You are on page 1of 16

BAB 1 PENGENALAN

PENGENALAN

SISTEM SISTEM EVOLUSI


EVOLUSI DEFINISI DAN FUNGSI
EKONOMI EKONOMI SISTEM
WANG CIRI WANG WANG
SARA DIRI BARTER KEWANGAN

SINOPSIS

Bab ini menakrifkan wang dan pemerihalan fungsi wang. Permintaan dan penawaran
wang dipengaruhi oleh sistem perbankan dan struktur kewangan sesebuah negara.
Wang memainkan peranan yang penting dalam ekonomi. Bab ini juga menerangkan
sejarah dan evolusi wang dari sistem ekonomi barter sehingga terwujudnya alat
perantaraan yang dikenali sebagai wang.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Selepas membaca bab ini, para pelajar seharusnya dapat:


1. Mentakrifkan wang serta memerihalkan fungsi wang.
2. Mengetahui sejarah dan evolusi wang.
3. Menghuraikan evolusi sistem kewangan dari peringkat pertama sehingga
peringkat keempat.

1
1.1 PENGENALAN

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa wang ialah sesuatu yang terpenting dalam
kehidupan dan ia tidak akan mencukupi. Kenaikan bekalan wang akan meningkatkan
harga barangan. Berdasarkan Teori Kuantiti Wang, jika kuantiti wang ditambah dua kali
TAHUKAH ANDA?
ganda, harga barangan akan meningkat dua kali ganda, pendapatan meningkat dua kali
ganda oleh itu, ianya tidak akan mengubah taraf hidup masyarakat.
KADAR INFLASI:
mengukur kejatuhan dalam
Wang memainkan peranan penting dalam ekonomi. Contohnya apabila berlakunya
kuasa beli wang.
penguncupan ekonomi, ianya selalu dikaitkan dengan krisis bank dan kewangan akibat
pengurangan besar dalam simpanan wang. Kesan dari penguncupan KADARekonomi
DEFLASI:boleh
peningkatan dalam kuasa
menyebabkan keruntuhan sistem bank dimana output menurun, peluang pekerjaan
beli wang.
berkurangan, harga meningkat, penghutang gagal melangsaikan hutang dan lain-lain.

Lebihan wang dalam pasaran pula akan menyebabkan masalah kenaikan harga
seterusnya membawa kepada masalah inflasi, kos sara hidup yang tinggi, masalah
tukaran asing dan sebagainya. Sebaliknya jika wujud keinginan menabung yang tinggi
(penawaran wang sedikit di pasaran) akan menyebabkan barang dan perkhidmatan
tidak dapat dijual, harga akan menurun (kerana lebihan penawaran) dan akhirnya wujud
masalah pengangguran.

1.2 EVOLUSI WANG

Wang telah lama wujud sejak zaman sebelum Masihi lagi dan ianya merupakan satu alat
ciptaan manusia. Sejarah manusia dan kegiatan ekonomi telah lama berkembang
sebelum munculnya alat perantaraan yang lebih dikenali sebagai wang.

Sistem ekonomi yang tidak menggunakan wang dapat dibahagikan kepada:

2
i. Sistem Ekonomi Sara Diri
ii. Sistem Ekonomi Barter

1.2.1 SISTEM EKONOMI SARA DIRI

INFO!

Di dalam sistem ekonomi ini, jumlah pengeluaran yang dihasilkan atau diusahakan oleh
sesebuah keluarga yang amat terhad dan hanya mencukupi untuk keperluan asasi
SISTEM EKONOMI
seharian keluarga tersebut. Kurangnya lebihan pengeluaranSARA telahDIRI:
mengehadkan
kemungkinan untuk proses pertukaran. Sesebuah ekonomi tidak unit dapat berkembang
ekonomi bersaiz kecil
dengan sepenuhnya tanpa diiringi dengan proses pertukaran. Ini yang terdiri sebab
juga merupakan daripada
sesebuah keluarga. Jumlah
mengapa unit ekonomi dalam sistem ekonomi ini mempunyai saiz yang kecil.
pengeluaran yang
dihasilkan amatlah terhad
dan hanya dapat
memenuhi keperluan
sendiri sahaja.
1.2.2 SISTEM EKONOMI BARTER

