You are on page 1of 40

TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI

2.1 PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI

Satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan
bumi secara saintifik.

Jenis Proses Geomorfologi

i) Proses Endogenik

Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi
seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan
aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.

ii) Proses Eksogenik

Proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan serta gerakan jisim.

Proses-Proses Endogenik

1) Pengangkutan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami pemulihan isostasi.

2) Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan banjaran gunung lipat.

3) Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang reahan di kerak bumi, lurah gelinciran serta
gunung bongkah yang berpunca daripada daya mampatan dan tegangan yang dialami oleh kerak
bumi.

4) Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran
atau pencapahan plat-plat tektonik.

5) Aktiviti gunung berapi.

6) Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan kandungan kimia
sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang
tinggi dan mengalami penjelmaan.

Proses-Proses Eksogenik

1)Luluhawa

· Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu.

· Terbahagi kepada tiga jenis


a) Luluhawa kimia

b) Luluhawa fizikal

c) Luluhawa biologi

2) Proses hakisan

· Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang
bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.

· Hakisan terbahagi kepada dua jenis

a) Hakisan geologi.

§ Proses hakisan berlaku secara semulajadi dikawasan yang belum diganggu oleh manusia.
Proses hakisan goelogi berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama serta
proses hakisan ini melibatkan keseluruhan permukaan bumi.

b) Hakisan tanih

§ Proses hakisan yang berpunca daripada manusia apabila manusia mengganggu keadaan
semulajadi alam sekitar akibat aktiviti-aktiviti manusia.

3) Proses pengangkutan dan pemendapan

Pengangkutan adalah satu proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa dan terhakis akan
diangkut oleh agen-agen yang bergerak seperti air yang mengalir, cairan glasier, angin dan ombak.
Proses pengangkutan bergantung kepada tenaga potensi dan tenaga kinetik agen bergerak.
Apabila halaju agen bergerak semakin perlahan, maka bahan-bahan yang diangkut akan
mengalami proses pemendapan.

4) Proses gerakan jisim

Gerakan jisim melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya
tarikan graviti. Proses endogenik membentuk muka bumi atau landskap fizikal manakala
eksogenik lebih banyak mengubah atau memperkembangkan bentuk-bentuk bumi tersebut.

2.2 KONFIGURASI BENTUK BUMI

Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro.

Struktur Bumi terdiri daripada 3 lapisan utama :


a) Lapisan kerak bumi

Kerak bumi ialah lapisan bumi paling luar.Lapisan paling nipis.Ia terdiri daripada lapisan SIAL
(benua) dan SIMA (lautan). Kerak bumi banyak mengandungi batuan jenis granit dan basalt.
Ketumpatan batuan 2.7 – 3mg3.

b) Lapisan mantel

Lapisan pertengahan yang tidak stabil.Lapisan dalam bentuk pepejal dan cecair.Zon astenosfera
berbentuk separa cair.Lapisan bawah berbentuk batuan pejal. Batuan jenis granit dan basalt.
Ketumpatan 5.5.Suhu antara 800^C hingga 1600^C.

c) Lapisan teras bumi

Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Dikenali
sebagai lapisan barisfera.Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam
(pepejal).Ketumpatan batuan 13. Batuan jenis nikel dan besi.

KAWASAN KELUASAN (KM PERSEGI)

Asia,Eropah dan pulau-pulau berdekatan 54 200 000

Afrika 29 800 000

Amerika Utara 24 200 000

Amerika Selatan 18 000 000

Antartika 13 100 000

Australia 7 700 000

Borneo dan Sumatera 1 217 000

JENIS-JENIS BATUAN

1) BATUAN IGNEUS

Terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam lapisan kerak bumi atau di luar
permukaan kerak bumi.Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu igneus rejahan dan igneus
terobosan.

Igneus rejahan terbentuk apabila terdapat pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi.
Batuan igneus rejahan seperti granit mempunyai warna yang cerah, tekstur kasar dan kandungan
mineral utama ialah feldspar, kuartza dan mika. Manakala batuan gabro pula berwarna lebih
gelap, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin dan olivine. Batuan
granit menghasilkan bentuk muka bumi seperti kubah, kelupasan, tanah tinggi dan banjaran
gunung. Contohnya Banjaran Titiwangsa.

Igneus terobosan merupakan penyejukan magma di permukaan bumi.Basalt dan obsidian ialah
antara contoh batuan igneus terobosan.Kedua-duanya mempunyai warna yang gelap dan
kandungan mineral utama ialah feldspar.Basalt mempunyai tekstur halus manakala obsidian
bertekstur berkaca.

2) BATUAN ENAPAN @ MENDAP

Ia terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Bahan
enapan berbentuk berlapis-lapis. Pembentukan batuan enapan dapat dilihat melalui dua proses
iaitu proses pemadatan bahan-bahan mendapan (sedimen dan fosil) dan proses penyimenan. Fosil
ialah bahan-bahan enapan yang terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang, sisa
tumbuhan dan haiwan yang telah mati.

Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan berkumpul secara lapisan, selapis demi
selapis. Apabila bahan enapan menjadi semakin tebal, lapisan bawah akan mengalami tekanan
daripada lapisan atasnya. Lama-kelamaan bahan-bahan enapan akan mampat dan melekat di
antara satu sama lain.

Penyimenan adalah proses pelekatan mineral-mineral dengan adanya bahan perikat. Bahan
enapan yang kasar tidak melekat di antara satu sama lain dan hanya akan terlekat apabila adanya
bahan terikat. Bahan-bahan perikat ini terdiri daripada lempung, kalsit, silika yang bertindak
memasuki ruang-ruang yang wujud di antara mineral-mineral kasar. Tekanan daripada lapisan
atas menyebabkan ia terkeluar dan bahan- bahan perikat akan terhablur dan mengikat mineral-
mineral kasar.

Jenis-jenis batuan enapan

Batuan klastik

Contoh batuan klastik seperti konglomerat, batu pasir dan syal.Konglomerat mempunyai
komposisi kerakal, kerikil dan batu tongkol serta membentuk bentuk muka bumi seperti
permatang dan gunung.Komposisi batu pasir ialah pasir dan membentuk muka bumi seperti
tebing tinggi dan daratan tinggi.Komposisi utama syal ialah lempung dan bentuk muka bumi yang
terhasil ialah cerun landai, lembah dan tanah pamah.

Batuan kimia

Batuan terdiri daripada batu garam dan batu gipsum.Batu garam membentuk tasik-tasik cetek di
Laut Mati.

Batuan organik

Batuan ini terdiri daripada batu kapur dan batu arang. Batu kapur mempunyai komposisi kalsit
dari sisa haiwan dan ia membentuk pelbagai landskap karst seperti di lembah kinta dan sekitar
Ipoh,Perak. Arang batu mengandungi fosil tumbuhan dan ia bolah membentuk muka bumi seperti
tanah pamah dan pinggir laut.
3) BATUAN METAMORFOSIS

Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan, ia terbentuk apabila batuan igneus dan batuan
enapan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi semasa gerakan tektonik di dalam kerak bumi.
Hasilnya menyebabkan batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya.
Proses ini akan membentuk batuan baru. Batuan baru ini lebih stabil, amat keras, bersinar-sinar,
cantik dan menarik.Terdapat dua jenis batuan metamorfosis iaitu batuan berjalur yang
mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari.Batuan tidak berjalur pula tidak
mempunyai lapisan.

Batuan syis berasal dari batuan basalt dan granit danmempunyai tekstur sederhana kasar. Gneis
mempunyai tekstur kasar dan berasal daripada batuan granit. Batu kapur yang mempunyai
tekstur kasar berasal dari batu kapur.Kuarzit yang berasal dari batu pasir adalah sederhana kasar.

EPENTINGAN BATUAN KEPADA AKTIVITI MANUSIA

Aktiviti Manusia Kepentingan

Pertanian Batuan basalt (igneus terobosan) mudah terluluhawa membentuk tanah


yang subur untuk tujuan pertanian- Pulau Jawa

Riolit (igneus rejahan) terluluhawa hasil laterit sesuai untuk tanaman


getah dan kelapa sawit.

Perlombongan Batu permata (metamorfosis) digunakan sebagai batu pengisar, pemotong


dan gerudi dalam perlombongan petroleum kerana sifatnya yang paling
keras.

Perindustrian Arang batu (enapan organik) bahan bakar utama dalam perusahaan besi
dan keluli.

Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih


kurang 200, 000 hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai,
baja, racun serangga dan bahan letupan.

Lempung (enapan klastik) jenis kaolin penting dalam perusahaan tembikar

Fostat (enapan) buat baja

Pembinaan Batuan marmar (metamorfosis) digunakan sebagai lantai, dinding


bangunan dan perhiasan.

Granit (igneus) bina jalanraya, rumah, bangunan, pelabuhan dsbg.

