan oleh British telah menyebabkan penangguhan yang berulang kali

terhadap penggubalan demokrasi berparlimen di India, dan keadaan ini telah memberikan

impak kepada orang India sehingga munculnya kebangkitan golongan-golongan nasionalis

yang berusaha untuk mencapai kemerdekaan.

Antara corak politik di India ialah sentralis. Sentralisme di India dipengaruhi oleh

struktur pentadbiran British dan Mughal yang bersifat sentralis sehingga mendorong golongan

4
nasionalis India untuk mengikutinya. Selain itu, tradisi politik di India juga bercorak

sekularisme dan ini dibuktikan dengan penaklukan British terhadap India, di mana British tidak

menjadikannya India sebagai sebuah kerajaan Kristian. Malah dasar British ‘membahagi dan

memerintah’ merupakan pengasingan pemilih untuk muslim India yang akhirnya membawa

kepada pemisahan India. Dasar British ini adalah disebabkan politik Islam yang bersifat

sektarian ketika sebahagian besar India ditakluki oleh pemimpin Islam. Kongres Nasional

India turut mengekalkan sekularisme dalam politik India yang kemudiannya menjadi panduan

kepada Kesatuan India. Corak republik sekular ini turut disokong oleh Jawaharlal Nehru. Hal

ini demikian kerana, ia merupakan cara yang berkesan bagi membantu perpaduan negara India

yang moden. Kekuatan dari segi politik adalah amat penting bagi mengatasi masalah dan

percanggahan yang berlaku di India untuk membentuk perpaduan negara moden.

You might also like