You are on page 1of 1

Ronald Deck Yami (D20171078135)

Refleksi HARI KELUARGA


Pada 28 April 2018, kumpulan M bagi subjek Pembangunan Sahsiah (KKD 2063) telah
melaksanakan tugasan Outreach iaitu Hari Keluarga Kumpulan M bermula pada pukul 7:30
pagi dan tamat pada sekitar 12:00 tengah hari. Semasa hari keluarga ini, kami telah ditetapkan
dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti sukaneka. Kami telah melakukan
senamrobik sebelum memulakan acara sukaneka tersebut. Terdapat 4 sukaneka yang diadakan
termasuklah permainan “sambung kasih”, pecah belon, “kau gerak kau mati” dan “passing
tepung” . Daripada keseluruhan aktiviti outreach kami ini, saya dapat merasakan bahawa
hubungan antara setiap kami semakin erat. Sebelum aktiviti outreach ini diadakan, hubungan
kami sekelas tidaklah begitu erat tetapi selepas mengikuti program outreach kami ini, kami
boleh berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain dan berasa dalam zon yang selesa
apabila bergaul di antara satu sama lain. Ini disebabkan kami saling sokong-menyokong antara
satu dengan yang lain semasa melakukan aktivit-aktiviti sukaneka tersebut. Hal ini dapat
diaplikasikan di dalam sekolah kelak nanti. Sebagai guru, sikap saling membantu dan sokong-
menyokong harus ada dalam diri mereka supaya mereka dapat membantu murid-murid untuk
memahami dalam suatu pelajaran. Selain itu, sifat yang mudah mengeratkan hubungan dengan
orang lain juga perlu ada dalam diri seorang guru. Dengan adanya sifat ini, guru dapat
mengeratkan hubungan mereka dengan murid dan seterusnya membawa keselesaan kepada
murid-murid untuk menanyakan soalan atau meluah kepada guru mereka tanpa segan silu.

You might also like