You are on page 1of 8

KONTRAKTOR

PENGENALAN

DEFINISI
Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk
merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz
sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak
utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk
lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan.
Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan
kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang berbentuk bayaran daripada pihak
majikan atau gunawan. Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap
perkhidmatan kontraktor dan ia telah ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak yang
terlibat iaitu pihak kontraktor dan pihak gunawan.
Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan gunawan serta
beberapa pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya perjanjian ini akan membentuk satu
dokumen kontrak. Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini merupakan
asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik dipihak kontraktor
ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.
JENIS-JENIS KONTRAKTOR
Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu :
Kontraktor utama (main contractor)
Domestik subkontraktor (domestic subcontractor)
Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)
Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek pembinaan supaya
berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa sebagaimana yang telah diperuntukan dalam
dokumen kontrak untuk pambinaan tersebut. Setiap jenis kontraktor tersebut telah diperuntukan
syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah ditandatangani. Segala
peruntukan syarat-syarat ini telah jelas dinyatakan dalam sesuatu dokumen kontrak yang
terbentuk antara pihak kontraktor dan pihak gunawan.
1. Kontraktor Utama (main contractor)
Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang
pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama
ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau majikan.
Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan sehingga selesai sebagaimana yang
terkandung dalam dokumen kontrak. Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan ini
samada dengan menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil
subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali.
2. Domestik kontraktor (domestic contractor)
Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang melakukan kerja
mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Domestik
kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :
i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan semua
bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak.
ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh pembinaan
dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal
dinamakan.
iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh untuk melaksanakan kerja
kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir.
3. Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)
Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh pihak gunawan.
Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-masing.
Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta
perkhidmatan bangunan seperti :
Sistem bekalan air
Sistem hawa dingin
Lif dan Eskulator
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pemasangan elektrik

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA DAN SUBKONTRAKTOR


Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan berlandaskan kepada kontrak
yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak. Syarat-syarat kontrak yang terlibat ialah kontrak
kerja subkontrak yang dibuat diantara kontraktor utama dan subkontraktor disamping kontrak
utama.yang terbentuk antara kontraktor utama dan majikan.Syarat- syarat kontrak yang terbentuk
antara pihak kontraktor utama dan subkontraktor ialah seperti subkontraktor akan melaksanakan
semua kerja berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat semua bayaran
yang berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl mengambil pekerja yang
komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika terdapat peruntukan tersebut antara
pihak kontraktor utama dan sub kontraktor.
Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak juga perlu mematuhi
common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan persekutuan, negeri, tempatan).Peruntukan
dibawah commmon low ialah seperti undang-undang tort contohnya kacau ganggu, manakala
statut pula ialah peruntukan atau akta-akta tertentu untuk sesuatu perkara contohnya akta
keselamatan sosial pekerja 1969.Dalam industri binaan jika sesuatu projek berkenaan adalah
kepunyaan kerajaan maka ianya tertakluk kepada peruntukan common law dan statut manakala
jika projek tersebut dibawah hak milik pihak persendirian maka ianya hanya tertakluk kepada
statut sahaja. Ini telah dinyatakan dalam Borang kontrak PAM Fasal 18(1).
Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya dilaksanakan adalah tertakluk
kepada syarat- syarat yang ditandatangani atau dipersetujui oleh semua pihak.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR TERHADAP KONTRAKTOR


UTAMA
Dalam borang PAM Fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab subkontraktor ialah
Fasal 27(a-g). Dalam Fasal 27(a)(i-xi) ini telah memperuntukan hak-hak dan tangungjawab bagi
pihak subkontraktor.

