You are on page 1of 1

Surihani Bt Azrul,

Jalan Bunga Kertas,


Taman zzz,
12345 Kota Kinabalu

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Tingkat 1, Blok C, Bangunan KWSP,
88604 Kota Kinabalu 11 April 2014

Tuan,
PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN PENYELIDIKAN SARJANA DI SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN CINA DI SABAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa saya ialah pelajar Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan penyelidikan
peringkat sarjana di sekolah rendah jenis kebangsaan cina di negeri Sabah.
3. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat pengesahan pelajar untuk menjalankan
penyelidikan dari pihak UPSI dan surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
rujukan tuan.
4. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar saya memperoleh kebenaran
untuk menjalankan penyelidikan demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan.
Segala perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.
Yang benar,

Surihani
(SURIHANI BINTI AZRUL)
Pelajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

You might also like