You are on page 1of 6

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA:

NO.MATRIK:

731216125857002

NRIC:

NO.TELEFON:

EMAIL:

PUSAT PEMBELAJARAN: PPT OUM SANDAKAN


AKTIVITI 3 : JURNAL REFLEKTIF (T1A4)

1.0 REFLEKSI SEPANJANG PENGELOLAAN KHIDMAT SOSIAL

Semasa membuat aktiviti satu, perkara yang utama ialah untuk mencari rujukan berkaitan dengan
khidmat sosial yang menjadi salah satu daripada kehendak soalan. Selain daripada itu, sepanjang
tempoh persiapan tugasan yang diberikan, begitu banyak perkara baru yang ditemui mengenai
cara melaksanakan projek dalam tempoh yang tidak terancang apabila berlakunya perkara lain
pada tarikh yang ditentukan. Pengetahuan sebegini amat berguna untuk dijadikan sebagai
warisan kepada anak-anak murid di kemudian hari. Kemajuan teknologi telah membuatkan
hilangnya semangat sukarela yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang
sebenarnya khidmat kepada masyarakat yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin
dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Banyak faedah yang boleh diperolehi
daripada khidmat masyakat seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan
badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman.

Selain daripada itu, bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber memberikan satu
kesedaran kepada saya sebagai individu dalam masyarakat bahawa budaya khidmat masyarakat
ini semakin pupus ditelan zaman. Dengan hadirnya pelbagai tugas dan permainan baru dipasaran
kini anak-anak kita di rumah tidak lagi terdedah dengan sikap tolong menolong bersama ahli
dalam masyarakat sebegini. Harapan saya pada ketika itu ialah memberikan satu pendedahan
kepada anak-anak murid yang tidak pernah melihat atau melakukan aktiviti khidmat masyarakat
sepanjang kehidupan mereka untuk bersama-sama terlibat untuk terdedah dengan dunia luar.
Oleh yang demikian saya mengambil keputusan untuk mengadakan program khidmat masyarakat
iaitu kempen ‘ Zero Sampah ‘ . Ini adalah disebabkan kerana aktiviti ini mudah dilakukan
kerana persekitaran yang teribat hanyalah dalam persekitaran sekolah sahaja. Sebagai contoh,
kempen ini berlanjutan sepanjang minggu dimana murid sentiasa menjaga kebersihan
persekitaran sekolah. Sepanjang minggu tu juga satu pertandingan diadakan pada peringkat
sekolah iaitu kelas yang terbersih dan ceria sesuai dengan kempen khidmat masyarakat yang
dilaksanakan.

3
Seterusnya semasa merancang ahli jawatankuasa, saya secara peribadi mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang banyak menyokong aktiviti yang
dianjurkan dan menjadikan ia sebagai salah satu aktiviti sekolah setelah tamat peperiksaan
semester pertama. Saya bersyukur kepada Allah atas segala urusan yang dipermudahkan dan
memberikan kesihatan yang kepada saya untuk meneruskan perlaksanaan pertandingan permaian
tradisional yang telah dirancang. Selain daripada itu, daripada perancangan yang di tentukan
pada awal-awal lagi memberikan satu persediaan yang rapi daripada aspek persediaan tempat
dan ahli jawatankuasa yang terlibat untuk mengendalikan pertandingan ini. Secara
keseluruhannya pada aktiviti dua tidak wujud sebarang masalah dalam proses penyiapannya.
Tambahan lagi, rakan-rakan guru begitu banyak memberikan kerjasama yang baik di dalam
perangkaan jawatankuasa kerja semasa pertandingan tersebut berlangsung.

Aktiviti tiga mengkehendaki perlaksanaan dan dokumentasi diadakan untuk merekod


pertandingan permainan yang di laksanakan oleh guru. Saya memilih tarikh yang sesuai untuk
melaksanakan pertandingan ini bagi mengelakkan daripada pertembungan dengan program yang
diadakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, saya memilih untuk melakukan pertandingan ini pada
selepas peperiksaan dimana ia begitu sesuai untuk dijadikan sebagai pengisian selepas
peperiksaan sekolah diadakan. Aktiviti dokumentasi memberikan satu rekod yang kukuh dalam
menjadikan setiap perlaksanaan aktiviti. Ia juga membantu untuk menjadikan sebuah
pengelolaan berjalan dengan lancar.