HAK SUBKONTRAKTOR
Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani kontrak dengan kontraktor
utama di bawah peruntukan yang dinyatakan sebelum ini. Diantara hak yang biasa wujud
didalam sesuatu kontrak ialah:
1. Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak
Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan melaksanakan kerja subkontrak dari
kontraktor utama. Kemudahan ini termasuklah kemudahan peralatan dan pengurusan.
Kemudahan peralatan ialah kemudahan menggunakan kelengkapan kontraktor utama untuk
melaksanakan kerja subkontrak, manakala kemudahan pengurusan pula ialah berbentuk
kemudahan untuk mendapatkan lukisan- lukisan kerja subkontrak, khidmat penyeliaan tapak,
pejabat tapak dan sebagainya. Jika subkontrak kerja keseluruhan digunakan maka hak untuk
mendapatkan kemudahan hanya terhad kepada penggunaan akses jalan, peranca dan bekalan
elektrik serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak mendapat bahan dan peralatan
yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu diberi oleh kontraktor utama.
Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalngan mereka. Jika berlaku ketidakadilan
sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak mereka boleh mengadu kepada kontraktor
utama untuk kemudahan yang lebuh baik. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak dapat
mengambil tindakan dari segi kontrak kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya
berlandaskan kepada perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan oleh ahli ikhtisas.
2. Mendapatkan bayaran
Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi kerja subkontrak yang telah
dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah merangkumi :
i. Bayaran interim
ii. Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak
iii. Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama
Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak yang dilaksanakan. Jika tidak
memenuhi syarat kontrak maka subkontrak tidak layak menerima bayaran. Hak yang terlibat
berkenaan dengan bayaran ini ialah:
i. Jumlah yang sewajarnya
ii. Tempoh sesuatu pembayaran
iii. Kaedah bayaran oleh kontraktor utama
Faktor-faktor ini perlu diambil dan dipertimbangkan oleh kontraktor dengan adil. Mengikut
amalan biasa bayaran akan dibuat apabila subkontraktor menghantar satu tuntutan balik.
Hak subkontraktor untuk mendapatkan bayaran ini telah dinyatakan dengan jelas dalam Borang
PAM Fasal 27(a)(vii), (b), (c).
Kes-kes yang menjadi rujukan berkenaan dengan fasal 27 (c) ialah:
i. Gilbert- Ash (Northern) Ltd V Modern Engineering (Bristol) Ltd [1973] 3 All ER 195
ii. Morttam Consultant Ltd V Bernard Sunley & Sons Ltd [1975]
iii. LIR 197
3. Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak
Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja subkontrak yang tidak mengikut
kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah kegagalan kontraktor utama membayar kerja
subkontrak bagi subkontraktor yang terlibat.Walaupun dalam PAM Fasal 27 (c) telah dinyatakan
bahawa jika kontraktor utama gagal membuat pembayaran terus kepada subkontraktor, arkitak
akan membuat pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada
subkontraktor seperti masalah kewangan.
Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk menangguhkan kerja buat sementara
waktu sehingga selesai masalah yang dihadapi, mengikut persetujuan pihak yang majikan serta
pihak-pihak lain yang bertanggungjawab keatas projek pembinaan yang dijalankan.
4. Mendapatkan Lanjutan Masa
Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia berpunca dari sebab-sebab yang
munasabah contohnya kejadian bencana alam seperti banjir atau hujan yang tidak berhenti yang
menyebabkan kerja-kerja pembinaan tidak boleh dijalankan. Selain dari itu lanjutan masa juga
boleh diberi kepada subkontraktor yang mana kesilapan atau masalah yang menyebabkan
kelewatan itu berpunca daripada kontraktor utama contohnya tiada bekalan bahan binaan yang
mencukupi dari pembekal bahan binaan yang telah diberi tugas untuk membekalkan bahan-
bahan binaan tempatan. Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi jika berlaku perkara
yang tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam peruntukan kontrak utama sebagaimana
yang telah dinyatakan diatas.
Dalam Borang PAM peruntukan berkenaan dengan lanjutan masa yang menjadi hak kepada
subkontraktor telah dinyatakan dengan jelas dalam Fasal 27 (a)(v dan vi) dan (d)(i) manakala
fasal 27 (d)(ii) pula memperuntukan apabila timbulnya masalah dari pihak subkontraktor setelah
mendapatkan lanjutan masa.
Kes yang berkaitan dengan lanjutan masa ini ialah kes Percy Bilton Ltd V Greater London
Council (1982) 20 BLR 1

TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR
Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah diberi
sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syarat-syarat kontrak antara pihak
kontraktor utama dan pihak subkontraktor. Dalam PAM Fasal (1) telah diperuntukan
tanggungjawab kontraktor dimana kontraktor itu perlu menyiapkan kerja dengan sempurna
sehingga memuaskan hati pihak majikan. Tetapi bagi pihak subkontraktor pula mereka harus
menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak kontraktor utama
sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Fasal 27 (a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama
harus dipertanggungjawabkan jika kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak memuaskan
hati pihak majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor adalah besar dalam menjaga
kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa tanggungjawab subkontraktor yang biasa wujud
dalam subkontrak ialah :
1. Pematuhan kepada nilai kuantiti
Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan yang telah
ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda tangani oleh subkontraktor. Ini kerana
untuk menjamin kualiti binaan yang dibuat adalah terjamin dan selamat digunakan dengan baik
dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.Dalam PAM Fasal 6 (1), (2), dan (3) telah
diperuntukan dengan jelas bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai adalah amat penting
Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada subkontraktor mendapat bahan dan
melaksanakan kerja subkontrak dengan baik.
2. Menjaga kepentinan awam
Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak terjejas akibat dari kerja
subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak langsung ia akan menjaga kepentingan
kontraktor utama. Kepentingan ini merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan
dan seumpamanya. Dalam hal ini subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang akan dibuat
kemudian pula perlu mengemukakan polisi insuran terhadap kontraktor utama sebagai syarat
terdahulu sebelum memulakan kerja. Ini telah dinyatakan dengan jelas dalam PAMFasal (18)
dan (19) serta Fasal 27 (a)(iv), yang mana menyatakan bahawa kontraktor perlu mengambil
insuran sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. Dalam PAM Fasal 20 juga telah
memperuntukan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran kerja sebelum memulakan kerja
pembinaan. Peruntukan dan syarat undang-undang yang berkaitan kepentingan awam perlu
dipatuhi untuk menjamin keselamatan serta kepentingan pihak awam.
3. Menjaga Kebersihan Tapak Bina
Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang dijalankan perlu dibersihkan
semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini dilakukan diakhir kerja
subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain ditapak bina.
Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan obligasi
itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut perbelanjaan yang ditanggung. Walau
bagaimanapun subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari kerja
pihak lain, contohnya subkontraktor lain.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA TERHADAP


SUBKONTRAKTOR

HAK KONTRAKTOR UTAMA


1. Memeriksa kerja subkontrak
Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja subkontrak yang telah dilaksanakan
oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh dibuat pada bila-bila masa diperlukan samada diminta
oleh gunawan atau tidak. Walau bagaimanapun hak ini adalah tertakluk kepada kerja subkontrak
yang telah dilaksanakan sahaja. Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas kelengkapan yang
digunakan. Walaupun demikian kontraktor utama boleh menasihati bagi penggunaan peralatan
yang sesuai demi kepentingan kerja subkonrak berkenaan.Sekiranya pihak subkontraktor gagal
melaksanakan kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu bertanggungjawab jika
pihak majikan tidak puas hati. Ini juga telah dinyatakan dengan jelas dalam PAM Fasal 27(a)(iii).
Oleh sebab itu kontraktor utama berhak sepenuhnya untuk memeriksa kerja yang dilakukan oleh
pihak subkontraktor dibawah pengawasannya.untuk memuaskan hati pihak majikan.
2. Menolak kerja subkontrak
Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan dari segi bahan yang
digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya boleh ditolak oleh kontraktor utama.
Kontraktor utama berhak membuat penolakan kerana kontraktor utama yang akan
bertanggunjawab keatas kerja yang dilakukan oleh subkontraktor. Penolakan ini boleh didalam
bentuk keseluruhan atau sebahagian daripada kerja subkontrak yang berkenaan. Penolakan oleh
kontraktor utama ini akan menyebabkan samada subkontraktor akan membuat semula kerja yang
tidak memuaskan hati kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak dapat
menyiapkan kerja dengan sempurna dan PAM fasal 27 (a)(vi) akan berkuatkuasa.
3. .Menolak bayaran
Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang subkontraktor yang perlu dibayar
oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan ini dibuat adalah dengan beberapa sebab seperti
subkontraktor enggan memperbaharui insuran atau enggan menjelaskan apa-apa bayaran yang
dikenakan keatasnya yang mana ianya berkaitan dengan kontraktor utama atau pihak
majikan.Pada kebiasaannya hak menolak bayaran sebahagian daripada bayaran kemajuan yang
berupa wang tahanan boleh dilakukan. Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai set-off.
Ini telah dinyatakan didalam PAM Fasal (20) serta Fasal (19) dan(20) yang mana ianya
menyentuh tentang pembaharuan insurans yang mana kaedah set-off digunakan. Walaupun
demikian penolakan wang tahanan tidak boleh melebihi nilai peratusan yang diperuntukan dalam
kontrak utama. Kontraktor utama juga berhak menolak sesuatu bayaran jika subkontraktor gagal
memenuhi obligasinya, samada dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama atau pihak lain
yangg diambil oleh kontraktor utama.
4. Mengambil subkontraktor lain
Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang tertanggung oleh sesuatu
subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor utama. Segala bayaran yang berkaitan boleh
dipotong dari bayaran yang sepatutnya dibayar kepada subkontraktor yang pertama. Walaupun
demikian ia perlulah menyatakan bahawa subkontraktor telah berlaku cuai sehingga menjejaskan
kepentingan kontraktor utama dari pandangan gunawan serta pihak berkuasa yang lain.
Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil subkontraktor lain jika
subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran didalam sesuatu projek yang terdapat
pelbagi jenis elemen yang memerlukan kepakaran yang khusus.
5. Menamatkan kontrak
Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor gagal menjalankan
obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada oblogasi yang besar mengikut syarat
subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi yang kecil contohnya tidak mengikut arahan dari segi
kualiti bahan dan mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA


1. Menyelaras Subkontraktor
Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semua subkontraktor
dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan perjalanan kerja subkontrak
memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak.
2. Menyediakan kelengkapan kerja
Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor terutamanya
subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah mencukupi dan sesuai dengan kerja
dan produktif. Selain dari itu kontraktor utama juga perlu menghubungkan subkontraktor
dibawahnya dengan pihak perunding. Hal ini perlu dilakukan untuk memudahkan pemeriksaan
dan pengiktirafan kerja subkontrak yang talah dilaksanakan.
3. Menyelesaikan Masalah subkontraktor
Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerimitan yang timbul dikalangan
subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
jika ianya berpunca daripada tindakannya.ianya akan menjamin kelancaran kerja dan tingkat
kualiti akhir.
4. Mengawasi Kerja subkontrak
Kontraktor utama juga perlu dari masa kesemasa mengawasi kerja subkontrak yang dilaksanakan
oleh subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontraktor. Sehubungan dengan itu kontraktor utama
perlu menyediakan wakil ditapak untuk memudahkan subkonraktor mendapatkan maklumat
yang sepatutnyaHAK

DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP PIHAK LAIN


1. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap pekerjanya.
Hak-hak kontraktor terhadap pekerjanya adalah kontraktor berhak untuk mengambil pekerja
yang komprehensif dan dapat melakukan kerja dengan baik. Jika terdapat pekerja yang tidak
memuaskan hati kontraktor atau yang menimbulkan masalah maka kontraktor berhak untuk
memecat pekerja tersebut tetapi mengikut persetujuan pihak majikan terlebih dahilu. Dalam
PAM fasal (19) dan (20) telah dinyatakan mengenai peruntukan-peruntukan mengenai perkara
ini.
Kontraktor juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya keatas kebajikan pekerjanya yang mana
kontraktor perlu menginsurankan pekerjanya serta membayar caruman wang PERKESO. Selain
dari itu kontraktor juga perlu memastikan bahawa pekerja yang diambil bekerja adalah dapat
melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan supaya kerja yang dilaksanakan dapat memuaskan
hati pihak majikan.
Hak-hak dan tanggungjawab ini amat penting kerana untuk menjamin kedua-dua pihak dapat
bekerjasama dan mendapat keuntungan atau balasan masing-masing yang setimpal deangan apa
yang diberikan. Apabila kedua-dua pihak berpuas hati maka segala kerja dapat dilaksanakan
dengan sempurna.
2. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap majikan
Dalam melaksanakan sesuatu kontrak hak dan tanggungjawab pihak-pihak utama sering
dipertikaikan dan masalah inilah yang seringkali timbul. Walau bagiamanapun kedua-dua pihak
yang telibat ini mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama rata. Dalam memperkatakan hak
dan tanggungjawab kontraktor dan majikan ini kedua-dua pihak mempunyai peranan dan hak
yang sama pentingnya.
Hak kontraktor ke atas majikan adalah mendapatkan bayaran atau balasan daripada kerja majikan
yang telah dilaksanakan. Selain dari itu kontraktor juga berhak untuk mendapatkan insuran
kontraktor boleh mendapatkan insuran kerja dari pihak majikan sekiranya mengikut PAM Fasal
(20)(b)dan (c) yang mana memperuntukan bahawa kontraktor berhak mendapatkan insuran kerja
yang diperuntukan kepadanya sekiranya pihak majikan menggunakan Fasal (20)(b) dan (c).
Tanggungjawab kontraktor terhadap majikan pula ialah melaksanakan kerja yang diberikan
