You are on page 1of 38

POLITEKNIK NILAI

KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK


71760 BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-7980400
FAKS : 06-7911269
http://www.polinilai.edu.my

Buku panduan pendaftaran pelajar


baharu PROGRAM DIPLOMA
SESI DISEMBER 2018

Buku ini terdiri daripada 4 (empat) bahagian:-


a) Panduan Pendaftaran Pelajar Baru
b) Maklumat Tambahan
c) Lampiran Dokumen
d) Borang Borang Pendaftaran

Arahan:
1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini. Fahamkan
dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Kegagaalan mematuhi
arahan akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan TIDAK
DIBENARKAN MENDAFTAR.
2. Mematuhi arahan ketika membuat bayaran yuran pengajian/asrama/bayaran
pelbagai di Bank Islam Berhad. Pihak politeknik tidak akan bertanggungjawab di
atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran.
PENGENALAN
POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan
dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 dibawah
Rancangan Malaysia Ke-9. PNS mula beroperasi di kampus sementara dengan
pengambilan pertama pelajar pada Januari 2008.
PNS berpindah ke kampus tetap di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri
Sembilan pada September 2011 di atas tapak seluas 101.5 ekar yang
memuatkan 37 blok bangunan pentadbiran, akademik, kamsis dan kediaman
staf. Kampus ini mampu menampung pelajar seramai 2,400 orang pelajar
dengan kapasiti penginapan di kamsis seramai 1,200 orang pelajar.
PNS mempunyai jumlah kakitangan seramai 207 orang yang terdiri daripada 158
orang pensyarah dan 50 orang pegawai dan staf sokongan. Jumlah semasa
pelajar adalah seramai 2482 orang pelajar yang sedang mengikuti program
Diploma Pengajian Perniagaan (E Dagang), Diploma Kewangan dan Perbankan
Islam, Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan, Diploma Sistem
Maklumat Perniagaan, Diploma Landskap dan Hortikultur , Diploma
Bioteknologi, Diploma kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan
Mekatronik, Diploma Pengurusan Peruncitan, Pra Diploma Perdagangan dan Pra
Diploma Sains.

i
VISI & MISI
POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

MISI

1. 1. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.

2. 2. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.

3. 3. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

4. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

VISI
Menjadi Peneraju Intitusi TVET yang unggul

ii
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua pelajar baru PNS kerana terpilih mendapat tempat pengajian
di Politeknik Nilai. Anda telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi meneruskan
perjuangan menuntut ilmu dan kemahiran. Pelajar seharusnya perlu berasa bangga
kerana anda adalah antara yang bertuah kerana terpilih daripada ratusan ribu calon
yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) khususnya ke PNS ini. Seluruh warga PNS mengalu-alukan kehadiran pelajar
semua bagi merealisasikan impian dan cita-cita.

Unit Hal ehwal pelajar amat berharap agar pelajar dapat menggunakan Buku Panduan
Pendaftaran Pelajar Baharu ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran dapat
berjalan dengan baik dan lancar.

Kami juga berharap agar pelajar baru dapat meningkatkan profail diri dari semua
aspek terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berlandaskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi mencapai misi dan visi PNS.

Akhir kata, kami mengucapkan ”Tahniah dan Selamat Datang ke PNS” kepada
pelajarbaru dan harapan kami agar kita mampu untuk bekerjasama dan bergading
bahu demi mencipta kecemerlangan dan penambahbaikan yang berterusan di PNS.

Akhir bicara, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang


terlibat dalam urusan pendaftaran pelajar baharu pada sesi ini.

Sekian, terima kasih.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR


POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
iii
SENARAI SEMAK DOKUMEN
ARAHAN: Semak dan tandakan (/) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara
berikut telah disediakan.
1. Susun dokumen-dokumen seperti senarai semakan di bawah.
2. Sila bawa borang ini pada hari pendaftaran.
Nama: _______________________________________
(Gunakan HURUF BESAR
seperti di Kad Pengenalan)
No. K/P: _____________________________
Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa

(Kegagalan membawa dokumen-dokumen akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan


tidak dibenarkan MENDAFTAR)

Bil Senarai Dokumen Tandakan (/ )


1 Kad Pengenalan / MyKad asal
2 Surat Tawaran ke Politeknik KPT asal
3 SPM/ Sijil Berhenti/Sijil Ko Kurikulum asal
4 Sijil lahir asal dan salinan
5 Salinan slip Pengesahan Pendaftaran Online melalui Sistem
SPMP(Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar)
6 Borang HEP 1- Maklumat Peribadi pelajar*
7 Borang HEP 2- Laporan pemeriksaan Doktor*
8 Borang HEP 3- Kebenaran Ibubapa/Penjaga untuk rawatan*
9 Borang HEP 4-Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung*
10 Borang HEP 5- Akuan Pelajar*
11 Borang HEP 6- Aku Janji pelajar*
12 Surat Akujanji Asrama *
13 Borang Kad Matrik Pelajar*
14 Slip Bayaran Yuran asal
15 Surat tajaan (Jika ada)
16 Gambar warna terbaru ukuran Pasport (8 keping)

*Borang HEP 1 – HEP 6 boleh dimuat turun dan dicetak di bahagian lampiran di dalam Buku
Pendaftaran Pelajar Baharu ini.

