You are on page 1of 2

KAJIAN RETROSPEKTIF : FAKTOR – FAKTOR YANG MENGGALAKKAN

PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF DI ANTARA IBU BEKERJA

DENGAN IBU TIDAK BEKERJA DI WAD MATERNITI HOSPITAL MELAKA

ABSTRAK

Pengenalan : ibu merupakan makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak

dilahirkan lagi. Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan

susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain Oleh yang demikian, terdapat juga banyak

faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan para ibu untuk menyusukan bayi mereka samada

ibu bekerja atau tidak bekerja.

Objektif : Untuk mengenal pasti faktor – faktor yang menggalakkan pemberian susu ibu

di kalangan ibu bekerja dan tidak bekerja di wad maternity Hospital Melaka.

Metodologi : Satu reka bentuk kajian iaitu kuantitatif dan diskriptif dengan

mengumpulkan maklumat secara ‘questionnaire’ di Wad antenatal dan postnatal dan

klinik antenatal Hospital Melaka dalam tempoh masa kajian

Keputusan: Data dari 100 ‘questionnaire’ yang memenuhi kriteria telah di isi ke dalam

borang maklumat responden dan data yang diperolehi telah dianalisa dengan SPSS

versi 18.0.Kajian mendapati, sebanyak 80 % daripada para ibu yang menjawab kaji

selidik ini pernah menyusukan bayi mereka tetapi manakala 10 % mencampurkan susu

ibu dengan susu formula atas factor tertentu. Terdapat hanya 10 % sahaja yang tidak

pernah menyusukan susu ibu langsung.Kesemua kenyataan mengenai pendedahan

promosi penyusuan di persetujui lebih 80 % responden.terdapat 99% bersetuju bahawa

responden tahu tentang polisi penyusuan susu ibu. 97% mendapat pendedahan
tentang penyusuan melalui kumpulan sokongan ( badan NGO), 98 % mendapat

pendedahan tentang penyusuan semasa lawatan antenatal. 83 % mendapat maklumat

mengenai kebaikan kepentingan susu ibu daripada anggota kesihatan.

Kesimpulan : Kajian ini turut mendapat satu gambaran di mana tahap kesedaran

dikalangan ibu jelas tinggi dan penting dalam memotivasikan ibu mengenai kepentingan

penyusuan susu ibu secara eksklusif dari peringkat antenatal lagi.Apa yang penting

ialah penyusuan susu ibu merupakan tanggungjawab bersama suami dan isteri dan kita

sebagai anggota kesihatan harus membantu dan bersama – sama memberi kesedaran

kepada ibu – ibu tentang kepentingan penyusuan susu ibu.

You might also like