Perhiasan Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang


digunakan untuk membuat barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet,
delima,nilam dan zirkon.
PROSES ENDOGENETIK

Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi yang menghasilkan
berbagai fenomena di lapisan kerak bumiseperti gampa bumi, letusan gunung berapi, lipatan
gelinciran,gerakan tektonik termasuk juga proses metamorfosisme batuan.

i. Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan perambahan momentum sudut semasa
pembentukan planet.

ii. Tenaga radiogenikatau atom daripada pencerakinan nucleus atom yang wujud dalam
mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium.

iii. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di astenosfera.

iv. Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh menggerakkan lapisan kerak
bumi.

v. Pelanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang


seismik menyebabkan kejadian gempa bumi.

LIPATAN

Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan
antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.Iajuga
dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi.

Proses-proses Lipatan

a) Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada
dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur.

b) Proses mampatan secara mendatar. Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan
kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan
melengkung keatas atau kebawah.

JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI LIPATAN

i. Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas.

ii. Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang menggeleding (melendut ke bawah)

iii. Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama.

iv. Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun
lipatan di sebelahnya.

v. Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.

vi. Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.
vii. Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan seterusnya pematahan
lintap mangkum dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut.

GELINCIRAN

Konsep gelinciran

Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara
mendatar atau menegak.

Jenis-jenis gelinciran

i. Gelinciran biasa

Gelinciran biasa berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik kerak bumi atau daya-
daya menolak bumi dari bawah.Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak.Ia
menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggian berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan
blok.

ii. Gelinciran songsang

Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok
batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut.
Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai
sesar julang.

iii. Gelinciran rabak

iv. Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi
menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua
arah yang bertentangan.Pergerakan secara mendatar.

GUNUNG BERAPI

Igneus Jalar Dalam (REJAHAN)

Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi.

JENIS BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR DALAM DAN PROSES PEMBENTUKAN

i) Daik

Apabila magma yang panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar dan menembusi lapisan
batuan seterusnya membeku secara menegak sama ada dalam lapisan kerak bumi atau di
permukaan bumi. Ketebalannya antara 2 - 6m.
ii) Sil

Magma membeku secara mendatar diantara lapisan batuan terutama bagi kumpulan batuan
mendak dan ia tipis dan selari dengan lapisan batuan.

iii) Lakolit

Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.

iv) Lopolit

Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi dan kelihatan
seperti piring.Bahagian tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua bahagian hujungnya.

v) Pakolit

Magma membeku di bahagian puncak lintap mangkum atau bahagian dasar lintap lendut.Ia
berbentuk seperti kanta.

vi) Batolit

Terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di dalam kerak
bumi.Membentuk teras sesebuah gunung.

IGNEUS JALAR LUAR (TEROBOSAN)

Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada magma yang membeku di permukaan bumi.Ia
dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya.

Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar dan Proses Pembentukannya

i. Kon lava asid

Kon lava asid bercerun curam kerana lava asid yang likat dan cepat membeku lalu tudak mampu
mengalir jauh.

ii. Kon lava bes

Kon lava bes bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu mengalir jauh sebelum
membeku. Kaya dengan mineral ferum atau besi.Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai.
iii. Kon abu

Kon abu cerunnya berbentuk cekung dan curam.Terdiri daripada debu, abu dan serpihan batu
atau batu tongkol yang keluar semasa letusan gunung berapi yang dikenali sebagai aliran
piroklastik dan bom gunung berapi.

iv. Kon komposit

Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai lohong di sekeliling
gunung berapi.Kon-kon kecil terbentuk menerusi rekahan-rekahan batuan di sekeliling gunung
tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid atau bes dan sesetengahnya mengeluarkan
debu, abu dan bahan piroklastik.

v Krater

Krater ialah kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat letusan gunung
berapi.Apabila magma membeku kawah tersebut menakung air dan membentuk tasik kawah.

vi. Kaldera

Kaldera terbentuk akibat cantuman beberapa krater gunung berapi yang terletak berhampiran
antara satu sama lain. Membentuk tasik kawah yang sangat besar.

LAVA GUNUNG BERAPI

i. Lava asid

Lava asid sangat likat dan mengalir perlahan.Lava jenis asid cepat membeku.Ia kaya dengan silika.
Takat lebur lava asid tinggi iaitu suhu di antara 800^C – 1000^C. Letusan gunung berapi lava asid
adalah kuat.

ii. Lava bes

Lava bes adalah cair dan mengalir laju. Ia lambat membeku dan kaya dengan besi dan magnesium.
Takat lebur lava bes adalah rendah dan sangat panas. Suhu takat lebur ialah 1100^C – 1200^C.

JENIS DAN TABURAN GUNUNG BERAPI

i) Gunung berapi hidup

- Selalu meletus dan sangat aktif.


ii) Gunung berapi mati

- Tidak aktif, tidak akan meletus lagi

iii) Gunung berapi pendam

- Pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa hadapan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Rupa dan Bentuk Gunung Berapi

i) Jenis bahan yang diletuskan

ii) Sifat lohong gunung berapi

iii) Sifat dan jenis letusan

iv) Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkan

v) Proses gondolan yang dialami

HANYUTAN BENUA

Teori Hanyutan Benua

- Dikemukakan oleh Alfred Weneger, 1910. Menurut Weneger, 200 juta tahun dahulu
semua benua bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pengea.
Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa.

- 180 juta tahun dahulu, Pangea telah berpecah kepada Laurasia di utara dan
Gonwanaland di selatan serta menghasilkan Laut Tethys. Laurasia mengandngi benua-benua
seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan,
Afrika,Semenanjung Arab, Indiadan Australia.

- Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke
arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada
tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Hipotesis
Weneger amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang
boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang
panas. Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada
dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan
terapung di atas lapisan astenosfera.
Toeri Peluasan Dasar Laut

Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak
bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar
laut. Magma ini akan membeku dan seterusnya membentuk permatang dasar lautan. Proses yang
berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan keluar dan membeku. Kesannya,
dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru
terbentuk. Dasar laut dikatakan telah mengalami proses rebakan.

Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan.Batuan yang terletak
berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang
terletak lebih jauh daripada permatang lautan.

Toeri Tektonik Plat

Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan
yang dikenali sebagai plat. Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti
Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia
dan Plat Antartika. Manakala plat benua yang kecil seperti Plat Nazca, Plat Cacos, Plat Filipina, Plat
Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain. Plat lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat
Antartika.

Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan
astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada arah yang berbeza-
beza antara satu sama lain. Plat-plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan,
pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.

a) Pertembungan plat

· Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain. Pertembungan ini melibatkan
plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.

· Apabila dua plat lautan yang bertembung,plat yang tumpat akan terjunam ke bawah. Di zon ini
terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil
menerusi pertembungan Plat Pasifik dan Plat Filipina. Plat yang terbenam ke bawah ini akan
membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang
tinggi di lapisan mantel.

· Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan kerak bumi di dasar lautan
membentuk barisan-barisangunung berapi di dasar laut. Melalui proses ataman bumi, gunung
berapi ini akan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti
di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.

· Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua,plat lautan yang lebih tumpat akan
terbenam ke bawah. Di zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma. Jurang
lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua.
Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini akan
menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut. Jika terdapat rekahan di
gunung lipat, magma akan keluar sebagai fenomena gunung berapi. Pertambunagn antara Plat
Nazca dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan banjaran Andes sebagai
gunung lipat.

· Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-dua benua tersebut
akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran gunung lipat. Tidak ada plat yang terjunam
ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yangsama. Pertembungan Plat
Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan Himalaya.

b) Pencapahan plat

Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan
tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang
akan merekah. Ini menyebabkan wujud satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma yang
panas akan mengalir keluar. Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma akan
mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru
dan dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik
yang berada di tengah-tengah lautan Atlantik.

c) Perselisihan plat

Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga
dikenali sebagai garis neutral. Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan
gempa bumi.

TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA

1. Bukti keselanjaran benua

Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua
kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh
dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan Pinggir Laut Eropah Barat boleh
dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.

2. Bukti geoglogi

Geologi enapan awal yang berada didasar laut yang terletak disekitar Lautan Antlantik adalah
sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini
menguatkan bukti kemungkinan benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang sama
sebelumnya.
3. Bukti bahan fosil

Fosil dinosaur dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan dan China. Fosil
ini adalah sama dari segi jenis dan usia.

4. Bukti paleomagnet

Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan
kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara kesebelah
utara Asia dan ke kawasan Artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra kanbrian hingga ke Zaman
Pertengahan Tersier

5. Bukti oseanik

Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di
Lautan Pasifik dan Lautan Antlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.

2.3 PEMBENTUKAN LANSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP

LULUHAWA

Konsep Luluhawa

Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan kepada saiz
yang lebih kecil. Ia berlaku secara insitu (setempat).

Luluhawa Fizikal / Mekanikal

Konsep luluhawa Fizika/Mekanikal

Proses penyepaian dan pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat tindak balas unsur-
unsur iklam seperti suhu. Ia tidak terlibat perubahan kandungan kimia batuan dan berlaku secara
in-situ.

Proses- proses Luluhawa Fizikal

1. Perubahan Suhu

· Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti gurun yang mempunyai julat
suhu harian yang tinggi. Suhu yang mencapai 35^C hingga 40^C pada waktu siang menyebabkan
lapisan luar batuan lebih cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding bahagian dalam
batuan.

· Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5^C hingga 0^C , menyebabkan bahagian luar
lapisan batuan mengalami kehilangan haba dengan lebih cepat dan mengalami proses
penguncupan.
· Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegangan sehingga lapisan luar batuan
retak dan pecah serta tertanggal daripada lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan
penyepaian batuan bergantung kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat tiga bentuk
pemecahan batuan iaitu :

a) Pengelupasan

Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai struktur berlapis dan lapisan luarnya
mempunyai rekahan. Pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling
luar. Keadaan ini berlaku kesan proses pengembangan dan penguncupan yang berulang pada
batuan dan akan menghasilkan serpihan batuan.

b) Penyepaian Berbiji / Granul

Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara berbiji-biji. Batuan induk mempunyai
kandungan mineral yang berbagai dan setiap mineral mempunyai kadar pengembangan dan
penguncupan yang berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang mengandungi mineral feldspar,
kuartza dan mika. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir
dari batuan induk. Butir-butir halus akan terhasil kesan pemecahan ini.

c) Pemecahan Bongkah

Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Proses
pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang rekahan tersebut dan penyepaian terjadi
mengikut rekahan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat.

2. Tindakan Ibun

· Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizizkal yang berkesan di kawasan sederhana dunia
terutamanya di bahagian puncak gunung atau tanah tinggi yang sering mengalami keadaan beku
cair.

· Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam rekahan batuan akan membeku pada
musim sejuk dan juga di kawasan pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais akan
cair apabila tibanya musim panas.

- Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak 10% dan kesannya menghasilkan tekanan
yang kuat di sekitar dinding rekahan. Proses yang berulang ini akan menghasilkan rekahan yang
semakin membesar dan akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang bersegi-segi
ini jatuh di kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau skri.
3. Penghabluran Garam

Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas dan kering seperti di kawasan
savana dan monson tropika. Ia merupakan proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur
garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang
melampau atau ketika musim panas, air akan ditarik ke permukaan bumi oleh daya rerambut /
daya tarikan kapilari. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus akan tertinggal dalam
rekahan. Proses yang berterusan akan menyebabkan hablur garam semakin banyak dan
berkembang semakin besar. Pembesaran dan pertambahan kuantiti hablur garam akan
mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-dinding rekahan sehingga rekahan
menjadi semakin luas, dalam dan seterusnya pecah.

4. Pembasahan dan Pengeringan

· Proses ini beraku di kawasan tropika lembap. Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan
lebat sehingga membolehkan batuan menyerap air dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa
ini, lapisan batuan yang lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari
yang terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan mengalami pengecutan.
Proses pengembangan dan pengecutan yang berulang menyebabkan lapisan batuan tersepai dari
batuan asalnya.

· Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan pantai yang menerima pengaruh air
pasang-surut. Semasa air pasang, batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan
menjadi lembap dan mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan dikeringkan
oleh pancaran matahari. Batuan menjadi kering dan mengecut dengan cepat. Proses yang
berulang ini turut memecahkan batuan.

5. Pelepasan Tekanan

Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke dalam kerak bumi. Batuan ini berada
dalam keadaan menguncup kerana tertekan oleh batuan yang lain yang terletak di atasnya.
Apabila batuan di atasnya mengalami hakisan, diangkut dan direndahkan batuan yang terletak
jauh di dalam kerak bumi akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan beban atau pelepasan
tekanan ini akan menyebabkan lapisan atas batuan berkenaan mengalami proses pengembangan
sehingga menyebabkannya merekah dan pecah.

Luluhawa Kimia

Konsep Luluhawa Kimia

Semua proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas
dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat
sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan kimia batuan.
Proses Luluhawa Kimia

1. Pengoksidaan

Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan bertindakbalas dengan oksigen dalam udara.
Pengoksidaan berlaku terhadap batuan yang banyak mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian
besi akan teroksida apabila terdedah kepada kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar
kepada warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang teroksida ini boleh
melemahkan struktur batuan.

2. Pengkarbonan

Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik. Asid karbonik lemah
terbentuk apabila air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang
mengandungi asid karbonik lemah ini mudah bertindakbalas dengan batu kapur dan menghasilkan
kalsium bikarbonat. Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan pelbagai pandang darat karst di
kawasan batu kapur seperti klint, gua batu kapur, stalaktit, stalagmite dan lain-lain.

3. Penghidratan

Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air. Ketegasan dan pengembangan
terhasil dalam batuan dan akhirnya boleh melemahkan struktur batuan dan menghancurkannya.
Contohnya pembentukan limonit.Terdapatjuga keadaan di mana mineral bergabung dengan air
dan membentuk mineral lemah. Proses ini boleh melemahkan dan mengurai batuan induk.

4. Larutan

Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut.Air berupaya melarutkan mineral batuan yang
mudah larut seperti gipsum, natrim klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan
magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi berbanding dengan silika. Dengan itu ia
mudah dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan.

5. Hidrolisis

Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air. Tindakbalas ion
hidrogen dengan ion mineral batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang
berlainan dari batuan asal. Kesannya batuan asal akan berubah kepada jenis lain. Contohnya
feldspar dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat berwarna putih) yang lembut
apabila air hujan bertindak ke atasnya.
Luluhawa Biologi

Konsep Luluhawa Biologi

Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia. Proses ini


berlaku secara fizikal atau kimia dan melibatkan proses pemecahan dan penguraian batuan.

Proses Luluhawa Biologi

1. Tumbuhan

Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan akan semakin membesar dan
akhirnya meretakkan batuan. Akar tumbuhan juga boleh bertindak mereputkan batuan melalui
asid humik yang dikeluarkan.Contohnya akar lumut dan kulampair.Penguraian olek bakteria
terhadap daun, ranting, dahan yang gugur juga boleh menghasilkan asid humik yang boleh
bertindakbalas dengan mineral batuan.

2. Haiwan

Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan dengan mengorek lubang di dalam
tanah. Struktur tanah yang longgar dan polos ini memudahkan ini memudahkan kadar resapan ke
dalam tanah.

3. Manusia

Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telah mendedahkan batuan
kepada proses luluhawa seterusnya.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Luluhawa

a) Iklim

Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa.Proses-proses luluhawa
kimia seperti larutan, pengkarbonan dan hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran air.
Menurut Prinsip Lee Chatlier, ‘tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air
bertambah’. Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang banyak maka
luluhawa kimia adalah berkesan di kawasan ini. Purata suhu tahunan yang tinggi (27^C hingga
32^C) di Tropika Lembap juga merupakan penyumbang utama kepada proses luluhawa kimia.
Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan beza antara suhu harian yang kecil membolehkan
operasi kimia berlaku dengan berkesan.

b) jenis batuan

Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gipsum merupakan jenis batuan yang tidak
stabil dan mudah mengalami luluhawa berbanding dengan batuan keras seperti granit.
c) Rekahan

Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan luluhawa.Rekahan merupakan garisan


lemah batuan. Batuan yang mempunyai kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada dalam
keadaan menegak, mempunyai kadar luluhawa yang tinggi. Ini kerana air, asid dan laritan boleh
bertakung dan menembusi batuan ini.Luluhawa kimia boleh bertindakbalas di sepanjang dinding
rekahan.

d) Relief

Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan.Luluhawa kimia pesat berlaku di kawasan cerun
landau dan tanah pamah. Kawasan ini menggalakkan kadar simpanan air berbanding kawasan
cerun curam. Luluhawa akan lebih berkesan di kawasan cerun yang menghadap pancaran
matahari berbanding dengan cerun yang membelakangkan matahari. Pancaran matahari (suhu)
diperlukan untuk tindakan luluhawa kimia.

Kesan Luluhawa Terhadap Pembentukan Landskap Aktiviti Manusia

a. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan pandang darat karst yang menarik seperti
gua, sungai bawah tanah, stalaktit, staglamite dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua Niah
dan Gua Mulu di Sarawak sering menjadi tarikan pelancong.

b. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis
terhadap batuan feldspar. Tanah liat ini sangat penting dalam industri tembikar.

c. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan. Tanah laterit yang berwarna
keperangan ini sesuai untuk tanaman getah dankelapa sawit.

d. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan gurun batu dan gurun pasir.

PERGERAKAN JISIM

Konsep Pergerakan Jisim

Pergerakan regolit tanah dari atas cerun ke bawah cerun akibat daya tarikan graviti dengan
dibantu oleh air sebagai pelincir.
Jenis-jenis pergerakan jisim

a. Aliran Lambat

Pergerakan regolit dan tanih secara perlahan-perlahan menuruni cerun. Proses pergerakan ini
tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cuma dapat dilihat seperti tiang elektrik.Tiang telefon yang
condong daripada kedudukan asalnya yang tegak. Ia berlaku dikawasan yang mempunyai
permukaan cerun yang tidak terlalu landau dan tidak dilitupi oleh tumbuhan yang tebal.