iv
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN PNS i

MISI & VISI PNS ii

ALUAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR iii

SENARAI SEMAK DOKUMEN iv

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU


1.0 Sebelum Pendaftaran
1.1. Penyediaan dokumen 1

1.2 Pembayaran Pendaftaran 1

2.0 Pendaftaran secara online (Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar) 3

3.0 Hari Pendaftaran

3.1 Masa Pendaftaran 4

3.2 Carta Alir Proses Pendaftaran 4

4.0 Minggu Suai Kenal (MSK) 5

B. MAKLUMAT TAMBAHAN

1.0 Program Pengajian 6

2.0 Rupa Diri dan Etika Pakaian 7

3.0 Bantuan Kewangan

3.1 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN 12

3.2 Penaja-Penaja Lain 12

4.0 Kemudahan Asrama 15

C. LAMPIRAN-Pelan Lokasi PNS

D. BORANG PENDAFTARAN

1. Borang HEP 1 – HEP 6


2. Surat Aku Janji Asrama
3. Surat Aku Janji Politeknik Nilai
4. Borang Kad Matrik
1

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU


Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan
pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya
mana-mana perkara yang disebutkan dibawah tidak dipenuhi.

1.0 SEBELUM PENDAFTARAN

1.1 PENYEDIAAN DOKUMEN

a. Pastikan semua dokumen yang dikehendaki dibawa pada hari pendaftaran


untuk tujuan semakan. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda
gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut.

b. Tawaran pengajian ini adalah tertakluk kepada kesahihan maklumat dalam


borang permohonan dengan dokumen asal yang dikemukakan. Jabatan
Pengajian Politeknik KPT berhak menarik balik tawaran atau
memberhentikan pengajian anda di PNS pada bila-bila masa sekiranya
didapati percangahan maklumat dalam boring permohonan dengan dokumen
asal.

1.2 PEMBAYARAN PENDAFTARAN

a. Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak
menjelaskan bayaran, pendaftaran TIDAK AKAN dilaksanakan dahulu.

b. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN


DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik
Nilai. Kaedah pembayaran yuran perlu dibuat mengikut CARA PEMBAYARAN
YURAN yang dilampirkan. Sebarang kesilapan dan lebihan bayaran tidak akan
dikembalikan. Slip/resit pembayaran yang asal perlu dibawa semasa hari pendaftaran.

C. Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta
hendaklah membawa bersama semasa mendaftar salinan asal Surat pengesahan
penajaan. Calon perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat
tajaan. Pihak PNS akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan dan akan
mengembalikan semua tuntutan yang diterima daripada agensi kepada pelajar.
2

JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DI JELASKAN.

Jumlah bayaran yuran yang perlu dibayar adalah berdasarkan Jadual bayaran yuran yang boleh dimuat
turun dari portal Politeknik Nilai di www.politeknik.edu.my

CARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA- POLITEKNIK KPT

A. ATM BANK ISLAM- Cara Pembayaran POLITEKNIK KPT

1. Pilih menu LAIN-LAIN


2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL/YURAN IPT
3. Pilih menu YURAN IPT
4. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebitkan)
5. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar
6. Pilih Bil yang ingin dibayar
7. Sahkan amaun yang ingin dibayar
8. Transaksi selesai dan ambil resit
B. CDM BANK ISLAM – Cara Pembayaran POLITEKNIK KPT
1. Pilih menu YURAN IPT
2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar
3. Pilih POLITEKNIK KPT
4. Sahkan data dan masukkan wang
5. Sahkan jumlah kemasukkan wang
6. Transaksi selesai dan ambil resit
C. INTERNET BANKING – Cara pembayaran POLITEKNIK KPT
1. Layari wwww.bankislam.com.my
2. Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".
3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
4. Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment".
5. Pilih “Politeknik KPT” pada senarai “Payee Corporation”.
6. Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next".
7. Klik ‘select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran
8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di
debitkan dan
9. Masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"
10. Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahan
pembayaran.
11. Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.
12. Skrin berikut akan menunjukkan maklumat bayaran yang telah dilakukan. Calon adalah
dinasihatkan untuk membuat salinan dan membawa slip asal semasa pendaftaran.

CARA PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI – KOPERASI POLITEKNIK NILAI BERHAD

Bayaran pelbagai boleh dibayar melalui slip deposit tunai kaunter di BIMB
3

2.0 PENDAFTARAN SECARA atas talian SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar)

Semua calon pelajar dikehendaki melaksanakan perkara berikut:-

a. Membuat pembayaran yuran di Bank Islam (BIMB) seperti jadual pembayaran yuran
(rujuk di www.polinilai.edu.my)

b. Melaksanakan proses pendaftaran secara atas talian SPMP (Sistem Pengurusan


Maklumat Pelajar) mulai 36 jam selepas membuat pembayaran. Sistem SPMP akan
diaktifkan di laman web http://www.polinilai.edu.my. Cetakan pengesahan SPMP
perlu dibawa pada hari pendaftaran.

c. Memuat turun dan mencetak semua dokumen (BORANG PENDAFTARAN)


melalui laman web rasmi Politeknik Nilai iaitu http://www.polinilai.edu.my.
Di bawah tajuk “PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER
2018”. Semua borang ini perlu dicetak dan dilengkapkan dan dibawa semasa
hari pendaftaran.

d. Membawa gambar berwarna berukuran passport terbaru sebanyak 8 keping.


