You are on page 1of 5

HNF 3012

FALSAFAH ILMU

TUGASAN INDIVIDU

ULASAN ARTIKEL:
Regular egg consumption at breakfast by Japanese woman university students
improves daily nutrient intakes: open-labeled observation

NAMA PENSYARAH:
DR. MINAH BINTI SINTIAN

NAMA PELAJAR PROGRAM NO. MATRIK

RONALD DECK YAMI ISMP BIOLOGI D20171078135


1.0 PENDAHULUAN

Tajuk bagi artikel yang akan diulas ialah Regular egg consumption at breakfast by Japanese
woman university students improves daily nutrient intakes: open-labeled observation.
Artikel ini telah ditulis oleh Chie Taguchi, Yoshimi Kishimoto, Norie Suzuki-Sugihara, Emi
Saita, Mika Usuda, Wei Wang, Yasunobu Masuda dan Kazuo Kondo. Mereka terdiri daripada
professor di bawah Jabatan Penyelidikan “Makanan untuk Kesihatan” di Ochanomizu
University, Tokyo, Japan, Jabatan Nutrisi dan Sains Makanan di Sekolah Siswazah dan
Kemanusiaan, Orchanomizu University, Tokyo, Japan, Penyelidikan dan Pembangunan,
Kewpie Corporation, Tokyo, Japan dan Pengajian Inovasi Kehidupan, di Universiti Toyo,
Gunma, Japan. Artikel ini boleh didapati di link :
https://search.informit.com.au/documentSummary;dn=352304978585508;res=IELHEA

2.0 SINOPSIS

Artikel ini membincangkan tentang kebaikan sumber protein dalam telur dan mengandungi
pelbagai nutrient utama dan antioksidan. Pengkaji itu menjalankan kajian intervensi untuk
menilai sama ada penggunaan tambahan satu telur sehari akan mempengaruhi pengambilan
nutrisi dan status antioksidan darah dalam kalangan pelajar universiti wanita Jepun. Kajian itu
dijalankan selama 4 minggu bersamaan dengan 14 hidangan sarapan berkhasiat termasuk satu
telur rebus, dan mereka diminta menyimpan rekod pemakanan harian. Hasil daripada data yang
telah dikumpul, keputusan menunjukkan bahawa pengambilan telur secara teratur pada waktu
sarapan dapat membantu meningkatkan status nutrisi harian dan tabiat pemakanan serta
memperbaiki beberapa indeks status antioksidan pada wanita muda.
3.0 ULASAN/KRITIKAN

3.1 KEKUATAN

Secara keseluruhannya, artikel ini mendapat penemuan yang baik dan dapat membantu
golongan remaja mahupun golongan tua dalam mengamalkan pengambilan sarapan yang kaya
dengan sumber protein. Dengan mengamalkan pengambilan protein yang cukup, semua orang
dapat meningkatkan keseimbangan nutrisi dan kawalan selera makan. Selain itu, artikel ini juga
banyak membuat pembuktian melalui kaedah uji kaji (experiment tests) seperti dietary
assesments, blood sampling and measurements dan statistical analyses.

3.2 KELEMAHAN

Namun begitu, kajian ini tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada satu hidangan
yang umum iaitu telur. Berdasarkan artikel ini, penulis tidak menyatakan bahawa telur itu
adalah daripada telur ayam, telur itik atau daripada haiwan lain. Sekiranya penulis membuat
kajian dalam membandingkan telur yang mana lebih baik dan sesuai dengan pengambilan
protein adalah lebih baik kerana setiap telur yang berasal daripada haiwan yang berlainan
mengandungi sumber protein yang berbeza.
4.0 PERKAITAN DENGAN FALSAFAH ILMU

Berfalsafah dapat dimaksudkan sebagai kecenderungan rasa ingin tahu disertai rasa hairan.
Dalam konteks yang ada, falsafah berperanan sebagai hasil dari rasa hairan terhadap apa yang
menjadi pertanyaan yang akan kita lontarkan. Namun, berfalsafah pada kenyataannya pun tidak
hanya mempertanyakan sesuatu yang dilihat, mahupun dialami secara harfiah sahaja tetapi
sesuatu benda yang tidak dapat dilihat juga kita sering mempersoalkan (Yulia Olivianti, 2016).
Terdapat beberapa benda yang dapat dikaitkan dengan falsafah ilmu dalam artikel ini.

Antaranya, penulis membuktikan bahawa pengambilan telur pada sarapan dapat memberikan
kebaikkan kepada pelajar wanita di universiti. Dengan memakan satu telur setiap hari semasa
sarapan dapat membekalkan protein dan nutrisi keseimbangan seseorang. Penemuan juga
menunjukkan bahawa telur adalah sumber protein yang baik dan antioksidan yang mungkin
berharga dalam mereka bentuk diet yang sihat dan berkhasiat. Dalam hal ini, kebenaran
tersebut dapat dikaitakan dengan salah satu cabang falsafah ilmu iaitu metafizik(ontologi).
Kandungan protein tersebut tidak dapat dilihat melalui mata kasar tetapi kita dapat tahu melalui
ujian saintifik yang menentukan kuantiti bahan tersebut.

Selain itu, artikel ini juga dapat dikaitkan dengan salah satu aspek falsafah ilmu iaitu
epistomologi yang mana pengkaji tersebut melakukan prosedur dalam mendapatkan
pengetahuan yang disebut ilmu. Dalam memastikan pengambilan telur dalam sehari
mempengaruhi nutrisi dan status darah antioksidan, pengkaji melakukan beberapa prosedur
seperti study design and diet di mana ianya berlangsung selama 4 minggu dan semua pelajar
yang dijadikan sebagai bahan nilai uji kaji disediakan saraapn berkhasiat pada pukul 8 pagi
hinggi 9 pagi setiap hari bekerja di universiti mereka. Menu sarapan adalah terdiri daripada
satu telur rebus, satu bahagian roti bakar dengan marjerin, salad, yogurt rendah gula, jus buah
dan teh hitam. Sebelum dan selepas tempoh kajian, setiap pelajar tersebut perlu merekodkan
berat badan, ukuran abdoman dan tekanan darah serta sampel darah diperoleh antara 7:00 pagi
dan 8:30 pagi selepas berpuasa semalaman dari pukul 8:00 petang hari sebelumnya. Jumlah
protein adalah diukur dengan kaedah Biuret test, kepekatan glukosa(gula) dalam darah diukur
oleh kaedah hexokinase UV manakala jumlah kolesterol, magnesium dan asid lemak diukur
melalui kaedah enzimatik.
KESIMPULAN

Melalui pembacaan artikel ini, saya dapat belajar bahawa pentingnya dalam mengambil
pemakanan yang mengandungi protein pada setiap pagi. Hal ini bukan sahaja dapat
memberikan manfaat kepada golongan wanita, tetapi juga kepada golongan lelaki. Dengan itu,
saya berharap masyarakat pada masa kini terutamanya golongan remaja dapat mengambil
makanan yang seimbang iaitu secara tidak berlebihan atau tidak kurang untuk kesihatan dan
tumbesaran.

You might also like