You are on page 1of 6

SKRIP BICARA BERIRAMA

SEGMEN SKRIP CATATAN

Assalamualaikum RAMAI
Dan salam 1Malaysia RAMAI
Indah bicara RAMAI
1 Halus berirama RAMAI
Mencuit jiwa RAMAI
Dari kami RAMAI
Anak merdeka RAMAI
Seiring bersama RAMAI
Satu Malaysia RAMAI
Jadikan realiti RAMAI

Kata orang RAMAI


Tak kenal maka tak cinta RAMAI
Wow....cinta? SOLO
Cintai budaya BARIS 1 (KIRI)
2 Dan warisan bangsa BARIS 1 (KANAN)
Tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan RAMAI
Lagi? SOLO
Cintai bahasa BARIS 2 (KIRI)
Bahasa Jiwa Bangsa BARIS 2 (KANAN)
Jangan lupa BARIS 3 (KIRI)
Cinta akan negara BARIS 3 (KANAN)
Oooo....patriotisme SOLO
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung RAMAI

Rakyat Malaysia pelbagai etnik RAMAI


Hampir sama KIRI
Tapi tidak seiras KANAN
Hampir seiras KIRI
Tapi tidak serupa KANAN
Hampir serupa tapi pelbagai rupa RAMAI
Ajaibnya SOLO
3 Boleh campur RAMAI
Air batu campur? SOLO
Bukan.... RAMAI
Kahwin campur RAMAI
Melayu campur Cina BARIS 1
Mena SOLO
Cina campur India BARIS 2
Nadia SOLO
India campur Melayu? BARIS 3
Mmmmmm.. SOLO
Imel SOLO
Ooo....patutlah RAMAI
SEGMEN
Kitakan zaman ICT RAMAI
Keluarga bahagia masyarakat sejahtera RAMAI
SKRIP CATATAN

Seronoknya RAMAI
Lihat orang Malaysia RAMAI
Berbudi bahasa RAMAI
Budi bahasa budaya kita PEREMPUAN
Bertegur sapa RAMAI
Hai, apa khabar? RAMAI
Khabar baik RAMAI
Senyumlah-senyumlah LELAKI
4 Ahai..cek mek molek SOLO
Senyum itu sedekah RAMAI
Bukan ketawa berdekah-dekah RAMAI
Ha…ha…ha… DUET
Tolong-menolong RAMAI
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing RAMAI
Ziarah-menziarahi RAMAI
Ada buah tangan? SOLO
Alhamdulillah SOLO
Jiran kita siapa? RAMAI
Belakang rumah? BARIS 1 DAN 2
Raju BARIS 3
Kanan pula? KIRI
Ah Seng KANAN
Kiri? KANAN
Anthony KIRI
Bagai aur dengan tebing RAMAI
Jiran sepakat membawa berkat RAMAI

Wah! SOLO
Meriahnya RAMAI
Musim perayaan RAMAI
Selamat Hari Raya BARIS 3
Gong Xi Fa Cai BARIS 2
Deepavali BARIS 1
Apa? SOLO
Deeparaya RAMAI
Bukan itu saja RAMAI
Kongsi raya juga diraikan RAMAI
5 Oh, ya! BARIS 1
Rumah terbuka RAMAI
Jemputlah datang SOLO
Janganlah segan RAMAI
Pakai saja baju kurung SOLO
Cheongsam SOLO
Kebaya SOLO
Saripun boleh RAMAI
Kitakan 1 Malaysia RAMAI
Maruku, baulu, kuih bulan RAMAI

SEGMEN SKRIP CATATAN

Laksa SOLO
Char kuetiau, char kuetiau SOLO
Capati SOLO
Lazatnya RAMAI
Mmm..nyum..nyum..nyum RAMAI
Menyelerakan RAMAI
Gendang gendut tali kecapi RAMAI
Kenyang perut senang hati RAMAI
Ingat BARIS 3
Berhenti sebelum kenyang BARIS 2
Mencegah lebih baik dari mengubati BARIS 1

