You are on page 1of 7

SISTEM ATMOSFERA

A) KONSEP ATMOSFERA

Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh

tarikan daya graviti bumi.”

B) STRUKTUR ATMOSFERA

(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)

Ciri Termosfera/ionosfera

Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul

oksigen. Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk

telekomunikasi.

Ciri Mesosfera

Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. Di kawasan ini wujud awan

noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini

Ciri Stratosfera

Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering,

tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.

Ciri Troposfera

Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.Kawasan

terdapatnya perubahan iklim dan cuaca.

C) KANDUNGAN ATMOSFERA

1. Gas kekal

Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).

2. Gas berubah

Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :


a.Karbon dioksida :

sentiasa bertambah

i. memasuki atmosfera melalui tindakan

organisma hidupan lautan dan

daratan.

ii. peningkatan penggunaan bahan api

fosil oleh manusia

b.Ozon :

sentiasa berkurangan

- melalui kitar fotokimia iaitu

melibatkan percantuman semula

dengan atom oksigen menyebabkan

kehilangan bersih oksigen ganjil.

O3 + O = 2O2

c.Klorofluorokarbon (CFC) :

sentiasa bertambah

i. punca: bahan-bahan aerosol, bahan

penyejuk (freom) , bahan

pencuci dan penyaman udara

ii.terlerai dan membebaskan klorin

yang juga terlibat dalam

pemusnahan lapisan ozon.

d.Nitrogen Oksida (NOX)

sentiasa bertambah

i. mekanisme biologi di lautan dan

juga dalam tanah.

ii. pembakaran industri, kenderaan,

biojisim, dan penggunaan baja

kimia.
e.Sulfur dioksida (SO2)

sentiasa bertambah

pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.

Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :

i. pencemaran

udara

ii.peningkatan gas

rumah hijau

iii .hujan asid

iv. penipisan

lapisan ozon

v. pemanasan

global

3. Juzuk bukan gas

Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada

pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.

Mengakibatkan fenomena jerebu

D) PERANAN ATMOSFERA

1. Kepada Biologi

Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.

2. Mencorakkan kontur permukaan bumi

Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk

permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.

3. Kekayaan semula jadi

Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan
ke dalam batuan.

4. Perdagangan / rekreasi

Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.

5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca

Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap

perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.

A) UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

1. Imbangan bahangan

Jumlah bahangan yang diterima oleh bumi daripada matahari melalui gelombang-gelombang pendek sama dengan

jumlah bahangan yang dibebaskan oleh bumi melalui gelombang-gelombang panjang.

a) Taburan suhu mendatar

Perbezaan suhu secara mendatar antara satu tempat dengan tempat yang lain di permukaan bumi.

b) Taburan suhu menegak

Perubahan suhu yang berlaku di atmosfera mengikut ketinggian dalam sesuatu bungkusan udara.

B) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR

1.Tumbuhan semulajadi

Kawasan yang banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan bahangan matahari yang sampai ke permukaan

bumi.

2. Awan

Kawasan yang banyak dilitupi awan – suhu lebih rendah. Awan akan membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan

matahari.

3. Arus lautan

Arus lautan mempunyai kebolehan memindahkan haba – jenis arus akan mempengaruhi suhu pinggir pantai. Contohnya
Arus Telukan membawa haba daripada kawasan tropika ke kawasan sederhana.

4.Perbezaan permukaan bumi

Albedo permukaan bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap oleh bumi. Albedo yang tinggi akan menyebabkan

suhu di kawasan itu rendah.

5.Ketinggian

Kawasan yang tinggi akan mengalami suhu yang semakin rendah.

C) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENEGAK

1. Tekanan udara

2. Suhu permukaan

Jika suhu permukaan bumi lebih sejuk berbanding suhu atmosfera ia akan menyejukkan bahagian atmosfera yang

berhampiran dengan bumi. Kejadian olak suhu akan berlaku. Secara relatifnya semakin tinggi dalam atmosfera semakin

tinggi suhunya.

3. Lapisan atmosfera

Di lapisan troposfera, taburan suhu menegaknya adalah semakin menurun mengikut ketinggian. Di lapisan stratosfera

pula suhunya semakin meningkat mengikut ketinggian .

4. Kandungan atmosfera

D) LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Lembapan atmosfera

Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.

2.Kelembapan mutlak

Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)


3. Kelembapan tentu

Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.

4. Kelembapan bandingan

Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh

udara tersebut pada suhu yang tertentu.

E) PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Sejatan

Proses cecair atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses yang berlaku secara berterusan daripada permukaan

air, tanah dan salji.

2. Pepeluhan/

Transpirasi

Air yang hilang daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia berlaku apabila tekanan wap dalam sel daun adalah

lebih besar daripada tekanan wap atmosfera.

3. Sejatpeluhan

Air yang hilang ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan dari tumbuhan dan tanah.

F) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN

1. Tekanan wap

Tekanan wap yang tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah.

2. Suhu permukaan

Suhu permukaan sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .

3. Angin

Angin yang kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan sejatan.
4. Kandungan air

Kadar sejatan lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.

5. Luas permukaan

sejat

Sejatan lebih mudah berlaku di permukaan air yang terdedah berbanding permukaan air yang terlindung.

G) FENOMENA CUACA DAN IKLIM

I. Bayu

1.Bayu darat

Pola angin tempatan yang wujud kerana terdapat perbezaan suhu di antara daratan dan laut yang mempunyai pola

berbeza di antara siang dan malam. Perbezaan suhu ini akan mewujudkan kecerunan tekanan yang menjadi daya

penggerak untuk bayu merentasi garis pantai dengan membentuk pola harian yang tersendiri.

2Bayu laut

Berlaku pada waktu siang . Daratan mempunyai suhu yang lebih tinggi pada siang berbanding lautan. Dengan ini

tekanan di daratan lebih rendah berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan lautan ke daratan membentuk

bayu laut.

3. Bayu darat

Berlaku pada waktu malam . Daratan mempunyai suhu yang lebih rendah pada malam berbanding lautan. Dengan ini

tekanan di daratan lebih tinggi berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan daratan ke lautan membentuk

bayu darat.

You might also like