You are on page 1of 2

Ahmad Azeem Bin Anuar,

No 74 Jalan SS 5/8
Taman Sri Saujana
81900 Kota Tinggi
Johor

Pengarah Kanan (Akademik)


Jabatan Pendidikan Politeknik,
Galeria PjH, Aras 5, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya 22 September 2021

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SILIBUS BAGI MENDAPATKAN PENGECUALIAN KREDIT

Dengan segala hormatnya, saya merujuk dengan perkara diatas.

2. Saya Ahmad Azeem Bin Anuar (01DDT18F1165), graduan Program Diploma Teknologi
Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik Ungku Omar (PUO), ingin memohon kebenaran daripada
pihak Tuan/Puan untuk mendapatkan silibus bagi pengecualian kredit bagi mengikuti Program Sarjana
Muda Sains Komputer Dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Sesi Akademik
2021/2022.

3. Hal ini demikian, terdapat beberapa kursus yang ditawarkan oleh pihak UUM sama dengan
kursus yang dipelajari saya semasa menuntut di PUO. Oleh itu, saya perlu mengemukakan silibus
program saya kepada pihak Unit Pengkuliahan, Jabatan Hal Ehwal Akademik, UUM bagi memenuhi
kriteria bagi proses pemindahan kredit. Selain itu, saya perlu mendapatkan silibus dengan kadar segera
kerana permohonan pemindahan kredit di UUM tersebut perlu diselesaikan selewat-lewatnya sebelum 30
September 2021.

4. Oleh yang demikian, saya amat berharap pihak Tuan/Puan dapat membenarkan saya untuk
memohon silibus bagi mendapatkan pengecualian kredit. Segala kerjasama daripada Tuan/Puan saya
dahului dengan ucapan terima kasih,

Sekian,

Yang benar,

……………………………………
(AHMAD AZEEM BIN ANUAR)
NO TEL : +60 1111164540
EMEL : ahmadsaujana503@gmail.com

You might also like