Sila catatkan Nama, no. kad pengenalan dan kod program anda
dibelakang setiap gambar.
4

3.0 HARI PENDAFTARAN

3.1 Tarikh dan waktu pendaftaran

a. Tarikh dan waktu pendaftaran di Politeknik Nilai adalah seperti yang dinyatakan dalam
Arahan Pendaftaran Asrama Pelajar Baharu (rujuk di www.polinilai.edu.my).

b. Mematuhi rupadiri dan etika pakaian (Rujuk m/s 7) semasa mendaftar.

3.2 Carta Alir Proses Pendaftaran

MULA

Semakan keputusan permohonan

Muat turun Buku Panduan


Pendaftaran Pelajar
(www.polinilai.edu.my)

Lengkapkan Dokumen /Borang Pendaftaran


Dalam Buku Panduan Pendaftaran

Membuat Pembayaran Yuran di Bank


Seperti yang ditetapkan

Membuat PENDAFTARAN ONLINE (SPMP)

Mendaftar di Politeknik
(Rujuk tatacara hari pendaftaran)

TAMAT
5

4.0 MINGGU SUAI KENAL (MSK) PELAJAR BARU


a. Semua pelajar baru diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal
(MSK) yang bermula pada sehari selepas hari pendaftaran. Minggu Suai kenal
akan diadakan selama 5 hari.
b. Tentatif/Jadual MSK akan diberi kepada semua pelajar semasa hari
pendaftaran.
c. Anda dikehendaki menyediakan dan membawa keperluan berikut untuk
kegunaan semasa MSK :-

Pelajar Lelaki

a. Seluar track (track bottom) berwarna gelap.


b. Kasut sukan
c. Kasut hitam (kulit atau PVC) bersarung
d. Stoking
e. Baju kemeja (lengan panjang / lengan pendek) warna putih secukupnya.(untuk
dipakai semasa MSK)
f. Seluar panjang cotton atau slack berwarna hitam secukupnya.(untuk di pakai
semasa MSK)
g. Tali leher.
h. Kain cadar – boleh dibeli di Koperasi Politeknik Nilai Berhad semasa hari
pendaftaran asrama.

Pelajar Perempuan

a. Seluar track (track bottom) berwarna gelap.


b. Kasut sukan
c. Kasut hitam (kulit atau PVC) bersarung
d. Baju kurung warna putih secukupnya.(untuk dipakai semasa MSK)
e. Kain berwarna hitam dan juga baju berwarna putih (untuk di pakai semasa
MSK)
f. Kain tudung hitam (pelajar muslim)
g. Kain cadar – boleh dibeli di Koperasi Politeknik Nilai Berhad semasa hari
pendaftaran asrama.

Barang-barang keperluan peribadi yang lain hendaklah dibawa secukupnya.


6

B. MAKLUMAT TAMBAHAN

1.0 PROGRAM PENGAJIAN


Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses
pendaftaran.

JABATAN (KOD) PROGRAM KOD PROGRAM

JABATAN KEJURUTERAAN DIPLOMA KEJURUTERAAN DM001/DKM


MEKANIKAL (JKM) MEKANIKAL

DIPLOMA KEJURUTERAAN DM001/DEM


MEKATRONIK

DIPLOMA BIOTEKNOLOGI DG001/DBT


JABATAN
AGROTEKNOLOGI DAN DIPLOMA LANDSKAP & DG004/DLH
BIO-INDUSTRI HORTIKULTUR

DIPLOMA SISTEM DP013/DBS


MAKLUMAT PERNIAGAAN

DIPLOMA KEWANGAN DAN DP011/DIB


PERBANKAN ISLAM
JABATAN PERDAGANGAN
DIPLOMA PENGURUSAN DP010/DLS
LOGISTIK DAN RANGKAIAN
BEKALAN

DIPLOMA PERUNCITAN DP008/DRM

PRA DIPLOMA PP001/IPP


PERDAGANGAN

JABATAN MATEMATIK PRA DIPLOMA SAINS PS001/IPS


SAINS DAN KOMPUTER
7

2.0 RUPA DIRI DAN ETIKA PAKAIAN


Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik secara
umunya pelajar-pelajar hendaklah SENTIASA berpakaian menutup aurat (bagi pelajar
Islam), kemas, bersih, dan sopan ketika menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti di
politeknik.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

2.1 Pakaian dan Rupa Diri PelajarLelaki


Baju
a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek yang sentiasa dimasukkan ke dalam
seluar (tuck-in).
b. Butang baju mestilah dikancing dengan sempurna.
c. Pemakaian baju Melayu dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta
dengan sampin dan songkok hitam.
d. Dilarang memakai kemeja-T jenis berkolar yang emepunyai tulisan atau gambar
berunsur liar atau negatif.
e. Dilarang memakai Baju kemeja-T tanpa kolar.

Seluar
a. Seluar panjang jenis cotton atau slack gelap.
b. Dilarang memakai seluar jeans.

Kasut
a. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan
dibenarkan.
b. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya.
c. Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

Rambut
a. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar
baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi
dahi.
b. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.
c. Rambut tidak dibenarkan gaya pacak atau berfesyan atau berwarna.

Perhiasan
Sebarang bentuk perhiasan dilarang.
8

2.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan


Baju
a. Pakaian yang tertib, bersih, kemas, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar islam)
b. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.
c. Dilarang memakai pakaian yang menjolok mata (contohnya pakaian yang
ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian
badan seperti dada, bahu, dan belakang).
d. Dilarang bagi pelajar bukan islammemakai skirt yang lebih pendek daripada
paras lutut.
e. Dilarang memakai Baju kemeja-T yang ketat atau tidak berkolar.