INFO!
Unit-unit ekonomi mula dapat menghasilkan pengeluaran yang melebihi keperluan
seharian. Unit-unit ekonomi yang mempunyai lebihan barangan yang berlainan mula
menukarkan barangan yang dimilikinya dengan pihak lain. SISTEM EKONOMI
BARTER:
Proses pertukaran ini dikenali sebagai Sistem Ekonomi Barter. Ianya
prosesboleh didefinisikan
pertukaran hanya
sebagai aktiviti manusia menukarkan barangan atau perkhidmatan dapat dilaksanakan antara
yang dimilikinya
secara langsung untuk memperoleh barangan atau perkhidmatandua jenis barangan yang
yang dikehendakinya.
berasaskan kehendak suka
Proses pertukaran ini menggalakkan unit ekonomi mengkhusussama suka.
dalam aktiviti ekonomi
mengikut kemahiran masing-masing. Contohnya,

3
Johnny mengkhususkan dalam pengeluaran buah-buahan. Mahir pula akan
mengkhusus dalam pengeluaran hasil ternakan ayam. Keadaan pengkhususan ini akan
menghasilkan asas untuk

pertukaran bagi kedua-dua pihak jika kedua-duanya saling menghendaki hasil


pengeluaran masing-masing. Aktiviti pertukaran ini telah memanfaatkan masyarakat
pada keseluruhannya dan juga unit-unit ekonomi. Proses pertukaran ini telah wujud
sejak zaman primitif hinggalah ke zaman moden sekarang.

 KELEMAHAN SISTEM EKONOMI BARTER

4
5
Masalah yang wujud dalam Sistem Ekonomi Barter menyebabkan wang telah digunakan
dari zaman primitif lagi. Wang yang mula-mula sekali digunakan adalah terdiri daripada
barang-barang yang digunakan dalam kehidupan seharian dan amat diperlukan oleh
orang ramai. Barang-barang tersebut adalah berbentuk:

 bahan makanan.
 barang-barang yang membantu pekerjaan seseorang.
 barang-barang yang digunakan sebagai perhiasan.
 barang-barang yang digunakan sebagai alat pertahanan.

Namun begitu, barang-barang di atas belum lagi memenuhi ciri-ciri sebagai wang,
WANG KOMODITI
penggunaannya hanya berlaku pada zaman primitif sahaja.  sifat: disukai ramai,
boleh dibuat perhiasan,
Penggunaan logam seperti emas dan perak untuk tujuan pembayaran telah lama juga
mempunyai kualiti yang
berlaku iaitu lebih kurang dua puluh lima (25) abad. Logam tersebut mempunyai
sama, tidak ciri-cirimudah
yang diperlukan untuk menjadikan wang yang baik. Ia dipanggil wang rosak,
komoditi . senang
dileburkan untuk
Kelemahan-kelemahan yang wujud daripada penggunaan wang emas dan perak
dipecahkan nilainya dan
sebagai alat perantaraan, maka wang kertas diperkenalkan dengan jumlahnya
fungsi terhad.
utama
 kelemahan:
sebagai alat pertukaran. Ia lebih ringan dari wang syiling. Ianya dikenali sebagai wang
memerlukan banyak
fiat . tempat untuk
WANG FIAT:
menyimpan, sukar untuk
Pada permulaan, wang kertas dikeluarkan kepada pemilik emaswang yang diperaku
berdasarkan
dibawa kerana
sah
jumlahsaiznya
sebagai alat perantaraan
emas yang didepositkan ke dalam akaun bank perdagangan. Selari dengan besar danperedaran
berat, dan
pertukaran oleh kerajaan
zaman dan masa, wang kertas tidak lagi dikeluarkan oleh bank berasaskanjumlahnya
jumlah emas terhad
seperti wang syiling dan
sedangkan urusniaga
yang disimpan di dalam bank tersebut. Ini bermaksud wang ertas yang dikeluarkan
bertambah.
oleh bank pusat.