Proses-proses Aliran Lambat

· Kesotan tanah-tanih

· Kesotan Talus

· Kesotan Batuan

· Kesotan batu glaseir

· Gelangsaran tanah

b. Aliran cepat

Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada kadar yang lebih cepat dan
di atas cerun yang lebih curam berbanding aliran lambat.

Proses-proses aliran cepat:

· Aliran tanah

· Aliran lumpu

· Puin salji runtuh

c. Geluncuran

Geluncuran melibatkan pergerakan tanih, regolit dan bongkah batuan secara besaran di cerun
yang curam dan hampir tegak.Ia berlaku lebih cepat dan tiba-tiba berbanding dengan proses
dalam aliran cepat.

Poses-proses Geluncuran

· Robohan

· Geluncuran puin

· Geluncuran batuan
d. Runtuhan

Pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam. Antara faktor yang
menyebabkan berlakunya runtuhan ialah kadar turunan hujan yang lebat dan perubahan cerun
yang semakin curam.

Proses-proses runtuhan:

· Runtuhan tanah

· Runtuhan batuan

Faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim

a. Kecerunan

Kecerunan sesuatu permukaan bumi mempengaruhi proses pergerakan jisim. Di kawasan yang
bercerun curam pergerakan jisim berlaku dengan giat akibat daya tariakan graviti ke bawah
adalah tinggi.

b. Jenis batuan

Jenis batuan yang berlainan mempengaruhi proses pergerakan jisim. Proses pergerakan jisim
berlaku dengan giat di cerun yang terdiri daripada batuan yang lembut berbanding dengan
kawasan yang dilitupi batuan keras.

c. Hujan

Kawasan yang menerima hujan yang lebat mengalami proses pergerakan jisim yang giat. Ini
kerana air bertindak sebagai pelincir yang mempercepatkan lagi proses pergerakan jisim. Akibat
curahan hujan yang lebat berat jisim sesuatu cerun akan bertambah hasil daripada proses susupan
dan larut resap dan akhirnya cerun akan runtuh secara besar-besaran.

d. Litupan tumbuh-tumbuhan

Tumbuhan menjadi pelindung semulajadi yang paling berkesan untuk menstabilkan sesuatu cerun.
Selain daripada proses cegatan silar terhadap titisan air hujan, akar memainkan peranan dalam
menentukan kadar kejeleketan ketara tanah. Sistem akar yang komplek akan mencengkam tanah
dan menghalang kejadian gerakan jisim.
e. Gegaran

Kawasan yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik merupakan kawasan yang tidak stabil dan
mudah berlaku gempa dan gegaran. Kejadian gempa bumi dan gegaran sesuatu kawasan
mendorong kepada berlakunya pergerakan jisim terutama jisim secara cepat.Gegeran yang kuat
membawa kepada terjadinya tanah runtuh dan runtuhan batuan.

f. Tindakan manusia

Tindakan manusia banyak mempengaruhi kejadian pergerakan jisim.Tindakan manusia seperti


pembalakan, pembinaan jalan raya di lereng-lereng bukit, pembinaan pusat peranginan di
kawasan tanah tinggi, pembinaan petempatan, perlombongan kauri dan sebagainya
menyebabkan banyak kawasan bukit digondol, ditarah dan dipotong untuk pelbagai tujuan.
Keadaan ini menyebabkan kawasan cerun bukit kehilangan kestabilan dan terdedah kepada agen-
agen hakisan yang akhirnya akan memudahkan berlakunya pergerakan jisim seperti tanah
runtuh,runtuhan batuan dan juga banjir lumpur.

Langkah-langkah untuk mengawal proses pergerakan jisim

a. Langkah perundangan

Mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat pemaju sesebuah projek
yang melanggar peraturan EIA ( Environment Impact Assessment ). Tindakan mahkamah seperti
denda, penjara, menarik balik lesen, arahan pembayaran pampasan dan ganti rugi dan lain-lain.

b. Langkah penstrukturan

· Menanam pokok-pokok pelindung yang kekal di atas permukaan cerun bukit supaya kestabilan
cerun secara semulajadi terpelihara.

· Membina benteng serta tembok penahan hakisan di kaki cerun yang tidak stabil dan berisiko
untuk runtuh. Benteng yang dibina boleh mengukuhkan kaki cerun untuk mengelaknya runtuh
secara besaran. Benteng yang dibina dalam bentuk konkrit, sangkar dawai yang diisi dngan batu
konkrit dan lain-lain lagi.

· Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang tidak stabil. Ini bertujuan untuk
mengelakkan air hujan daripada terus terkena pada permukaan cerun terutama permukaan cerun
yang telah tergondol.

· Memperbaiki sistem saliran dan laluan air di permukaan cerun atau kawasan tanah tinggi.
Menyediakan sistem perparitan longkang di permukaan cerun. Ia boleh dibuat secara berteres di
bahagian cerun atas hingga cerun bawah. Dengan cara ini, limpahan air permukaan dan ketepuan
tanih dapat dielakkan dan seterusnya pergerakan jisim tidak berlaku.
c. Langkah bukan perundangan

Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat
khususnya pemaju perumahan, pekebun sayur dan pengusaha hotel.Kempen boleh dilakukan
melalui pelbagai media cetak dan elektronik, menganjurkan kursus-kursus serta seminar dan lain-
lain.Di samping itu, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah, rendah, menengah hingga ke
universiti diperkukuh dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar secara
khusus.

LEMBANGAN SALIRAN

Konsep Lembangan Saliran

Lembangan saliran ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-cawangannya.
Contohnya, Lembangan Sungai Kelantan.

Hakisan Permukaan

a. Hakisan Percikan

Hakisan percikan berlaku di kawasan yang terhad litupan bumi apabila titisan air hujan akan terus
ke tanah. Hentaman titisan air hujan berupaya menghempaskan butiran dan jatuh semula ke
permukaan.

b. Hakisan Kepingan

Hakisan kepingan berlaku akibat dari air larian permukaan menghakis lapisan tanah di
permukaan.

c. Hakisan Galir

Hakisan permukaan cerun yang lebih meluas, terdiri daripada alur-alur air yang kecil. Terbentuk
oleh hujan lebat dan kewujudannya sering berubah-ubah.

d. Hakisan Galur

Hakisan galur merujuk kepada alur-alur air yang kekal dan berisi air semasa hujan lebat.Alur lebih
besar dari galur dan biasanya kekal dalam jangka masa lama.
HAKISAN SUNGAI

Jenis hakisan

a. Hakisan mendalam/ hakisan menegak

Hakisan mendalam berlakuapabila sungai menghakis pada dasarnya menjadikannya semakin


dalam mewujudkan lurah yang sempit berbentuk V.

b. Hakisan melebar

Hakisan melebar berlaku pada bahagian sungai yang mempunyai dasar sungai tidak begitu curam
tetapi isi padu air yang banyak.Hakisan berlaku ke arah tebing secara melebar dan mewujudkan
profil rentas berbentuk U.

c. Hakisan kebelakang/ unduran

Hakisan ini menyebabkan cerun dasar sungai berundur kearah hulu, banyak berlaku di kawasan
hulu sungai dan bahagian-bahagian yang tidak mempunyai ketidakrataan dasar.

Cara-cara Hakisan

a. Tindakan hidraul - Tindakan hidraul melibatkan kuasa air sungai itu wujud akibat
hempasan atau rempuhan aliran air sungai ke atas struktur rekahan batuan yang lemah seperti
struktur rekahan dan ke atas batuan lembut.

b. Lelesan @ geseran - Melibatkan geselan antara muatan sungai (batu kelikir) dengan air
sungai terhadap tebing dan dasar sungai.

c. Lagaan - Merujuk kepada pergeseran batuan itu sendiri apabila berlaga sesame sendiri
semasa pengalirannya.

d. Larutan – air sungai bertindakbalas secara kimia terhadap batuan. Proses ini sangat
berkesan di kawasan batuan kapur yang mudah larut.
Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan

a. Isipadu dan Halaju Air

Amat berkesan untuk proses larutan dan proses hidraul.Semakin tinggi isipadu air sungai, semakin
tinggi tenaga potensinya dan juga kelarutan air sungai tersebut.Semakin tinggi halaju air di dalam
alur sungai, semakin tinggi tenaga sungai itu untuk menjalankan kerja-kerja hakisan.

b. Kecerunan

Dasar alur yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman cerun membolehkan air sungai
mengalir deras dan ini meninggikan kadar hakisan, terutama hakisan cara lelasan dan lagan.

c. Bentuk alur

Bentuk alur yang lurus pasti mengalami kadar hakisan yang hebat kerana taburan tenaga bagi
keseluruhan geometri alur adalah sama dan seimbang. Jadi keseluruhan tebing alur sama ada di
kiri atau kanan akan mengalami hakisan pada kadar yang sama. Bagi alur yang berliku, taburan
tenaga tidak sama menyebabkan kadar hakisan tidak seimbang bagi keseluruhan tebing alur
sungai.

d. Jenis batuan

Sekiranya tebing dan dasar sungai terdiri daripada batuan lembut maka kadar hakisan sungai
adalah tinggi berbanding dengan batuan keras.

e. Bahan muatan

Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai pula dilihat secara relatif dengan keras-
lembut batuan tebing dan dasar alur sungai. Faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan proses
lagaan dan geselan. Sekiranya bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai itu adalah banyak maka
kebarangkalian untuk berlaku pergeselan dan lagaan adalah tinggi.

Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai

a. Air terjun

Air terjun merupakan aliran air terjun setingkat yang terjun dari poin yang tinggi dipengaruhi oleh
proses hakisan. Air terjun biasanya terbentuk di kawasan batuan yang berstruktur mendatar
antara batuan keras dan lembut.Lapisan atas terdiri daripada lapisan batuan keras, sukar dihakis
dan aliran sungai mengalir di atasnya.Manakala lapisan batuan lembut yang berada di bawah
sangat mudah dihakis khususnya oleh hempasan air dari tingkat terjun.

b. Jeram

Jeram ialah air terjun bertingkat atau bersiri mengikut tingkat terjun yang berbeza.

c. Lubuk

Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang dikorek oleh pusaran arus
sungai.Aliran sungai yang deras dan berpusar bertindak mengorek rekahan-rekahan di dasar
sungai yang tidak rata, pemperdalam rekahan tersebut menjadi lubang dinamakan sebagai lubang
periuk.

d. Gaung

Gaung mempunyai tebing yang sangat curam dan dalam. Hakisan menegak bertindak dengan
berkesan di dasar alur sungai menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalamkan.

e. Lurah

Air sungai yang mengalir laju berupaya menghakis ke dasar sungai melalui hakisan jenis
mendalam.Oleh itu, lurah sungai semakin mendalam, sempit dan curam membentuk lurah V.

PENGANGKUTAN SUNGAI

Konsep Pengangkutan Sungai

Pengangkutan adalah proses pemindahan muatan sungai seperti batu tongkol, kerikil, pasir,
tanah, bahan-bahan ampaian dari peringat hulu ke peringkat hilir serentak dengan aliran air
tersebut.

Cara Pengangkutan Sungai

a. Larutan – melibatkan pemindahan zat-zat galian yang terlarut dalam aliran dari batuan.
Cara larutan ini lebih giat jika sistem aliran terdapat di permukaan batuan yang lembut seperti
batu kapur.

b. Ampaian – berlaku terhadap puin-puin yang halus dengan adanya arus dasar yang kuat.
Biasanya mautan ampaian menentukan warna air, contohnya tanah liat.

c. Loncatan – melibatkan pergerakan muatan sungai yang berbentuk bujur seperti batu
kelikir di dasar sungai, ia giat berlaku selepas hujan lebat.
d. Seretan – melibatkan pergerakan bongkah batu yang besar, dianggap muatan dasar
kerana pergerakannya hanya berlaku di dasar-dasar sungai. Ia sangat giat berlaku apabila isipadu
air yang banyak atau halaju air yang tinggi terutama ketika banjir.

e. Golekan – melibatkan pergerakan batuan yang sederhana besar dan dianggap muatan
dasar.

f. Apungan – melibatkan beban sungai yang ringan dan halus, pergerakannya di atas
permukaan air.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Sungai

a. Tenaga

Semakin laju pergerakan arus sungai maka sungai semakin bertenaga dan dapat menjalankan
proses pengangkutan dengan lebih berkesan. Beban sungai yang besar dan berat dapat diangkut
ke hilir sungai dengan lancar.

b. Cerun

Kawasan yang bercerun curam menyebabkan sungai mengalir dengan deras berbanding dengan
sungai yang beraliran perlahan.Sungai yang terletak di cerun yang curam mempunyai tenaga yang
tinggi untuk kerja-kerja pengangkutan berlaku.

c. Halangan

Di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan memperlahankan aliran air.

d. Kekasaran alur

Alur sungai yang kasar menyebabkan aliran sungai perlahan. Ini mengurangkan keupayaan sungai
tersebut untuk menjalankan proses pengangkutan. Sungai ini juga akan menyebabkan
pengangkutan sungai turut perlahan.

e. Bentuk alur

Alur yang lurus aliran sungai adalah laju. Proses pengangkutan giat kerana sungai bertenaga. Alur
yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan maka sungai tidak bertenaga untuk
menjalankan kerja-kerja pengangkutan.

f. Saiz bahan

Saiz bahan merujuk kepada jisim dan ketumpatan beban sungai.Saiz beban yang kecil dan ringan,
pengangkutan sungai adalah giat.Manakala saiz beban yang besar dan berat, pengangkutan sungai
adalah perlahan.

g.Bentuk beban

Bentuk beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut. Bentuk
beban merujuk kepada ciri-ciri beban tersebut apabila di dalam air, sama ada ia larut, terapung
atau tertinggal sebagai pepejal. Contohnya beban larut adalah sejenis beban yang menyebabkan
kandungan mineral larut dalam air misalnya kalsium karbonat dan bahan-bahan toksid. Beban ini
akan diangkut secara larutan.

PEMENDAPAN SUNGAI

Konsep Pemendapan Sungai

Penimbunan atau longgokan bahan seperti pasir dan kelikir yang diangkut oleh sungai dari
bahagian atas sungai ke peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai
semakin perlahan khasnya di kawasan yang bercerun landai.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan

a. Isipadu air

Isipadu air yang tinggi akan menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan,beban sungai akan
dimendapkan. Contohnya di kawasan hilir sungai, isipadu air tinggi kerana sungai menerima
luahan dari cawangan-cawangan sungai menyebabkan aliran perlahan dan memendapkan beban
yang dibawanya.

b. Halaju air

Halaju air yang perlahan akan menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk kerja-kerja
pengangkutan maka sungai tersebut akan memendapkan semua beban yang dibawanya.

c. Kecerunan

Kawasan yang mempunyai kecerunan yang landai, aliran adalah perlahan dan tidak bertenaga
maka proses pemendapan akan berlaku.

d. Bentuk alur

Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan menyebabkan kerja-kerja
pemendapan berlaku dengan berkesan.

e. Jenis batuan

Batuan yang keras dan membentuk alur biasanya kerja-kerja hakisan berlaku berbanding dengan
batuan yang lembut yang menyebabkan proses pemendapan berlaku.

f. Bahan muatan

Bahan muatan yang besar dan berat akan dimendapkan lebih dulu seperti di kawasan hulu sungai.
Contohnya, batu-batu besar yang terdapat di kawasan air terjun adalah hasil pemendapan aliran
sungai yang tidak mampu untuk mengangkut ke kawasan hilir. Bagi bahan muatan yang kecil dan
halus seperti pasir akan diangkut dan dimendapkan di kawasan hilir sungai.

g. Halangan-halangan di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan menyebabkan aliran
sungai terhenti maka beban sungai yang diangkut akan dimendapkan.

Bentuk muka bumi pemendapan sungai

a. Dataran banjir

Bermaksud kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian hilir sungai yang melimpah air
banjir.Ia amat luas, landai dan rata.
b. Tetambak

Ialah jaluran permatang yang wujud di sepanjang tebing sungai dan memisahkan antara sungai
dengan dataran banjir.

c. Tasik ladam

Kejadian tasik ladam dapat dijelaskan melalui tiga peringkat :

Peringkat 1 – hakisan sisi berlaku di tebing-tebing cekung dan akan menghasilkan alur yang baru.

Peringkat 2 – pembentukan alur yang baru ini dipercepatkan lagi dengan pemendapan bahan-
bahan yang terhakis. Proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan sungai akan
terpisah daripada alur sungai yang terbentuk tadi. Likuan ini dinamakan sebagai likuan terpenggal.

Peringkat 3 – proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan terpenggal terpisah


langsung daripada alur-alur sungai. Air dalamlikuan terpenggal ini akan terperangkap menjadi
sebuah tasik yang dinamakan tasik ladam.

d. Delta

Terbentuk apabila timbunan bahan mendap berlaku secara meluas di muara sungai.Di kawasan
muara ini, halaju arus sungai amat perlahan kerana sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut
lalu memendapkan bahannya dengan giat dan membentuk delta.

PINGGIR PANTAI

Konsep Pinggir Pantai dan Pantai Seimbang

Secara umumnya, pantai adalah zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut
ombak.Secara khususnya, pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada
timbunan bahan mendap yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dam kelodak
uyang berasal dari laut dan sungai.Pelbagai agen geomorfologi yang bertindak di zon pinggir
pantai.Antara agen-agen tersebut termasuklah ombak, arus lautan, arus pasang surut dan
tindakan angin.

Pantai seimbang iaitu pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar pemendapan yang hampir
sama. (skima peperiksaan)

Tindakan ombak

Ombak ialah permukaan air laut yang beralun akibat daripada tiupan angin.Terdapat dua jenis
ombak iaitu ombak pembina dan ombak pembinasa.Ombak Pembina ialah ombak yang mampu
membawa bahan-bahan pasir dan kelodak dan mendamparkan ke daratan untuk membina pantai.
Ombak ini kurang berkemampuan menyeret bahan tersebut semula ke laut semasa berlaku proses
basuhan balik.

