You are on page 1of 16

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2

2 PEMILIHAN TAJUK 3-4

3 OBJEKTIF/TUJUAN 5

4 HIPOTESIS 6

- Experience retrieval

- Application of evidence

5 METODOLOGI 7-11

6 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 12-13

7 KESIMPULAN 14

8 RUJUKAN 15-16

EVIDENCE BASED LEARNING (EBL)

1
1.0 PENGENALAN

Penyusuan susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana penyusuan yang
eksklusif yang diberikan kepada bayi dapat memaksimumkan pertumbuhan bayi,
meningkatkan perkembangan kecerdasan bayi, meminimumkan morbiditi dan
mortaliti bayi serta mampu menjarakkan kehamilan. (WHO, UNICEF, The integrated
Global Action Plan for Pneumonia and Diarrhoea (GAPPD), 2013)

Pada abad ke-21, kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif di kebanyakkan
negara berada di bawah 50% dan pencapaian dalam tempoh penyusuan susu ibu
hanya sederhana. (Victoria CG, Bahl R, Barros AJD, et al). Di Malaysia, Kajian
Kesihatan dan Morbidity Nasional (NHMS) 2016, melaporkan bahawa penyusuan
secara eksklusif di kalangan bayi di bawah usia 6 bulan meningkat dari 14.5%
menjadi 47%, tetapi ia masih dipertimbangkan di bawah tahap sasaran 70% harus
dicapai pada tahun 2025. (Ahmad Nadzri J, Aminah Bee MK, Azah A, et al. National
Health and Morbidity Survey)

Terdapat pelbagai kebaikan penyusuan susu ibu antaranya, susu ibu


memberikan nutrien untuk memenuhi keperluan pertumbuhan (Cohen et al, 1994;
Dewey et al, 1999; Simondon dan Simondon, 1997) dan beberapa faktor imunologi
untuk melindungi daripada jangkitan dan mengurangkan kematian. (WHO, 2001).
Selain itu, penyusuan susu ibu adalah pekerjaan yang memerlukan masa, dan
wanita memerlukan pelbagai jenis sokongan untuk memulakan dan meneruskan
amalan penyusuan yang optimum (Narayan, Natarajan, & Bawa, 2005). Justeru itu,
di antara pelbagai sokongan, "sokongan suami" memainkan peranan sangat penting
dalam penyusuan susu ibu bagi mempromosikan amalan penyusuan susu ibu yang
eksklusif dan optimum (Sullivan, Leathers, & Kelley, 2004).

Suami memainkan peranan penting kerana keputusan penyusuan susu ibu


adalah fenomena yang pelbagai dan kompleks (Ny et al., 2008). Ibu-ibu yang
mendapat sokongan daripada pasangan mereka biasanya memilih penyusuan susu
ibu secara eksklusif dan optimum, dan peluang untuk meneruskan amalan ini sangat
tinggi (Rempel & Rempel, 2011).

2
Peranan suami atau bapa bayi pada masa ini, lebih terperinci kerana
beberapa kajian mengatakan bahawa hubungan penyusuan bayi dilihat bukan hanya
antara ibu dan bayi, tetapi merupakan hubungan antara ibu, bayi dan ayah bayi
(Lawrence R.,2005). Satu kajian yang lain menunjukkan terdapat hubungan antara
tahap pengetahuan dan sikap ayah mengenai penyusuan dan amalan penyusuan
susu ibu secara eksklusif. Ibu yang mempunyai tempoh penyusuan susu ibu secara
eksklusif, suaminya juga mempunyai pengetahuan dan sikap yang baik. (Juherman
Y.,2008). Sokongan dari segi emosi, praktikal dan fizikal dari suami sangat
diperlukan bagi meningkatkan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Selanjutnya, Februhartanty dalam kajian kualitatif di daerah Kota Jakarta,
menyatakan bahawa suami telah memainkan peranan penting dalam
mempraktikkan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

3
2.0 PEMILIHAN TAJUK

PENGETAHUAN, SIKAP DAN SOKONGAN BAPA TERHADAP KEJAYAAN


PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan susu ibu sangat penting dalam memastikan pertumbuhan dan


tumbesaran bayi pada tahap optima. Walaupun menyusu adalah proses yang
semula jadi, ia tidak selalu mudah. Ibu memerlukan sokongan yang baik untuk
memulakan dan mengekalkan penyusuan (WH0,2020). Kurang sokongan daripada
pasangan, ahli keluarga dan kurang pendidikan tentang aspek-aspek praktikal
menyusukan bayi boleh menyebabkan kebimbangan dan besar kemungkinan
memberhentikan penyusuan. (Poh Bee Koon, 2016)