Sarung / Maxi
a. Labuh, longgar dan tidak jarang.
b. Tidak lebih daripada 6 inci jika berbelah.

Seluar
a. Seluar panjang jenis cotton atau slack dan tidak ketat.
b. Dilarang memakai seluar jeans.

Kasut
a. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat. Kasut sukan dibenarkan.
b. Kasut bertumit (tidak melebihi 2 inci) yang bertutup penuh atau bertutup
dihadapan & bertali di belakang.
c. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya.
d.Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

Rambut
Hendaklah kemas, beridentitikan seorang pelajar perempuan dan menutup aurat (bagi
pelajar Islam).

Perhiasan
a. Tidak digalakkan memakai barang kemas.
b. Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan.
9

JENIS PAKAIAN YANG DIBENARKAN

(PAKAIAN HENDAKLAH SENTIASA KEMAS)

PAKAIAN BAGI PELAJAR LELAKI

RUPA DIRI PELAJAR LELAKI


10

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

  
TIDAK MELEBIHI KOLAR BAJU TIDAK MENUTUPI TELINGA TIDAK MENUTUPI DAHI

BUKAN BEGINI

  
MELEBIHI KOLAR BAJU MENUTUPI TELINGA MENUTUPI DAHI
11

PAKAIAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN


12

3.0 BANTUAN KEWANGAN


PNS TIDAK menjamin sebarang bentuk bantuan biasiswa / kewangan kepada
pelajar.Tawaran biasiswa / pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik
KPT.Walaubagaimanapun terdapat beberapa pihak yang menawarkan bantuan kewangan
kepada pelajar politeknik.Antara penaja ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan lain-lain.
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menyediakan wang perbelanjaan secukupnya
untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.
Bagi pelajar yang berminat untuk mendapatkan tajaan daripada Yayasan Negeri atau
penaja selain daripada PTPTN dan JPA, dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan
maklumat dan seterusnya memohon (sekiranya layak) biasiswa / pinjaman daripada
penaja berkenaan sebelum mendaftar ke PNS. Pelajar boleh menggunakan surat
tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik KPT untuk tujuan tersebut.

3.1 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)


PTPTN bersedia menawarkan pinjaman pendidikan kepada para calon yang akan
melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Politeknik KPT.
1. Syarat Kelayakan
Hanya calon yang memenuhi syarat berikut sahaja layak memohon.
a. Warganegara Malaysia
b. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya 3
kepujian.
c. Telah mendaftar untuk mengikuti program peringkat diploma.
d. Tiada penajan lain.
2. Kaedah Permohonan Secara Online
a. Permohonan boleh dibuat setelah pelajar mendapat Surat Tawaran
Kemasukan ke Politeknik KPT.
b. Pelajar perlu membeli nombor pin di BSN untuk tujuan
pendaftaran secara online.
c. Buku akaun bank di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
d. Buku akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
e. Pelajar yang ingin memohon pembiayaaan pendidikan PTPTN
diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan
minimum sebanyak RM 20.00
f. Pembukaan akaun SSPN melalui Maybank digalakkan untuk
memudahkan dan mempercepatkan pembukaan akaun. Semakan
baki akaun SSPN pada keesokan hari boleh dilakukan di laman
web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank sahaja.
g. Pendaftaran pinjaman secara online di
www.ptptn.gov.my/gateway/
13

3. Salinan Dokumen-dokumen Sokonagan

Bagi memastikan permohonan anda dapat diproses dengan segera, anda


hendaklah menyediakan salinan dokumen-dokumen sokongan dalam
SAIZ A4 YANG TELAH DISAHKAN seperti berikut:-

a. 1 salinan MyKad Pelajar dan Penjamin (Ibu Bapa sahaja) (jika


ibu / bapa telah meniggal dunia / bercerai, perlu dilampirkan
bersama Sijil Kematian / Akuan Sumpah Bercerai)
b. 1 salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Slip Keputusan
Peperiksaan SPM (kelayakan minima untuk memohon pinjaman
ialah 3 kepujian)
c. 1 salinan surat tawaran kemasukan pelajar ke Politeknik KPT.
d. 1 salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
atau salinan Inquiry Deposit yang mengandungi no. MyKad dan
no. akaun bank pelajar.
e. 1 salinan penyata pendapatan bapa atau ibu atau penjaga
(salinan penyata pendapatan suami / isteri bagi pelajar yang telah
berkahwin.)
f. Atau slip gaji atau borang J (bagi yang bermajikan)
g. Atau surat pengesahan pendapatan yang disahkan (bagi yang tiada
majikan)-gunakan boring yang telah dilampirkan.
h. Surat Akaun Sumpah yang ASAL sekiranya ibu/bapa kandung
telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.

