You are on page 1of 3

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,


Sg. Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
No. Tel. : 03-31872396
No. Fax : 03-31813595
Emel : ubksamttar@gmail.com

Ruj. Kami : SAMTTAR/ UBK/ 02/ 02/ 2.6 ( )


Tarikh : 31 DISEMBER 2018

Kepada:

IBU BAPA/ PENJAGA / PIHAK YANG BERKENAAN

Tuan/ puan,

MAKLUMAN MENGENAI PERUBAHAN BERKAITAN PEMBIMBING RAKAN


SEBAYA (PRS) SAMTTAR BAGI TAHUN 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan kepada tuan/ puan bahawa bermula pada tahun 2019, beberapa
perubahan berkaitan dengan Pembimbing Rayan Sebaya (PRS) telah dikuatkuasakan oleh
pihak UBK setelah mendapat kelulusan dari pihak pentadbiran sekolah.

2. Untuk makluman tuan/ puan, perubahan tersebut melibatkan tatacara berpakaian


rasmi pelajar bagi PRS serta makluman mengenai jadual perjumpaan mingguan PRS pada
tahun 2019.

3. Justeru itu, maklumat lanjut mengenai tatacara pemakaian uniform rasmi PRS bagi
tahun 2019 adalah seperti dalam Lampiran 1 manakala maklumat berkenaan jadual
perjumpaan mingguan PRS pada tahun 2019 adalah seperti dinyatakan dalam Lampiran 2.
Semua PRS dikehendaki untuk mematuhi makluman yang dinyatakan tersebut.

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan perkara berkenaan boleh berhubung
dengan

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM)


Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SAMTTAR
LAMPIRAN 1

PEMAKAIAN UNIFORM RASMI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


TAHUN 2019

Untuk makluman ibu bapa/ penjaga/ guru tingkatan di mana anak/ anak jagaan/ anak murid
anda telah dilantik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi tahun 2019, baju uniform
PRS adalah seperti berikut:

a) Murid lelaki (Isnin hingga Khamis)


- Baju Kemeja Warna Ungu Lengan Panjang
- Seluar Hitam
- Kasut Hitam
- Tali Leher SAMTTAR

b) Murid perempuan (Isnin hingga Khamis)


- Baju Kurung Warna Ungu
- Kain Blue Black
- Tudung Warna Unggu
- Kasut Hitam

c) Murid lelaki (Jumaat sahaja)


- Baju Melayu Putih
- Samping Unggu (Tempahan)
- Kasut Hitam

d) Murid perempuan (Jumaat sahaja)


- Baju Kurung Putih
- Kain Sarung Unggu (Tempahan)
- Kasut Hitam

HARGA TEMPAHAN SAMPING / KAIN SARUNG

a) Samping Lelaki: RM 35.00


b) Kain Sarung Perempuan: RM 40.00

Pembayaran perlu dilakukan SELEWAT-LEWATNYA pada hari pertama persekolahan iaitu


pada 2 JANUARI 2019.

Nota: sila rujuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sedia ada untuk mendapatkan gambaran
sebenar pemakaian baju PRS serta warna/ jenis kain yang sesuai untuk baju tersebut.
LAMPIRAN 2

JADUAL PERJUMPAAN MINGGUAN PRS TAHUN 2019

Bermula pada tahun 2019, perjumpaan rasmi mingguan PRS akan diadakan seperti butiran
berikut :

HARI : SETIAP HARI KHAMIS


MASA : 2.30 PM HINGGA 4.30 PM

Kehadiran semua PRS adalah DIWAJIBKAN dan rekod kehadiran diambil setiap kali
perjumpaan diadakan.

You might also like