Penyelidikan mengenai sokongan dan amalan penyusuan susu ibu


kebanyakkannya melibatkan ibu dan kurang melibatkan suami secara langsung
walaupun sebenarnya suami memainkan peranan penting dalam kejayaan
penyusuan susu ibu. Oleh itu, kumpulan kami memilih tajuk ini untuk mengetahui
tahap pengetahuan, sikap dan sokongan suami dalam menjayakan penyusuan susu
ibu secara eksklusif.

4
3.0 OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM

- Untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan sokongan bapa dalam


menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

OBJEKTIF SPESIFIK

- Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan bapa mengenai penyusuan susu


ibu secara eksklusif.
- Untuk menilai sikap bapa terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif
- Untuk menilai sokongan bapa terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif

5
4.0 HIPOTHESIS

Null Hypothesis (Hο)


- Tahap pengetahuan bapa tidak memainkan peranan dalam kejayaan
penyusuan susu ibu secara eksklusif.
- Sikap bapa tidak memainkan peranan dalam kejayaan penyusuan susu ibu
secara eksklusif.
- Sokongan bapa tidak memainkan peranan dalam kejayaan penyusuan susu
ibu secara eksklusif.

Evidence Hypothesis (HA)


- Tahap pengetahuan, sikap dan sokongan bapa memainkan peranan dalam
penyusuan susu ibu secara eksklusif.

6
5.0 METADOLOGI

Kajian 1

Kajian yang dijalankan oleh Phua,Hui wen et al.(2020) yang bertajuk “Associations
of Father’s Breasfeeding Attitude and Support with Duration of Exclusive
Breastfeeding Among First-time Mothers” adalah bertujuan untuk mengenalpasti
hubungan antara sikap dan sokongan pasangan dengan tempoh penyusuan susu
ibu secara eksklusif dikalangan ibu primigravida. Tempat kajian ini telah dilakukan di
3 daripada 16 buah klinik kesihatan kerajaan yang dipilih secara rawak di Kuala
Lumpur dalam tempoh Januari sehingga April 2018. Kajian ini menggunakan kaedah
cross-sectional study dimana 3 questionnaires mengandungi soalan sosial
demografik, sikap dan sokongan terhadap penyusuan susu ibu diberi kepada bapa.
Penilaian dibuat melalui Iowa Infant Feeding Attitude Scale (IIFAS) dan Paternal
Breastfeeding Influence Scale (PBIS). Manakala pensampelan menggunakan
kaedah purposive sampling melalui 104 pasangan ibu bapa baru. Hasil kajian
menunjukkan sebanyak 24% ibu berjaya menyusukan bayi sehingga umur 4 bulan
dan 27.9% ibu menyusukan bayinya sehingga 6 bulan secara eksklusif. Oleh
itu,kajian menunjukkan ada hubungan yang signifikan antara sikap dan sokongan
bapa terhadap penyusuan susu ibu iaitu P<0.05. Secara keseluruhan kajian ini
menunjukkan sikap dan sokongan bapa memainkan peranan positif terhadap
penyusuan susu ibu.

7
Kajian 2

Kajian ini telah dilakukan oleh Dick, J.A. et al, (2015) yang bertajuk “Coparenting
Breastfeeding Support and Exclusive Breastfeeding: A Randomized Controlled Trial”
adalah untuk menilai keberkesanan sokongan intervensi yang diberi kepada
pasangan dalam mempengaruhi penyusuan susu ibu secara ekslusif dalam
kalangan ibu bapa baru. Tempat kajian ini dilakukan di large teaching hospital di
Toronto, Canada yang berdurasi antara Mac dan Julai 2012. Kajian ini
menggunakan kaedah randomized controlled trial dimana Self-report web-based
questionnaire atau temubual melalui telefon, mengikut keselesaan peserta. Penilaian
ini dibuat melalui Paternal Breastfeeding Self-Efficacy dan Iowa Infant Feeding
Attitude Scale (IIFAS). Pensampelan menggunakan randomly number sequence
melalui 214 pasangan,diletakkan dalam 2 kumpulan iaitu 107 orang dalam kumpulan
rawatan biasa dan 107 orang dalam kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.
Secara keseluruhan, tiada perubahan signifikan berkaitan dengan sikap dan
sokongan bapa dalam penyusuan susu ibu. Oleh yang demikian, sikap dan
sokongan bapa tidak mempengaruhi penyusuan susu ibu.