Sesekali ambillah masa RAMAI


Rilekskan minda RAMAI
Hiburkan hati tenangkan jiwa RAMAI
 geluk bahagia hidup bersama
 ras dan agama sempadan tiada SOLO
 satu wirama mengelek budaya (SYAIR)
 adat pusaka indah terpelihara
Petikan sita BARIS 3
6 Er hu BARIS 2
Dan sape BARIS 1
Sangat mengasyikkan RAMAI
Elok kita atur langkah RAMAI
Bukan berdansa atau bercaca RAMAI
Perlihatkan citra Malaysia RAMAI
Zapin TRIO
Joget TRIO
Ngajat TRIO
Sewangpun boleh RAMAI
Ulek... mayang diulik RAMAI
Ulik dengan jala jemala RAMAI
Ok, bagus. Satu lagi ! SOLO
Wau bulan BARIS 3
Wau bulan BARIS 2
Wau bulan teraju tiga BARIS 1

Eh, lihat sana! SOLO


Semua riang ceria RAMAI
Tiada jiwa sengketa BARIS 3
Tiada rasa skeptikal BARIS 2
Tidak dibumbui gelojak rasa BARIS 1
7 Tanpa mengira warna kulit RAMAI
Kita serupa RAMAI
 Baju kurung berpesak gantung KIRI
 Baju kebaya bersulam tekat KANAN
 Bulat air kerana pembetung KIRI
 Bulat manusia kerana muafakat KANAN
SEGMEN SKRIP CATATAN

Kita tukarlah pula SOLO


Kalau anda gembira tepuk tangan RAMAI
Kalau anda gembira petik jari RAMAI
Kalau anda gembira katakan pada kami RAMAI
Horey....... RAMAI

Kejayaan negara RAMAI


Diukir dengan tinta emas RAMAI
Bersinar KIRI
Berkilauan KANAN
Bintang berkelipan serata alam RAMAI
Nama KIRI
Jadi sebutan KANAN
Wajah KIRI
8 Jadi igauan KANAN
Datuk Lee Chong Wei SOLO
Datuk Nicol Ann David SOLO
Datuk Dr Syeikh Muszafar PEREMPUAN
Datuk Siti Nurhaliza SOLO
Boleh saya ikut jejak mereka? SOLO
Boleh.... RAMAI
Yakin boleh! RAMAI
Bagaimana ya? SOLO
Genggam bara api biar sampai jadi arang BARIS 3
Yang bulat tak datang bergolek BARIS 2
Yang pipih tak datang melayang BARIS 1
Kejayaan RAMAI
Tak semudah yang disangka RAMAI
Tidak datang sekelip mata RAMAI
Ohhh...mesti berusaha SOLO
Betul.....tepat sekali RAMAI

Bertuahnya SOLO
Menghirup udara nyaman RAMAI
Nyaman? LELAKI
Nyaman sangat PEREMPUAN
Tidak disapa ledakan nuklear RAMAI
9 Tiada juga malapetaka RAMAI
Syukur alhamdulillah SOLO
Arus pemodenan mengalir deras SOLO
Status maju jadi dambaan (SAJAK)
Pertumbuhan ekonomi mekar berkembang
Sikit KIRI
Sama dirasa KANAN
Banyak KIRI
Sama merasa KANAN
Tiada sesiapapun akan terasa RAMAI

SEGMEN SKRIP CATATAN

Anak-anak Malaysia SOLO


Biarpun jauh kaki melangkah (SAJAK)
Biarpun tinggi terbang di awan
Biarpun gah nama dijulang
Asalnya kita di sini RAMAI
Tak sungguh seluang melaut RAMAI
10 Akhirnya balik ke tepi jua RAMAI
Hujan emas di negara orang KIRI
Hujan batu di negara sendiri KANAN
Mari kita sama-sama RAMAI
Menggembleng tenaga RAMAI
Tidak boleh harapkan orang lain RAMAI
Harapkan pagar, pagar makan padi SOLO
Kelangsungan kemerdekaan negara RAMAI
Kita pikul bersama RAMAI
Kita satu bangsa BARIS 1
Kita satu negara BARIS 2
Kita satu matlamat BARIS 3
1 Malaysia RAMAI

11 Sekian, terima kasih RAMAI

You might also like