You are on page 1of 4

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

Slot 2

LDK 1

Tarikh/Hari

01 Julai 2013 (Isnin)

Masa

2.30ptg 4.30ptg

Aktiviti

Ice Breaking

Encik.Khalil dan Encik.Syukor telah mengendalikan sesi ini. Pada permulaannya


Encik. Khalil suruh kami berdiri dalam satu bulatan yang besar dan seterusnya orang yang
sebelah berdiri di hadapannya dan diberi tugasanya menyayikan satu lagu iaitu langkah ke
kanan, langkah kiri dan langkah ke kiri. Apabila melakukan aktiviti ini, kami akan mengenali
semua kawan yang ada di situ antara satu sama lain. Dengan aktiviti ini, kami dapat
mengenali biodata mereka.
Seterusnya, saya turut belajar sesuatu daripada Encik.Khalil iaitu kita seharusnya
berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada pada
orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk
meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan.
Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang
baharu. Untuk menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada
bagi mewujudkan kelainan.
Ice breaking ini memang menarik dan menyenangkan. Sudah pasti jikalau tiada ice
breaking kami akan terasa hambar dan membosankan. Ice breaking membuat perserta
bersemangat serta enjaga mood agar selalu positif. Dengan ini, saya sedar bahawa aktiviti
ice breaking memainkan peranan yang penting untuk mendekatkan diri dengan peserta.
Oleh itu, ilmu ini akan saya gunakan kelak sebagai seorang guru sebelum memulakan
sesuatu aktiviti.

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

LDK 1

Ice-Breaking

Tarikh/Hari

01 Julai 2013 (Isnin)

Masa

2.30ptg 4.30ptg

Dalam LDK pertama ini, En.Khalil telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah
menjalankan beberapa aktiviti yang menarik tetapi di sebalik aktivitinya juga tersirat
beberapa makna. Beliau telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik seperti yang berikut:

Mengumpulkan kad nama di suatu tempat dan apabila tiup viselnya, setiap
orang perlu mengambil satu kad nama dan pulangkan kad nama tersebut

kepada orang yang sepatutnya.


Berkumpul mengikut nama huruf pertama.
Berkumpul mengikut bulan lahir yang sama
Berkumpul mengikut negeri yang sama
Berkumpul mengikut saiz kasut yang sama
Berkumpul mengikut ketinggian yang lebih kurang sama
Berkumpul mengikut umur yang sama.
Para guru pelatih berkumpul mengikut nilai wang yang secukupnya.
Setiap guru pelatih diberikan sehelai kertas A4, dan mengoyakan kertas

tersebut mengikut arahan fasilitator.


Dalam kertas tersebut, mereka menulis huruf yang disukai dan seterusnya
membina beberapa cogan kata dengan menggunakan huruf-huruf yang sedia
ada

Aktiviti sebegini telah mengeratkan hubungan silathurahim antara satu sama lain.
Beliau telah menjalankan aktiviti ini dengan penuh semangat dan berwibawa. Keadaan ini
telah membakar semangat kami sebagai seorang yang bakal menjadi guru di sekolah
kelak.

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

LDK 2

Kemahiran berfikir

Tarikh/Hari

01 Julai 2013 (Isnin)

Masa

9.30mlm 12.00t/mlm

Dalam LDK kedua ini, En.Syukor telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah
menjalankan beberapa aktiviti yang menarik tetapi di sebalik aktivitinya juga tersirat
beberapa makna. Beliau telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik seperti yang berikut:

Secara berkumpulan kami menyanyi satu lagu yang dicipta oleh fasilitator

kami Encik.Syukor iaitu lagu kami anak muda.


Seterusnya,beliau telah mengajar satu tepukan terimah kasih.
Aktiviti sterusnya adalah menyusun satu kad board mengikut (ILT)
Ikat tali secara bersilang antara dua orang dan cara mengeluarkan balik tali

tersebut.(menyelesaikan masalah)
Aktiviti kira petak 16.(kecerdasan untuk minda)
Memberikan satu kertas A4 setiap kumpulan dan perlu berdiri diatas kertas

tersebut. Ini adalah satu aktiviti rangsangan pemikiran.


Seterusnya refleksi perlu membentangkan refleksi kumpulan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau telah merangksangkan fikiran serta telah
mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan kerana berlaku komunikasi antara kita bagi
mendapatkan jawapan untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Selain daripada itu, kerjasama antara
kumpulan adalah amat penting dalam aktiviti-aktiviti ini. Sekiranya tidak ada kerjasama
antara kumpulan kita tidak boleh Berjaya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

LDK 3

Latihan Dalam Kumpulan

Tarikh/Hari

02 Julai 2013 (Selasa)

Masa

9.30mlm 12.00t/mlm

Dalam LDK ketiga ini, En.Syukor telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah
menjalankan satu aktivitinya juga tersirat beberapa makna. Iaitu yang bertajuk Dara dan
Uda. Aktiviti ini sedikit berbeza daripada aktiviti yang dijalankan sebelum ini. Pada
permulaannya beliau telah memberikan satu cerita pendek yang bertajuk Dara dan Uda.
Beliau telahpun memberikan kami 15 minit untuk membaca cerita tersebut. Selepas itu,
beliau memberikan kami satu kertas mah-jong dan pen marker bagi setiap kumpulan.
Seterusnya beliau menyuruh kami menulis nilai-nilai murni yang ada pada semua
watak yang ada dalam cerita tersebut. Soalan keduanya perlu menulis watak yang paling
suka dan watak yang paling benci. Soalan seterusnya adalah perlu menyenaraikan sebabsebabnya sekali.
Apabila sudahpun selesai tugasan yang pertama ini, tugasan keduanya adalah
setiap kumpulan perlulah membuat pembentangan di hadapan semua dan memberi hujahhujah mereka. Sebelum membuat pembentangan setiap kumpulan perlulah membuat satu
cogan kata mengikut kumpulan. Setiap kumpulan membuat dengan baik dengan kreativiti
masing-masing. Aktiviti ini berakhir dengan refleksi kumpulan.

You might also like