You are on page 1of 12

Tajuk: Keindahan alam sekitar di negara kita semakin

terancam oleh aktiviti manusia. Pada masa yang sama


kesedaran untuk menjaga keindahan alam sekitar dipandang
remeh oleh orang ramai. Pada pandangan anda, apakah
kepentingan untuk mengindahkan alam sekitar dan apakah
langkah yang perlu diambil untuk menjayakan usaha ini?

Nama : Nancy Jong Wun Min


Kelas : L6A3
Guru : Mohammad Nasir
Pendahuluan:
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai
kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung
kepada sumber-sumber semula jadi di permukaan bumi ini. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan
kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan
aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di
negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga
kerbersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran
yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat
dan sejahtera.

78pp
Isi1:
Kepentingan menjaga alam sekitar adalah penting untuk manusia,
terutamanya terhadap sistem pernafasan kita. Persekitaran yang
bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang
bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen
ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih
membolehkan kita menikmati keselesaan. Selain daripada itu,
orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan
tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih
akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia
Isi2:
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk
mengelakkan kepupusan. Alam sekitar merupakan tempat
tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan
penting dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya
mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada
angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah
satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi.
Penerbangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan
cuaca menjadi semakin panas dan kering. Ini akan menjejaskan
pertumbuhan flora, dan fauna pula akan kehilangan habitatnya.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk
mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan
Isi3:
Keindahan alam sekitar itu juga boleh memberi peluang kepada
pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang
cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancong dari luar negara
untuk melancong ke negara kita. Dalam aktiviti pelancongan,
kita dapat mendapatkan hasil daripada pendapatan luar negara
untuk menambah sumber kewangan negara. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui
aktiviti ini, peluang perkerjaan untuk orang tempatan juga akan
meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan
pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara
dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap
alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.(93pp)
Isi4:
Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar akan
digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk
menjayakan usaha ini, beberapa langkah yang pragmatik
perlulah diambil. Langkah pertama yang boleh diambil adalah
penekanan terhadap kepentingan menghijaukan alam sekitar di
sekolah. Pihak sekolah harus menerapkan kepentingan
menghijaukan alam sekitar melalui mata pelajaran Sains,
Geografi, dan sebagainya. Pada masa yang sama, pertandingan
yang berkaitan dengan alam sekitar juga boleh diadakan. Untuk
memupuk lagi sikap cinta akan alam sekitar dalam jiwa seseorang
pelajar, pihak sekolah juga boleh menjemput penceramah atau
idola pelajar untuk menyampaikan mesej alam sekitar.(93pp)
Isi5:
Langkah yang seterusnya bagi menjayakan usaha ini pula ialah
melalui pendedahan media massa. Pada hari ini, media massa
memainkan peranan relevan dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa perlulah lebih banyak memberi
maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya
dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah
satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga
atau individu di setiap pelusuk dunia. Setiap manusia perlu
mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar
dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk
menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula dapat banyak
mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini
Penutup:
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin
meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Setiap individu
harus mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam
sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan
semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Jadi,
pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah
menggembleng tenaga untuk memainkan peranan masing-masing dalam
memulihkan keseimbangan dan keindahan alam sekitar sebelum nasi
menjadi bubur.(69pp) Keseluruhan:
653pp

You might also like