You are on page 1of 14

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK)

KE SK SULTANAH ASMA , ALOR SETAR, KEDAH .


BERSAMA:
PEJABAT PELAJARAN DAERAH REMBAU
DAN
SK. SEMERBOK, KOTA, NEGERI SEMBILAN
SK KAYU ARA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN
01—3 Mac 2013

Disediakan oleh:
Norazali bin Shahak
GPK 1, SK Semerbok
Mac 2013
ISI KANDUNGAN LAPORAN:

1.0 Pendahuluan ................................................................................................................................. 3

2.0 Objektif dan matlamat program Lawatan ...................................................................................... 4

3.0 Tentatif Program Lawatan ............................................................................................................. 4

4.0 Hasil Dapatan ................................................................................................................................ 5

4.1 Akademik ....................................................................................................................................... 5

4.2 Kebitaraan Sekolah ....................................................................................................................... 5

4.3 Pengurusan PIBG .......................................................................................................................... 6

4.4 Program Sekolah Penyayang ........................................................................................................ 7

5.0 Perbincangan ................................................................................................................................ 8

6.0 Rumusan ....................................................................................................................................... 8

7.0 Program Penstrukturan Semula (Restructured) ............................................................................. 9

7.1 Bidang Akademik ......................................................................................................................... 10

7.1.1. Program Bulan/minggu Panitia akan diwujudkan ......................................................................... 10

7.1.2. Program “one day in English”. ...................................................................................................... 11

7.1.3. Program Bijak Sifir. ....................................................................................................................... 11

7.1.4. Pertandingan sudut-sudut panitia yang terbaik. ........................................................................... 11

7.1.5. Program “sehari menjawab 10 soalan” ......................................................................................... 12

8.0 Hal Ehwal Murid........................................................................................................................... 12

8.1 Program Sekolah Penyayang ...................................................................................................... 12

8.1.1 Anugerah Bulanan Putera dan Puteri Harapan. ....................................................................... 13

8.1.2 Program Rakan Penyayang ..................................................................................................... 13


1.0 Pendahuluan

Terdapat pelbagai definisi dan konsep mengenai “Penanda aras” berdasarkan bidang-bidang
tertentu. Penanda aras mengikut (Sabda, 2008) dalam konteks pembaikan kualiti secara menyeluruh
merupakan suatu proses pembaharuan yang berterusan dan ia juga merupakan strategi ke arah
memantapkan piawaian yang terbaharu serta memperbaiki piawaian terdahulu. Kajian mengenai
penanda aras merupakan satu proses pembaikan yang berterusan yang menunjukkan contoh amalan
yang baik serta pendekatan yang baharu yang boleh ditiru dan dijadikan pengukur prestasi yang
berkesan.Ia diamalkan bagi membina kelebihan kompetitif dengan berpandukan idea yang terbaik
serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengurusan sekolah serta boleh menentukan dimana
untuk memulakan proses pembaikan yang berkesan.
Selain itu menurut (Preedy, Glatter, & Levacic1997:53), penanda aras pencapaian, dalam erti kata
kata “pengelolaan sekolah yang berkesan” amat perlu dalam mengelola program dan aktiviti untuk
menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda aras, pernyataan ringkas sudah
mencukupi namun demikian terdapat juga penanda aras yang memerlukan perincian spesifik dan
merujuk maklumat tambahan yang melibatkan pengukuran kualiti dan komitmen dalam bahagian-
bahagian tertentu. Oleh yang demikian, pembentukan penanda aras sebenarnya adalah berbentuk
kualitatif dan kuantitatif.
Menyedari pentingnya penanda aras dalam menstruktur atau menambah baik pengurusan
sekolah, maka adalah penting bagi warga SK Semerbok menyertai program lawatan integrasi ke SK
Sultanah Asma, Alor Setar yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Rembau bersama SK. Kayu
Ara, Rembau dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, prestasi dan kecemerlangan yang telah
dirancangkan sebelum ini.
2.0 Objektif dan matlamat program Lawatan

Objektif dan matlamat utama program lawatan penanda aras ini dijalankan adalah bertujuan :
a. Sebagai satu rujukan kepada semua Pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah dalam usaha
melahirkan sekolah yang cemerlang.
b. Sebagai perkongsian pintar antara kedua-dua pihak sekolah dalam sama-sama membangunkan
program dan aktiviti sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
c. Meningkatkan motivasi dan keinginan yang tinggi para pentadbir, guru-guru dan kakitangan
sekolah untuk memajukan pembangunan sekolah dari semua aspek, akademik, kokurikulum, hal
ehwal murid serta pentadbiran.

