You are on page 1of 6

SISTEM TIGA FASA

SISTEM 3 FASA

1. Takrifan

Sistem 3 fasa satu sistem bekelan AU yang mempinyai 3 fasa atau sistem yang mempunyai lebih dari
satu lilitan.Ketiga-tiga fasa boleh disambungkan dalam susun atur yang berlainan untuk menyediakan
ciri-ciri elektrik yang berbeza.

2. Ciri-ciri Sistem 3 Fasa

1. Sistem bekelan AU 3 fasa biasanya dikendalikan dalam 2 bentuk sambungan iaitu Bintang dan
Delta.
2. Sambungan bintang mempunyai 3 talian fasa dan 1 talian neutral.
3. Sambungan delta mempunyai 3 talian fasa dan tanpa talian neutral.
4. Dalam sambungan bintang 3 fasa 4 dawai , setiap talian fasa yang dipasangkan dengan talian
neutral akan menyediakan 1 sistem bekalan 1 fasa.
5. Sistem bekalan 3 fasa boleh didapati daripada kedua-dua sistem dari sambungan bintang dan
delta.
6. Sistem 3 fasa digunakan mengikut kesesuaian dari segi voltan,bentuk sambungan fasa,jumlah
kuasa,saiz kabel dan sebagainya.

3. Kebaikan Sistem 3 Fasa Berbanding Sistem 1 Fasa

1. Penjimatan bahan pengalir untuk kehilangan tembaga yang sama,apabila kuasa yang sama
dipindahkan dalam sistem 3 fasa berbanding sistem 1 fasa.

2. Motor 3 fasa adalah kendalian permulaan kendiri tetapi tidak berlaku dalam sistem 1 fasa.

3. Motor 3 fasa mempunyai faktor kuasa dan kecekapan yang lebih baik serta saiz yang lebih kecil
bagi keluaran yang sama berbanding motor 1 fasa.

4. Motor 3 fasa menghasilkan daya kilas yang tetap sementara daya kilas motor aruhan 1 fasa
adalah berbentuk dedenyut.

5. Alatubah 3 fasa adalah lebih ringan,berkecekapan lebih baik dan lebih murah berbanding
alatubah 1 fasa yang sama saiz.

6. Dalam sistem pengagihan 3 fasa biasanya 2 sambungan dilakukan iaitu sambungan delta dan
sambungan bintang untuk menghasilkan nilai voltan yang berlainan daripada sumber yang
sama.Sambungan bintang menggunakan voltan fasa antara fasa-fasa dan neutral yang lebih
rendah yang mana kegunaannya adalah untuk kegunaan domestik,manakala sambungan delta
menggunakan voltan yang lebih tinggi iaitu voltan talian ( / 3 kali lebih besar) biasanya digunakan
untuk perindustrian.

a. Penyelenggaraan Papan Agihan Utama (3 Fasa)

Kebersihan :PSU/Bilik
1. Memasang anti vermin proof netting untuk mengelekkan serangga masuk ke dalam bilik
papan agihan utama.
2. Memastikan bilik sentiasa bersih dan tidak berhabuk / sawang.

Litar Elektrik (Lampu,Soket 13A)


1. Memastikan litar akhir dalam keadaan yang baik.
2. Selain itu, pastikan semua soket berfungsi dengan sempurna.

Bekalan Voltan (1 atau 3 fasa)


1. Jumlah voltan yang dibekalkan olh meter pada setiap fasa adalah seimbang iaitu 240V
bagi bekalan 1 fasa dan 415V bagi bekalan 3 fasa.

1
SISTEM TIGA FASA

Arus Talian (Ampere)


1. Memastikan arus pada meter bagi setiap kabel bekalan (merah,biru,kuning) adalah
sama.Jumlah arus adalah bergantung kepada penggunaan pada litar akhir.
2. Jumlah arus pada setiap penyelenggaraan akan dirujuk dan direkod semula pada buku
log.

Faktor Kuasa
1. Bacaan meter bagi nilai faktor kuasa hendaklah tidak kurang daripada 0.85 yang mana
telah ditetapkan oleh TNB.
2. Kapasitor akan dipasang selari dengan beban dalam bentuk delta atau bintang untuk
mengawal nilai faktor kuasa.

Lampu Penunjuk
1. Setiap lampu penunjuk yang ada di dalam bilik suis utama hendaklah menyala bagi
menandakan voltan bekalan masukan ada.
2. Sekiranya lampu penunjuk tidak menyala,periksa meter volt untuk mengetahui sama ada
voltan bekalan ada atau tiada.