dengan baik sehinga memuaskan hati majikan Ini tertakluk kepada PAM Fasal (1)(i) dan (ii).
Selain dari itu pihak kontraktor juga perlu menginsurankan segala kerja majikan yang akan
dilaksanakan. Ini tertakluk kepada Fasal (20)(a) yang mana pihak majikan tidak mengambil
sebarang insuran kerja. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk
mengambil insuran tersebut.
Selain dari itu pihak kontraktor juga mempunyai tanggungjawab dan hak untuk menyiasat dan
meneliti segala maklumat yang diberikan sebelum memasuki tender yang ditawarkan oleh
majikan. Ini adalah untuk tidak menimbulkan segala masalah yang tidak dapat dielakkan keatas
tanggungjawab masing-masing setelah perlaksanaan pembinaan ini dijalankan.
3. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap kumpulan perekabentuk.
Kumpulan perekabentuk adalah terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan beberapa
ahli profesional yang lain. Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab yang mana
menterjemahkan idea yang disampaikan oleh pihak majikan atau gunawan kedalam bentuk
lukisan kerja. Kemudian melalui lukisan-lukisan ini maka kontraktor akan membina dan
menyiapkan kerja tersebut manjadi sebuah bangunan atau binaan lain. Pihak kumpulan
perekabentuk ini juga akan berurusan dengan kumpulan pereka bentuk secara tidak angsun dan
ini menyebabkan mereka juga tidak lepas daripada hak dan tanggungjawab masing-masing.
Kontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan lukisan-lukisan yang jelas dan baik daripada
pihak pereka bentuk ini. Selain dari itu pihak pereka bentuk juga perlu memastikan lukisan
kontrak adalah tidak bercanggah dengan dokumen kontrak. Walaupun percanggahan antara
dokumen kontrak dengan lukisan ini ,jika berlaku tidak menyebabkan mana-mana pihak
dipersalahkan kecuali majikan tetapi menjadi tangunggjawab bersama untuk memastikan agar
ianya tidak berlaku.
Dalam PAM Fasal (1)(2) menyatakan dengan jelas bahawa menjaditanggungjawab kontraktro
untuk memberitahu jiak terjumpa, tetapi bukan menjadi tanggungjawab kontraktor untuk
menyemak kesilapan tersebut. Masalah ini boleh dirujuk kepada kes London Borough of Merton
V Stanley Huge Leach Ltd (1985) 32 BLR 51.
Hak dan tanggungjawab ini amat penting supaya tiada kerumitan yang akan berlaku dan
wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak ini.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN


Hak kontraktor keatas institusi kewangan adalah sangat penting yang mana ianya merupakan
satu hak yang diperolehi oleh kontraktor tetapi dibuat dalam konsep serah hak. Konsep serah hak
adalah satu konsep dimana hak pihak tertentu diserahkan kepada satu pihak lain untuk
menguruskannya. Jadi bagi pihak kontraktor hak atau balasan yang diperolehi daripada majikan
telah diserah hakkan kepada pihak institusi kewangan berupa modal duluan untuk melaksanakan
kerja majikan. Dalam PAM Fasal (17)(1) dan (2) telah diperuntukan berkenaan sub sewa atau
serah hak ini.
Setelah mendapat hak tersebut maka kontraktor perlu bertanggungjawab untuk menjalankan
kerja dengan baik dan memuaskan hati pihak kontraktor. Kontraktor juga perlu berurusan dengan
pihak institusi kewangan secara baik dan perlu mendapatkan satu jaminan bank atau insurans.
Jika seseorang kontraktor tidak banyak menimbulkan masalah dengan pihak bank maka ini akan
menyenangkan lagi pihak bank dan juga pihak kontraktor turutamanya untuk berurusan
degannya seterusnya kerana pihak institusi kewangan telah memberi kepercayaan kepada pihak
kontraktor.

You might also like