You are on page 1of 3

Mempertimbangkan kepentingan buruh asing dalam pembangunan ekonomi

Malaysia semasa zaman kolonial dan selepas kemerdekaan.

Buruh merujuk kepada orang yang bekerja dengan mendapatkan hasil yang
dikatakan upah. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak menjadi penduduk majoriti. Dalam tahun 1840 sehingga
1900, imigrasi yang pesat telah berlaku kepada Malaysia terutama Tanah Melayu. Pada
tahap awalnya, Malaysia hanya didiami oleh penduduk orang Asli, orang Melayu, Orang
Bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun, apabila kehadiran pihak British mulai campur
tangan dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya, ini menyebabkan kepesatan
ekonomi meningkat secara mendadak. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19
aktiviti penghijrahan berlaku secara mendadak dengan bilangan yang ramai sehingga
awal abad ke-20. Fenomena ini boleh dikaitkan dengan kedatangan British ke Negeri-
Negeri Melayu sejak pengambilan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka
(1824), Perak (1874) dan Negeri-Negeri Melayu yang lain. Pihak British telah membawa
keluar masuk buruh dari Cina dan India pada masa tersebut atas sebab kekurangan tenaga
buruh yang mencukupi bagi mengerjakan ladang-ladang getah, kopi, tebu, lombong-
lombong dan estet-estet yang mencukupi. Namun begitu, walaupun Malaysia mendapat
kemerdekaan daripada pihak penjajah, Malaysia masih memerlukan buruh asing untuk
mendorong ekonominya

Kedatangan orang Cina juga telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih


timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut,
Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Orang Cina telah membuka lombong-
lombong di Larut, Lembah Kinta, Lembah Kelang dan Sungai Ujong. Mereka juga
memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong Dedah dan
Lombong Pam. Mereka juga turut memperkenalkan kaedah penggunaan stim. Buktinya
berdasarkan kepada peningkatan eksport dari 6500 tan pada tahun 1850 kepada 43000 tan
dalam tahun 1905 dan terus meningkat kepada 77000 tan pada tahun 1937. Lonjakkan
ekonomi dari eksport bijih timah ini akhirnya melonjakkan nama Tanah Melayu menjadi
pengeluar bijih timah yang terbesar dunia. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai yang
telah dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di bandar-bandar yang terletak di
kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga turut berkembang melalui
sistem Kangcu.

Selain itu, meningkatkan tanaman getah merupakan salah satu kepentingan buruh
asing zaman kolonialisme. Pembukaan kawasan ladang getah telah disumbangkan oleh
kemasukan orang India yang kebanyakannya tinggal di estet-estet dan kawasan
perusahaan kelapa sawit. Sehinggalah menjelang pertengahan abad ke-19, apabila
pembukaan ladang- ladang getah di Tanah Melayu telah berlaku yang sememangnya
merupakan tanaman yang semakin popular pada ketika itu, telah merancakkan lagi
pertambahan jumlah imigran India di Tanah Melayu. Pada tahun 1897, sebanyak 345
ekar tanah getah telah dibuka di Tanah Melayu malah pada tahun 1940 kawasan ladang
getah dibuka meningkat kepada 3.5 juta ekar. Bukan itu sahaja, disebabkan peningkatan
getah meningkat maka ia telah menambahkan penggunaan getah asli. Permintaan getah
mendapat permintaan yang tinggi kerana perkembangan industri pembuatan kereta dan
barang-barang elektrik di Eropah sedang pesat ketika itu. Gedung agensi yang berkuasa
di Singapura mempunyai hubungan perdagangan yang luas, kelengkapan yang cukup
untuk mewujudkan perhubungan di antara Tanah Melayu dengan pelabur-pelabur di
Britain.

Kemasukan imigrasi Cina dan Buruh telah menyumbangkan kemunculan Bandar


yang disebabkan aktiviti perdagangan, pertanian, perladangan dan perlombongan. Bandar
Taiping, Kemunting dan Ipoh terbentuk hasil daripada kegiatan perlombangan bijih timah.
Proses perbandaran banyak wujud di pusat-pusat tumpuan ekonomi eksport hingga
menyebabkan mereka sebagai penggerak yang bertindak sebagai buruh dan usahawan.

Selepas kemerdekaan Malaysia, para pekerja asing juga memainkan peranan


penting dalam pembangunan infrastruktur. Negara kita Malaysia amat menitik beratkan
pembangunan infrastruktur kerana merupakan elemen penting dalam sektor eksport.
Justeru itu, ini menjelaskan bahawa infrastruktur memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Oleh itu tenaga buruh asing banyak digunakan
khususnya dalam pembinaan jalan raya yang terdapat di negara kita pada hari ini.
Kesannya jumlah panjang jalan raya di Malaysia telah meningkat daripada 10406.10KM
pada tahun 2010.
Di samping itu, buruh juga berperanan dalam sektor pembuatan. Hal ini
kerana kekurangan tenaga buruh semakin dirasai setelah Malaysia berjaya meningkatkan
sektor pembuatan semenjak pertengahan tahun 1980-an. Kekurangan buruh dalam sektor
pembuatan yang paling ketara ialah dalam bidang operator dan teknikal. Oleh itu untuk
mengelak meningkatnya tekanan ke atas kenaikan upah, maka kerajaan telah membuka
pasaran buruhnya kepada buruh asing seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina.

Tenaga buruh asing adalah amat diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam
sektor pertanian. Kajian United Planters Assocation of Malaysia (UPAM) umpamanya
menemukan bahawa sub-sektor perladangan getah dan kelapa sawit mengalami kerugian
sebanyak RM 370 juta antara tahun 1980 sehinggalah tahun 1985 ekoran daripada
kekurangan pekerja dalam sektor berkenaan. Hal ini kerana penanaman pokok kelapa
sawit yang agak besar dan luas sudah tentunya memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
Selain itu proses penanaman tanaman ini adalah agak sukar kerana memerlukan
penjagaan yang rapi. Pada tahun 1986 seramai 9,000 ribu tenaga pekerja diperlukan
dalam sektor berkenaan agar kerugian yang sama tidak berulang. ( Zulkifliy Osman
1998). Masalah kekurangan pekerja ini juga tidak terbatas kepada sektor pertanian sahaja
malahan menular ke sektor-sektor lain dalam bidang ekonomi khususnya dalam sektor
perindustrian

Kesimpulannya, setelah kemasukan buruh Cina dan India pada abad ke-19 yang
disebabkan oleh faktor penolak dan faktor penarik, bermulalah proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia. Kedatangan imigran Cina, India
dan imigran ke Tanah Melayu telah berjaya membangunkan ekonomi Tanah Melayu
zaman kolonialisme. Selepas kemerdekaan, Kemasukan buruh asing telah memberi
peranan yang penting terhadap ekonomi dan pembangunan negara Malaysia. Tanpa
penglibatan dan campur tangan mereka pada negara kita ,maka misi atau proses menuju
ke arah negara maju, pasti akan mengalami kesulitan atau bertambah sukar untuk dicapai.
Tambahan lagi negara Malaysia merupakan negara yang masih dalam proses membangun.
Maka dari itu masih banyak kelemahan-kelemahan yang sedia ada perlu di perbaiki
contohnya masalah kekurangan tenaga kerja khususnya dari segi sektor perindustrian
seperti sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan serta pembuatan.

You might also like