You are on page 1of 3

KERTAS KONSEP

TAJUK:

PERTANDINGAN KEMAHIRAN DEKORASI KEK

1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan dekorasi kek dianjurkan bagi mengcungkil bakat dan kreativiti
murid-murid sekolah-sekolah Pendidikan Khas Integrasi Negeri Sarawak yang
boleh ditonjolkan kepada peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan dekorasi kek
ini dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di luar kelas .

2.0 RASIONAL

Memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas menonjolkan bakat dan


potensi diri mereka dalam program berbentuk kemahiran.

3.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas serta diharap


dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran diri di samping
meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung
melalui pertandingan

4.0 OBJEKTIF

i. Mencungkil dan mengasah bakat sedia ada murid .


ii. Menggalak dan menarik minat murid-murid Pendidikan Khas mendalami ilmu
kemahiran.
iii. Memupuk keyakinan diri yang tinggi dalam diri setiap murid
iv. Meningkatkan kemahiran sosialisasi murid Pendidikan Khas dengan
masyarakat luar
5.0 TEMPOH / JANGKAMASA

2 jam

6.0 SASARAN

i. Murid-murid Pendidikan Khas sekolah rendah dan menengah yang lahir pada
dan selepas 1999 hingga 2005 dan sedang belajar di Program Pendidikan
Khas Integrasi;
ii. Guru-guru Pendidikan Khas Negeri

12.0 SYARAT PERTANDINGAN


i. Pertandingan ini adalah secara individu.
ii. Hanya seorang guru dibenarkan memberi arahan kepada peserta
tetapi perlu berada dalam kawasan yang telah ditetapkan.
iii. Kek yang didekorasi adalah 100% oleh murid.
iv. Tema pertandingan ini ialah bebas.
v. Setiap peserta perlu menghias sebiji kek yang disediakan oleh
pihak penganjur.
vi. Kek yang disediakan adalah kek span (sponge) .
vii. Segala peralatan dan hiasan (icing) untuk menghias kek tidak
disediakan oleh pihak penganjur. Setiap peserta perlu membawa
peralatan dan bahan hiasan sendiri.
viii. Masa yang diberikan adalah 2 jam sahaja.
ix. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah
tanggungan sekolah masing- masing.
x. Setiap peserta perlu berada 15 minit awal sebelum pertandingan
dimulakan.
xi. Kategori adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu masalah
pembelajaran (BP) dan masalah pendengaran (BD)
13.0 ASPEK PEMARKAHAN

Bil PERKARA MARKAH MARKAH YANG


DIPEROLEH
1 KREATIVITI
- Dekorasi yang dihasilkan
30
menarik dan mengembangkan
sesuatu idea baru
2 KEKEMASAN
- Kek yang didekorasi kelihatan 30
kemas dan cantik.
3 KEASLIAN HASIL KERJA
- Dekorasi yang dihasilkan
20
adalah idea daripada murid
sendiri
4 KEBERSIHAN TEMPAT
- Kebersihan sebelum ,semasa, 10
dan selepas mendekorasi kek.
5 NILAI KOMERSIAL
- Produk yang dihasilkan
10
mempunyai nilai komersial dan
boleh dipasarkan
JUMLAH MARKAH

14.0 PENUTUP

Penganjuran Pertandingan Kemahiran Dekorasi Kek ini diharap dapat meningkatkan


tahap kemahiran murid dan mewujudkan suasana kasih sayang serta kerjasama
antara murid-murid khasnya dan seluruh warga sekolah umumnya Selain itu,
penganjuran karnival ini juga dapat dijadikan landasan mencungkil dan mengasah
bakat semulajadi murid dalam bidang kemahiran dekorasi kek.

You might also like