Kabel
1. Pastikan tiada sebarang kerosakan pada lapisan penebat kabel dan kabel tersebut
hendaklah dikunci ketat pada setiap tamatan atau penyambungan.
2. Pastikan kabel diletakkan/ditanam pada tempat yang sesuai.

Peralatan Suis (ACB,MMCB)


1. Melakukan pengujian secara automatik dan manual (test trip) ke atas setiap peralatan
suis.

Senggaraan MCCB
1. Ujian operasi-On dan Off secara manual
2. Ujian penebatan-Minima 0.5Ω
3. Ujian keterusan-Sesentuh
4. Test trip

Senggaraan ACB
1. Blow dan vacum kesemua bahagian ACB
2. Ketatkan semua bolt dan nat
3. Cuci dan bersihkan pemadam arka
4. Letakkan gris pada roller bar
5. Gosokkan sesentuh degan kertas pasir dan cecair WD-40 pada sesentuh
utama,sesentuh arka.
6. Lakukan pengujian pada ACB

 Ujian keserataan menggunakan kertas karbon


 Ujian penebatan dengan ‘insulation tester’
 Ujian keterusan dengan ohm meter.

Ciri-ciri Pemutus Litar (MCB)


1. Ia digunakan untuk memutuskan litar yang rosak secara automatik.
2. Ciri-ciri pelantik beban lampau disetkan oleh pihak pembuat dan tidak boleh ditukar
nilainya.
3. Dengan ciri yang sedemikian,pemutus litar akan terpelantik bagi beban lampau yang
melebihi had dan ia akan terputus dengan sendiri apabila berlaku litar pintas.
4. Apabila berlaku kerosakan pada litar ia amat mudah untuk dikenali dan disenggara.
5. Bekalan juga mudah didapati semula apabila berlaku kerosakan kerana ia mudah diatasi.

2
SISTEM TIGA FASA

b. Suisgear

Pengenalan

Pada masa kini kerja-kerja penjanaan bekalan elektrik telah mencapai tahap keperluan pada
kediaman. Oleh sebab itu, suisgear telah digunapakai bagi melindungi pelaburan yang
melibatkan kerja-kerja diperingkat penjanaan, penghantaran dan pengagihan yang
melibatkan kos yang amat tinggi dan bagi menjamin keselamatannya.

Definisi suisgear

- satu susunan alat pensuisan utama dan tambahan dengan atau tanpa alat untuk
pengendalian pengaturan, perlindungan atau pemasangan kawalan elektrik yang lain.
- Digunakan untuk memutuskan semua pengalir hidup dalam suatu litar.
- Perlu dipilih dan didirikan dengan peraturan-peraturan yang telah dibuat supaya dapat
mengelakkan bahaya daripada pemanasan yang keterlaluan semasa proses operasi.
- Label atau lain-lain kaedah pengenalpastian yang bersesuaian harus disediakan untuk
penandaan, di mana operasi dikendalikan oleh orang yang berpengalaman dan mahir
sahaja untuk mengelakkan bahaya.

Kawalan Bekalan

- melibatkan sistem bagi pensuisan dan perlindungan bagi melindungi dan mengawal alat
atau sistem.

Sistem terbahagi kepada tiga bahagian :

i. Pensuisan dan pengasingan.


Mempunyai 3 jenis pensuisan :

a) Pengasingan - tempat yang senang dibina dan ditanda dengan terang supaya dapat
dilihat dengan jelas.

b) Kecemasan
- mempunyai keupayaan untuk memutuskan arus yang berbeban penuh
di bahagian pemasangan yang berkenaan
- senang dilihat dan dikenalpasti ( ditanda dengan warna merah ).

c) Tugasan
- menggunakan peranti-peranti untuk pemadaman suis bagi penyelenggaraan
mekanikal dipilih atau dipasang untuk mengelakkan penutupan kembali litar yang
tidak disangka.

ii. Perlindungan arus lebih


iii. Perlindungan arus bocor ke bumi

Klasifikasi Peralatan Suisgear dan Perlindungan

1. Voltan rendah
- beroperasi dan digunakan pada operasi peralatan yang tidak melebihi 600v.
- digunakan pada litar beban, pendawaian dalam bangunan, system industri biasa,
landasan keretapi dan pada bekalan untuk peralatan janakuasa yang perlukan voltan
rendah.

2. Voltan sederhana rendah


- beropersi dan digunakan pada operasi peralatan pada kadaran 2.3kv – 15kv.
- Digunakan dalam industri berat seperti perlombongan logam dan penghasilan besi
waja.

3
SISTEM TIGA FASA

3. Voltan sederhana tinggi


- Beropersi dn digunakan pada peralatan antara kadaran 15kv – 34.5kv.
- Digunakan pada kendalian substesen dan litar voltan janakuasa dalam power station
yang besar.