4. Pengesahan Dokumen
Semua salinan di atas mestilah disahkan oleh:-
a. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau
b. Pengetua Sekolah Menengah, atau
c. Penghulu, atau Pengerusi JKKK atau
d. Ketua Kampung

5. Permohonan online PTPTN perlu dilakukan sebelum mendaftar di


politeknik

6. Perkara penting perlu diberi perhatian semasa online :


i. Permohonan kursus mesti sama dengan Surat Tawaran Kemasukan
ke Politeknik KPT
ii. Tempoh Pengajiandipilih dengan betul (Diploma sepenuh masa @
Integrasi)
iii. Butiran peribadi diisi dengan tepat (cth: akaun bank pelajar, gaji
ibu/bapa, penjamin wajib ibu dan bapa kandung sahaja).
14

Untuk Keterangan lanjut sila layari laman web www.ptptn.gov.myatau menghubungi talian
03-20983731.
15

3.2 PENAJA-PENAJA LAIN


Pelajar bebas memilih penaja lain untuk pinjaman atau biasiswa mengikut iklan
tawaran Perbadanan Negeri masing-masing.

Selain daripada pihak PTPTN, terdapat penaja lain yang turut menawarkan
pinjaman/biasiswa kepada pelajar yang layak. Walaubagaimanapun permohonan
pinjaman/biasiswa ini adalah terhad dan pelajar boleh mendapat maklumat lanjut
dengan cara menghubungi atau melayari laman WEB penaja-penaja berkenaan seperti
JPA, Yayasan Selangor, Kerajaan Negeri Selangor,Yayasan Perak Perak, ,Yayasan
Pahang,Yayasan Pelajaran Johor,Yayasan Melaka,Yayasan Sarawak,Yayasan
Sabah,Yayasan Wilayah Persekutuan,Yayasan Kelantan, ,Lembaga Biasiswa Negeri
Kedah,Yayasan Negeri Sembilan dan sebagainya.

4.0 KEMUDAHAN ASRAMA

4.1 Peraturan Asrama

Semua pelajar yang tinggal di asrama adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan


asrama dan politeknik.Sebarang pelanggaran peraturan asrama boleh menyebabkan
pelajar dikenakan tindakan disiplin dan ditarik kemudahan asrama.

SEMUA PELAJAR BAHARU (SEMSTER SATU) ADALAH DITAWARKAN


DENGAN KEMUDAHAN ASRAMA.

4.2 Pendaftaran Asrama


Tarikh dan waktu pendaftaran asrama di Politeknik Nilai adalah seperti yang
dinyatakan dalam surat iringan daripada Politeknik Nilai.

Sila pastikan perkara berikut disediakan semasa pendaftaran asrama:-

i. Borang Pendaftaran Asrama telah di isi dengan lengkap (lekatkan


gambar)
ii. Aku Janji asrama telah di lengkapkan
16

LAMPIRAN

PELAN LOKASI PNS

POLITEKNIK NILAI
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
TINGGI

Google Maps coordinate :

2.721223, 101.788584 atau boleh gunakan keyword ‘Felda Kampung Lbj, Labu, Negeri Sembilan,
Malaysia.
BORANG BORANG PENDAFTARAN
(Muat turun, cetak, lengkapkan dan bawa
bersama semasa hari pendaftaran)

a) Borang Pendaftaran Asrama


b) Borang Aku Janji Asrama
c) Borang Kad Matrik
d) Borang HEP 1 – HEP 6
KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK
BANDAR ENSTEK
71760 NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-7980400 FAKS: 06-7911269

ARAHAN:

BORANG PENDAFTARAN
i) BHEP 1 ii) BHEP 2
iii) BHEP 3 iv) BHEP 4
v) BHEP 5 vi) BHEP 6

1. Lengkapkan SEMUA borang di bahagian ini dengan


l e ng k ap d an k em a s. ( B or a ng BH E P 2 h en d ak l ah d i s e r a h k a n k e p a d a
P e g a w a i P e r u b a t a n s e m a s a p e m e r i k s a a n kesihatan).

2. Semua bor ang yang telah lengkap diisi (termasuk mukasurat ini)
hendaklah diceraikan dari Buku Panduan Pendaftaran dan
kemudiannya disusun mengikut tertib dan dikepilkan bersama. Bawa semua
borang ini pada Hari Pendaftaran.

NAMA PELAJAR

NO. K/P

NO. TEL. H/P


HEP1
BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

1. Nama:
Sila lekatkan
gambar terbaru
2. No. Kad Pengenalan:
ukuran kad
3. Tarikh Lahir : / / pengenalan

4. Jantina : 5. Bangsa :

6. Agama: 7. Kumpulan Darah:


8. Jenis penyakit yang pernah/sedang dihidapi (jika ada): __________________________________

9. Nama Ibubapa/Penjaga:

10. Alamat Tetap:

11. Poskod: 12. Bandar:

13. Negeri: 14. No. Tel (R):

15. No. Tel (H/P)

16. Pekerjaan Ibubapa/Penjaga:

17. Pendapatan Sebulan Ibubapa/Penjaga: R M .


18. Jumlah Tanggungan: orang
19. Nama dan alamat waris yang boleh dihubungi:-
Nama waris:
Hubungan :

Alamat :

No. Tel.(R) : No. Tel. (H/P)

20. Alamat tempat tinggal semasa di Politeknik: (jika telah mempunyai penginapan sebelum mendaftar)

PERAKUAN PELAJAR:
Saya mengaku semua maklumat yang diberikan adalah BENAR. Sekiranya pihak politeknik mendapati maklumat yang dinyatakan
adalah PALSU, tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Jadual 2, Bah. II, Kaedah 26 Akta 174 yang boleh disabit atas kesalahan
tatatertib.

................................... Tarikh: ..........................