Ombak pemusnah ialah ombak yang mampu mengangkut banyak bahan pasir dan kelodak ke laut
semasa basuhan balik. Walaubagaimanapun, ombak ini kurang berupaya untuk membawa dan
mendamparkan bahan-bahan tersebutke pantai semasa proses damparan berlaku.

Tindakan ombak menyebabkan berlakunya proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan.


HAKISAN OMBAK

Tindakan ombak menghakis melalui tindakan hidraul, lagaan, kikisan, lelasan dan larutan.

Tindakan Hidraul

Hakisan hidraul berlaku apabila ombak mendamparkan dan menghempaskan air laut ke dinding
cenuram dan rekahan serta retakan batuan di kawasan pinggir laut.Akibatnya, udara yang
terperangkap di dalam rekahan dan retakan batuan menjadi mampat. Apabila ombak mengundur,
udara yang termampat di dalam rekahan dan retakan batuan akan dilepaskan. Proses
pemampatan dan pelepasan yang berlaku secara berterusan dan berulang kali akan membesar
dan mendalamkan lagi rekahan dan retakan yang ada pada batuan. Lama-kelamaan, batuan akan
menjadi pecah dan runtuh.

Lagaan

Proses lagaan berlaku apabila bahan-bahan yang dibawa oleh ombak, sama ada besar ataupun
kecil, berlaga sesama sendiri dan pecah menjadi serpihan yang lebih kecil.

Kikisan dan lelasan

Proses hakisan secara kikisan dan lelasan dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa oleh ombak,
seperti batu tongkol, batu kelikir dan serpihan batuan lain yang pelbagai bentuk dan saiz. Bahan-
bahan ini menghentam, menggeser dan melelaskan dinding dan kaki cenuram laut semasa
damparan ombak lalu menyebabkan cenuram laut pecah dan roboh.

Proses hakisan secara lelasan berlaku pada bahagian dasar cenuram. Puin-puin batuan yang
terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz yang diangkut oleh ombak akan menggeser dan
melelaskan bahagian dasar cenuram.

Larutan

Proses larutan berlaku secara tindakan kimia di kawasan pinggir laut yang terdiri daripada batuan
yang mudah larut. Semasa ombak menghempas tebing batu kapur misalnya, air laut akan
melarutkan batu kapur dan membawa bersama-samanya bahan yang dilarutkan ke dalam laut
sewaktu basuhan balik berlaku.

Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan pinggir pantai

a. Kecerunan pantai

Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi berbanding pantai yang bercerun
landai. Keadaan ini disebabkan ombak pecah yang beraku di pinggir pantai yang landau akan
mengalami geseran dan melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan. Keadaan ini
berbeza dengan pantai yang curam kerana tenaga ombaknya adalah tinggi.Hal ini demikian kerana
kedalaman air di pinggir pantai tersebut menyebabkan ombak pecah pada kedudukan tinggi.

b. Pengaruh struktur geologi @ jenis batuan


Tindakan ombak terutamanya secara kikisan dan tindakan hidraul yang menghakis di sepanjang
garis geologi yang lemah seperti gelinciran akan menghasilkan bentuk seperti geo dan gua, pintu
gerbang, batu tunggul dan batu sisa serta semua rupa muka garis tebing tinggi yang telah terhakis
secara tidak sekata.

c. Jenis ombak

Umumnya, ombak dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu ombak pembinasa dan
ombak pembina. Ombak Pembina mempunyai damparan yang kuat tetapi lurutan yang lemah
kerana diperlahankan oleh geseran air laut dengan kecerunan pantai yang melandai. Sebaliknya,
ombak pembinasa yang merupakan satu siri ombak ribut, mempunyai turutan ombak yang cepat
dengan junaman hampir tegak apabila memecah dan mempunyai daya lurutan yang lebih tinggi
daripada damparan. Dengan demikian, ombak pembinasa akan meraut pantai dan membawa
bahan ke arah laut.

d. Arus lautan dan pesisir pantai

Arus lautan juga memainkan peranan sebagai pengangkutan laut terutama di pantai yang lurus.Air
yang telah dibawa pantai oleh angin mengalir balik sebagai air pasang yang kuat. Air pasang akan
berlaku pada waktu malam dan surut pada waktu siangnya. Pada waktu malam, pemendapan
akan berlaku hampir di tepi pantai sahaja. Pada masa air pasang, imbangan kenaikan aras laut
diseimbangkan oleh unduran bawah yang mengakibatkan hakisan mengaut longgokan ke laut.
Gerakan longgokan ini lebih cepat jika unduran bawah diperkuatkan oleh arus sungai yang kuat
yang mengalir ke laut dan memendapkan bahan muatan ke laut.

e. Kuantiti beban muatan ombak

Bahan pinggir pantai sama ada banyak atau sedikit serta saiz bahan tersebut juga merupakan
kuasa geselan yang turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi hakisan pinggir
pantai. Di kawasan pinggir pantai yang mempunyai banyak bahan pasir, batu pasir, kelikir dan
serpihan batuan, kadar hakisan geselan terhadap batuan pinggir pantai yang berlaku dengan giat
sekali.

f. Kedudukan pantai @ orientasi pantai

Kawasan pinggir pantai yang terdedah kepada pergerakan ombak dan angin akan menyebabkan
kadar hakisan menjadi lebih giat berbanding dengan pinggir pantai yang terlindung.

g. Litupan tumbuh-tumbuhan
Pantai yang mempunyai litupan tumbuh-tumbuhan seperti pokok bakau, rhu dan kelapa lebih
berupaya menahan hakisan ombak kerana akar pokok-pokok tersebut bertindak sebagai
pengcengkam tanih dan pasir di pantai. Sebaliknya, kawasan yang tiada litupan tumbuh-
tumbuhan akan menyebabkan proses hakisan giat berlaku di kawasan tersebut.

h. Proses pasang surut

Bagi kawasan pinggir oantai yang mengalami proses pasang dan surut dalam yang tinggi akan
mengalami proses hakisan secara berleluasa berbanding dengan kawasan yang tidak
mengalaminya.

i. Tindakan manusia

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia boleh mempengaruhi kecerunan pantai. Aktiviti
seperti penebangan hutan pantai untuk didirikan chalet atau resort pengambilan pasir pantai dan
juga aktiviti memperdalamkan muara sungai akan menyebabkan cerun pantai menjadi lebih
curam. Hal ini demikian kerana pantai ini akan mengalami hakisan yang kuat oleh ombak dan arus.
Aktiviti menanam pokok dan membina benteng pemecah ombak akan menambahkan pasir di tepi
pantai dan seterusnya menjadikan cerun pantai lebih landai.

Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak

1) Teluk dan tanjung

Teluk dan tanjung berbentuk secara serentak di kawasan pinggir pantainya yang mempunyai
susunan batuan jenis lembut dan keras secara berselang-seli. Ombak akan menghakis bahagian
batuan yang lebih lembut dan melengkuk ke daratan. Bahagian ini disebut teluk.

Bahagian batuan keras yang lebih sukar dihakis akan tertinggal dan mengunjur ke laut lalu
membentuk tanjung.

2) Cenuram dan teres hakisan ombak

· Peringkat 1 – ombak menghakis kawasan ‘X’, iaitu satu kawasan yang terletak di antara
aras air pasang dan aras air surut.

· Peringkat 2 – akibat hakisan ombak di peringkat 1, satu lekukan terbentuk di ‘X’.bahan-


bahan yang terhakis ditimbunkan di kawasan ‘Y’ lalu menyebabkan terbentuknya teres luar
pesisir.

· Peringkat 3 – proses luluhawa dan hakisan yang berterusan menyebabkan lekukan


runtuh dan membentuk cenuram. Pengunduran cenuram ke darat oleh tindakan hakisan
menyebabkan pembentukan teres hakisan ombak.
3) Gua laut

Gua laut terbentuk akibat daripada hakisan ombak secara hidraul dan lelasan terhadap cenuram
yang banyak mempunyai rekahan.Air yang memasuki rekahan cenuram meluaskan lagi rekahan
lalu membentuk lubang besar di kaki cenuram.Lubang ini juga disebut gua laut.

4) Gerbang laut

Gerbang laut terbentuk apabila dua buah gua yang letaknya bertentangan di sebuah tanjung
bergabung akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelasan.

5) Batu tunggul dan tunggul sisa

Batu tunggul dan tunggul sisa terbentuk akibat runtuhan bumbung gerbang laut yang mengalami
hakisan dan luluhawa. Pendedahan batu tunggul yang berterusan terhadap hakisan ombak akan
membentuk tunggul sisa.

6) Lohong ombak @ gloup

Lohong ombak terbentuk apabila ombak yang kuat bertindak terhadap bahagian dalam gua dan
berupaya menembus dinding bumbung gua. Akibat daripada kejadian ini, ait laut akan tersembur
keluar melalui lubang atau lohong ombak yang dikenali juga sebagai gloup.