3.0 Tentatif Program Lawatan

8.00 Pagi: Tiba di SK Sultanah Asma


8.30 Pagi: Taklimat oleh Guru Besar SK Sultanah Asma
Aspek yang dibincangkan:
a. Profil SK Sultanah Asma
b. Kejayaan-kejayaan yang diperoleh oleh SK Sultanah Asma
c. Etos dan kebitaraan sekolah.
d. Kemenjadian sekolah (kemenjadian akademik dan sahsiah)
e. Program Peningkatan Akademik
f. Kekuatan Sekolah dan kejayaan sekolah
10.30 Pagi: Jamuan ringan
11.00 Pagi: Kumpulan-kumpulan guru (Sk. Semerbok & Sk.Kayu Ara) melakukan kolaborasi dan
perbincangan bersama guru-guru penyelaras bagi setiap bidang yang telah dikenalpasti:
a. Akademik
b. Kebitaraan Sekolah
c.Program Sekolah Penyayang
d.Pengurusan PIBG
1.00 Tengahari: Penutup dan pulang ke Rembau.
4.0 Hasil Dapatan

4.1 Akademik
Antara perbincangan yang dilakukan antara kedua-dua pihak (SK Semerbok-Sk Sultanah
Asma) adalah meliputi dari aspek berikut:
a. Perancangan Akademik
b. Program-program kecemerlangan akademik
c. Pembentukan jawatankuasa kecil akademik kecemerlangan
d. Program Peningkatan UPSR
e. Perancangan dan pelaksanaan program-program bagi murid-murid tahun 6.
f. Isu-isu berkaitan dengan program-program kecemerlangan akademik.

Secara keseluruhannya, apa yang dilakukan oleh warga SK Tunku Hasmah, mempunyai
banyak persamaan dengan perancangan dan program yang dilakukan oleh warga SK
Semerbok sebelum ini. Perbezaan yang besar adalah, SK Tunku Hasmah mempunyai
kumpulan tenaga kerja yang mantap, berdedikasi serta berkomitmen tinggi dalam usaha untuk
mencapai matlamat dan visi kecemerlangan akademik murid-murid. Ini merupakan kunci
utama bagi mana-mana organisasi untuk mencapai matlamat, visi dan misi.

4.2 Kebitaraan Sekolah

Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan yang dilakukan semasa lawatan ke SK


Sultanah Asma, didapati pencapaian yang membanggakan terutamanya dari aspek
penyertaan yang disertai oleh sekolah ini. Namun begitu, secara umumnya, SK Sultanah
Asma memilih Bahasa Arab sebagai kebitaraan sekolah berkenaan. Walaupun sekolah ini
memilih Bahasa Arab dalam kebitaraan mereka, pencapaian yang membanggakan turut
dicapai dalam aspek kokurikulum yang mana sekolah ini telah merangkul johan dalam
pertandingan pancaragam sekolah rendah peringkat negeri Kedah pada tahun 2012.
Selain itu, SK Sultanah Asma turut menggandakan peluang mereka dalam bidang
kokurikulum yang lain yang mana terdapat wakil muridnya yang menyertai permainan tenis
mewakili negara ke Hong Kong untuk menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, dari aspek
kebudayaan, sekolah ini turut dijemput dalam pelbagai acara atau majlis antaranya diperingkat
antarabangsa, mendapat jemputan dari sekolah-sekolah Thailand untuk mengadakan majlis
kebudayaan bersama disamping diperingkat negeri yang turut dijemput untuk memeriahkan
majlis kebudayaan.