(Tandatangan Pelajar)
HEP 2 (i)

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN


(REPORT OF HEALTH EXAMINATION)

BAHAGIAN A : (Untuk dilengkapkan oleh pemohon/ To be completed by candidate)


Nama Penuh / Full Name

No. Kad Pengenalan /Identity Card No. Tarikh Lahir/Birth Date Umur / Age

/ / Tahun/
Years

Lelaki/Male Perempuan/Female Bujang/Single Kahwin/Married

Program Pengajian/Programme of Study

Nama Penuh Politeknik / Full Name of Polytechnic

Nama Penuh Penjaga / Full Name of Guardian

Alamat Surat Menyurat/ Postal Address

No. Telefon Rumah / House Telephone No. No. Telefon Pejabat / Office Telephone No.

No. Telefon Bimbit / Hand-phone No.


HEP2 (ii)

BAHAGIAN B: (Sila tandakan  dalam kotak berkenaan / Please tick  the relevant
box)
PENGAKUAN PERIHAL PENYAKIT SENDIRI DAN KELUARGA (Certification of Own And Family Illness)
Kalau “ada” nyatakan rawatan yang diterima
Sendiri / Self Keluarga / Family
Jenis Penyakit / Ailments or illness If “yes” please state treatment received
Ya Tidak Ya Tidak
Penyakit Teruk (Serious Illness)
Pembedahan (Surgery)
Batuk Kering (Tuberculosis)
Kencing Manis (Diabetes)
Penyakit Otak (Mental Illness)
Penyakit Jantun q (Heart Disease)
Lelah (Asthma)
Alahan/Allergy
Penagihan Dadah (Drug Addiction)
HIV (AIDS)
Kanser (Cancer)
Buah Pinggang (Kidney Disease)
Kecacatan Anggota (Deformities)
Lain-lain Penyakit (Others)

Saya dengan ini mengaku segala maklumat yang dilengkapkan di Bahagian A dan B adalah benar.
(/ hereby certify that the above information that have given in part A and B is correct)

……………………………… Tarikh / Date: - -


Tandatangan Pemohon
(Signature of Candidate)
HEP2 (iii)

BAHAGIAN C : (Untuk dilengkapkan oleh doktor yang memeriksa / To be


completed by examining doctor)
1. Pemeriksaan Umum / General Examinations

Tinggi/Height (cm) : Berat/Weight (kg): Nadi/Pulse(seminit) :

Tekanan Darah/Blood Pressure (mmHg) :

2. Pemeriksaan Anggota Tubuh (Sila tandakan  dalam kotak berkenaan / Please tick  the relevant box):

Jenis Pemeriksaan/ Types of Examining Kanan/Right Kiri/Left Catatan /Statement


Penglihatan mata tanpa kacamata /Unaided vision
Penglihatan mata dengan kacamata /Aided vision
Fundoscopy
Penglihatan warna / Colour vision

Jenis Pemeriksaan/ Types of Examining NORMAL ABNORMAL Catatan /Statement


Pemeriksaan telinga/ Examination of ears
Ruang mulut / Oral Cavity
Jantung / Heart
Sistem respiratori /Respiratory system
X-Ray

Jenis Pemeriksaan/ Types of Examining NORMAL ABNORMAL Catatan/ Statement

Abdomen & Rongga Hernia/Abdomen & Hernial Orifices


Sistem Saraf /Nervous System
Organ Penghadaman/ Digestive Organ

Keadaan dan Kecerdasan Otak/ Mental Condition and


Intelligence
Rangka – Tulang dan Sendi/ Skeleton – Bones and
Joints
Kulit / Skin
Kecacatan / Deformities
Sistem MuskuloskeletaI/ Musculoskeletel Svstem
Pemeriksaan Air Kencing/ Examination of Urine
a) Gula / Sugar
b) Albumin
Lain-lain / Others
HEP2 (iv)

BAHAGIAN D : PENGESAHAN DOKTOR / CERTIFICATION BY DOCTOR


(Sila tandakan  di dalam kotak berkenaan/Please tick  in the appropriate box)

Saya mengesahkan bahawa pada hari ini (tarikh/date: ……….. .......................... )telah memeriksa individu yang bernama :
I certify that this day examined person name as below:

Nama Penuh /Full Name

No. Kad Pengenalan /Identity Card No.

dan mendapati bahawa beliau:


and found he/she :

Tidak menghadapi apa-apa penyakit dan disahkan sihat


(Good health condition)

Menghidapi penyakit.......................................................................................................................................................................
(Has disease)

Sedang menerima rawatan.............................................................................................................................................................


(Undergoing treatment)

Tandatangan Doktor / Doctor Signature :

Kelulusan & Cop


Rasmi Klinik
(Qualification &
.................................................................................... official stamp of
clinic)
Nama / Name :
Tarikh / Date :
HEP3

PERAKUAN KEBENARAN BIUS (ANAESTHESIA) DAN PEMBEDAHAN

(AUTHORISATION FOR ANAESTHESIA AND SURGICAL PROCEDURE)

Pengarah,
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia .

Saya ………………………………………………………………………………………………….…...............................................(Nama
Bapa/lbu/Penjaga)

Nombor Kad Pengenalan ..................................................................................................................... ibubapa/penjaga * kepada pelajar


bernama .- .....................................................................................................................................................................................................
yang ditawarkan pengajian/sedang belajar di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dengan ini
m em b e ri k uas a k ep a da t u an at a u wak il t uan unt uk m enandat angani k ebena ran bagi pi hak saya j ika pada
pandangan doktor, calon ini m emerlukan rawatan bius (anesthesia) atau/dan pembedahan, sedangkan saya
tidak dapat hadir pada masa yang diperlukan .Saya juga tidak akan mendakwa atau mengambil sebarang tindakan
terhadap Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang timbul
daripada prosedur tersebut .

