You are on page 1of 1

Ruj. Kami : NEE1086.

600/03/01( )
Tarikh : 09 Oktober 2018
Tuan Haji Khairul Haniza bin Dato Haji Ibrahim ,
YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru ,
SMK Tunku Besar Burhanuddin
71550 Seri Menanti
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROGRAM MENJAWAB KERTAS


BAHASA MELAYU SPM 2018
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin,Seri


Menanti dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu akan melaksanakan satu program perkongsian ilmu
bersama calon SPM 2018 seperti ketetapan di bawah :

2.1 Nama Program : Program Perkongsian ilmu menjawab Kertas Bahasa Melayu SPM
2018
2.2 Tarikh : 9 Oktober 2018
2.3 Tempat : SMK Tunku Besar Burhanuddin
2.4 Masa : 8.00 Pagi – 12.30 Tengah hari

Sehubungan itu, pihak sekolah amat berharap sekiranya pihak tuan dapat menyumbang sumbangan kewangan
berjumlah RM 10.00 setiap seorang calon SPM 2018 (Sepuluh Ringgit Malaysia sahaja) bagi membantu
menampung makan dan minum pelajar serta modul program ini.
3. Pihak pentadbiran SMK Tunku Besar Burhanuddin mengucapkan jutaan terima kasih atas sikap prihatin
tuan di dalam memastikan kemenjadian akademik dan sahsiah pelajar.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

KHAIRUL HANIZA BIN DATO HAJI IBRAHIM


YDP PIBG SMK Tunku Besar Burhanuddin,
71550 Seri Menanti,NSDK

You might also like