4.3 Pengurusan PIBG

PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA
PIBG Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma telah memainkan peranan dalam menjayakan
pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung
ternyata dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat ke arah kecemerlangan
dan kegemilangan berteraskan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :-


- Sumbangan Lawatan Penanda Aras Ke Thailand
- Sumbangan Penyelenggaraan Komputer
- Sumbangan Membaiki Laluan Masuk Ke Sekolah
- Sumbangan Khairat Kematian Guru SKSA
- Sumbangan Keceriaan Bilik Mesyuarat SKSA
- Sumbangan Baju Koprat AJK PIBG SKSA
- Sumbangan Baju Uniform Pengakap Sekolah
- Sumbangan Program Motivasi UPSR dan Kelas Tambahan Murid Tahun 6
- Sumbangan Anugerah Murid Cemerlang UPSR
- Sumbangan Hari Keusahawanan SKSA
- Sumbangan Kain Skirting Meja Kantin SKSA
- Sumbangan Majlis Qiamullail Murid Tahun 6 dan Bacaan Yaasin Waris Tahun 6
- Sumbangan Hari Tunas Harapan PIBG (kedudukan 1,2 dan 3 mengikut kelas)

Kerjasama di antara para WARIS (gelaran bagi ibu bapa/penjaga murid) dan warga sekolah
amat jitu dalam merealisasikan impian sekolah dengan mengembling tenaga bagi keteguhan
ikatan yang telah dijalinkan.
Para WARIS juga menjadi tiang seri dengan berdiri kukuh dalam membantu pihak sekolah
demi memenuhi matlamat ke arah melahirkan insan dan sekolah yang cemerlang.

Berbekalkan dana kewangan PIBG yang kukuh, pihak PIBG dapat menyumbangkan peralatan
dan kelengkapan sekolah. Antara aset PIBG adalah seperti berikut :-
 9 unit kipas angin berkaki
 10 unit pondok rehat
 Anjung Perdana
 Stor Peralatan Sekolah
 Peralatan Pancaragam
 Tempat Letak Kereta Berbumbung
 Papan Kenyataan Di Pejabat Sekolah
 Sistem Siaraya
 Komputer & Mesin Pencetak di Bilik Peperiksaan
 Permaidani Bilik Mesyuarat
 Blazer Pengawas dan Uniform TKRS

4.4 Program Sekolah Penyayang

Secara umumnya dilihat, guru-guru SK Sultanah Asma sangat mengambil berat terhadap
murid-muridnya. Pelbagai aktiviti atau pertandingan diadakan bagi memberi nilai tambah dari
aspek sosial para muridnya. Antaranya ialah, SK Sultanah Hasma mengadakan anugerah
Puteri Hasma setiap bulan yang mana memberikan penghargaan kepada murid-murid yang
berjaya menunjukkan prestasi dan kecemerlangan mereka di sekolah.
Keseluruhannya dilihat, program sekolah penyayang yang dijalankan di sekolah ini banyak
memberikan manfaat kepada murid-murid serta guru. Secara tidak langsung emosi murid
untuk suka ke sekolah dapat ditingkatkan dan masalah ponteng sekolah dapat dikurangkan.
5.0 Perbincangan

Secara umumnya, kecemerlangan SK Sultanah Asma adalah disebabkan beberapa faktor antaranya
ialah;
 Komitmen dan kesungguhan semua guru dan kakitangan serta ibubapa.
 Kesepakatan antara semua pihak (guru-pentadbir-kakitangan-penjaga-komuniti).
 Kumpulan kerja (team work) yang mantap.
 Kewangan yang kukuh.
 Persekitaran kerja yang kondusif.

6.0 Rumusan

Rumusan yang dapat dibuat adalah berdasarkan kepada kerangka konsep di bawah:

Harapan Semangat
Pentadbir

Guru-guru Memahami Memahami Kumpulan kerja


Membina visi/misi dan perubahan mantap
hubungan matlamat yang diinginkan
Kakitangan organisasi
organisasi Tenaga

Ibubapa/Komuniti Komitmen
 Bersatu Hati (luaran/dalaman)
 Bertolak Ansur
 Menyayangi
 Ambil Berat
Hasil
Sekolah
Cemerlang