8
Kajian 3

Kajian ini dijalankan oleh Ditya Fahlevi Safitri et al, (2019), bertajuk “Booklet and
Support from Husband to Exclusive Breastfeeding” adalah untuk mengenalpasti
kesan pemberian booklet mengenai pengetahuan, sikap dan sokongan suami
terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif. Tempat yang dijalankan adalah di
Pusat kesihatan awam di Ngampilan dan Wirobrajan,Yogyakarta, Indonesia dimana
masa kajian diambil pada 28 Mei sehingga 24 Jun 2018. Kajian ini menggunakan
kaedah quasi eksperimen dimana questionnaire diberikan melalui 2 kumpulan,
Kumpulan ekperimen diberikan booklet dan kumpulan kawalan diberikan leaflets.
Soalan merangkumi pengetahuan,sikap dan sokongan bapa terhadap penyusuan
susu ibu secara eksklusif. Pensampelan menggunakan menggunakan teknik simple
random sampling terhadap 36 orang suami. Kajian ini membuktikan bahawa
pengetahuan, sikap dan sokongan suami terhadap penyusuan susu ibu secara
eksklusif sebelum dan selepas rawatan dalam kumpulan kawalan dan kumpulan
experimental masing-masing menunjukkan perubahan peningkatan yang signifikan
iaitu p-value=0.026, p-value=0.015 dan p-value=0.018. Oleh itu, kajian ini
menyokong objektif pemberian booklet meningkatkan pengetahuan,sikap dan
sokongan bapa terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif.

9
Kajian 4

Kajian ini dijalankan oleh Yunardi et al, (2019), bertajuk The Effect on Bonding
Behavior Model of a Husband for a Successful Breastfeeding adalah untuk menilai
semula model Husband Bonding Behaviour (HBB) terhadap promosi pengetahuan,
perubahan sikap dan tingkah laku ikatan suami kepada penyusuan eksklusif yang
berjaya. Kajian ini dilakukan di Kawasan Pasar Bungo dan Daerah Pelepat,
Kabupaten di Indonesia yang berdurasi dari Januari sehingga Mac 2019. Kaedah
kajian adalah quasi experiment yang menggunakan modul pendidikan tingkah laku
bonding suami sebagai media dalam menentukan model tingkah laku ikatan suami.
Seterusnya, pensampelan menggunakan teknik multistage random sampling yang
terdiri daripada 31 orang suami dalam kumpulan kawalan dan 31 orang suami dalam
kumpulan intervensi. Hasil kajian menunjukkan model Husband Bonding Behaviour
mempunyai perubahan peningkatan yang signifikan dalam pengetahuan (p<0.001),
sikap (p<0.001) dan tingkah laku ikatan suami (p<0.001) antara kumpulan kawalan
dan kumpulan intervensi. Oleh itu, kajian ini menunjukkan berlaku peningkatan
dalam pengetahuan,sikap dan tingkah laku bapa terhadap penyusuan eksklusif yang
berjaya.

10
Kajian 5

Kajian ini telah dijalankan oleh Dewi Susilawati (2019), yang bertajuk The Level of
Knowledge and Support of Husband With Exclusive Breastfeeding at Padang
bertujuan untuk mengetahui hubungan tahap pengetahuan dan sokongan suami
dengan penyusuan susu ibu eksklusif. Tempat kajian ini dijalankan di Aia Pacah
Wilayah Air Dingin Health Center Padang City pada 21 Jun sehingga 1 Julai 2018.
Kajian ini juga menggunakan kaedah cross sectional dimana 2 questionnaire yang
terdiri daripada soalan pengetahuan dan sokongan diberikan kepada bapa.
Pensampelan menggunakan total sampling technique yang merangkumi 49 orang
suami yang mempunyai bayi berusia 6-12 bulan terlibat. Hasil kajian ini
menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan suami dengan
penyusuan susu ibu iaitu p-value=0.04(p<0.05). Manakala tiada hubungan signifikan
dalam sokongan suami terhadap penyusuan susu ibu iaitu p-value=0.682(p>0.05).
Secara keseluruhannya, suami mempunyai pengetahuan tentang penyusuan susu
ibu, namun sokongan tidak diberikan sepenuhnya oleh bapa kepada ibu semasa
tempoh penyusuan.

