You are on page 1of 3

FORMAT MENJAWAB SOALAN

BERBENTUK PERMASALAHAN

Untuk makluman anda terdapat teknik tertentu untuk menjawab soalan


undang-undang berbentuk permasalahan. Teknik menjawab ini tentunya
berbeza dengan teknik menjawab soalan bentuk lain. Antara tekniknya
ialah:

1. Senaraikan isu-isu yang wujud dalam soalan tersebut.

Isu adalah persoalan yang wujud dalam soalan atau permasalahan yang
diberi. Justeru itu, isu adalah persoalan yang akan bermula dengan
perkataan seperti sama ada, adakah atau bolehkah dan berbagai bentuk
pertanyaan lagi. Isu juga mestilah disenaraikan secara teratur mengikut
urutan persoalan yang timbul. Contoh cara menulis sesuatu isu:

“Adakah wujud paksaan di dalam rundingan antara Ali dan


Ahmad?”

2. Sesudah menyenaraikan isu-isu, huraikan jawapan anda dengan


berpandu-kan peruntukan seksyen dan kes sokongan yang sesuai.

Satu kes sokongan adalah memadai untuk menyokong satu hujah.


Apabila menyatakan peruntukan seksyen, intipati seksyen adalah
memadai di mana kita hanya menerangkan maksud seksyen berkenaan
sahaja. (Anda tidak perlu menulis kesemua ayat seperti yang terkandung
di dalam seksyen berkaitan). Manakala bagi kes sokongan, nama dan
fakta kes, serta keputusan mahkamah perlulah diterangkan.

Contoh:

Nama kes:
Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co.
Fakta kes: Mrs. Carlill telah membeli sejenis ubat
selesema bernama ‘The Carbolic Smoke Ball’ yang telah
diiklankan oleh defendan. Dalam iklannya, defendan telah
menyatakan bahawa dia akan membayar 100 pound
sterling kepada sesiapa sahaja yang menghidap penyakit
selesema walaupun setelah menggunakan ubatnya
mengikut cara dan dalam tempoh masa yang ditentukan.
Plaintif telah menggunakan ubat tersebut sebagaimana
yang disarankan tetapi masih menghidap selesema.
Plaintif lalu menuntut wang yang telah dijanjikan.

Keputusan mahkamah: Iklan yang dibuat oleh defendan


bukan hanya satu cara menarik perhatian umum tetapi

xxix
adalah satu tawaran kerana defendan telah menunjukkan
kesungguhan mereka dengan menyediakan 1000 pound
sterling sebagai dana khas untuk membayar tuntutan yang
mungkin dibuat terhadap mereka. Defendan terikat untuk
membayar kepada plaintif.

3. Rumusan atau penyelesaian bagi setiap isu.

Rumusan adalah perkara paling penting yang perlu diterangkan kerana ia


merupakan penyelesaian kepada setiap isu di dalam soalan. Sekiranya ia tidak
dinyatakan, maka soalan akan tergantung tanpa adanya jawapan.

4. Kesimpulan.

Akhir sekali, kesimpulan perlu dinyatakan di mana ke semua rumusan


bagi isu yang dibincangkan sebelumnya hendaklah dinyatakan sekali lagi.

Nota: Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang cara menjawab
soalan berbentuk permasalahan ini, sila rujuk mana-mana skema jawapan
bagi Soalan Penilaian Kendiri (SPK) yang disediakan di akhir modul
kursus.

xxx
xxxi

You might also like