6
bank-bank perdagangan menciptakan wang tanpa cagaran emas. Kini, pengeluaran
wang kertas tidak lagi dilakukan oleh bank perdagangan tetapi diambil alih oleh Bank
Pusat.

Sistem pembayaran berubah seiring dengan pembangunan sistem bank yang lebih
moden, justeru cek diperkenalkan. Ini bermakna pemilik wang tersebut tidak perlu
mengambil wang daripada bank untuk membuat sebarang pembayaran. Pemilik wang
hanya perlu menulis jumlah bayaran yang dibuat di atas sekeping cek. Penggunaan
sistem cek ini menambahkan kelicinan perdagangan dan berlakulah proses penciptaan
wang baru (sistem penciptaan kredit / wang bank perdagangan ).

1.2.3 DEFINISI DAN CIRI WANG

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Mentakrifkan wang
dengan mengaitkan
dengan ciri-ciri wang
serta fungsinya.

Wang ialah barang yang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran bagi
kegiatan urus niaga bagi mendapatkan barang, perkhidmatan, atau untuk membayar
hutang.

7
 CIRI-CIRI WANG

i. Wang mestilah mempunyai nilai asas supaya diterima umum tanpa


keraguan.

ii. Nilai wang harus stabil supaya nilai sesuatu barang dapat
CIRI diukur
– CIRIdengan
WANG
tepat dengan menggunakan wang.  Diterima Umum
 Nilai wang haruslah stabil
iii. Penawaran yang terhad dan tidak mudah ditambah supaya nilai wang
 Penawaran terhad
adalah stabil. Jika sesuatu benda mudah diperoleh dan lama
 Tahan penawaran tidak
dan kualitinya
terhad, maka nilai benda itu akan merosot dantidak tidakberubah
dapat berfungsi
sebagai wang.  Mudah dibahagikan
 Mudah dibawa
iv. Tahan lama dan kualitinya tidak berubah-ubah melalui masa supaya wang
dapat berfungsi sebagai penyimpan nilai.

v. Mudah dibahagikan kepada unit-unit kecil untuk memudahkan urusniaga.

vi. Mudah untuk dibawa, dipindah dan disimpan.

1.2.4 FUNGSI WANG

1. ALAT PERANTARAAN PERTUKARAN

 Wang sebagai alat perantaraan pertukaran mengatasi kelemahan


masalah kehendak serentak dalam sistem barter. Urusniaga dapat
FUNGSI WANG
dilakukan dengan menggunakan wang tanpa memerlukan kehendak
Alat Perantaraan
Pertukaran
8
 Alat Pengukur Nilai dan
Unit Akaun
 Alat Bayaran Tertunda
serentak. Wang sebagai alat perantaraan pertukaran melicinkan
urusniaga, menjimatkan masa, dan tenaga orang yang berurusniaga.

2. ALAT PENGUKUR NILAI DAN UNIT AKAUN

 Masalah pengukuran nilai sistem barter diatasi oleh fungsi wang sebagai
alat pengukur nilai. Penggunaan wang mewujudkan satu sistem yang
piawai dimana nilai semua barang dapat

dinyatakan dalam sebutan ringgit dan sen. Perbandingan nilai suatu


barang dengan barang lain dapat dilakukan dalam unit ukuran yang sama.
Dapatkah anda
3. ALAT BAYARAN TERTUNDA  Menerangkan
bagaimana inflasi
dapat menjejaskan
 Sifat wang yang tahan lama dan nilai yang stabil meyebabkan wang
fungsi wang?
sesuai disimpan dan digunakan pada masa depan. Orang ramai sanggup
 Menerangkan
menerima wang sebagai bayaran tertunda, iaitu urusniaga dijalankan
bagaimana fungsi
sekarang tetapi pembayaran dilakukan pada masa depan. Pengeluar
wang dapat
sanggup menjual barang secara kredit kerana berkeyakinan nilai
mengatasi wang
yang diterima kemudian adalah sama dengan nilai kelemahan
wang semasasistem
penjualan barang. Fungsi wang sebagai alat pembayaranbarter? tunda

menggalakkan urusniaga secara kredit.