4. Voltan tinggi
- beroperasi dan digunakan pada operasi peralatan pada kadaran voltan melebihi
46kv.
- Pada talian hantaran, stesen janakuasa dan pada pengubah langkah naik

Komponen pada peralatan suisgear dan perlindungan voltan rendah.

Alat yang digunakan pada peringkat voltan rendah :

i. Fius keselamatan
- memutuskan litar apabila arus lebih
- berkendali dengan memutuskan dawai fius bergantung pada kadaran arus.

ii. Suis keselamatan


- digunakan sebagai pengasing untuk kerja senggaraan dan menukar
sambungan pada litar atau sistem.

iii. Pemutus litar udara voltan rendah


- untuk memutuskan litar bagi melindungi unit itu dan memutuskan litar di
udara.
- Berkendali apabila arus yang melaluinya melebihi nilai yang ditetapkan.

iv. Panel board ( papan agihan )


- untuk mengawal dan perlindungan bagi litar lampu, litar kuasa dan peralatan
lain.

v. Pemutus litar udara bekas beracun


- Terdiri daripada pemutus litar udara, busbar, sesentuh dan kawalanpendawaian (
output ).
- Dibina dengan boleh dikeluarkan
- Fleksibel dan mudah disenggara
- Boleh mengurangkan gangguan senggaraan dengan memasukkan unit MCCB backup
semasa unit yang digunakan disenggara.

Senggaraan dan pensuisan bagi peralatan suisgear

Empat jenis ujian :

1. Ujian operasi
diuji dengan mengawal suis pada kedudukan ON dan OFF.

2. Ujian penebatan
menggunakan Megger Ohm Tester dan bacaan minimum hendaklah mempunyai
kerintangan pada 0.5Mohm.

3. Ujian keterusan
melakukan ujian pada sesentuh samada bersentuh atau sentuhan kurang.
Menggunakan multimeter untuk meneliti keterusan pendawaian dan keterusannya.

4. Test trip
mereset suis trip pada suatu alat pelindung untuk memastikan alat berkendali atau tidak.

Unit mesti dibersihkan dari sebarang kotoran bagi menjamin system berjalan lancar.
Setiap bacaan selepas ujian dan masukkan ke dalam jadual senggaraan bagi unit suisgear.

4
SISTEM TIGA FASA

Suis Gear
- dipasang pada bilik bervoltan tinggi dan pencawang-pencawang .
- samada 11kv, 33kv dan sebagainya bergantung kepada keperluan nilai voltan yang
diaturkan.

Keperluan bagi bilik :


- menerima peredaran udara yang baik.
- Pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff retting supaya serangga tidak
dapat masuk.
- Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki di bahagian belakang dan minima 4.5 kaki di
bahagian hadapan Papan Suis Utama untuk kerja-kerja senggaraan.
- Ada saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.
- Dilengkapi dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2.
- Menyediakan lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alur keluar yang mencukupi.
- Memaparkan rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai.

Terdapat dua jenis sistem kawalan untuk suisgear iaitu kawalan komputer dan kawalan
menggunakan panel kawalan. Kawalan komputer biasanya terdapat pada stesen-stesen bar dan
digunakan pada Pencawang Masuk Utama dan kini lebih banyak digunakan pada PPU di
Putrajaya. Ianya lebih canggih kerana tidak perlukan panel kawalan untuk kawal setiap suisgear
dan hanya perlukan penyambung menggunakan fiber optik dan semua suisgaer akan dapat
dikawal melalui komputer. Kawalannya lebih cekap dan lebih selamat. Ianya juga lebih
menjimatkan kerana tidak perlu menggunakan benyak panel kawalan dan harga panel kawalan
juga mahal.

c. Spesifikasi Pendawaian (Peraturan IEE Dan JBE)

Takrif

Sistem pendawaian ialah sistem pemasangan litar-litar elektrik termasuklah pengalir,penebat dan
perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel.Ringkasnya sistem pendawaian boleh dikatakan
sebagai nama bagi kabel yang akan digunakan untuk sesuatu pemasangan dan cara kabel iti
dipasang.

