You are on page 1of 3

NAMA DAN NO MATRIK

RABIATUL ADAWIYAH BINTI AHZARISHAM

GP06676

KOD DAN NAMA KURSUS

GGGA6243 PERANCANGAN KURIKULUM

SESI PENGAJIAN

SEMESTER 1 SESI 2018 / 2019

TAJUK TUGASAN

DEFINISI KURIKULUM

NAMA PENSYARAH

DR. NIK MOHD RAHIMI


Definisi Kurikulum
Evelyn J.Sowell offered the definition: “What is taught to students, both intended and
unintended information, skills and attitudes.”

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Evelyn J.Sowell, kurikulum bermaksud apa
yang diajar kepada pelajar seperti pengetahuan, kemahiran serta sikap sama ada diingini atau
tidak diingini oleh pelajar tersebut. Di dalam konteks pendidikan di Malaysia sekarang,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan pada tahun 2011 KSSR
dilaksanakan hasil daripada penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
supaya ianya selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP).Bersesuaian dengan definisi yang diberikan oleh Evelyn J.Sowell, KSSR dan PIPP
ingin membentuk modal insan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
dapat memupuk nilai – nilai murni.

Di dalam KSSR, telah diperkenalkan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran


(DSKP) sebagai garis panduan kepada guru untuk mengajar dan memberi ilmu di dalam kelas.
DSKP telah digubal dalam 2 bentuk iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran.
Kedua – dua standard ini harus dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang telah
ditetapkan. Standard kandungan merupakan penyataan tentang apa yang perlu murid ketahui
dan lakukan manakala standard pembelajaran pula ialah suatu kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur terhadap murid tersebut. Jadi, guru harus
menggunakan DSKP ini bagi memastikan pembelajaran yang disampaikan lebih berkesan.

Selain itu, KSSR juga membahagikan mata pelajaran yang dipelajari kepada tiga modul
iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Contoh:

a) Modul asas teras : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral,
Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
b) Modul asas tema : Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual, Pendidikan Muzik,
Reka Bentuk Teknologi, Teknologi Maklumat dan Sejarah.
c) Modul asas elektif : Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab.

Pembahagian subjek – subjek ini membantu pelajar untuk belajar tentang subjek teras Bahasa
dan nombor dan dalam masa yang sama pelajar turut mempelajari subjek – subjek yang
melibatkan kemahiran yang harus dikuasai oleh mereka seperti reka bentuk teknologi dan
teknologi maklumat. Bukan itu sahaja, guru juga boleh menyemaikan ‘educational emphases’
yang disertakan di dalam DSKP sebagai penerapan nilai – nilai murni yang harus dipelajari
oleh murid secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Keseluruhannya, KSSR yang digunakan di dalam pendidkan Malaysia sekarang


meliputi tentang ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap murni yang dapat dipelajari oleh
pelajar.

You might also like