7) Anak teluk @ geo

Anak teluk terjadi akibat daripadahakisan ombak yang berterusan terhadap bumbung gua. Lama-
kelamaan gua yang terdedah pada hakisan ombak ini akan runtuh dan membentuk satu serokan
yang panjang dan sempit lalu menyebabkan air laut memasuki bahagian dalam cenuram.

PENGANGKUTAN OMBAK

Arus dan ombak memainkan peranan penting dalam mengangkut dan memindahkan beban
ombak. Pergerakan damparan dan basuhan balik dalam proses pengangkutan mbakberlaku secara
zig-zag.

Pergerakan bahan di sepanjang garisan persisir disebut pengangkutan litoral dan bahan yang
diangkut disebut hanyutan litorel.Pengangkutan litorel terdiri daripadahanyutan susur pesisirdan
pengangkutan luar pesisir.

Beban ombak yang diangkut terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan seperti gersik, kerikil
dan batu tongkol serta bahan-bahan yanag lebih halus seperti pasir, kelodak dan lumpur. Basuhan
balik akan mengangkut dan menghanyutkan bahan-bahan yang lebih halus dan ringan turun ke
laut secara bersudut tepat manakala damparan ombak pula akan mengangkut dan memindahkan
muatannya ke pantai secara menyerong.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan ombak

a. Tenaga arus

Arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan bahan sebaliknya arus
pesisir yang lemah melambatkan proses pengangkutan bahan.

b. Tenaga ombak

Tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan berlaku berbanding tenaga
ombak yang lemah akan melambatkan proses pengangkutan.

c. Pasang surut

Pantai yang terdedah kepada perubahan pasang surut yang besar akan menggalakkan proses
pengangkutan berbanding kawasan yang tidak mengalami pasang surut. Ini disebabkan oleh
tindakan pengangkutan lebih giat berlaku semasa pasang surut kerana tenaga ombak bertambah.

d. Cerun

Cerun yang landai lebih mudah untuk pengangkutan ombak menghimpunkan bahan ke pantai
berbanding pantai yang bersifat curam hanya sampai di bahagian yang lebih rendah.

e. Halangan

Semasa pergerakan ombak ke pantai atau dari pantai ke laut, terdapat halangan seperti timbunan
atau beting pasir. Keadaan ini secara tidak langsung akan memperlahankan pergerakan dan
pengangkutan ombak.

f. Orientasi pantai

Kawasan paantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak menjadi besar dan ini
meningkatkan keupayaan ombak untuk menjalankan proses pengangkutan berbanding dengan
kawasan pantai yang terlindung yang akan memperlahankan pengangkutan ombak.

g. Saiz bahan

Saiz bahan mempengaruhi pengangkutan ombak. Jika saiz bahan kecil dan ringan seperti bahan
kelodak dan lumpur akan lebih mudah diangkut melalui proses ampaian berbanding kerikil dan
batu tongkol yang memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.
h. Jenis bahan

Bahan terhakis yang diangkut oleh ombak dikenali sebagai beban.Beban ombak terdiri daripada
serpihan dan ketulan batuan seperti kerikil, batu tongkol dan bahan-bahan yang lebih halus
seperti pasir, kelodak dan lumpur.Jenis bahan seeperti kerikildan batu tonkol lebih sukar diangkut
berbanding pasir, kelodak dan lumpur.

i. Bentuk bahan

Bahan yang berbentuk bulat lebih mudah diangkut melalui proses golekan tetapi bahan yang tebal
dan leper lebih sukar diangkut kerana beban seperti ini bergerak dalam bentuk seretan.

PEMENDAPAN OMBAK

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemendapan ombak

1. Tenaga arus

Arus membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya sebagai kelodak
pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai.Pertembungan arus laut dan arus sungai menyebabkan
kedua-dua arus ini kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan muatannya di dasar muara
sungai.Banyak dan sedikitnya bahan mendapan ini bergantung kepada kuantiti bahan yang
dibawa oleh kedua-dua arus tersebut.

2. Tenaga ombak

Ombak bertindak sebagai agen pemendapan.Ombak ini dipanggil ombak pembina.Ombak


pembina mempunyai damparan yang kuat tatapi lurutan yang lemah kerana diperlahankan oleh
geseran air laut dengan kecerunan pantai yang melandai. Ombak pembina mempunyai jarak
gelombang yang panjang dan masa untuk menggulung pantai dengan kadar ulangan 6 hingga 8
kali seminit. Dengan demikian, ombak ini cenderung untuk menggerakan bahan terutama batu
lada ke atas pantai dan memendapkan beban muatan tersebut yang kemudiannya membentuk
permatang pasir. Pemendapan ombak berlaku sama ada di dalam lautan ataupun di kawasan
pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di antara air surut dan air pasang penuh.Pemendapan di
kawasan pesisir menghasikan pantai.

3. Kecerunan

Pantai yang landai akan mengalami pemendapan yang lebih tinggi berbanding pantai yang
bercerun curam. Keadaan ini disebabkan ombak pecah yang berlaku di pinggir pantai yang landai
akan mengalami geseran dan melemahkan tenaga ombak menyebabkan ombak melakukan
proses pemendapan. Hal ini berbeza dengan pantai yang curam.Tenaga ombak yang melanda
pantai yang curam adalah tinggi kerana kedalaman air di pinggir pantai tersebut menyebabkan
ombak pecah pada kedudukan tinggi.
4. Angin

Halaju akan mempengaruhi saiz dan kekuatan ombak. Pada hari yang tenang apabila angin bertiup
perlahan, ombak pembina terbentuk dan memendapkan bahan muatannya.

5. Arus pasang surut

Perbezaan antara arus pasang surut mempengaruhi zon yang boleh dihakis dan dimendapkan.
Semakin besar perbezaan tersebut maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan akan menjadi
semakin besar. Arus pasang yang tinggi dan arus surut yang rendah di muara mempengaruhi
kelebaran bahan muatan yang dimendapkan.

6. Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan seperti bakau yang mempunyai akar jangkang bertindak memerangkap bahan
mendapan yang dibawa oleh arus pesisir pantai atau damparan ombak. Pokok rhu dan lelapa yang
tumbuh secara rapat juga dapat bertindak sebagai penampan dan menggalahkan proses
pemendapan serta menghalang hakisan ombak.

7. Orientasi pantai

Pantai yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana
dikawasan ini halaju ombak adalah perlahan.

8. Jenis dan saiz bahan

Bahan-bahan pinggir pantai samaada banyak atau sedikit menentukan keupayaan pemendapan
berlaku pada kadar yang banyak atau sedikit. Sekiranya ombak membawa batuan yang lembut
dalam kuantiti yang banyak seperti batu lada, kulit kerang, siput dan pasir laut akan menentukan
kadar pemendapan di pinggir pantai tersebut. Di kawasan pinggir pantai yang mempunyai banyak
bahan pasir, batu pasir, kelikir dan serpihan batuan, kadar pemendapan terhadap pinggir pantai
berlaku dengan giat sekali. Walaubagaimanapun, hal ini bergantung kepada pengaruh kelandaian
cerun pinggir pantai dan kehadiran onmbak pembina dan arus pesisir pantai.

9. Halangan

Pantai yang terbuka dan terdedah kepada lautan tanpa halangan daripada pulau-pulau biasanya
akan mengalami tenaga ombak dan arus yang kuat berbanding pantai yang terlindung. Pantai
yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana dikawasan ini
halaju ombak menjadi perlahan. Di zon pantai barat contohnya, pantainya dilindungi Kepulauan
Sumatera Indonesia dari pengaruh angin Monson Barat Daya.Halangan ini menyebabkan tiupan
angin Monson Barat Daya menjadi perlahan dan seterusnya menjadikan ombaknya turut
perlahan.

Bentuk muka bumi akibat pemendapan ombak

1. Pantai

Pantai meliputi kawasan pinggir laut di antara takas air surut dengan takas aras air pasang yang
tertinggi. Pembentukannya dipengaruhi oleh jumlah bahan yang ditimbunkan, luas permukaan
pinggir laut dan kekuatan ombak. Di kawasanyang ombaknya tidak selalunya bergelora atau tidak
kuat, bahan-bahan yang dibawa oleh ombak akan dimendapakan dengan banyak dan membentuk
pantai yang luas. Terdapat dua jenis pantai iaitu pantai gersik dan pantai berpasir.Pantai gersik
ialah pantai yang bahan-bahan timbunannya terdiri daripada gersik.Pantai yang berpasir ialah
pantai yang terdiri daripada mendapan pasir dan bercerun landai.

2. Tetanjung

Tetanjung terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan seperti pasir, kelikir dan serpihan
batuan yang dibawa oleh ombak ke kawasan teluk atau muara sungai. Proses pemendapan yang
berterusan dan pergerakan ombak secara menyerong ke pantai menyebabkan terbentuk
tetanjung. Tetanjung dikenali sebagai anak tanjung.

3. Beting pasir dan tombolo

Beting pasir terbentuk akibat penimbunan pasir dan kelikir yang membentuk permaan yang selari
dengan pantai.Beting pasir yang menghubungkan daratan dan pulau oleh hanyutan susur pesisir,
membentuk tombolo.