4. ALAT PENYIMPANAN NILAI

 Sifat nilai wang yang stabil, tidak mudah rosak dan mudah disimpan
membolehkan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. Kekayaan
dalam bentuk wang tidak

9
memerlukan ruang yang besar dan kos pembiayaan kerana orang ramai
boleh menyimpan wang mereka di institusi kewangan dan mendapat
pulangan faedah.

POP KUIZ!

Berdasarkan gambarajah di atas, dapatkah anda menerangkan perkembangan evolusi


wang sehingga tercetusnya wang sebagai alat perantara kewangan.

1.3 EVOLUSI SISTEM KEWANGAN

10
PERINGKAT PERTAMA

Berlaku pada zaman sistem perdagangan barter, unit pertukaran asas dalam
sistem kewangan pada ketika itu ialah wang komoditi (makanan, pertahanan,
perhiasan, dan alat yang membantu dalam kehidupan seharian) kemudiannya
kepada wang logam. Wang komoditi dan wang logam ini berfungsi sebagai unit
akaun dan unit nilai bagi memudahkan perdagangan dan mengumpul kekayaan.

PERINGKAT KEDUA

Wang kertas dikeluarkan oleh tukang emas atau bank. Ia berkembang apabila
timbulnya amalan meminjam daripada kumpulan wang yang dikumpulkan oleh
orang yang mempunyai lebihan pendapatan kepada orang perseorangan atau
perusahaan dengan dikenakan bayaran perkhidmatan atau faedah.

Pada peringkat ini wujud aliran dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan
(pinjaman langsung). Dalam pinjaman langsung, unit lebihan menanggung risiko
kemungkinan hutang tidak dibayar balik. Konsep hutang dalam ekonomi
bergantung atas keyakinan unit lebihan kepada unit kurangan untuk membayar
balik pinjaman. Semakin tinggi keyakinan, semakin cekap sistem kewangan.

Antara kelemahan pinjaman langsung seperti tempoh yang diberi bagi unit
kurangan membayar balik hutang tidak mencukupi dan unit lebihan berhadapan
dengan risiko unit kurangan tidak membayar balik hutang.

11
Rajah 1.3.1 Pembiayaan Langsung dan
Pembiayaan Tidak Langsung

PERINGKAT KETIGA

Kesan dari kelemahan pinjaman secara langsung, maka institusi perantaraan


kewangan dibentuk. Tanggungan institusi ini dikenali sebagai hutang peringkat
kedua atau pinjaman tidak langsung.

Institusi perantaraan kewangan ini mendapat pendapatan daripada kadar faedah


yang dikenakan atas peminjam. Manakala penyimpan akan mendapat pulangan
dari simpanan mereka dari kadar dividen yang telah ditetapkan oleh institusi
kewangan. Perbezaan kadar faedah dan kadar dividen itu merupakan
keuntungan kepada institusi tersebut.

Bank pertama yang ditubuhkan adalah bank perdagangan dimana ia hanya


tertumpu kepada bidang tertentu sahaja seperti pembiayaan perdagangan.
Sejajar dengan perkembangan semasa, beberapa institusi perantaraan
kewangan ditubuhkan seperti bank saudagar, kumpulan wang simpanan dan
pencen, syarikat kewangan, insurans dan lain-lain.

PERINGKAT KEEMPAT

12
Peringkat terakhir merupakan peringkat kematangan bagi institusi perantaraan
kewangan. Pada peringkat ini, insititusi-institusi ini menawarkan pelbagai alat
kewangan sebagai media tabungan bagi unit lebihan dan pelbagai jens
kemudahan kredit dan pelaburan bagi unit kurangan.

Isi rumah merupakan kumpulan yang mempunyai unit lebihan yang besar,
mereka menabung sebahagian besar daripada pendapatan mereka.