Dalam masa kecemasan, pihak tuan boleh menghubungi saya sepertimana maklumat berikut :-

a. Telefon Rumah

b. Telefon Pejabat

c. Telefon Bim bit

d. Telefon W aris/Jiran

e. Telefon Balai Polis/


Ketua Kam pung/Penggawa*

Disahkan oleh: Disaksikan oleh:

................................................................................ ..........................................................................

Tandatangan ibubapa/penjaga* Tandatangan Saksi

Nama : ................................................................... Nama : ...................................................................

No. K/P : ................................................................... No. K/P : ...................................................................

Tarikh : ................................................................... Tarikh : ...................................................................

Cop rasmi jawatan


(Official stamp of Occupation)

* Potong yang mana tidak berkaitan

** Saksi mestilah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Kumpulan A /Penghulu/Wakil Rakyat


HEP4

IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG

(A) IKRAR DAN PENGAKUAN

Bahawa sesunguhnya saya................................................................No. Kad Pengenalan.................................dengan ini:

1. Berikrar akan mengikuti segala peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh POLITEKNIK NILAI dari masa ke semasa
sepanjang pengajian saya.

2. Berikrar tidak akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang akan mencemar nama baik POLITEKNIK NILAI
sepanjang pengajian saya

3. Mengaku bahawa saya tidak pernah diberhentikan pengajian oleh mana-mana Institusi Pengajian

Tinggi Awam atau Swasta atas sebab KESALAHAN TATATERTIB atau JENAYAH.

(B). LEPAS TANGGUNG

1. Saya sebagai seorang pelajar Politeknik perlu mengikuti semua aktiviti pembelajaran dan kokurikulum yang berkaitan

sepanjang pengajian saya di Politeknik. Aktiviti ini termasuk juga latihan industri dan lawatan sambil belajar anjuran Politeknik

dari masa ke semasa.

2. Saya faham bahawa semasa menjalani semua aktiviti pembelajaran dan kokurikulum yang berkaitan, sekiranya

berlaku kecederaan pada diri saya dan/atau kehilangan atau kerosakan pada harta benda, adalah tanggungjawab saya

sendiri. Saya dan ibubapa/penjaga saya tidak akan membuat sebarang aduan, bantahan dan tuntutan yang terbit

daripada aktiviti tersebut. Maka dengan ini saya melepaskan tanggungan Politeknik Nilai, Kementerian dan wakil-wakilnya,

kakitangan dan pekerja-pekerja daripada segala tindakan dan tuntutan yang terbit daripada aktiviti tersebut.

Selepas membaca maklumat/keterangan perkara A dan B di atas, saya sepertimana nama dan nombor kad pengenalan yang

tercatat di atas, amat jelas,faham serta bersetuju dengan semua peraturan yang dicatat/dinyatakan di dalam perenggan/perkara

A dan B

Dipersetujui Oleh: Disaksikan Oleh:

______________________ __________________________
Tandatangan Pelajar Tandatangan Saksi**
Tarikh:________________ Nama:______________________
No :K/P:____________________
Tarikh:_____________________
Disahkan Oleh :

___________________
Tandatangan lbu/Bapa/Penjaga*
Nama : _____________________
Nombor KP: _____________________.
Tarikh : ____________________

* potong yang mana tidak berkaitan


** Saksi mestilah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Kumpulan A /Penghulu/Wakil Rakyat
HEP5
AKUAN PELAJAR

Saya _______________________________________________________________________________
(Nama pelajar)
______________________________________ No. KP: ______________________________________
dengan sesungguhnya sedar bahawa setelah saya mendaftar sebagai pelajar Politeknik Nilai dan selagi

saya masih sebagai pelajar Politeknik Nilai, maka saya adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis

Politeknik Nilai dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) serta pindaan-

pindaannya.

Tarikh - ...................................................... …………………………………………..


Tandatangan Pelajar

Disahkan Oleh : Disaksikan:

..................................................... …………………………………………..
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Tandatangan saksi

Nama : ……………………………………… Nama: ……………………………………………

Nombor KP: …………………………………………... ………………………………………..…


Cop jawatan
Tarikh : .................................................................... Tarikh : .........................................................
AKUAN IBUBAPA/PENJAGA

Saya *ibu/bapa/penjaga pelajar yang tersebut di atas bersetuju dan berjanji bahawa kami tidak
akan membuat bantahan atas sebarang tindakan yang diambil oleh Politeknik Nilai terhadap
anak/jagaan saya berhubung dengan kes-kes pelanggaran peraturan-peraturan bertulis Politeknik Nilai
dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) serta pindaan-pindaannya.

Disahkan Oleh : Disaksikan :


.................................................... ....................................................
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Tandatangan saksi

Nama : ……………………………………… Nama:……………………………………………

Nombor KP: …………………………………………. ................................................................

Cop jawatan
Tarikh : .................................................................... Tarikh: ..........................................................