Rajah 1: Kerangka konsep faktor asas kecemerlangan sekolah

Berdasarkan kerangka konsep di atas, untuk melahirkan kecemerlangan sesebuah sekolah adalah
merupakan tanggungjawab semua pihak samaada pihak pentadbir, guru-guru,kakitangan dan ibubapa
serta komuniti setempat. Faktor asas utama yang perlu difahami dengan jelas ialah perhubungan
(relationship) yang baik dari semua pihak. Ini boleh dibuat dengan membina asas-asas perhubungan yang
baik dan strategik antara semua pihak berkepentingan. Tanpa membina hubungan yang baik, walaupun
komitmen guru-guru 100%, agak mustahil untuk mencapai kecemerlangan yang benar-benar berkualiti.
Setelah hubungan yang baik dapat dibina, maka pemahaman terhadap visi,misi dan matlamat
kecemerlangan perlu difahami dengan jelas oleh semua pihak. Ini bertujuan, agar dapat menentukan
program dan perancangan pembangunan yang bertepatan dengan hala tuju visi,misi dan matlamat untuk
menjadikan sekolah cemerlang. Dalam usaha ke arah itu, sudah tentu terdapat pelbagai perubahan dan
penstrukturan semula yang akan mengakibatkan suasana menjadi kritikal akibat ketidakfahaman, tekanan
kerja dan sebagainya. Oleh itu, pemahaman semua pihak terhadap tujuan perubahan yang diinginkan
adalah sangat perlu, bagi mengurangkan tahap kritikal dalam proses perubahan bagi mencapai matlamat
yang diinginkan.
Pewujudan kumpulan kerja yang mantap dan mempunyai semangat yang tinggi (bertenaga)
mampu menghasilkan tenaga kerja yang berkomitmen tinggi disamping dapat mengurangkan kos tempoh
masa kerja dan masalah emosi seperti” stress”. Dengan itu, insya Allah, kecemerlangan sekolah dapat
diperolehi dengan jayanya.

7.0 Program Penstrukturan Semula (Restructured)

Hasil daripada pemerhatian, perbincangan dan kesepakatan semua warga SK Semerbok,


penstrukturan semula program-program meliputi kesemua aspek, kurikulum, hal ehwal murid dan
ko-kurikulum perlu dilakukan semula bagi memberi nilai tambah yang baik serta kualiti tinggi
kepada program-program dan perancangan yang telah di rancang sebelum ini. Namun begitu
aspek pertama yang perlu diberikan perhatian dalam menghasilkan sekolah yang cemerlang
adalah dengan menetapkan terlebih dahulu “Etos” dan “Kebitaraan sekolah”. Oleh itu, warga SK
Semerbok telah memilih;
ETOS SEKOLAH
Warga SK Semerbok
AKTIF, BERPENGETAHUAN TINGGI SERTA BERBAKTI
Pemilihan etos ini dibuat atas matlamat ingin menghasilkan murid-murid dan warga SK Semerbok
menjadi warga yang aktif dalam pelbagai bidang. Mempunyai kekuatan kendiri serta yakin diri yang
tinggi. Manakala, berpengetahuan tinggi dan berbakti memperlihatkan, budaya sentiasa dahagakan
ilmu dalam kalangan murid-murid mampu menghasilkan warga yang berpengetahuan tinggi,cemerlang
dan berkualiti tinggi serta boleh berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

KEBITARAAN SEKOLAH
Akademik-Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam
Warga SK Semerbok telah sepakat untuk memilih kebitaraan sekolah dari aspek akademik dan
kokurikulum dengan memilih Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam. Pemilihan ini dibuat
berdasarkan kekuatan sekolah ini dalam penyertaan pertandingan MTAQ dan Semaian Wahyu
peringkat daerah. Selain itu juga, dari aspek akademik turut menunjukkan prestasi yang
membanggakan bagi kedua-dua matapelajaran tersebut disokong dengan prestasi UPKK (Ujian
Penilaian Kelas Kafa).
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa program yang ditambah dan diberi
sedikit tambah nilai agar ianya mampu memberikan hasil “output” yang berkualiti seperti yang
diinginkan dalam Etos sekolah.

Antara program-program dan perancangan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
7.1 Bidang Akademik

7.1.1. Program Bulan/minggu Panitia akan diwujudkan

Program Panitia secara mingguan atau bulanan akan dilaksanakan bagi mewujudkan
peluang untuk murid-murid terlibat secara aktif dalam bidang akademik di samping
mewujudkan semangat ingin terus belajar. Kewujudan semula minggu panitia adalah
dalam bentuk matlamat jangka panjang yang mana setiap aktiviti akan lebih bersifat
kepada pertandingan dan aktivti yang banyak menguji Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif dan Kritis (KBKK). Ini bertujuan untuk meningkat kemahiran “high order thinking
skills” dalam kalangan murid-murid.
7.1.2. Program “one day in English”.

