You are on page 1of 3

Slug: Sekitar kampus

Tajuk: Webinar USUS 2023 beri kesedaran kepada siswa-siswi USM tentang IBS

Oleh: Nur Alia Shahirah Mohd Rafidi

PULAU PINANG, 28 APRIL – Asian Medical Students’ Association (AMSA) daripada


Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) telah menganjurkan Webinar USUS
2023 mengenai Sindrom Iritasi Usus yang lebih dikenali sebagai IBS kepada siswa-siswi USM.

Yakult ialah penaja bagi program ini dan program ini diadakan kerana April ialah bulan
kesedaran bagi IBS. Moderator bagi program ini ialah Professor Perubatan dan Perunding
Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan dalaman USM iaitu Profesor Doktor Lee Yeong Yeh
yang akan berbincang tentang IBS bersama dua panel jemputan.

Menurut panel pertama, seorang Pakar Gastroenterologi dengan kepakaran dalam penyakit
gastrousus berfungsi iaitu Doktor Kevin Siah Tien Ho, IBS biasanya digambarkan sebagai
kebiasaan apabila pesakit mengadu, kebanyakannya sakit perut, ada yang boleh jadi tidak selesa
atau kembung perut tetapi ia dikaitkan dengan perubahan buang tabiat air besar.

”Sesetengah pesakit mungkin mengadu sembelit atau cirit-birit atau bercampur tetapi ada yang
bercampur dengan sesuatu perubahan sama ada bentuk atau kekerapan. Terdapat tujuh jenis najis
bristol, daripada jenis yang pertama hingga jenis yang ketujuh, najis kelihatan keras sehingga
menjadi sepenuhnya cecair. Pesakit yang mengalami najis yang keras dipanggil sembelit
manakala pesakit yang mengalami najis yang cair dinamakan sebagai cirit-birit”, jelas beliau.

Menurut panel kedua, seorang pensyarah pusat UKM untuk kajian penyiasatan diagnostik dan
terapeutik iaitu Doktor Shanti Krishnasamy, diet penting untuk mengekalkan kesejahteraan dan
kesihatan usus khususnya. Diet yang seimbang penting untuk mengelakkan penyakit seperti
diabetes, sindrom metabolik dan sebagainya.

”Lihat pada piramid makanan kita, ada perubahan daripada yang sebelum kepada yang terkini.
Sebelum ini, ia mencadangkan kita untuk mengambil lebih karbohidrat, tetapi kini ia menyuruh
kita mengurangkan pengambilan karbohidrat kerana makanan ini sebenarnya tidak sihat. Oleh
itu, kita memerlukan diet yang seimbang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Beralih kepada usus yang sihat, jika kita mengekalkan diet yang sihat mengikut piramid
makanan, ia sebenarnya membantu mengekalkan usus yang sihat”, jelas beliau lagi.

Lampiran

Poster untuk Webinar IBS yang dianjurkan oleh AMSA USMKK dan ditaja oleh Yakult.

Sumber Foto: Media Sosial AMSA USMKK


Panel kedua, Doktor Shanti sedang membincangkan IBS bersama moderator, Professor Doktor
Lee dan panel pertama, Doktor Kevin.

Sumber Foto: Alia Shahirah

You might also like