You are on page 1of 1

PROFILE

KUMPULAN ADI TARI

Kumpulan Adi Tari mula ditubuhkan pada tahun 2009 di SMK Ceneh
Baru, Kemaman Terengganu. Kumpulan ini diterajui oleh En Mohd Ropee bin
Ismail, yang juga bertindak sebagai koreografer dan jurulatih tarian. Nama Adi
Tari berasal dari nama guru kepada Hang Tuah iaitu Adi Putra yang kononnya
bertapa di Gunung Ledang. Hang Tuah juga merupakan seorang penari yang
hebat dan ini diceritakan sewaktu beliau ke negeri Pahang untuk bertemu
dengan Tun Teja.
Kumpulan Adi Tari mula menyertai persembahan tarian peringkat
kebangsaan iaitu Semarak Tari bermula pada tahun 2012 di Kelantan, 2013 di
Pahang, 2014 di Sarawak dan 2015 di Pulau Pinang. Ahli kumpulan Adi Tari
turut diundang untuk menyertai Program The 11th Youth Camp Malaysia-
Thailand di Bangkok Tahailand pada tahun 2015. Pada tahun 2016 pula, penari
dari Kumpulan Adi tari menyertai Festival Kesenian Peringkat Kebangsaan di
negeri Perlis Indera Kayangan.
Kumpulan Adi Tari juga terlibat dalam penganjuran pertandingan tarian
Semarak Tradisi peringkat Daerah Kemaman pada tahun 2016 dan manakala
pada tahun 2017, kumpulan Adi tari menganjurkan Pertandingan Tarian
Semarak Tradisi peringkat negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu. Pada tahun ini, 2018, Kumpulan Adi Tari kini
melebarkan penglibatannya dalam bidang tarian dengan menganjurkan bengkel
Asas Tarian Melayu Tradisional untuk guru-guru dan kakitangan sekolah ke
semua daerah di negeri Terengganu.
Kejayaan yang diraih oleh Kumpulan Adi tari ini adalah hasil kerjasama
Tuan Haji Mustafa bin Mohd (artis tersohor Terengganu), Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Jabatan Kesenian
dan Kebudayaan Negara Terengganu, Majlis Kebudayaan Daerah Kemaman
dan akhirnya barisan pemimpin sekolah SMK Ceneh Baru.

You might also like