11
6.0 PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, hasil kajian mengenai tahap pengetahuan, sikap dan sokongan
daripada bapa mempengaruhi penyusuan susu ibu secara eksklusif menunjukkan
perubahan peningkatan yang signifikan.

Keputusan kesemua kajian di atas menunjukkan perubahan yang signifikan


sama ada dari segi pengetahuan, sikap dan sokongan daripada suami. Manakala,
satu daripada kajian di atas, kajian 2 menunjukkan perubahan peningkatan yang
tidak signifikan dapat dilihat jika dikaitkan dengan sikap dan sokongan daripada
suami. Namun, jika dikaitkan dengan durasi pemberian penyusuan susu ibu secara
eksklusif mendapati kajian menunjukkan perubahan peningkatan yang signifikan
dapat dilihat pada 6 minggu pertama selepas postpartum (P=0.03). Ini disebabkan
oleh ibu mendapat sokongan sepenuhnya daripada pasangan masing-masing pada
6 minggu pertama selepas postpartum (P=0.02). Selain itu, dalam kajian ini juga
menunjukkan penglibatan suami dalam usaha dan kerjasama pemberian susu ibu
sangat berpuas hati dalam 6 minggu pertama selepas postpartum (P=0.04).

Kajian ini mendapati bahawa kadar populasi kajian penyusuan eksklusif pada
enam bulan adalah 27.9% dan pada empat bulan adalah 24%. Relatif ini lebih
rendah berbanding dengan prevalensi penyusuan susu ibu secara eksklusif pada
usia enam bulan (47.1%) dan empat bulan (47.3%) di Malaysia. Kajian Kesihatan
Nasional Malaysia melaporkan bahawa persepsi tentang kekurangan susu ibu
adalah salah satu kemungkinan alasan utama yang difikirkan oleh ibu untuk
menghentikan penyusuan tetapi faktor luaran atau persekitaran seperti penglibatan
keluarga masih belum dikenal pasti. (Ahmad Nadzri J et al.,2016)

Selain itu,kajian sistematik baru-baru ini (Mahesh P et al., 2018) menyokong


bahawa penglibatan ayah dalam tempoh antenatal dan postnatal meningkatkan
penyusuan susu ibu secara eksklusif pada 4 dan 6 bulan. Peningkatan sokongan
secara tidak langsung menambahkan tempoh penyusuan susu ibu kerana
pengetahuan ayah mengenai faedah penyusuan susu ibu. Namun demikian,
penyelidikan mengenai perspektif paternal mengenai penyusuan susu ibu adalah
terhad, terutama di Malaysia. Dimana, kajian yang menilai pengetahuan, sikap, dan
sokongan ayah dalam penyusuan di Malaysia sangat terhad, tetapi tidak ada yang
mengkaji hubungan dengan hasil penyusuan seperti durasi atau secara eksklusif.

12
(Mohamad N et al.,2015)(Muda, S. M. et al., 2017). Oleh itu, kekuatan kajian ini
dapat menilai pengetahuan, sikap dan sokongan bapa memmpengaruhi penyusuan
susu ibu secara eksklusif.

Sehubungan dengan keputusan kajian di atas, null hypothesis seperti dalam


kajian mengatakan tiada hubungkait dengan pengetahuan, sikap dan sokongan
daripada bapa ditolak. Secara keseluruhan, kajian mengatakan pengetahuan, sikap
dan sokongan daripada bapa mempengaruhi penyusuan susu ibu secara eksklusif.