Sebelum menentukan sesuatu jenis pendawaian yang hendak dibuat,satu perancangan yang
teratur perlu dibuat agar pemilihan itu tidak mendatangkan apa-apa bahaya pada waktu
menggunakannya kelak.Beberapa faktor yang perlu diambil perhatian untuk menentukan
keadaan yang cekap,selamat dan tidak membazir ialah seperti berikut:

1. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang


2. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan
3. Harga pendawaian
4. Tempoh ketahanan pemasangan
5. Keadaan khusus
6. Tempoh menyiapkan
7. Tambahan litar atau perubahan litar
8. Kekemasan dan kecantikan
9. Voltan bekalan

3. Peraturan IEE Bagi Pemasangan Sistem Pendawaian

Pembuluh dan pemasangan pembuluh harus mematuhi piawaian BS yang sesuai seperti yang
berikut:

1. Pembuluh dan pemasangan keluli (BS31)


2. Pembuluh keluli boleh lentur
3. Pembuluh dan pemasangan keluli dengan benang metrik (BS4568)
4. Pembuluh dan pemasangan bukan logam

5
SISTEM TIGA FASA

Antara peraturan IEE bagi pemasangan pendawaian ialah:

1) Dalam sistem pembuluh,pembuluh bagi setiap laluan pembuluh hendaklah selesai dipasangkan
keseluruhannya sebelum kabel dibawa masuk ke dalam pembuluh kecuali sistem pembuluh yang
telah siap tetapi belum diawaikan di tempat asalnya.

2) Semua logam yang digunakan sebagai sarung,perisai kabel,pembuluh,salur,sesalur,klip dan


ikatan hendaklah dibuat daripada bahan yang tahan kikisan atau bertutup dengan bahan anti
kakis jika digunakan di tempat lembap atau terdedah kepada cuaca.Sarung dan perisai logam
kabel perlu juga dijauhkan daripada sebarang logam yang boleh memberikan kesan elektrolit
apabila ia bersentuhan.

3) Kerja-kerja logam dalam sistem pendawaian hendaklah tidak terdedah kepada bahan-bahan
kakisan atau dilindungi supaya tidak terdedah kepada bahan-bahan kakisan atau dilindungi
supaya tidak terdedah kepada kakisan.Bahan bukan logam pula tidak boleh bersentuhan dengan
bahan yang boleh menyebabkan kemerosotan kecekapan sistem pendawaian.Contohnya apabila
Di pasang di tempat yang tidak bersentuhan dengan minyak,kreosat dan hidrokarbon,jika tidak
sistem pendawaian hendaklah berpelindung khas.

4) Setiap sistem pendawaian hendaklah dipasang di tempat yang tidak dapat dimasuki hujan,air
yang menitis,wap,air meluap,air terkumpul atau dibina khas agar mampu menahan keadaan
tersebut.

5) Bagi kabel yang melalui lubang logam,kabel itu hendaklah di awasi supaya tidak
terlepas.Contohnya pada penghujung pembuluh logam.

6) Pemagaran kabel dan pengalir bagi sistem pendawaian hendaklah dipilih agar semasa
penggunaan biasa tidak mengakibatkan suhu pengalir/kabel itu meningkat.Kotak-kotak bukan
logam seperti kotak alur keluar rencam untuk sistem lampu ampaian hendaklah mampu
menampung suhu yang dijangkakan.

7) Kabel perkhidmatan elektrik tidak boleh dipasang bersama dalam pembuluh atau salur pengaliran
bukan elektrik.Contoh perkhidmatan bukan elektrik ialah paip air,gas,minyak,udara dan
sebagainya,kecuali perkhidmatan itu di awasi dan dipastikan terhindar daripada bahaya aruhan
saling.

8) Setiap alur keluar kabel dari sistem salur dan sesalur penyambungan kabelnya mesti baik dari
segi mekanik dan elektrik dan kabel itu tidak mengalami kerosakan.

9) Kabel,pembuluh,salur.sesalur yang memberi struktur rintangan api seperti lantai dan dinding
penghalang kebakaran hendaklah ditutup rapi dengan bahan rintangan api yang bersesuaian.

10) Jumlah kabel yang boleh dimuatkan ke dalam sistem pendawaian berkurung (seperti
pembuluh,penyaluran pencorongan) hendaklah tidak membahayakan kabel semasa pemasangan
atau penggunaannya dan hendaklah memberi ruang yang memadai.

11) Jika pengalir pelindung litar di sesebuah pemasangan diambil daripada logam
pembuluh,salur,sesalur,sarung atau perisai kabel,pangkalan pembumian setiap soket alur keluar
pemasangan itu hendaklah disambungkan ke kotak logam yang berkaitan dengan soket itu
dengan menggunakan pengalir pelindung litar yang berasingan (dawai pengikat sama upaya
tambahan)

12) Kabel yang tidak bersarung untuk pendawaian tetap hendaklah dipasang di dalam
pembuluh,salur atau sesalur tetapi tidak di dalam salur yang dibina dalam konkrit.Pengalir
pelindung litar tidak termasuk di dalam peraturan ini.

13) Pembuluh boleh lentur atau pembuluh yang lembut tidak boleh digunakan seperti pengalir
pelindung litar.

You might also like