* potong yang mana tidak berkaitan


**Saksi mestilah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Kumpulan A /Penghulu/Wakil Rakyat
HEP 6

AKU JANJI PELAJAR


Saya ____________________________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan: _______________________________________________dengan sesungguhnya dan sebenarnya
berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang -undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan
dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Politeknik Nilai, yang kemudian ini disebut
sebagai "institusi" yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar
Politeknik Nilai. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-

(a) akan mematuhi subseksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)1976 [Akta 174],
untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan,
parti politik, kesatuan sekerja atau mana -mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana -mana undang-undang, sama ada
ianya di dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawa h Akta InstitusiInstitusi
Pelajaran (Tatatertib)1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara
bertulis oleh Menteri;

(b) akan mematuhi subseksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)1976 untuk tidak
menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan,
simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai
menyatakan sokongan atau simpati dengan mana -mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang haram;

c) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan


dalam kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuklah

i) tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan -larangan am, yang
antara lain termasuklah :-

(a) tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan,


kesentosaan dan nama baik Institusi, mana -mana pelajar, kakitangan, pegawai
atau pekerja Institusi;

(b) tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman


atau keselamatan awam, akhlak, kesopanan atau tatatertib, dan

(c) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis,


sama ada di dalam atau di luar kampus ;

(i) peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali,


pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai
penggunaan teks kuliah;

(ii) peruntukan berkenaan dengan mengorg anisasi perhimpunan. Penggunaan


pembesar suara, panji -panji dan plakad -plakad:
( iii) peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-
dokumen;

(iii) peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar
dalam apa-apa pekerjaan;

(iv) peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman
keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan

(v) peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan
kad pelajar;

(d) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam
Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 dan

(e) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan
dalam Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam
undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas
saya menurut peruntukan undang-undang, kaedah-kaedah, peraturanperaturan atau arahan berkenaan,
termasuklah disingkirkan daripada Institusi.

_____________________________ Tarikh : __________________

Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar : ________________________________________________


No. Pendaftaran : ________________________________________________
Program : ________________________________________________

____________________________________ Tarikh : __________________

Tandatangan Saksi Pelajar

Nama Saksi : ________________________________________________


Jawatan Saksi : ________________________________________________

** Saksi pelajar terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik Nilai yang menyaksikan pelajar
menandatangani Aku Janji Pelajar ini
AKU JANJI PELAJAR

ASRAMA POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya_________________________________________no. K/P__________________________________

Dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan
dan apa-apa arahan yang terpakai kepada penghuni asrama, Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Maka dengan ini saya
berjanji bahawa saya antara lain:-

a) Menjaga nama baik Politeknik Nilai Negeri Sembilan.


b) Mematuhi dan akur terhadap apa jua arahan asrama.
c) Menjaga keterampilan dan berpakaian sopan.
d) Berdisiplin dan akan mengikuti semua program yang dianjurkan di asrama.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-man undang-undang, peraturan-peraturan,
arahan dan melanggar janji-janji di atas, maka tindakan susulan seperti dibuang atau digantung daripada menghuni
asrama Politeknik Nilai Negeri Sembilan boleh diambil ke atas saya oleh pihak politeknik.

Tarikh: ____________________ _____________________________


Tandatangan Pelajar

Disahkan Oleh: ______________________ Disaksikan : ______________________________


Tandatangan ibu/bapa/penjaga * Tandatangan Saksi **

Nama: ____________________________ Nama: ___________________________________

No. K/P :___________________________

____________________________________
Cop Jawatan

Tarikh : __________________________ Tarikh: ___________________________

*potong yang tidak berkenaan.


** Saksi hendaklah terdiri dari Pegawai Kerajaan Kumpulan A, Pengetua, Guru Besar, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, Ketua
Kaum, Tuai Rumah atau Pegawai starf dengannya.

No. Matriks: ……………………………. Program: …………. Sesi Kemasukan: ………………….


JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
BORANG MAKLUMAT KAD MATRIK PELAJAR

ARAHAN : Untuk dilengkapkan oleh pelajar :


1. Sila lengkapkan Borang Maklumat Kad matrik dibawah.
2. Lekatkan sekeping gambar pada borang maklumat Kad Matrik yang menepati piawaian berikut:
i) Gambar mestilah TERBARU berukuran PASPORT dan BERWARNA
ii) Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek yang tidak menutup telinga dan dahi.
iii) Pelajar perempuan hendaklah berpakaian sopan dan berambut kemas bagi dan pelajar
perempuan Islam hendaklah bertudung.
iv) Pelajar dikehendaki memakai baju berkolar. Pemakaian baju berleher bulat tidak
dibenarkan.
3. Contoh gambar seperti berikut:

Pelajar Perempuan Pelajar Perempuan


Pelajar Lelaki
(Islam) (Bukan Islam)

Nama (HURUF BESAR mengikut Kad Pengenalan)

Sila lekatkan
gambar terbaru
No Kad Pengenalan :
berukuran
- -
pasport

Kursus : ___________________________________________
No. Matrik: (Hendaklah diisi selepas pembayaran pendaftaran)

Nama Di atas Kad : (Maksimum : 10 aksara )

Sesi pelajar menamatkan program pengajian : _______________________________


(dikosongkan – untuk kegunaan pejabat)
Yang benar, Tarikh :

Tandatangan Pelajar
Nota : * Borang Maklumat Kad Matrik ini hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.
DISEDIAKAN OLEH:

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

POLITEKNIK NILAI

You might also like