Program “One day in English” diadakan bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran


berbahasa inggeris dalam kalangan murid-murid SK Semerbok. Program ini dijalankan
pada setiap hari Rabu, yang mana murid-murid dan guru diwajibkan menggunakan
bahasa inggeris dalam apa jua aktiviti kecuali dalam pengajaran dan pembelajaran
(bagi subjek lain selain bahasa inggeris).Penilaian program akan dilakukan sebanyak
dua kali iaitu penghujung semester 1 dan semester 2 bagi menilaia sejauhmana
kejayaan program ini meningkatkan penguasaan berbahasa inggeris dalam kalangan
murid-murid.

7.1.3. Program Bijak Sifir.

Program “Bijak Sifir” adalah merupakan satu program yang bermatlamat untuk
meningkatkan aya ingatan murid-murid terhadap sifir yang sering menjadi masalah
utama dalam matapelajaran Matematik terutama yang melibatkan operasi darab dan
bahagi. Pelaksanaan program ini adalah bermatlamat jangka masa panjang yang
mana penglibatan adalah melibatkan semua aliran bermula dari Tahun 1 hingga
Tahun 6. Seperti biasa penilaian program juga akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu
dihujung semester pertama dan kedua bagi menilai sejauh mana pencapaian program
ini terhadap penguasaan sifir dalam kalangan murid-murid.

7.1.4. Pertandingan sudut-sudut panitia yang terbaik.

Pertandingan ini melibatkan penglibatan semua guru-guru khususnya dalam panitia


masing-masing dalam menyediakan ruangan atau sudut pembelajaran yang boleh
dimanfaatkan oleh murid-murid. Antara Kriteria yang akan diambil kira adalah seperti
yang berikut;
a. Keceriaan
b. Kandungan ruangan (mobility study)
c. Keberkesanan ruangan terhadap emosi murid-murid.
Dicadangkan pemenang bagi sudut panitia terbaik akan diberikan ganjaran berupa
wang tunai sejumlah RM 300.00. dan sijil penghargaan.

7.1.5. Program “sehari menjawab 10 soalan”

Program “Sehari menjawab 10 soalan “ adalah merupakan program berbentuk jangka


pendek yang mana hanya melibatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6. Program ini akan
dimulakan seawal pagi sebelum murid-murid menyertai perhimpunan pagi sekolah.
Selain daripada itu juga, program ini adalah lebih kepada berbentuk kendiri, yang mana
murid-murid akan mengambil soalan sendiri daripada guru yang bertugas mingguan
dan menjawab secara berkumpulan (study group) atau bersendirian. Penyediaan
soalan akan dibuat oleh guru matapelajaran selepas waktu pengajaran sehari sebelum
aktiviti dimulakan. Antara matapelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains. Penyediaan soalan boleh dibuat samaada secara
objektif mahupun sumatif (bertulis).Semakan jawapan akan dilakukan sendiri oleh
murid, agar mereka dapat menilai sendiri keupayaan mereka.

8.0 Hal Ehwal Murid

8.1 Program Sekolah Penyayang

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam system
pendidikan di Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ke-tujuh
dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep sekolah
penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat
penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari
segi harmoni, rohani, intelak dan jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Maka dengan itu, pihak sekolah melalui Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan memberikan nilai
tambah program ini agar ia menjadi lebih baik dengan penambahan aktiviti-aktiviti dan
program yang lebih menyeluruh.Antara penambah baikkan kepada program sedia ada ialah
seperti yang berikut;
8.1.1 Anugerah Bulanan Putera dan Puteri Harapan.
Anugerah ini diwujudkan bermatlamat untuk memberikan penghargaan kepada
murid-murid yang menunjukkan contoh perilaku dan sahsiah yang terpuji. Ini
dilakukan secara bulanan dimana setiap murid akan dinilai dari beberapa aspek
seperti;
a. Kehadiran penuh bulanan ke sekolah.
b. Menunjukkan sikap berdedikasi serta semangat yang tinggi (menyiapkan
tugasan,mempunyai semangat tinggi sewaktu P&P, keterlibatan secara
langsung dalam pelbagai aktiviti di sekolah.)
c. Penglibatan yang aktif dalam aktiviti dan program sekolah dan luar sekolah
secara sukarelawan.

8.1.2 Program Rakan Penyayang

Program ini diwujudkan bagi menyemai rasa sayang sesama murid sebagai rakan
di sekolah. Selain itu secara tidak langsung program ini dapat mewujudkan rasa
ambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Rakan murid boleh menjadi mata dan
telinga kepada pihak guru sekiranya berlaku beberapa kes seperti penderaan,
buli, ponteng sekolah, sakit dan sebagainya.

You might also like