Melalui dapatan saya sepanjang perancangan pengelolaan sehinggalah perlaksanaan


program “Kempen ZERO Sampah” saya mendapati bahawa kempen ini merupakan satu program
yang perlu dijadikan sebagai satu daripada tajuk kurikulum yang diajarkan di dalam kelas kerana
ia merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Selain daripada itu, program yang
berunsurkan khidmat kepada masyarakat ini sangat sesuai untuk dijadikan satu program yang
berterusan sepanjang tahun persekolahan. Ia tidak melibatkan kos yang tinggi malah menjadi
salah satu cara untuk mendidik anak-anak untuk mempunyai jati diri semasa bersosial melalui
program ini hasrat itu mampu dicapai,
Sepanjang program ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul. Pertama,
dari segi pengurusan masa. Sebagai contoh semasa sesi penilaian kadangkala guru yang bertugas
pada waktu itu tidak berada di sekolah dan keputusan tidak dapat diambil pada waktu itu.
Akibatnya, perjalanan pertandingan pada minggu itu terganggu dan menjejaskan kelas yang
terlibat dimana kelas terpaksa dinilai pada minggu berikutnya. Terdapat banyak kekuatan yang
dapat diperolehi daripada program khidmat masyarakat ini. Antaranya ialah terdapatnya unsur-
unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan
dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa kerja pengangkutan tanah dijalankan,
semua guru pelatih begitu berkerjasama dan bersikap rajin sekali.

Hasilnya, kerja ini dapat disiapkan dengan begitu jayanya. Selain daripada itu, pihak
pengurusan sekolah juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal ke akhir program. Maka,
program khidmat masyarakat ini merupakan suatu program susulan untuk meneruskan
kesinambungan silaturahim ini. Selain daripada itu, program menwujudkan perhubungan erat
antara guru dan murid dengan penduduk setempat disamping bertukar pendapat. Contohnya,
kami dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan
kami mempelajari kemahiran berkomunikasi. Selain daripada itu , program ini dikendalikan
dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian,
mental, intelektual dan fizikal. Maka, semua guru pelatih akan lebih mengetahui kelemahan dan
kekuatan diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Program khidmat
masyarakat sememangnya menyintil atau menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam diri
setiap peserta. Sebagai contoh, nilai seperti kasih sayang, cinta kepada alam sekitar, berdikari
dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap murid dan guru yang terlibar. Sudah tentu nilai-nilai
murni ini dapat meningkatkan martabatkan profesion perguruan

Kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah bilangan peserta. Bilangan guru yang terlibat
dalam program khidmat masayarakat adalah agak ramai, iaitu seramai 51 orang. Hal ini
menyebabkan kawasan sekolah yang agak kecil itu disesaki dengan guru dan murid yang ramai.
Kedua ialah pemilihan kawasan. Kumpulan guru-guru yang dibahagikan menjadikan kawasan
yang di terlalu ramai sehingga kawasan yang dicadangkan tidak mencukupi. Hal ini adalah
kerana kawasan yang ditentukan adalah agak bersih dan kecil. Maka, kerja yang perlu dilakukan
oleh setiap guru dan murid adalah agak berkurangan. Oleh itu, pemilihan sesuatu kawasan itu
seharusnya boleh memuatkan pengisian masa, mahupun memenuhi objektif program “khidmat
masyarakat” ini. Tambahan pula faktor motivasi murid kurang bermotivasi semasa Program
khidmat masyarakat kali ini. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya maklumat ataupun
informasi sebelum program ini dijalankan. Maka, murid-murid tidak membuat persiapan awal.
Maka, semangat ataupun motivasi adalah tidak dapat ditingkatkan semasa program ini
dijalankan.

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas, saya mengariskan


beberapa cadangan penambahbaikan seperti bilangan peserta. Bilangan guru dan murid boleh
dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil lagi semasa khidmat masyarakat dijalankan. Hal
ini adalah supaya setiap peserta program khidmat masyarakat ini betul-betul dapat memperolehi
manfaat yang setimpalnya. Contohnya, bilangan maksimum guru pelatih boleh dikurangkan
kepada 10 orang. Diharapkan dengan ini, setiap murid dapat mempelajari dan menimba
pengalaman ataupun mendapat manfaat yang lebih banyak lagi. Daripada aspek pemilihan
kawasan. Program khidmat masyarakat ini boleh dijalankan di tempat perkampungan yang
berdekatan. Hal ini adalah kerana ianya lebih mendedahkan guru-guru dan murid dengan
masyarakat. Sehubungan itu, profesion perguruan dapat dimantapkan lagi. Mengenai motivasi
murid , meskipun murid diberikan taklimat ringkas pada hari tersebut, namun perlu ada satu
insentif untuk murid untuk terus bermotivasi sepanjang aktiviti dijalankan.

Cadangan daripada saya ialah pertandingan sukaneka berdasarkan program ini diadakan
dan perlu disediakan hadiah. Dengan cara ini murid dan guru akan merasa seronok untuk
melakukan aktiviti yang dirancang. Selain daripada itu, untuk aktiviti pada hari terakhir iaitu
gotong royong secara besar-besaran, jamuan perlu diadakan secara kecil-kecilan bagi
menghargai jasa yang disumbangkan oleh mereka. Hal ini dengan alasan bahawa terdapat
segolongan guru-guru atau murid mungkin kelaparan dan sehingga menjejaskan motivasi mereka
untuk berkhidmat kepada masyarakat ini. Secara keseluruhan, program perlu dilaksanakan dari
semasa ke semasa bagi mengalakkan pembangunan jati diri murid serta guru disamping
membantu meningkatkan aspek jasmani, emosi , rohani, intelek dan spiritual.

You might also like