PERUBAHAN ARAS LAUT

Konsep perubahan

Perubahan aras laut ialah kenaikan atau penurunan aras laut berbanding dengan daratan.

Jenis-jenis perubahan aras laut:

i.Perubahan eustatik

Perubahan yang dialami oleh aras laut di seluruh dunia yang berkait dengan pencairan glaseir
secara besar-besaran pada zaman ais pliestosen dan meningkatkan aras laut.

ii.Perubahan isostatik

Perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan atau pengurangan berat
beban. Jika blok bumi bertambah berat beban, blok bumi akan menurun yang bererti aras laut
akan meningkat. Sebaliknya jika berat beban berkurangan blok bumi akan terangkat yang
bermakna aras laut akan jatuh.

Faktor-faktor berlaku perubahan eustatik

1. Eustatik glasieran

Eustatik glasieran merujuk perubahan aras laut akibat pencairan ais secara besar-besaran pada
masa lampau iaitu pada zaman ais pleistosen. Kesannya aras laut telah meningkat dan
menenggelami kawasan pinggir pantai yang rendah.

2. Eustatik tektonik

Eustatik tektonik merujuk perubahan aras laut akibat gerakan-gerakan tektonik di dasar laut
seperti gempa bumi dasar laut, letusan gunung berapi dasar laut, pelanggaran dan pencapahan
plat-plat dasar laut serta gerakan epirogenik dan gerakan orogenisis.

Contoh gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman pada 26 Disember 2004 mewujudkan ombak
tsunami menenggelamkan sebahagian pantai Acheh.

3. Eustatik enapan

Eustatik enapan merujuk perubahan aras laut akibat pertambahan bahan yang dienapkan di dasar
laut.

4. Eustatik meteorit

Eustatik meteorit merujuk perubahan aras laut akibat metorit yang jauh ke dalam laut
mewujudkan gelombang besar.

5. Faktor manusia

Faktor manusia merujuk aktiviti manuusia seperti pengangkutan, pembandaran, penyahhutanan,


pembakaran terbuka menyumbang kepada kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
Kesannya berlaku pemanasan global yang mencairkan litupan ais di Kutub dab Pergunungan yang
melimpah ke laut dan meningkatkan isipadu air laut.

Faktor-faktor berlaku perubahan isostatik

1. Proses pembekuan dan pencairan glasier

Pembebanan dan pengurangan beban akibat proses pembekuan dan pencairan glasier pada
zaman pliestosen.

2. Proses penggondolan dan pemendapan

Pertambahan dan pengurangan beban bahan enapan oleh air mengalir khususnya sungai.

3. Akibat letusan gunung berapi

Letusan gunung berapi memuntahkan lava, piroklas serta debu. Kesannya, kenaikan aras laut
berlaku dan banyak pulau-pulau kecil di sekitarnya tenggelam di dasar laut.

Bukti-bukti berlaku Perubahan Aras Laut

1. Wujudnya pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam.


Peningkatan aras laut menenggelamkan pantai dan garis pantai sehingga terbentuk paya,

daratan berlumpur dan anak-anak teluk.

2. Wujudnya pelbagai jenis pantai iaitu :

i) Pantai Ria

Terbentuk apabila aras laut naik menenggelamkan sebahagian pinggir pantai asal yang bertanah
tinggi dan bergunung-ganang. Mempunyai teluk-teluk yang semakin cetek, tirus dan sempit ke
arah daratan.

ii) Pantai Fiord

Terjadi apabila aras laut yang naik menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang terletak di
pinggir pantai.

iii) Pantai Dalmatia

Terbentuk apabila kenaikan aras laut dan menenggelamkan pinggir laut yang mempunyai
banjaran gunung yang terletak selari atau memanjang dengan garis pantai. Pantai ini mempunyai
garis pantai yang agak lurus dengan selat-selat panjang dan sempit serta pulau-pulau yang selari
dengan pantai.

3. Wujudnya terumbu karang.

Peningkatan aras laut mewujudkan terumbu karang seperti terumbu pinggir, terumbu
penghalang dan pulau cincin @ atol. Pembentukan terumbu karang dipengaruhi oleh kenaikan
aras laut yang dijelaskan oleh dua teori berikut :

i) Teori kawalan glasier – menurut Daly, pembentukan terumbu karang amat berkait rapat
dengan kenaikan aras laut akibat cairan glasier pada zaman pliestosen.

ii) Ataman bumi – mengikut Darwin, terumbu karang asalnya tumbuh di pinggir pulau yang
lebih tinggi berbanding aras laut pada masa itu. Apabila pulau tersebut mengalami pertambahan
berat beban maka ia akan tenggelam (ataman) bersama-sama dengan terumbu pinggirnya. Pada
masa ini, aras laut telah meningkat dan terumbu pinggir beransur-aansur berkembang menjadi
terumbu penghalang. Terumbu ini akan terus berkembang sehingga menutup seluruh bahagian
atas pulau yang tenggelam lalu membentuk pulau cincin @ atol.

Bukti Penurunan Aras Laut

· Wujudnya pantai timbul atau pantai terangkat.

Pantai timbul (pantai tanah tinggi timbul dan pantai tanah pamah timbul). Kedua-dua pantai ini
bertingkat dengan mempamerkan tebing tinggi yang terbentuk lebih awaldan lebih tinggi daripada
aras laut sekarang.

2.4 KAITAN SISTEM GEOMORFOLOGI DENGAN MANUSIA

Kawasan Tanah Tinggi

a. Pertanian
Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan Tanah Tinggi Kundasang, Sabah telah dimajukan sebagai
kawasan pertanian sayur-sayuran, teh dan bunga-bungaan kerana suhunya yang sederhana sejuk
– sekitar 19^C. Lereng-lereng gunung berapi yang subur dengan lava bes di Filipina dan Indonesia
(selatan Surabaya, Semarang dan Surakarta) ditanam dengan padi sawah. Teres dibina untuk
tujuan menghalang hakisan dan memudahkan pengairan di sawah padi.

b. Pelancongan

Kawasan pelancongan dimajukan dengan eko-pelancongan.Suhu yang nyaman, landskap seperti


gua, air terjun, jeram berjaya menarik ramai pengunjung. Pusat-pusat rekreasi, hotel, resort,
chalet, padang golf dan kemudahan sistem pengangkutan serta perhubungan disediakan. Genting
Highland, Cameron Highland, Kundasang, Bukit Fraser ialah antara kawasan pelancongan tanah
tinggi di Malaysia.Gunung Matterhorn di Switzerland terkenal sebagai destinasi pelancongan
tanah tinggi kerana mempunyai pemandangan yang menarik dengan gunung-ganang yang
sentiasa dilitupi salji.Aktiviti meluncur salji dapat dijalankan sepanjang tahun.

c. Menjanakuasa hidroelektrik

Tanah tinggi merupakan kawasan tadahan hujan.Kawasan tadahan hujan yang luas dan aliran air
sungai deras menyumbang kepada pembinaan empangan untuk menjanakuasa hidroelektrik.
Empangan Kenyir, Empangan Temenggor, Empaangan Chenderoh ialah antara empangan yang
dibina untuk tujuan menjana hidroelektrik.

d. Pembalakan

Tanah tinggi yang kurang daripada 1 200 meter dari aras laut biasanya terdiri daripada hutan
tebal. Hutan Hujan Tropika di Malaysia ditumbuhi dengan pelbagai kayu keras yang berharga
seperti cengal, meranti, keruing, seraya, balau dan lain-lain.Dengan itu kawasan tanah tinggi
merupakan kawasan pembalakan utama.

Tanah Pamah dan Dataran Pantai

a. Pusat petempatan penduduk

Kawasan tanah pamah yang rata, luas dan mempunyai sistem pengangkutandan darjah
ketersampaian yang tinggi akan menjadi tumpuan penduduk untuk membina petempatan.
Petempatan ini akan berkembang pesat sehingga menjadi bandar-bandar besar contohnya seperti
Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan Kuching. Dataran pantai juga sering menjadi tumpuan
kerana ia kaya dengan sumber perikanan. Pembinaan pelabuhan akan mempercepatkan proses
perkembangan petempatan.
b. Pertanian

Kawasan tanah pamah yang rata seperti delta sungai merupakan kawasan pertanian utama.Delta
Kelantan, Delta Kedah, Delta Chao-phraya di Thailand, Delta Mekong di Indo-China merupakan
kawasan penanaman padi yang utama.Manakala kawasan tanah pamah yang beralun ditanam
dengan getah dan kelapa sawit.Dataran pantai yang berpasir sesuai dengan tanaman kelapa.

c. Pengangkutan

Jaringan pengangkutan mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana tidak memerluka kos yang
banyak dan ianya lebih selamat. Bentuk muka buminya rata memudahkan pembinaan jalanraya,
lebuhraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.Dengan itu, kawasan tanah pamah
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Kawasan dataran pantai yang berteluk dan
terlindung akan dibina pelabuhan perdagangan dan pelabuhan perikanan. Contoh pelabuhan
seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Puala Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

You might also like