INFO!
Harta kewangan yang mereka miliki adalah terdiri daripada hutang utama
dan/atau hutang peringkat kedua.
HUTANG UTAMA:
Kebiasaannya terdiri daripada
Tidak semua isi rumah bertindak sebagai unit lebihan malahan terdapat juga
saham, pinjaman langsung
kepadadan perusahaan
antara mereka merupakan unit kurangan. Sektor kerajaan perusahaan dan
sekuriti kerajaan.
merupakan unit kurangan yang utama dalam ekonomi. Kedua sektor ini
kebiasaannya menampung kurangan mereka melalui pinjaman HUTANG PERINGKAT
modal sekuriti, bil
KEDUA:
dan sekuriti jangka panjang. Perantaraan kewangan menjalankan urusan dalam
Kebiasaannya terdiri daripada
dua pasaran iaitu pasaran tabungan dan pasaran kredit. wang tunai, deposit dan harta
kewangan lain yang
merupakan tanggungan
pengantaraan kewangan.

13
RAJAH 1.3.2 Aliran dana dalam institusi
kewangan

PRAKTIS PENGUKUHAN

Jawab soalan-soalan di bawah.

a. Terangkan tiga (3) peranan wang.

b. Nyatakan jenis-jenis dan kelemahan-kelemahan sistem ekonomi yang tidak menggunakan wang

c. Berikan definisi dan empat (4) ciri-ciri wang.

d. Apakah yag dimaksudkan dengan pembiayaan langsung dan tidak langsung. Sila nyatakan
pembiayaan langsung.

14
e. Jika anda diberi pilihan di antara inflasi dan deflasi, situasi apakah pilihan anda dan mengapa?

KAJIAN KES

KUALA LUMPUR 16 Jun - Tekanan inflasi dijangka lebih tinggi pada suku ketiga tahun ini iaitu
dan meningkat kepada 2.6 peratus pada suku berikutnya terutama sepanjang Ramadan disebabkan
makanan.
Affin Hwang Capital berkata, harga minyak mentah global yang kembali pulih baru-baru ini dan kelem
juga akan menjadi antara faktor yang memberi tekanan kepada inflasi pada separuh kedua 2016.
Katanya, tekanan inflasi turut dirasai apabila terdapat kecenderungan beberapa perniagaan yang men
kos buruh yang tinggi disebabkan pelaksanaan gaji minimum RM1,000 mulai 1 Julai ini dan penamatan
ke atas peningkatan margin keuntungan selama 15 bulan sejak April 2015.
“Walau bagaimanapun, kami percaya impak ke atas harga berikutan faktor-faktor tersebut masih
dengan jangkaan inflasi bagi tahun ini adalah sekitar 2.5 hingga tiga peratus berbanding 2.1 peratus pa
15
“Dengan tekanan inflasi yang terurus ini, dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengek
Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus dalam 11 mesyuaratnya sejak kali terakhir kadar itu dina
Julai 2014, akan terus memberi fokus untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan kestabil
kewangan negara,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.
Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, inflasi secara purata berada pada 2.9 peratus berbanding
bagi tempoh sama tahun lalu.
Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan semalam, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat dua p
Mei 2016 kepada 114.6 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah minuman alkohol dan tembakau iait
22.1 peratus, makanan dan minuman bukan alkohol (4.1 peratus), restoran dan hotel (2.5 peratu
barangan dan perkhidmatan (2.5 peratus) serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.4 pe
Sementara itu, Penganalisis HLIB Research, Sia Ket Ee mengekalkan unjuran inflasi pada tahun
peratus dan menjangkakan kesan yang rendah daripada segmen pengangkutan disebabkan pening
minyak secara berperingkat-peringkat mengimbangi impak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmata
“Namun, inflasi bukanlah satu kebimbangan kepada BNM. Kami menjangkakan BNM akan melihat s
infrastruktur pelaburan dan pendapatan akan memberi kesan sebelum menilai keperluan untu
perubahan dalam dasar monetari,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/tekanan-inflasi- dijangka-te


meningkat

SOALAN KAJIAN KES

1. Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?

2. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada terjadinya inflasi?

3. Apakah implikasi inflasi kepada ekonomi negara?

16

You might also like