13
7.0 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian di atas menyimpulkan bahawa penglibatan bapa sangat


penting dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kajian 1 mengatakan bahawa
sikap dan sokongan bapa mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu. Kajian 3, 4,
dan 5 menyimpulkan pengetahuan juga sangat penting dalam penyusuan susu ibu
secara eksklusif.
Penglibatan bapa dipengaruhi oleh pengetahuan sikap dan sokongan suami.
Penelitian Februhartanty mengenai peranan bapa dalam mengoptimumkan amalan
penyusuan di Wilusami, Urban Jakarta menunjukkan bahawa bapa yang mempunyai
pengetahuan yang baik mengenai penyusuan susu ibu dapat menjaga hubungan
yang baik dan harmoni antara isteri dan anak. Sikap positif bapa disokong oleh
pengetahuan yang baik mengenai penyusuan susu ibu. Tanpa pengetahuan yang
cukup mengenai penyusuan susu ibu yang eksklusif, bapa akan cenderung bersikap
negatif terhadap amalan penyusuan yang diberikan dan kearah untuk memberi susu
formula kepada bayi.
Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa peranan ibu itu sendiri
memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kejayaan penyusuan
secara eksklusif kepada bayinya. Sekiranya ibu itu sendiri tidak bersedia dengan
kehamilan dan tidak berniat untuk memulakan penyusuan susu ibu pada awal
kehamilan, peranan bapa juga tidak dapat membantu dalam memastikan kejayaan
penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Berdasarkan beberapa literature review di atas, membuktikan bahawa
sememangnya pengetahuan, sikap dan sokongan bapa mempengaruhi penyusuan
susu ibu secara eksklusif.

14
8.0 RUJUKAN

Hui Wen Phua, Nur Aina Afrina Abdul Razak, Nurul Husna Mohd Shukri (2020,
August). Association of Father’s Breastfeeding Attitude and Support With the
Duration of Exclusive Breastfeeding Among First-time Mothers:Mal J Med Health
Sci 16(SUPP6): 84-89.

Jennifer Abbas Dick, Susan B. Stern, LaRon E. Nelson, William Watson, Cindy Lee
Dennis (2015, January). Coparenting Breastfeeding Support and Exclusive
Breastfeeding: A Randomized Controlled Trial. Retrieved January 1, 2015, from
https://pediatrics.aappublications.org/content/135/1/102.short

Ditya Fahlevi Safitri, Sari Hastuti, Hesty Widyasih,(2019). Booklet and Support From
Husband to Exclusive Breastfeeding.

Yunardi, Mudjiran, Masrul, Syah NA, Hardisman Dasman, Yandrizal. The Effect on
Bonding Behavior Model of a Husband for a Successful Breastfeeding Indian
Journal of Public Health Research & Development, August 2019, Vol.10, No. 8

Dewi Susilawati, (2019). The Level of Knowledge and Support of Husband With
Exclusive Breastfeeding at Padang.Jurnal of Midwifery Vol.4, No.1

Yasmin Mithani et al (2015). Exploring Fathers’ Role in Breastfeeding Practices in


the Urban and Semiurban Settings of Karachi, Pakistan.

Poh Bee Kun ( 2016, Mac). Menjayakan Penyususan Susu Ibu Secara eksklusif
selama 6 Bulan. Retrieved from
http://mypositiveparenting.org/ms/2016/03/28/menjayakan-penyusuan-susu-ibu-
secara-eksklusif-selama-6-bulan/

Ahmad Nadzri J, Aminah Bee MK, Azah A, et al. National Health And Morbidity
Survey 2016. Ministry of Health, Malaysia. 2016;2. Retrieved from
http://www.iku.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/2016/NHMS2016Report
Volume11-MaternalChildHealthFindingsv2.pdf

15
Mohamad N, Draman N, Muhammad R, & Yusoff HM. Knowledge And Attitude
towards Exclusive Breastfeeding Practices among Fathers who attend
Primary Health Care Fcilitiesin Subur-Ban, Malaysia. International Journal of
CollaborativeResearch On Internal Medicine & Public Health. 2015;7(7): 154-
163.

Muda, S. M., Rozi, M. S. M,. Arifin, S. R. M. & Makhtar, A. The perceptions of


married men on breastfeeding practice. International Journal of Public Health
and Clinical Sciences, 2017. 4(2): p. 95-109.

Mahesh P, Gunathunga M, Arnold S et al. Effectiveness of targeting fathers for


breastfeeding promotion: systemic review and meta-analysis. BMC Public
Health. 2018;18(1).

Abbass-Dick, J., Xie, F., Koroluk, J., Brillinger, S.A., Huizinga, J., Newport, A.,
Goodman, W., Dennis, C.L. The development and piloting of an eHealth
breastfeeding resource targeting fathers and partners as co-parents.
Midwifery.2017. 50, 139–147.

16

You might also like